MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi...

98
NOVEMBER 2013 JABATAN PERHUTANAN NEGERI PAHANG DARULMAKMUR MALAYSIA RANCANGAN PENGURUSAN KAWASAN HUTAN MEMPUNYAI NILAI PEMELIHARAAN YANG TINGGI (HCVF), HUTAN SIMPAN PAYA BAKAU PONTIAN, ROMPIN PAHANG DARUL MAKMUR

Transcript of MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi...

Page 1: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

NOVEMBER 2013

JABATAN PERHUTANAN

NEGERI PAHANG

DARULMAKMUR

MALAYSIA

RANCANGAN PENGURUSAN KAWASAN HUTAN

MEMPUNYAI NILAI PEMELIHARAAN YANG TINGGI

(HCVF), HUTAN SIMPAN PAYA BAKAU PONTIAN,

ROMPIN PAHANG DARUL MAKMUR

Page 2: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | i

ISI KANDUNGAN

Bab Tajuk

Mukasurat

PENGHARGAAN v

KATA SINGKATAN vi

RINGKASAN EKSEKUTIF vii

1. LATARBELAKANG 1

1.1 Objektif 2

1.2 Skop 4

1.3 Kaedah 4

2. ORGANISASI DAN MAKLUMAT ASAS NEGERI

PAHANG

6

2.1 Kawasan Berhutan 6

2.2 Pengkelasan Hutan Simpan Kekal 7

2.3 Lokasi Kawasan 9

2.4 Cuaca 10

2.5 Jenis Hutan dan Flora 10

2.6 Fauna 11

3. KAWASAN HUTAN MEMPUNYAI NILAI

PEMELIHARAAN YANG TINGGI (HCVF)

16

3.1 Definisi 16

3.2 HCVF dan Keperluan Pensijilan Hutan 16

4. PENGURUSAN HUTAN 23

4.1 Pendekatan Pengurusan 23

4.2 Strategi Pengurusan 24

4.3 Pengurusan dan Pemeliharaan Hutan 25

5. HPL PONTIAN, ROMPIN SEBAGAI HCVF 28

5.1 Lokasi Kawasan 29

Page 3: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | ii

5.2 Jenis Hutan 30

5.3 Hutan Paya Laut 31

5.4 HPL Pontian Rompin 31

5.4.1 Pemerhatian di Lapangan

5.4.2 Nilai Tinggi Kepelbagaian Biologi

5.4.3 Kepadatan Dirian Pokok

5.4.4 Status Konservasi

32

32

55

63

5.5 Silvikultur spesies Berus Mata Buaya 64

5.5.1 Morfologi Pokok

5.5.2 Ekologi dan Silvikultur

65

65

5.6 Potensi Sebagai Kawasan Penyelidikan 68

6. PENGURUSAN DAN PEMANTAUAN HCVF HPL

PONTIAN, ROMPIN

69

6.1 Strategi Pengurusan 69

6.2

6.3

6.4

6.5

6.6

6.7

Mengenalpasti Kawasan Berpotensi HCVF

Penandaan Sempadan Kawasan dan

Pemetaan

Pengumpulan Maklumat Asas

Pengurusan Kawasan

Pemantauan dan Penyelenggaraan

Keperluan Peruntukan Kewangan dan Tenaga

Kerja

70

71

72

72

73

76

7. ANCAMAN DAN KEKANGAN 79

7.1 Ancaman Perlaksanaan HCVF 79

7.2 Kekangan Perlaksanaan HCVF 80

8. CADANGAN 82

9. KESIMPULAN 84

10 RUJUKAN 85

Page 4: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | iii

SENARAI JADUAL

Jadual Tajuk

Muka

surat

1.0 Skop penyediaan RPHCVF HPL Pontian, Rompin Pahang 4

2.1 Status kawasan berhutan di negeri Pahang (2011) 7

2.2 Keluasan hutan mengikut jenis di dalam Hutan Simpan

Kekal negeri Pahang

7

2.3 Keluasan kawasan berhutan berdasarkan Kelas Fungsi

Hutan di negeri Pahang

10

2.4 Perbandingan fauna yang ada di negeri Pahang. 12

2.5 Perbandingan fauna yang ada di Pahang 12

3.1 Definisi mengenai HCVF 17

5.1 Maklumat dan fakta mengenai HS Pontian, Rompin 29

5.2 Ringkasan flora yang terdapat di HS Pontian, Rompin 46

5.3 Antara spesies penting yang terdapat di HS Pontian,

Rompin

47

5.4 Senarai tumbuhan yang terdapat di HPL HS Pontian,

Rompin

49

5.5 Senarai Famili HPL yang terdapat di HS Pontian Rompin 51

5.6 Perbandingan spesies HPL yang terdapat di HS Pontian,

Rompin dengan HPL terpilih di Semenanjung Malaysia

52

5.7 Senarai Bancian Kepadatan Pokok Teknik Plotless di

Kompatmen 6

58

5.8 Senarai Bancian Kepadatan Pokok Teknik Plotless di

Kompatmen 7

58

5.9 Senarai Bancian Kepadatan Pokok Teknik Plotless di

Kompatmen 13

59

5.10 Senarai Bancian Kepadatan Pokok Teknik Plotless di

Kompatmen 14

59

5.11 Senarai Bancian Kepadatan Pokok Teknik Plotless di

Kompatmen 15

60

Page 5: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | iv

5.12 Senarai Bancian Kepadatan Pokok Teknik Plotless di

Kompatmen 16

60

5.13 Senarai Bancian Kepadatan Pokok Teknik Plotless di

Kompatmen 20

61

5.14 Senarai Bancian Kepadatan Pokok Teknik Plotless di

Kompatmen 21

61

5.15 Senarai antara spesies HPL yang tidak ditemui di HS

Pontian

62

5.16 Senarai beberapa spesies penting di HPL Pontian, Rompin 64

5.17 Berus mata buaya 64

6.1 Garispanduan pengurusan dan pengawalan kawasan HCVF

HPL Pontian, Rompin

75

6.3 Rancangan Pengurusan 10 tahun bagi HCVF HPL Pontian,

Rompin

78

Page 6: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | v

SENARAI RAJAH

Rajah Tajuk

Muka

surat

2.1

Peta menunjukkan kawasan HSK di negeri Pahang

bersama dengan daerah pentadbiran hutan.

13

2.2 Lokasi HPL Pontian (bertanda nombor 8), Rompin,

Pahang

14

2.3 Peta taburan hujan di negeri Pahang 15

5.1 HS Pontian, Rompin Pahang dengan kedudukan

setiap Kompatmen hutan

30

5.2 Jenis hutan paya laut di dalam HS Pontian, Rompin

Pahang

31

5.3 Pemandangan dirian pokok Ru di tepi pantai 33

5.4 Perepat (depan) dan Api-api 34

5.5 Pokok Tegar (kiri) dan Berus (kanan) 35

5.6 Kompartmen 4 ditumbuhi pokok Bakau minyak 35

5.7 Kompartmen 5 Pokok Api-api puti h dan Bakau

minyak

36

5.8 Dirian pokok yang kelihatan agak sebaya dari segi

saiz DBH

36

5.9 Taburan anak pokok Berus yang baru bercambah 37

5.10 Sampel daun pokok Api-api bulu 37

5.11 Buah dari pokok Tumu putih 39

5.12 Dirian Bakau kurap dengan struktur akar yang unik

dan kelihatan tanah yang berbonggol menyerupai

busut

40

5.13 Pokok Mendung yang dijumpai di Kompartmen 15 41

5.14 Dirian piai lasa 41

5.15 Pucuk dan buah Bakau lilin 42

5.16 Pokok Kedondong (Canarium reniforme) yang jarang 42

Page 7: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | vi

ditemui di HPL tapi terdapat di HS Pontian

5.17 Pokok Nyireh bunga 44

5.18 Pokok Limau lelang (Merope angulata) hidup di kawasan terdapat pokok nipah

45

5.19 Pokok Berus mata buaya (Bruguiera hainesii ) yang

ditemui di Kompatmen 20 HS Pontian Rompin

48

5.20 Lokasi Petak Bancian Kepadatan Pokok Menggunakan

Teknik Plotless

57

5.21 Ciri-ciri dan bahagian pokok Bruguiera hainessee 67

5.22 Bunga Berus mata buaya 67

Page 8: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | vii

Penghargaan

Sehingga tahun 2013, JPNP telah mempunyai dua kawasan hutan

yang mempunyai Rancangan Pengurusan Hutan HCVF iaitu Lata

Jarum di Hutan Simpan Gunong Benom, Daerah Raub dan Hutan Padang Tujuh, Rompin di dalam Taman Negeri Endau Rompin. Kedua-

dua kawasan HCVF terebut terletak di kawasan hutan darat. Pada tahun 2013 ini selaras dengan keperluan sepertimana yang di

nyatakan sewaktu stakeholder consultation dan juga laporan bancian di lapangan, JPNP telah berjaya menubuhkan satu lagi kawasan hutan

HCVF yang mewakili ekosistem hutan paya bakau (hutan paya laut). Kawasan HCVF ini terletak di HSK Pontian, Rompin Pahang. Selaras

dengan itu Penyediaan Rancangan Pengurusan Kawasan HCVF untuk hutan paya bakau Pontian ini adalah selaras dengan keperluan untuk

mengurus kawasan hutan HCVF sepertimana yang dinyatakan di dalam Prinsip 9 dalam Kriteria dan Petunjuk untuk Pensijilan

Pengurusan Hutan di Malaysia [MC&I (2002)] yang merupakan satu piawaian yang digunakan untuk menilai aktiviti pengurusan hutan di

peringkat Unit Pengurusan Hutan (FMU) bagi tujuan pensijilan di

negara ini.

Bagi pihak JPNP, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan ucapan setinggi tahniah kepada semua individu

yang terlibat di dalam menyediakan dokumen ini. Mereka termasuklah:

a) Pegawai dan Penjawat Awam Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

yang telah memberi sokongan dan komitmen,

b) Pegawai dan Penjawat Awam dari agensi-agensi yang berkaitan diperingkat daerah mahupun negeri,

c) Semua individu dan institusi yang terlibat secara langusng atau tidak di dalam penyediaan dokumen ini.

Saya percaya dokumen ini akan dijadikan rujukan untuk memastikan

kawasan HCVF paya bakau di HSK Pontian ini dapat diurus dengan sebaik mungkin demi mencapai objektif pengurusan hutan secara

berkekalan yang menitik beratkan keperluan sosio-ekonomi dan pemuliharan kepelbagaian biologi dan perlindungan alam sekitar.

DATO’ HAJI MOHD PAIZ BIN KAMARUZAMAN, DSAP., DIMP., SMP., PKC.

Pengarah, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Tingkat 5, Kompleks Tun Razak

25990 Kuantan Pahang Darul Makmur

Page 9: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | viii

KATA SINGKATAN

Istilah

BPEN Bahagian Perancang Ekonomi Negeri

CBD Konvensyen Kepelbagaian Biologi

FRIM Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (Forest

Research Institute Malaysia)

FSC Forest Stewardship Council

GIS Sistem Maklumat Geografi (Geographic

Information Systems)

HCVF Hutan Mempunyai Nilai Pemeliharaan Yang Tinggi/High Conservation Value Forest

HPL Hutan Paya Laut

HS Hutan Simpan

HSK Hutan Simpanan Kekal

ITTO International Timber Trade Organisation

Landsat Land Observation Satellite

JH Jabatan Perhutanan

JPSM Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

NGO Pertubuhan Bukan Kerajaan (Non-governmental

Organisation)

PERHILITAN Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara

PHD Pejabat Hutan Daerah

RPHCVF Rancangan Pengurusan Hutan Mempunyai Nilai Pemeliharaan Yang Tinggi

Spp. Spesies/Species

UNCED Pertubuhan Bangsa‐Bangsa Bersatu mengenai

Alam Sekitar dan Pembangunan

UNFCCC United Nations Framework Convention on Climate Change

Page 10: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | ix

RINGKASAN EKSEKUTIF

Selaras dengan konsep pengurusan hutan secara berkekalan dan

keperluan pensijilan hutan, Rancangan Pengurusan Kawasan Hutan

Mempunyai Nilai Pemeliharaan Yang Tinggi (RPHCVF) Hutan Paya

Laut (HPL) Pontian, Pahang ini disediakan dengan objektif utama

untuk menyediakan satu dokumen rujukan yang berkualiti dan boleh

digunapakai bagi membantu Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

dalam mengurus hutan HCVF. Rancangan pengurusan yang

komprehensif dan menyeluruh adalah diperlukan untuk membantu

pihak Jabatan Perhutanan negeri Pahang mengurus secara sistematik

kawasan HCVF tersebut sejajar dengan keperluan pengurusan hutan

secara berkekalan (SFM) pada masa kini.

Penyediaan RPHCVF ini memberi tumpuan kepada kawasan HPL

Pontian, Rompin yang dipilih untuk di jadikan kawasan HCVF. Ianya

terletak di dalam daerah Rompin di bawah pentadibiran Jabatan

Perhutanan Daerah Rompin. RPHCVF ini mengandungi sepuluh Bab

yang memberi tumpuan dari segi penerangan mengenai konsep

pengurusan hutan di negeri Pahang dan HCVF itu sendiri, kawasan

HCVF di HPL Pontian, Rompin, pengurusan dan pemantauan kawasan

HCVF, potensi ancaman dan kekangan serta cadangan untuk

menambah baik pengurusan kawasan HCVF HPL Pontian, Rompin itu

sendiri.

Pengurusan hutan di negeri Pahang di laksanakan berdasarkan

prinsip pengurusan hutan secara berkekalan (SFM). HCVF mula

diperkenalkan oleh FSC dalam tahun 1999 bertujuan untuk

menyediakan satu kerangka bagi mengenalpasti kawasan-kawasan

Page 11: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | x

hutan yang mempunyai ciri-ciri menarik dan unik serta bernilai tinggi

bagi kepelbagaian biologi meliputi komposisi tumbuh-tumbuhan flora.

Mengikut Akta Perhutanan Negara, 1984 Seksyen 10(1) terdapat 11

kelas dalam pengelasan HSK mengikut fungsi yang dikenalpasti oleh

Pengarah dan seterusnya diwartakan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Perlindungan hutan boleh diusahakan dalam HSK yang dikhaskan

untuk perlindungan tanah, hidupan liar, hutan simpan hutan dara,

hutan lipur, hutan pelajaran, hutan penyelidikan dan taman negeri.

Secara khususnya, belum ada dasar atau regim pengurusan khas

untuk mengurus Hutan Mempunyai Nilai Pemeliharaan Yang Tinggi

(HCVF) yang berada di dalam HSK. Berpandukan kepada Dasar

Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992), kawasan HCVF boleh di

kategorikan samada di bawah kategori fungsi-fungsi hutan

perlindungan, hutan lipur atau hutan penyelidikan dan pendidikan.

Namun begitu, semasa pelaksanaan program pensijilan pengurusan

hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara

berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan Perhutanan

untuk melaporkan pemeliharaan kawasan-kawasan ini semasa

penilaian hutan dilaksanakan.

Kawasan hutan HPL Pontian, Rompin mempunyai keunikan yang

mendorong Jabatan Perhutanan Negeri Pahang memilih untuk

menjadikannya sebagai kawasan HCVF. Ia merupakan kawasan HPL

yang mempunyai keunikan dari segi ekosistem dan floranya dimana

terdapat beberapa spesies yang disenarai di dalam IUCN termasuklah

spesies Berus mata buaya (Bruguiera hainesii) yang menjadikan ia

boleh dikelaskan sebagai hutan HCVF 1. Kawasan HCVF 1 merupakan

kawasan-kawasan hutan yang mengandungi tahap nilai kepelbagaian

biologi yang signifikan pada peringkat global, serantau dan nasional

dan/atau hutan pada skala landskap yang besar yang terkandung di

Page 12: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | xi

dalam FMU atau meliputi FMU itu sendiri, dimana populasi yang viable

dari kebanyakan, jika tidak kesemua, spesies yang hidup secara

semulajadi, didapati ujud dalam pola taburan dan kehidupan asalnya.

Keputusan untuk menjadikan HPL Pontian, Rompin sebagai kawasan

HCVF adalah satu keputusan yang tepat.

Inisiatif untuk mula menjadikan HPL Pontian, Rompin kawasan HCVF

bermula pada awal tahun 2013 di mana bancian awal keatas kawasan

tersebut telah dibuat setelah ia di sarankan di dalam Rancangan

Pengurusan Hutan Paya Bakau 2006 - 2015. Aktiviti berkaitan dengan

keperluan penubuhan kawasan HCVF ini dinyatakan di dalam

dokumen RPHCVF ini termasuklah keperluan pemetaan dan

penandaan sempadan, pengumpulan data dan maklumat asas,

pemantauan dan juga penyelenggaraan. RPHCVF ini juga memberi

garispanduan pengurusan dan pengawalan kawasan HCVF HPL

Pontian, Rompin untuk digunapakai oleh Jabatan Perhutanan beserta

dengan cadangan rancangan pengurusan untuk sepuluh tahun.

Secara keseluruhannya Negeri Pahang dan Daerah Rompin secara

khususnya amat bertuah kerana mempunyai kawasan HPL yang unik.

Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab pihak Jabatan Perhutanan

untuk memainkan peranan yang utama didalam memastikan

keunikan HPL Pontian, Rompin ini terus dipelihara dengan sempurna

demi untuk mengelakkan sebarang bentuk gangguan dimasa

hadapan. Langkah pihak kerajaan negeri melalui Jabatan Perhutanan

untuk menjadikan kawasan HPL Pontian, Rompin ini sebagai kawasan

HCVF adalah sesuatu yang amat dialu-alukan dan sewajarnya

mendapat sokongan dari semua pihak. Adalah penting semua pihak-

pihak yang berkepentingan samada dari agensi kerajaan, swasta,

NGO dan juga institusi penyelidikan dan pengajian tinggi serta

masyarakat umum memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi

Page 13: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | xii

untuk sama-sama memainkan peranan demi memastikan HPL

Pontian, Rompin ini terus dipelihara.

Page 14: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 1

BAB 1

1.0 LATAR BELAKANG

Prinsip-prinsip pengurusan hutan berkekalan yang telah dipersetujui

oleh badan antarabangsa seperti „International Timber Trade

Organisation‟ (ITTO) yang selari dengan perundangan dan peraturan

negara dan negeri digunapakai oleh negeri Pahang untuk mengurus

hutan di negeri ini. Untuk membolehkan pengurusan hutan

dilaksanakan dengan berkesan satu set kriteria dan petunjuk telah

dihasilkan pada tahun 2004 (MC&I 2002) yang telah mula dijadikan

panduan dan digunakan untuk tujuan pensijilan hutan asli di

Malaysia. Salah satu aspek yang penting dalam pensijilan hutan bagi

pengurusan hutan secara berkekalan adalah untuk mengenalpasti

kawasan Hutan Bernilai Pemeliharaan Tinggi - High Conservation

Value Forest (HCVF) serta mengurus dan memelihara kawasan-

kawasan tersebut. Jabatan Perhutanan di negeri-negeri seperti

Perak (Masran et. al, 2009) dan Negeri Sembilan (JPNS, 2007) telah

mempunyai kawasan hutan HCVF berdasarkan keunikan yang ada di

kawasan-kawasan yang berkenaan.

Page 15: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 2

Selaras dengan keperluan tersebut, pada tahun 2012 Jabatan

Perhutanan negeri Pahang telah mengenalpasti dan bercadang

untuk menubuhkan kawasan HCVF iaitu kawasan HCVF HPL Pontian,

Rompin di Taman Negeri Endau Rompin, Pahang. Disamping itu

Jabatan juga telah mengenalpasti kawasan Lata Jarum di Raub

yang mengandungi bunga Rafflesia sebagai kawasan HCVF 2 dan

telah menyediakan dokumen Rancangan Pengurusannya. Begitu

juga kawasan hutan HCVF telah ditubuhkan di kawasan Hutan

Padang Tujuh, Rompin di dalam Taman Negeri Endau Rompin. Dari

semasa kesemasa juga pihak jabatan terus mengenalpasti kawasan

sesuai untuk dibangunkan sebagai kawasan HCVF yang baharu.

Penentuan kawasan HCVF adalah berdasarkan ciri-ciri yang di

definisikan dalam Kriteria dan Petunjuk untuk Pensijilan Pengurusan

Hutan Malaysia (2002) [Malaysian Criteria and Indicators for Forest

Management Certification [MC&I (2002)]. Pihak Jabatan telah

mengambil langkah proaktif untuk menyediakan dokumen

rancangan pengurusan untuk setiap kawasan HCVF di negeri ini.

Penyediaanya adalah selaras dengan GARIS PANDUAN PENENTUAN,

PENUBUHAN DAN PENGURUSAN KAWASAN HUTAN MEMPUNYAI NILAI

PEMELIHARAAN YANG TINGGI (HCVF) DALAM HUTAN SIMPANAN KEKAL

(HSK) DI SEMENANJUNG MALAYSIA yang telah disediakan oleh pihak

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM 2012).

1.1 Objektif

Pada tahun 2006, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) telah

menyediakan Rancangan Pengurusan Hutan Paya Laut (RPHPL)

untuk tempoh 2006 – 2015. Semakan separuh penggal telah

diadakan pada tahun 2011 bagi menilai semula rancangan

pengurusan yang telah digariskan pada tahun 2006. Diantara aspek

yang di sentuh di dalam dokumen semakan separuh penggal RPHPL

Page 16: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 3

adalah perlunya menubuhkan kawasan hutan HCVF di kawasan HPL

terpilih di negeri ini. Antara cadangan lokasi yang sesuai adalah di

kawasan hutan paya laut HS Kuantan dan HS Pontian di daerah

Rompin. Laporan tersebut menyatakan bahawa HS Pontian yang

terletak di bahagian selatan negeri Pahang adalah sesuai untuk di

jadikan kawasan HCVF disebabkan mempunyai kepelbagaian biologi

bakau yang tinggi. Sejajar dengan itu JPNP telah melantik

kontraktor untuk melakukan kerja bancian di kawasan tersebut pada

tahun 2013 untuk mengetahui komposisi flora di kawasan tersebut.

Objektif bancian yang dijalankan adalah untuk menentukan

kepelbagaian spesies flora di kawasan HPL, Hutan Simpan Pontian,

Rompin Pahang. Lanjutan dari itu telah dicadangkan agar kawasan

tersebut dijadikan sebagai kawasan HCVF

Bagi memastikan kawasan hutan HCVF diurus selari dengan

keperluan pensijilan hutan, Rancangan Pengurusan HCVF (RPHCVF)

HPL Pontian, Rompin ini disediakan dengan objektif untuk

menyediakan satu dokumen rujukan yang berkualiti dan boleh

digunapakai bagi membantu Jabatan Perhutanan dalam mengurus

hutan HCVF. Rancangan pengurusan yang komprehensif dan

menyeluruh adalah diperlukan untuk membantu pihak Jabatan

Perhutanan negeri Pahang mengurus secara sistematik kawasan

HCVF tersebut. Adalah diharapkan RPHCVF ini antara lainya akan

dapat membantu pihak Jabatan Perhutanan melaksanakan

pengurusan HPL Pontian, Rompin dengan lebih teratur sejajar

dengan keperluan pengurusan hutan secara berkekalan (SFM) pada

masa kini.

Page 17: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 4

1.2 Skop

Penyediaan RPHCVF ini hanya melibatkan kawasan HPL Pontian,

Rompin Pahang. Pecahan aktiviti yang terlibat adalah seperti

digambarkan di dalam Jadual 1.1.

Jadual 1.1 Skop penyediaan RPHCVF HPL Pontian, Rompin, Pahang

BIL AKTIVITI

1 Mengumpul dan menyemak maklumat asas dan

dokumen berkaitan dengan kawasan HCVF

2 Melaksanakan penganalisaan data dan maklumat

berkaitan kawasan terlibat

3 Menyediakan peta lokasi kawasan HCVF

4 Melakukan kerja semakan di lapangan untuk kawasan

hutan HCVF

5 Mengadakan perbincangan dengan Stakeholders

terlibat

6 Membuat penulisan dan penyediaan laporan akhir

mengenai Pengurusan dan Pemantauan kawasan

Hutan HCVF

7 Mencetak dan menyerahkan sepuluh (10) salinan

laporan akhir dalam bentuk “hard copy” dan satu

salinan ”softcopy” dalam format PDF. Laporan

disediakan dalam Bahasa Malaysia.

1.3 Kaedah

Penyediaan RPHCVF HPL Pontian, Rompin ini memberi penekanan

kepada penggunaan data dan maklumat sedia ada dan penilaian

secara kualitatif dan kuantitatif maklumat yang dikumpul.

Disamping itu data-data tambahan juga dikumpul dan digunapakai

Page 18: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 5

didalam penyediaan RPHCVF ini. Secara umumnya ia boleh

dibahagikan kepada tiga fasa seperti berikut:

Fasa 1 – Persediaan awal dan mobilisasi

Fasa 2 – Penilaian dan penganalisaan data dan maklumat

Fasa 3 – Penyediaan laporan semakan

Antara lainnya ia melibatkan:-

i. Kerja-kerja semakan keatas dokumen secara menyeluruh

di pejabat,

ii. Temubual dengan personel Jabatan Perhutanan yang

terlibat samada secara langsung atau tidak,

iii. Lawatan ke lokasi di dalam kawasan yang dikhaskan

sebagai kawasan HCVF.

Page 19: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 6

BAB 2

2.0 ORGANISASI DAN MAKLUMAT ASAS

2.1 Kawasan Berhutan

Kawasan berhutan di negeri Pahang pada tahun 2011 adalah lebih

kurang 2,068,199.20 ha atau 57.50% dari keluasan keseluruhan

negeri (Jadual 2.1). Dari jumlah itu, sebanyak 1,562,496.20 ha atau

43.44% adalah merupakan Hutan Simpan Kekal (HSK) yang perlu di

urus berdasarkan konsep pengurusan hutan secara berkekalan.

Secara umumnya kawasan hutan di negeri ini boleh dibahagikan

kepada empat jenis seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 2.2

dimana hutan darat dengan keluasan berjumlah 1,395,207.27 ha

merupakan jenis hutan yang terbesar. Hutan paya laut dengan

keluasan lebihkurang 2,415.96 ha merupakan jenis hutan yang

terkecil namum mempunyai kepentingan yang memerlukan ia diurus

dengan sebaik mungkin. Rajah 2.1 menunjukkan jenis-jenis hutan

utama yang terdapat di negeri Pahang bersama dengan kedudukan

daerah pentadbiran hutan.

Page 20: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 7

Jadual 2.1 Status kawasan berhutan di negeri Pahang (2011)

Status Keluasan (ha)

1 Hutan Simpan Kekal 1,562,496.20

2 Hutan Tanah Kerajaan 105,963.00

3 Taman Hidupan Liar/Taman Negara 399,740

Jumlah Kawasan Berhutan 2,068,199.20

(Sumber: Laporan Tahunan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, 2011)

Jadual 2.2 Keluasan hutan mengikut jenis di dalam Hutan Simpan

Kekal negeri Pahang

Jenis Hutan Keluasan (ha)

1 Hutan Darat 1,395,613.27

2 Hutan Paya Gambut 140,829.97

3 Hutan Paya Laut 2,415.96

4 Ladang Hutan 24,043.00

Jumlah 1,562,902.20

(Sumber: Laporan Tahunan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, 2011)

Kawasan hutan paya laut (HPL) di negeri Pahang terdapat di dalam

Sembilan hutan simpan di dalam daerah pentadbiran hutan

Kuantan, Pekan dan Rompin. Kawasan HSK ini digazetkan seawall

tahun 1909 lagi.

Hutan paya laut (HPL) di Pahang agak unik kerana kebanyakannya

di kelilingi oleh tumbuhan pantai yang berpasir. Ia pada kebiasaanya

terdiri dari enam jenis tumbuhan dimana empat darinya adalah dari

jenis bakau; Avicennia-Sonneratia, Rhizohpora-Bruguiera, Dryland,

dan Nypa; dan dua adalah dari bukan bakau (non-mangroves) yang

terdiri dari Pinus dan tumbuhan jenis pantai berpasir.

2.2 Pengkelasan Hutan Simpan Kekal

Pengurusan hutan di Semenanjung Malaysia secara amnya di

laksanakan sejajar dengan objektif Polisi Perhutanan Negara ( NFP -

Page 21: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 8

National Forestry Policy revised 1992) iaitu untuk memulihara dan

mengurus sumber hutan secara berkekalan dan pada masa yang

sama mengimbangi kepentingan nya dari segi sumbangan kepada

ekonomi negara serta kestabilan alam sekitar. Antara matlamat NFP

adalah untuk memastikan kawasan yang mencukupi ditentukan dan

diwartakan sebagai HSK bagi tujuan Hutan Perlindungan, Hutan

Pengeluaran, Hutan Lipur, dan Hutan Pembelajaran dan

Penyelidikan. Kesemua negeri di Semenanjung Malaysia telah

menerima pakai NFP dan juga Akta Perhutanan Negara (NFA –

National Forestry Act 1984). Sejajar dengan itu semua kawasan HSK

ini perlu diurus berpandukan kepada NFP dan NFA. Secara

umumnya HSK di boleh dibahagi kepada dua kategori utama iaitu

kawasan Hutan Pengeluaran dan Hutan Perlindungan. Hutan

Pengeluaran adalah kawasan yang terletak di ketinggian kurang dari

1000m (dari aras laut) dan diurus untuk tujuan penghasilan kayu

balak dan juga hasil bukan kayu yang lain (rotan dll). Ia

merangkumi kawasan Dipterokarpa Pamah, Dipterokarpa Bukit,

Hutan Paya Gambut dan Hutan Paya Laut. Kawasan Hutan

Perlindungan pula secara amnya merupakan kawasan yang

ketinggiannya melebihi 1000 m dari aras laut dan kebiasaanya

terlalu curam untuk pembalakan termasuklah kawasan tadahan air,

kawalan tanah, kawasan rekreasi, Hutan Simpan Dara (VJR) dan

juga kawasan penyelidikan dan pendidikan.

Di bawah Seksyen 10(1) Akta Perhutanan Negara (1984) kesemua

HSK perlu di kategorikan sebagai salah satu atau lebih dari sebelas

(11) kelas fungsi hutan (forest functional classes). Pengkelasan ini

mengambilkira faktor pelbagai guna dan faedah serta fungsi hutan

itu sendiri bukan sahaja untuk tujuan komersial bahkan untuk

kestabilan alam sekitar dan kepentingan sosial yang lain. Tujuan

pengkelasan ini di buat antara lainnya adalah untuk membolehkan

Page 22: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 9

kawasan HSK tersebut di urus dengan lebih berkesan dan fokas

kepada kelas yang telah dikenalpasti sebelumnya. Ini akan

menjurus kepada konsep pengurusan hutan secara berkekalan.

Kelas fungsi hutan yang dimaksudkan adalah:

a) Hutan Pengeluaran Kayu di bawah Perolehan Berkekalan

b) Hutan Perlindungan Tanah

c) Hutan Tebusguna Tanah

d) Hutan Kawalan Banjir

e) Hutan Tadahan Air

f) Hutan Perlindungan Hidupan Liar

g) Hutan Simpanan Hutan Dara

h) Hutan Lipur

i) Hutan Pelajaran

j) Hutan Penyelidikan

k) Hutan Bagi Maksud Persekutuan

Keluasan kelas fungsi hutan untuk negeri Pahang ditunjukkan di

dalam Jadual 2.3. Di samping itu juga selain dari kelas fungsi

tersebut, fungsi hutan yang lain perlu diberi pertimbangan sejajar

dengan keperluan semasa, sebagai contoh untuk memenuhi

keperluan preskripsi Petunjuk dan Kriteria Malaysia (Malaysian

Criteria and Indicators – MC&I). Ini termasuklah penentuan kawasan

“High Conservation Value Forest” (HCVF) seperti yang dikehendaki

di bawah MC&I.

2.3 Lokasi kawasan

Pentadbiran Pejabat-pejabat Hutan Daerah di negeri Pahang

dibahagikan kepada tujuh, iaitu Kuantan/Pekan/Maran, Rompin,

Temerloh/Bera, Jerantut, Lipis, Bentong dan Raub/Cameron

Highlands. Fokas RPKHCVF ini adalah hanya untuk kawasan Daerah

Hutan Rompin. Hutan Simpan Pontian Rompin yang terletak di

bawah pentadbiran Pejabat Hutan Daerah Rompin mempunyai satu

Page 23: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 10

kawasan HPL yang unik. Kawasan ini mempunyai keunikan

tersendiri yang mendorong Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

memilih untuk menjadikan nya sebagai kawasan HCVF.

Jadual 2.3 Keluasan kawasan berhutan berdasarkan Kelas Fungsi

Hutan di negeri Pahang

Kelas Fungsi Hutan Keluasan (ha)

1 Hutan Pengeluaran 987,459.86

2 Hutan Perlindungan Tanah 190,282.33

3 Hutan Tebus Guna Tanah 2,354.07

4 Hutan Tadahan Air 243,192.56

5 Hutan Perlindungan Hidupan Liar 71,351.51

6 Simpanan Hutan Dara 3,592.92

7 Hutan Lipur 32,593.86

8 Hutan Pelajaran/Htan Penyelidikan/Hutan

untuk Maksud Persekutuan

2526.39

Jumlah 545,893.64

2.4 Cuaca

Negeri Pahang mempunyai iklim tropika di mana suhu tinggi

sepanjang tahun dan hujan tahunan pada amnya dipengaruhi oleh

monsoon timur laut sepanjang tahun. Monson ini menghasilkan

hujan yang agak lebat dari bulan November hingga Januari setiap

tahun. Rajah 2.3 menunjukkan peta taburan hujan di negeri

Pahang. Suhu di negeri Pahang pada kebiasananya adalah tinggi

kecuali di kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highland.

Kelembapan nya juga adalah tinggi sepanjang tahun.

2.5 Jenis Hutan dan Flora

Pahang mempunyai jenis hutan yang unik memandangkan ia

mempunyai kawasan persisiran pantai, pamah yang rendah

Page 24: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 11

sehingga ke kawasan tinggi dan pergunungan. Oleh itu kawasan

Hutan Gunung, Hutan Bukit Dipterokarpa, Hutan Dipterokarpa

Pamah, Hutan Paya Gambut, Hutan Paya Air Tawar, Hutan Paya

Bakau dan Hutan Persisir Pantai terdapat di negeri ini.

Kesemua jenis hutan ini mempunyai spesies tumbuhan yang

berbeza yang telah beradaptasi dengan keadaan ekologi hutan

berkenaan. Untuk Hutan Gunong ia didominasi oleh kaum

Myrtaceae, Sapotacea, Gymnosperms (Dacrydium dan Agathis) dan

Fagaceae serta paku pakis Ericaceae (Rhododendron dan

Vaccinium). Kaum Dipterokarpa seperti Shorea platyclados dan S.

submontana pula terdapat tumbuh di kawasan Hutan Dipterokarpa

Bukit. Begitu juga pokok Agathis borneensis (damar minyak) juga

terdapat tumbuh di kawasan sebegini. Hutan Dipterokarpa Pamah

pula didominasi oleh kaum Dipterokarpa seperti Dryobalanops

oblongifolia (Keladan) Dipterocarpus oblongifolius (Neram), Shorea

leprosula, S. parvifolia, S. macroptera, S. acuminata, S. lepidota,

S. ovalis dan D. aromatica (Kapur).

Bagi Hutan Paya Gambut pula spesies tumbuhan utama yang

terdapat termasuklah Madhuca motleyana, Santiria laevigata,

Calophyllum ferrugineum, Shorea platycarpa, Koompassia

malaccensis (Kempas), Durio carinatus (Durian paya), Cratoxylum

arborescens (Geronggang) dan Gonystylus bancanus (Ramin).

Sementara itu spesies utama tumbuhan HPL atau paya bakau yang

terdapat di negeri Pahang termasuklah Rhizophora apiculata dan

Bruguiera parvifolia.

2.6 Fauna

Dengan kepelbagaian ekosistem dan habitat hutan yang masih ada

di negeri Pahang, populasi fauna adalah agak tinggi dibandingkan

Page 25: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 12

dengan negeri-negeri lain di Semananjung Malysia. Jadual 2.4

menunjukkan perbandingan haiwan yang terdapat dilaporkan di

negeri ini dengan keseluruhan Semenanjung Malaysia.

Jadual 2.4 Perbandingan fauna yang ada di Pahang.

Taxa Bilangan

kaum

Bilangan

spesies

Jumlah

bilangan

spesies di

Semenanjung

Malaysia

% spesies di

Pahang

Mamalia 35 181 230 78.9

Amfibia &

reptilia

25 278 350 79.4

Burung 77 464 708 65.4

Ikan Air

Tawar

44 242 319 75.8

Page 26: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 13

Rajah 2.1 Peta menunjukkan kawasan HSK di negeri Pahang bersama dengan daerah pentadbiran hutan.

Page 27: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 14

Rajah 2.2 Lokasi HPL Pontian (bertanda nombor 8), Rompin, Pahang

Page 28: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 15

Rajah 2.3 Peta taburan hujan di negeri Pahang

Page 29: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 16

BAB 3

3.0 KAWASAN HUTAN

MEMPUNYAI NILAI

PEMELIHARAAN YANG TINGGI (HCVF)

3.1 Definisi

HCVF mula diperkenalkan oleh Forest Stewardship Council (FSC)

dalam tahun 1999 bertujuan untuk menyediakan satu kerangka bagi

mengenalpasti kawasan-kawasan hutan yang mempunyai ciri-ciri

menarik dan unik serta bernilai tinggi bagi kepelbagaian biologi

meliputi komposisi tumbuh-tumbuhan flora. Terdapat beberapa

definisi yang dikenalpasti oleh FSC seperti di dalam Jadual 3.1.

3.2 HCVF dan Keperluan Pensijilan Hutan

Sepertimana yang dinyatakan di bawah keperluan pensijilan

pengurusan hutan HCVF secara ringkas adalah kawasan-kawasan

hutan:

a) yang mempunyai nilai kepelbagaian yang tinggi temasuk

spesies endemik dan terancam pada peringkat global,

serantau atau nasional; dan hutan-hutan pada peringkat

lanskap yang besar, di dalamnya mengandungi unit

Page 30: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 17

Jadual 3.1. Definisi mengenai HCVF

HCVF Penerangan

HCVF1 Kawasan-kawasan hutan yang mengandungi tahap nilai

kepelbagaian biologi yang signifikan pada peringkat

global, serantau dan nasional

HCVF2 Kawasan-kawasan hutan yang mengandungi tahap nilai

kepelbagaian biologi yang signifikan pada peringkat

global, serantau dan nasional dan/atau hutan pada skala

landskap yang besar yang terkandung di dalam FMU atau

meliputi FMU itu sendiri, dimana populasi yang viable dari

kebanyakan, jika tidak kesemua, spesies yang hidup

secara semulajadi, didapati ujud dalam pola taburan dan

kehidupan asalnya

HCVF3 Kawasan-kawasan hutan yang berada di dalam atau

mengandungi ekosistem yang nadir, terancam atau

berkeadaan bahaya

HCVF4 Kawasan-kawasan hutan yang menyediakan

perkhidmatan asas alam semulajadi dalam keadaan

kritikal (misalnya perlindungan tadahan air, kawalan

banjir)

HCVF5 Kawasan-kawasan hutan yang penting dalam

membekalkan keperluan asas komuniti tempatan

(contohnya kesihatan)

HCVF6 Kawasan-kawasan hutan yang bersifat kritikal kepada

identiti budaya tradisi komuniti tempatan (kawasan-

kawasan bagi kepentingan-kepentingan budaya, ekologi,

ekonomi atau keagamaan yang dikenalpasti dengan

kerjasama komuniti-komuniti tempatan)

pengurusan dimana kebanyakan atau semua populasi yang

mampu hidup sendiri ditemui dalam bentuk semulajadi

Page 31: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 18

berdasarkan kepada penyebaran dan kuantitinya yang

banyak;

b) yang mempunyai ekosistem yang unik dan jarang ditemui,

terancam atau berada dalam keadaan bahaya dan terancam;

c) yang menyediakan kemudahan asas semulajadi dalam

keadaaan kritikal seperti kawasan tadahan air dan

perlindungan hakisan;

d) yang membekalkan keperluan asas serta mempunyai nilai

budaya tinggi kepada masyarakat tempatan (kawasan-

kawasan budaya, ekologi, mempunyai nilai ekonomi atau

keagamaan yang dikenalpasti dengan bantuan masyarakat

tempatan).

Prinsip # 9 (MC&I 2002)

Penyelenggaraan Hutan Yang Mempunyai Nilai Pemeliharaan

Yang Tinggi

Aktiviti-aktiviti pengurusan untuk hutan-hutan yang mempunyai

nilai pemeliharaan tinggi (HCVF) harus mengekal atau

mempertingkatkan sifat-sifat semulajadi yang mendefinisikan hutan-

hutan berkenaan. Keputusan-keputusan mengenai hutan yang

mempunyai nilai pemeliharaan tinggi sntiasa harus dipertimbangkan

dalam konteks pendekatan secara berwaspada (precautionary

approach).

Kriteria 9.1

Penilaian untuk menentukan kewujudan sifat-sifat yang konsisten

dengan hutan yang mempunyai nilai pemeliharaan yang tinggi akan

disempurnakan, bersesuaian dengan skala dan intensiti pengurusan

hutan.

Petunjuk:

Page 32: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 19

9.1.1 Pengurus-pengurus hutan harus menjalankan penilaian

ke atas hutan yang mempunyai nilai pemeliharaan yang tinggi

(HCVF) mengikut rangka kerja perundangan serta peraturan

Negara dan rantau yang relevan, bersesuaian dengan skala dan

intensiti operasi pengurusan hutan di HSK di Semenanjung Malaysia

dan kawasan-kawasan pengurusan hutan di Sabah dan Sarawak,

serta menerusi rundingan dengan pihak yang berkepentingan dan

pakar-pakar yang berkaitan.

Verifier:

Semenanjung Malaysia

1. Penilaian, pengenalpastian dan penandaan hutan yang

mempunyai nilai pemeliharaan yang tinggi (HCVFs) dalam

Rancangan Pengurusan Hutan

2. Rekod-rekod rundingan/dialog dengan pihak-pihak yang

terjejas dan mempunyai kepentingan.

Kriteria 9.2

Semasa rundingan dalam proses pensijilan, penekanan mesti

diberikan kepada sifat-sifat pemeliharaan yang telah dikenalpasti

dan opsyen-opsyen untuk memelihara sifat-sifat berkenaan.

Petunjuk

9.2.1 Pengurus-pengurus hutan harus membekalkan kepada penilai-

penilai satu senarai pihak yang berkepentingan yang telah ditemui

untuk memberi pandangan mengenai hutan-hutan yang mempunyai

nilai pemeliharaan tinggi (HCVFs).

Verifier

Page 33: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 20

Semenanjung Malaysia

Senarai pihak-pihak yang berkepentingan dan pihak-pihak yang

terjejas telah ditemui.

Kriteria 9.3

Rancangan pengurusan harus merangkumi dan melaksanakan

langkah-langkah spesifik untuk memastikan pengekalan dan/atau

peningkaan pemeliharaan sifat-sifat yang telah dikenalpasti selaras

dengan pendekatan secara berwaspada. Langkah-langkah ini

dinyatakan secara spesifik dalam ringkasan rancangan pengurusan

yang diberikan kepada pihak awam.

Petunjuk

9.3.1 Langkah-langkah untuk menanda, mengekal dan /atau

mempertingkatkan sifat-sifat semulajadi hutan yang mempunyai

nilai pemeliharaan yang tinggi didokumenkan di dalam rancangan

pengurusan dan dilaksanakan secara berkesan.

Verifier

Semenanjung Malaysia

1. Kawasan-kawasan HCVF ditanda di atas peta dalam

Rancangan Pengurusan Hutan.

2. Preskripsi-preskripsi pengurusan untuk mengekal dan /atau

mempertingkatkan sifat-sifat HCVF

3. Rekod-rekod pengurusan

Page 34: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 21

Petunjuk

9.3.2 Langkah-langkah ini harus dimasukkan dalam ringkasan

pengurusan hutan untuk makluman pihak awam.

Verifier

Semenanjung Malaysia

Ringkasan umum Rancangan Pengurusan Hutan termasuk langkah-

langkah untuk HCVF.

Kriteria 9.4

Pemantauan tahunan harus dijalankan untuk menilai keberkesanan

langkah-langkah yang diambil untuk menggalak atau

mempertingkatkan sifat-sifat pemeliharaan yang berkenaan.

Petunjuk

9.4.1 Pengurus-pengurus hutan harus menjalankan pemantauan

tahunan, bersesuaian dengan skala dan intensiti operasi pengurusan

hutan, untuk keberkesanan langkah-langkah untuk mengurus HCVF

di HSK di Semenanjung Malaysia dan kawasan-kawasan pengurusan

hutan di Sabah dan Sarawak.

Verifier

Semenanjung Malaysia

Page 35: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 22

1. Prosedur-prosedur pemantaun untuk menilai keberkesanan

langkah-langkah pengurusan HCVF,

2. Rekod-rekod pemantauan

Petunjuk

9.4.2 Pengurus-pengurus hutan harus menggabungkan hasil-hasil

dan penemuan-penemuan aktiviti pemantauan keatas HCVF di

dalam pelaksanaan dan penyemakan semula rancangan

pengurusan.

Verifier

Hasil-hasil dan penemuan yang relevan dari aktiviti-aktiviti

pemantauan HCVF harus digabungkan di dalam penyemakan semula

Rancangan Pengurusan Hutan.

Page 36: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 23

BAB 4

4.0 PENGURUSAN HUTAN

4.1 Pendekatan Pengurusan

Pengurusan hutan di negeri Pahang di laksanakan berdasarkan

prinsip pengurusan hutan secara berkekalan (SFM). Ia adalah

sejajar dengan kehendak dan peruntukan Dasar Perhutanan Negara

1978 (Pindaan 1992), yang menekankan supaya perkara‐perkara

berikut dilaksanakan dengan berkesan:

(i) memperuntukkan kawasan hutan yang mencukupi

sebagai HSK di seluruh negeri;

(ii) mengurus HSK bagi memaksimumkan faedah

sosio‐ekonomi dan alam sekitar sejajar dengan

kehendak prinsip pengurusan hutan yang berkekalan;

(iii) menggalakkan pengusahasilan dan penggunaan semua

jenis keluaran hutan secara terbaik bagi faedah‐faedah

ekonomi yang maksimum;

(iv) menggalakkan penyertaan pihak swasta dalam

penubuhan ladang hutan jenis cepat tumbesar atau

berkualiti tinggi bagi menambah sumber bekalan kayu

kayan;

Page 37: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 24

(v) meningkatkan pengeluaran hasil hutan bukan kayu

melalui amalan pengurusan hutan yang saintifik dan

berkekalan bagi menampung bekalan kepada

permintaan tempatan dan keperluan industri berkaitan;

(vi) memelihara kepelbagaian biologi dan kawasan hutan

yang mengandungi jenis-jenis flora, fauna dan

ekosistem yang unik; dan

(vii) menjalin kerjasama dan perhubungan yang lebih rapat

di antara Jabatan Perhutanan dengan pihak berkaitan

dalam bidang perhutanan bagi kepentingan dan faedah

pemindahan teknologi, pertukaran maklumat dan

kepakaran.

4.2 Strategi Pengurusan

Pembangunan berkekalan disektor perhutanan boleh dicapai dengan

memberi penekanan kepada pengekalan peranan sumber asli ini

untuk kesejahteraan hidup rakyat di negeri Pahang khususnya,

dengan cara:

(i) mengekal dan menguruskan kawasan hutan untuk

menjaga iklim dan rupa bumi yang sempurna,

bekalan air bersih yang mencukupi, kesuburan tanah

yang terpelihara, keadaan alam sekeliling yang stabil

serta mengurangkan kesan banjir dan hakisan kepada

sungai, tanah pertanian dan kawasan kediaman;

(ii) menjamin pengeluaran semua jenis hasil hutan dalam

negeri secara berkekalan dengan mengimbangi

Page 38: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 25

keperluan, ekonomik, sosial dan ekologi untuk

kegunaan tempatan dan eksport; dan

(iii) mengadakan sejumlah kawasan yang mencukupi

sebagai tempat rekreasi, ekopelancongan,

penyelidikan, pemeliharaan kepelbagaian biologi dan

pendidikan untuk masyarakat mengenai perhutanan.

Strategi ini dapat dicapai dengan penyediaan kemudahan

infrastruktur dan logistik yang mencukupi, meningkatkan

keberkesanan organisasi, menyediakan sumber tenaga

manusia terlatih dan mendapatkan peruntukan kewangan

yang mencukupi bagi melicinkan pelaksanaan projek‐projek

pengurusan dan pembangunan hutan yang dirancang.

4.3 Pengurusan dan Pemeliharaan Hutan

Pengurusan hutan di negeri ini adalah sejajar dengan

objektif‐objektif utama Dasar Perhutanan Negara yang bersifat

serampang dua mata iaitu memelihara dan mengurus hutan negara

berdasarkan prinsip pengurusan berkekalan dan melindungi alam

sekitar, memelihara kepelbagaian biodiversiti dan sumber‐sumber

genetik, serta mempertingkatkan penyelidikan dan pendidikan.

Penekanan pemeliharaan sumber hutan dan pemuliharaan

kepelbagaian biologi telah diberi dalam tahun 1992 bagi

menggambarkan komitmen Persidangan Pertubuhan Bangsa‐Bangsa

Bersatu mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan (UNCED),

Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) dan United Nations

Framework Convention on Climate Change (UNFCCC). Di dalam

Page 39: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 26

Dasar tersebut, Hutan Simpan Kekal diklasifikasikan dibawah empat

fungsi utama seperti berikut:

(i) Hutan Perlindungan untuk memastikan iklim dan

persekitaran fizikal yang melindungi sumber air,

kesuburan tanah, kepelbagaian biologi,

mengurangkan pencemaran sungai dan tanah

pertanian akhibat banjir dan hakisan;

(ii) Hutan Pengeluaran untuk mengekalkan bekalan

kayu‐kayan pada kadar yang berpatutan secara

mampan untuk kegunaan domestik dan eksport;

(iii) Hutan Kemudahan (amenity) untuk melindungi

kawasan‐kawasan hutan untuk tujuan rekreasi,

eko‐pelancongan dan kesedaran awam; dan

(iv) Hutan Penyelidikan dan Pendidikan untuk

menjalankan penyelidikan, pendidikan dan

melindungi kepelbagaian biologi.

Mengikut Akta Perhutanan Negara, 1984 Seksyen 10(1)

terdapat 11 kelas dalam pengelasan HSK mengikut fungsi

yang dikenalpasti oleh Pengarah dan seterusnya diwartakan

oleh Pihak Berkuasa Negeri. Perlindungan hutan boleh

diusahakan dalam HSK yang dikhaskan untuk perlindungan

tanah, hidupan liar, hutan simpan hutan dara, hutan lipur,

hutan pelajaran, hutan penyelidikan dan taman negeri.

Secara khususnya, belum ada dasar atau regim pengurusan

khas untuk mengurus Hutan Mempunyai Nilai Pemeliharaan

Page 40: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 27

Yang Tinggi (HCVF) yang berada di dalam HSK. Berpandukan

kepada Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992),

kawasan HCVF boleh di kategorikan samada di bawah kategori

fungsi-fungsi hutan perlindungan, hutan lipur atau hutan

penyelidikan dan pendidikan. Namun begitu, semasa

pelaksanaan program pensijilan pengurusan hutan di bawah

kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara

berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Perhutanan untuk melaporkan pemeliharaan kawasan-

kawasan ini semasa penilaian hutan dilaksanakan.

Pada kebelakangan ini, usaha untuk penyediaan panduan

penubuhan hutan perlindungan hidupan liar, hutan lipur dan

tadahan air sedang giat dijalankan. Selain itu, pihak Jabatan

Perhutanan Semenanjung Malaysia sedang dalam proses

penyediaan kaedah‐kaedah hutan perlindungan hidupan liar.

Sehubungan dengan itu, tujuan perlindungan hutan antara lain

ialah untuk melindungi kawasan hutan daripada gangguan

fizikal, persekitaran dan perosak serta memelihara

kepelbagaian biologinya. Objektif perlindungan hutan antara

lain ialah untuk memastikan kawasan HSK dilindungi daripada

pencerobohan manusia, kebakaran dan serangan penyakit

serta serangga. Disamping itu, ianya juga meliputi

perlindungan ke atas kepelbagaian biologi bagi mengelakkan

dari kepupusan biodiversiti.

Page 41: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 28

BAB 5

5.0 HPL PONTIAN, ROMPIN SEBAGAI HCVF

HPL Pontian, di Rompin ini merupakan salah satu dari sembilan

kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) paya laut di negeri Pahang.

Keluasan keseluruhan HSK untuk jenis HPL di negeri Pahang pada

tahun 2011 adalah seluas 2,415.96 ha. Sepertimana yang dinyatakan

di dalam dokumen Rancangan Pengurusan Hutan Paya Laut negeri

Pahang 2006 – 2015, pengurusan kawasan HPL di negeri ini

memberi tumpuan untuk tujuan kawasan perlindungan dan tujuan

eko-pelancongan. Tiada aktiviti pengusahasilan dibenarkan di dalam

kawasan HPL di negeri ini. Oleh yang demikian penubuhan kawasan

HCVF untuk HPL Pontian adalah satu langkah yang tepat dan selari

dengan konsep pengurusan kawasan hutan yang diamalkan di

negeri ini pada waktu ini.

Sebahagian dari kawasan HPL di negeri Pahang mempunyai

kepelbagaian bilogi yang unik dan perlu dipulihara. Ini termasklah

kawasan HPL Pontian di Rompin ini yang mempunyai spesies

Bruguiera hainesii (berus mata buaya).

Page 42: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 29

5.1 Lokasi Kawasan

HS Pontian terletak di bawah pentadbiran Pejabat Hutan Daerah

Rompin, Pahang. Ia mempunyai keluasan lebihkurang 195.02 ha

yang dibahagikan kepada 22 buah Kompatmen. Maklumat lanjut

mengenai kawasan ini adalah seperti didalam Jadual 5.1.

Jadual 5.1 Maklumat dan fakta mengenai HS Pontian, Rompin

HS Pontian (Daerah Rompin)

Keluasan: 195.02 ha

Lokasi: Di sepanjang bahagian atas Sg. Pontian

Ekosistem Bakau: “Allochthonous, high water discharge”

Sistem sungai: Tumbuhan bakau dipengaruhi oleh ombak kuat dari

angin monsoon. Bakau kebanyakan hidup di

sebelah dalam kawasan sungai yang lebih

terlindung.

Jenis Hutan &

species:

Antara jenis hutan yang terdapat adalah jenis

Rhizophora – Bruguiera, “Dryland mangroves” dan

hutan Nypa.

Kesesuaian HCV:

Sesuai untuk HCV 1 kerana kepelbagaian biologi

nya yang tinggi. (Kawasan-kawasan hutan yang

mengandungi tahap nilai kepelbagaian biologi yang

signifikan pada peringkat global, serantau dan

nasional).

Rajah 5.1 menunjukkan lokasi HS Pontian di Rompin Pahang dengan

kedudukan setiap Kompatmen hutan.

Page 43: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 30

Rajah 5.1. HS Pontian, Rompin Pahang dengan kedudukan setiap

Kompatmen hutan

5.2 Jenis Hutan

Melalui laporan RPH Paya Laut yang disediakan oleh JPNP, HPL di HS

Pontian, Rompin mempunyai sekurang-kurangnya tiga jenis hutan

iaitu jenis Rhizophora – Brugeria, Hutan Darat, dan hutan Nipah

(Rajah 5.2).

10.9012.3212.3310.969.419.06

10.087.957.32

11.2610.12

123456789

1011

Area (ha)Compt. No.Compt. No. Area (ha)

1213141516171819202122

9.7610.7911.0011.7110.815.667.948.829.25

11.8712.82

Extent and Division of

Forest into Compartmen

Pontian Forest Reserve

PAHANG

South China Sea

S

N

EW

1

Permanent6 Reserve Forest andCompartment BoundaryCompartment Number

Public Road

River

Coastline

Secondary Road

Canal/Drainage System

L E G E N D

Major River

1:250000.5 0 0.5 1 Kilometers

8

9

76

10

5

4

3

1

2

11

12

13

14

15

1617

20

18

19

22 21

610 000

610 000

611 000

611 000

612 000

612 000

613 000

613 000

614 000

614 000

30

40

00

30

40

00

30

50

00

30

50

00

30

60

00

30

60

00

30

70

00

30

70

00

30

80

00

30

80

00

Page 44: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 31

Rajah 5.2. Jenis hutan paya laut di dalam HS Pontian, Rompin

Pahang

5.3 Hutan Paya Laut

HPL di negeri Pahang diurus untuk tujuan perlindungan dan juga

eko-pelancongan seperti yang dinyatakan di dalam dokumen RPH

Hutan Paya Laut yang disediakan oleh JPNP. Ini bermakna tiada

pengeluaran lesen untuk tujuan pengeluaran kayu diberi kerana

tiada aktiviti pembalakan dibenarkan di kawasan HPL di negeri

Pahang. Selaras dengan itu juga adalah perlu untuk JPNP

mengetahui status kepelbagaian biologi flora dan fauna di kawasan

HPL yang boleh dijadikan maklumat untuk membuat pelan

perancangan kawasan tersebut dengan lebih berkesan.

Page 45: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 32

Berbeza dari HPL yang terletak di bahagian Pantai Barat

Semenanjung Malaysia, HPL di negeri Pahang yang terletak di

bahagian Pantai Timur mempunyai ciri ekologinya yang tersendiri.

HPL di sini terbentuk di bahagian dalam sistem sungai dan di

sebelah belakang pantai. Umumnya terdapat tiga jenis habitat yang

mempunyai komposisi flora yang berbeza.

HPL di Pahang lazimnya ditumbuhi tumbuhan pantai berpasir di

bahagian persisiran laut, kemudian diikuti dengan tumbuhan bakau

di tebing sungai dan disusuli oleh tumbuhan bakau dryland sebelum

diakhiri oleh dirian pokok nipah.

Tumbuhan HPL antara lain terdiri dari pokok, herba, paku-pakis dan

juga palma. Kesemua tumbuhan ini telah dapat menyesuaikan diri

dengan keadaan habitat yang berlumpur dan mempunyai pengaruh

laut termasuk keadaan air masin, ombak yang kuat dan tiupan

angin kencang.

Terdapat lebih kurang 73 spesies HPL diseluruh dunia dimana untuk

Malaysia telah dilaporkan terdapat tidak kurang dari 70 spesies dari

28 famili yang telah direkodkan. Ini menunjukkan negara ini

mempunyai kepelbagaian flora HPL yang tinggi.

5.4 HPL Pontian Rompin

5.4.1 Pemerhatian di Lapangan

Hutan Simpan Paya Laut Pontian yang terletak lebih kurang 2 km

dari bandar Rompin jelas sekali menarik dengan keindahan pokok-

pokok paya laut di samping kuala sungai yang menggamit

pelancong-pelancong luar atau dalam negara. Dengan keluasan

195.02 hektar dan kemudahan prasarana yang ada, hutan simpan

ini mudah untuk dilawati maka seharusnya usaha-usaha

mempromosi keindahan hutan paya laut di sini dan usaha-usaha

menyelamatkan hutan ini harus dilakukan oleh Jabatan Hutan

dengan mengeluarkan risalah yang boleh memberi kesedaran pada

orang ramai betapa penting dan faedah yang akan diperolehi

sekiranya hutan paya laut dipelihara.

Page 46: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 33

Bermula dari Kompatmen 1 hingga ke Kompatmen 22 jelas

kelihatan keindahan hutan paya laut di sini amat menarik dengan

berbagai spesies hutan paya laut yang bermula dengan sekelompok

pokok Ru (Casuarina equisetifolia) (Rajah 5.3).

Rajah 5.3 Pemandangan dirian pokok Ru di tepi pantai

Keindahan hutan Ru ini bukanlah pokok tanaman tetapi taburan

pokok ini adalah tumbuhan semula jadi yang amat menakjubkan

mata memandang. Di samping pokok Ru yang berkeluasan lebih

kurang 4 hektar, terdapat juga beberapa spesies tepi pantai seperti

Ketapang (Terminalia cattapa), Petai laut (Dendrolobium

umbellatum), Kepompong (Cerbera manghas) dan beberapa lagi

spesies yang telah tersenarai dalam spesies Sungai Pontian.

Menyusuri ke Kompatmen 2 dan 3 jelas kelihatan taburan pokok-

pokok Perepat (Sonneratia alba) di bahagian depan dan bahagian

belakangnya didominasi oleh pokok Api-api putih (Avicennia alba)

(Rajah 5.4). Keunikan yang amat jelas di mana Perepat dan Api-api

putih tidak membenarkan spesies lain menumpang hidup di dalam

kumpulan mereka. Hanya kelihatan beberapa pokok-pokok kecil di

bahagian dalam Kompatmen yang terdiri dari pokok Tengar (Ceriops

tagal) dan Berus (Bruguiera cylindrica). Apa yang kelihatan pokok-

pokok kecil ini berbunga dan berbuah secara terpaksa

Page 47: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 34

berkemungkinan tekanan dengan cuaca atau persekitaran yang

memaksa untuk mengeluarkan bunga dan buah walaupun pokoknya

belum matang (Rajah 5.5).

Melalui pemerhatian di Kompatmen 4 , 5 dan 6, kelihatan dirian

pokok-pokok di sini berada dalam keadaan lain dibandingkan

dengan yang terdapat di Kompatmen 2 dan 3. Pemerhatian di

Kompatmen 4 , 5 dan 6, kelihatan dirian pokok-pokok di sini berada

dalam suasana yang berbeza di mana terdapat dirian yang terdiri

dari Bakau minyak, Api-api putih, Perepat dan sedikit Bakau kurap.

Kompatmen 4 terdiri dari majoriti Bakau minyak (Rajah 5.6, 5.7 dan

5.8) yang menguasai lain-lain spesies. Kompatmen 5 dan 6 di

dominasi oleh Api-api putih walaupun terdapat persaingan antara

Api-api bulu, Bakau minyak dan Bakau kurap. Keadaan tanah yang

rata di samping dipenuhi dengan akar pernafasan pokok Api-api

putih nampak jelas keindahan hutan ini amat bernilai untuk saintis-

saintis dan pencinta alam.

Rajah 5.4 Perepat (depan) dan Api-api

putih belakang

Page 48: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 35

Rajah 5.5 Pokok Tegar (kiri) dan Berus (kanan)

Rajah 5.6 Kompartmen 4 ditumbuhi pokok Bakau minyak

Tengar yang sedang berbunga(Tinggi 60 cm)

Berus yang sudah berbuah (Tinggi 1.5 meter)

Page 49: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 36

Melintasi ke Kompatmen 7, kelihatan perbezaan yang ketara pada

dirian yang diperhatikan seperti Api-api bulu (Avicennia rumphiana),

Rajah 5.8 Dirian pokok yang kelihatan agak sebaya dari segi saiz DBH

Rajah 5.7 Kompartmen 5 Pokok Api-api puti h dan Bakau minyak

Page 50: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 37

Berus (Bruguiera cylindrica) (Rajah 5.9 dan 5.10) terdapat antara 2

atau 3 pokok yang diselangi dengan Bebuta (Excoecaria agallocha)

dan Tumu putih (Bruguiera sexangula). Secara amnya pokok Berus

mengungguli diriannya di Kompatmen ini di samping anak benih

Berus begitu padat menutupi setiap ruang yang ada (Rajah 5.9).

Pada dasarnya kepadatan anak pokok Berus akan kekal

kepadatannya sekiranya tiada gangguan dari mana-mana pihak

samada manusia atau bencana alam. Photo di bawah menunjukkan

kepadatan anak pokok Berus dan yang pokok berwarna merah pucat

ialah Api-api bulu dan berwarna hitam pokok Berus. Kelihatan

kawasan ini seringkali diserang angin kencang menyebabkan dirian

pokok-pokok yang tidak begitu rapat disebabkan terdapat pokok-

pokok yang tumbang dipukul angin kencang.

Kebiasaannya hutan paya laut sudah menjadi kelaziman dengan

dirian spesies-spesies berkelompok di mana-mana negeri di

Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Apa yang nyata ialah kita

dapat lihat dengan kuantiti spesies paya laut di mana sesebuah

negeri hanya terdapat antara 20 hingga 30 spesies yang tercatit

dalam senarai bancian. Begitu juga apa yang terdapat di Hutan Paya

Laut Pontian di mana kelompok-kelompok spesies seperti ini tidak

dapat dielakkan dan sukar sekali untuk kita mendapati spesies yang

melebihi 20 dalam satu-satu Kompatmen. Dalam Kompatmen 13

dan 14 didapati didominasi oleh Tumu putih (Bruguiera sexangula)

dan kelihatan hanya beberapa pokok Bakau kurap dan Berus.

Kompatmen ini juga merupakan kawasan tanah rata dan hanya

sedikit kelihatan bonggol tanah akibat kesan hakisan. Tumu putih

Rajah 5.9 Taburan anak pokok Berus yang baru bercambah

Rajah 5.10 Sampel daun pokok Api-api bulu

Page 51: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 38

merupakan spesies jarang-jarang ditemui berbanding dengan Tumu

merah. Seringkali Tumu Putih hanya terdapat di sesuatu kawasan

hanya sejumlah kecil tetapi di Kompatmen 13 dan 14 amatlah

menghairankan kerana spesies ini kelihatan bagaikan kelompok

yang mengatasi spesies lain. Seharusnya Kompatmen 13 dan 14

amat berpotensi untuk dijadikan petak kekal Tumu putih sebagai

mengelak dari kepupusan spesies yang boleh dianggap jarang

ditemui berbanding Tumu merah. Kebiasaannya Tumu merah boleh

ditemui di mana-mana saja hutan paya laut berbanding dengan

Tumu putih. Photo di Rajah 5.11 di bawah menunjukkan pokok

Tumu putih (Bruguiera sexangula)

Bancian di Kompatmen 15 dan 16 menunjukan perbezaan yang

ketara di mana spesies lain yang mengungguli terutamanya Bakau

kurap. Bakau kurap merupakan spesies utama di mana-mana hutan

paya laut. Sepanjang Sungai Pontian dari Kompatmen 7 hingga 22

kiri kanan sungai dipenuhi dengan pokok Bakau kurap. Cuma yang

membimbangkan ialah keadaan hakisan tanah yang begitu jelas

kelihatan hinggakan kedudukan pokok Bakau kurap seolah-olah

bagaikan atas permatang. Kompatmen 15 dan 16 boleh dikatakan

kawasan yang berbonggol-bonggol disebabkan hakisan tanah yang

teruk terjejas (Rajah 5.12).

Page 52: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 39

Rajah 5.11 Buah dari pokok Tumu putih

Page 53: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 40

Dalam Kompatmen 17, 18 dan 19 terdapat spesies yang bercampur

seperti Berus mata buaya, Bakau Kurap, Lenggadai, Nyireh bunga,

Tumu putih, Tengar, Dungun, Bebaru dan Bakau lilin (Kandelia

candel) ditepi sungai dalam Kompatmen 18 dan 19. Bakau lilin

merupakan spesies yang jarang di temui dan diandaikan sebagai

spesies terancam. Di samping itu dalam ketiga-tiga Kompatmen ini

keadaan permukaan tanahnya berbonggol-bonggol dan di penuhi

dengan Piai lasa (Acrostichum speciosum). Mungkin disebabkan

keadaan tanah yang berbonggol-bonggol maka spesies-spesies yang

sepatutnya berada di hutan bukit atau hutan tanah pamah dapat

menumpang hidup di atas bonggol-bonggol tanah yang kering

(Rajah 5.13 – Rajah 5.15). Seperti kaum Kedondong dan Putat

hutan yang menumpang hidup di atas bonggol tanah bersama

Rajah 5.12 Dirian Bakau kurap dengan struktur akar yang unik dan kelihatan tanah yang berbonggol menyerupai busut

Page 54: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 41

Bakau kurap. Spesies Kedondong (Canarium reniforme) (Rajah

5.16) merupakan spesies yang jarang ditemui samada hutan bukit,

tanah pamah atau di mana-mana negeri. Spesies ini dikategorikan

sebagai spesies terancam dan hampir pupus.

Rajah 5.13 Pokok Mendung yang dijumpai di Kompartmen 15

Rajah 5.14 Dirian piai lasa

Page 55: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 42

Rajah 5.15 Pucuk dan buah Bakau lilin

Rajah 5.16 Pokok Kedondong (Canarium reniforme) yang jarang ditemui di HPL tapi terdapat di HS Pontian

Page 56: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 43

Perbezaan dirian spesies di setiap Kompatmen yang banci amatlah

ketara di mana hanya 2 atau 3 Kompatmen hampir sama dirian

spesies dan bentuk mukabuminya. Apabila memasuki Kompatmen

yang lain kelihatan perbezaan dirian dan bentuk mukabumi juga

berbeza. Ini jelas apa yang berlaku pada Kompatmen 21 dan 22.

Dalam Kompatmen ini Nyireh bunga (Rajah 5.17) mendominasi

keseluruhan kawasan dan pokok Bebuta turut menumpang hidup

sebagai kumpulan minoriti. Apa yang menariknya apabila pokok

Nyireh bunga menguasai kawasan ini, di permukaan tanah dipenuhi

dengan pokok renek iaitu Jeruju putih (Acanthus ebracteatus). Di

samping itu pokok Limau lelang (Merope angulata) juga banyak

terdapat di Kompatmen ini (Rajah 5.18). Lazimnya spesies ini hanya

terdapat di persisiran pantai dan kadang kala di bahagian belakang

paya laut.

Page 57: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 44

Rajah 5.17 Pokok Nyireh bunga

Page 58: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 45

Rajah 5.18 Pokok Limau lelang (Merope angulata) hidup di kawasan terdapat pokok nipah

Page 59: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 46

5.4.2 Nilai Tinggi Kepelbagaian Biologi

Melalui bancian yang dilakukan di HPL HS Pontian, terdapat 47

spesies tumbuhan dari 28 famili (Jadual 5.2). Beberapa senarai

spesies yang penting termasuk terancam ditunjukkan di dalam

Jadual 5.3. Senarai penuh spesies tumbuhan yang direkodkan

adalah seperti di dalam Jadual 5.4. dan Jadual 5.5 menunjukkan

senarai Famili tumbuhan hutan paya laut yang terdapat di HS

Pontian. Tiga Famili yang terbanyak dijumpai ialah Rhizophoraceae

(9 spesies) Avicenniaceae (4 spesies) dan Leguminosae (3 spesies).

Antara spesies penting yang ditemui adalah Bruguiera hainesii

(Berus mata buaya). Berus mata buaya merupakan spesies dari

famili Rhizophoraceae yang dilaporkan oleh “IUCN Red List of

Threatened Species” pada tahun 2010 (Rajah 5.19).

Perbandingan yang dibuat diantara 34 spesies HPL yang terdapat

diempat tempat HPL menunjukkan terdapat 22 spesies pokok yang

berada di HS Pontian (Jadual 5.5). Ini menunjukkan kepelbagaian

flora HPL di HS Pontian adalah tinggi menyerupai dengan yang

terdapat di HPL Merbok, Kedah.

Jadual 5.2 Ringkasan flora yang terdapat di HS Pontian, Rompin

Bilangan spesies Bilangan genera Bilangan Kaum

47 37 28

Page 60: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 47

Jadual 5.3 Antara spesies penting yang terdapat di HS Pontian, Rompin Famili Spesies Nama

Tempatan

Status

1 Burseraceae Canarium

reniforme

Kedondong Endangered

2 Rhizophoraceae Bruguiera hainesii Berus mata

buaya

Endangered/Rare

3 Elaeocarpaceae Elaeocarpus

valetonii

var.valetonii

Mendung New Record

4 Rhizophoraceae Kandelia candell Bakau lilin New Record

Page 61: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 48

Rajah 5.19 Pokok Berus mata buaya (Bruguiera hainesii ) yang

ditemui di Kompatmen 20 HS Pontian Rompin

Page 62: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 49

Jadual 5.4 Senarai tumbuhan yang terdapat di HPL HS Pontian,

Rompin

Bil Famili Spesies Nama tempatan Nota

Acanthaceae

Acanthaceae

Pteridaceae

Sapindaceae

Avicenniaceae

Avicenniaceae

Avicenniaceae

Avicenniaceae

Burseraceae

Myrsinaceae

Lecythidaceae

Rhizophoraceae

Rhizophoraceae

Rhizophoraceae

Rhizophoraceae

Rhizophoraceae

Leguminosae

Casuarinaceae

Apocynaceae

Rhizophoraceae

Vitaceae

Verbenaceae

Euphorbiaceae

Leguminosae

Leguminosae

Bignoniaceae

Elaeocarpaceae

Euphorbiaceae

Asclepiadaceae

Flagellariaceae

Sterculiaceae

Malvaceae

Asclepiadaceae

Rhizophoraceae

Rutaceae

Palmae

Melastomataceae

Acanthus ebracteatus

Acanthus volubilis

Acrostichum speciosum

Allophylus cobbe

Avicennia alba

Avicennia marina

Avicennia officinalis

Avicennia rumphiana

Canarium reniforme

Aegiceras corniculatum

Barringtonian conoidea

Bruguiera sexangula

Bruguiera cylindrica

Bruguiera gymnorhiza

Bruguiera parviflora

Bruguiera hainesii

Caesalpinia crista

Casuarina equisetifolia

Cerbera manghas

Ceriops tagal

Cissus adnata

Clerodendron inerme

Croton heterocarpus

Dendrolobium umbellatum

Derris trifoliata

Dolichanrone spathacea

Elaeocarpus valetonii var.valetonii

Excoecaria agallocha

Finlaysonia obovata

Flagellaria indica

Heritiera littoralis

Hibiscus tiliaceus

Hoya elliptica

Kandelia candell

Merope angulata

Nypa fruticans

Ochthocaris javanica

Jeruju putih

Akar jeruju

Piai lasa

Tumbit kayu

Api-api putih

Api-api jambu

Api-api ludat

Api-api bulu

Kedondong

Kuku helang

Putat

Tumu putih

Berus

Tumu merah

Lenggadai

Berus mata buaya

Gorek

Ru

Kepompong

Tengar

Chawat udi

Pawan,Tulang-tulang

Hujan panas

Petai laut/Dulang-dulang

Ketui

Kulok

Mendung

Bebuta

Pelir kambing

Rotan dini

Dungun

Bebaru

Akar setebal

Bakau lilin

Limau lelang

Nipah

Selokan

EN

EN/RARE

Page 63: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 50

Palmae

Rhizophoraceae

Rhizophoraceae

Rubiaceae

Aizoaceae

Lythraceae

Lytraceae

Compositae

Combretaceae

Meliaceae

Oncosperma tigillarium

Rhizophora apiculata

Rhizophora mucronata

Scyphiphora hydrophyllacea

Sesuvium portulacastrum

Sonneratia alba

Sonneratia caseolaris

Sphagneticola calendulaceae

Terminalia cattapa

Xylocarpus granatum

Nibong

Bakau minyak

Bakau kurap

Chengam

Gelang laut

Perepat

Berembang

Sunai laut

Ketapang

Nyireh bunga

Nota: EN = Terancam (endangered)

NR = Rekod Baharu

Page 64: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 51

Jadual 5.5 Senarai Famili HPL yang terdapat di HS Pontian Rompin

Famili

1 Acanthaceae 15 Flagellariaceae

2 Avicenniaceae 16 Lecythidaceae

3 Apocynaceae 17 Leguminosae

4 Asclepiadaceae 18 Lythraceae

5 Aizoaceae 19 Lytraceae

6 Burseraceae 20 Myrsinaceae

7 Bignoniaceae 21 Malvaceae

8 Casuarinaceae 22 Melastomataceae

9 Compositae 23 Palmae

10 Combretaceae 24 Rhizophoraceae

11 Euphorbiaceae 25 Rubiaceae

12 Elaeocarpaceae 26 Rutaceae

13 Sterculiaceae 27 Sapindaceae

14 Vitaceae 28 Verbenaceae

Page 65: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 52

Jadual 5.6 Perbandingan spesies HPL yang terdapat di HS Pontian,

Rompin dengan HPL terpilih di Semenanjung Malaysia

Famili Spesies

Nama

tempatan

Kedah

Sg

Merbok

Perak

(Matang)

Pahang

(Pulau

Tioman)

Tereng

ganu

HS

Pontian,

Rompin

1 Acanthaceae

Acanthus

ebracteatus

Jeruju

putih ● ●

2 Acanthaceae

Acanthus

ilicifolius

Jeruju

hitam ● ● ●

3 Pteridaceae

Acrostichum

aureum Piai raya ● ● ●

4 Pteridaceae

Acrostichum

speciosum Piai lasa ● ● ●

5 Myrsinaceae

Aegiceras

corniculatum Kachang ● ●

6 Avicenniaceae

Avicennia

alba

Api-api

putih ●

7 Avicenniaceae

Avicennia

marina

Api-api

jambu ● ● ● ●

8 Avicenniaceae

Avicennia

officinalis

Api-api

ludat ● ● ●

9 Avicenniaceae

Avicennia

rhumpiana

Api-api

bulu ● ●

10 Rhizophoraceae

Bruguiera

cylindrica Berus ● ● ● ●

11 Rhizophoraceae

Bruguiera

gymnorrhiza

Tumu

merah ● ● ● ●

Page 66: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 53

12 Rhizophoraceae

Bruguiera

hainesii

Berus mata

buaya ●

13 Rhizophoraceae

Bruguiera

parviflora Lenggadai ● ● ●

14 Rhizophoraceae

Bruguiera

sexangula Tumu putih ● ● ● ●

15 Rhizophoraceae

Ceriops

decandra Tengar ●

16 Rhizophoraceae Ceriops tagal Tengar ● ● ●

17 Euphorbiaceae

Excoecaria

agallocha Buta-buta ● ● ● ●

18 Asclepiadaceae

Finlaysonia

obovata

Pelir

kambing ● ● ●

19 Sterculiaceae

Heritiera

littoralis Dungun ● ● ● ●

20 Leguminosae Intsia bijuga Merbau ipil ● ● ●

21 Rhizophoraceae

Kandelia

candel Bakau lilin ● ●

22 Combretaceae

Lumnitzera

littorea

Teruntum

merah ● ● ● ●

23 Combretaceae

Lumnitzera

racemosa

Teruntum

putih ● ● ●

24 Palmae

Nypa

fruticans Nipah ● ● ● ●

25 Rhizophoraceae

Rhizophora

apiculata

Bakau

minyak ● ● ● ●

26 Rhizophoraceae

Rhizophora

mucronata

Bakau

kurap ● ● ●

Page 67: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 54

27 Rhizophoraceae

Rhizophora

stylosa

Bakau

tanduk

28 Rubiaceae

Scyphiphora

hydrophyllac

ea Chengam ● ● ● ●

29 Sonneratiaceae

Sonneratia

alba Perepat ● ● ● ●

30 Sonneratiaceae

Sonneratia

caseolaris Berembang ● ●

31 Sonneratiaceae

Sonneratia

ovata Gedabu ● ● ●

32 Meliaceae

Xylocarpus

granatum

Nyireh

bunga ● ● ● ●

33 Meliaceae

Xylocarpus

moluccensis

Nyireh

batu ● ● ● ●

34 Meliaceae

Xylocarpus

rumphii Nyireh

Jumlah

spesies 22 27 22 27

23

Page 68: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 55

5.4.3 Kepadatan Dirian Pokok

Bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci sebanyak 8 petak

plotless telah dibanci menggunakan prism. Tujuan nya adalah untuk

melihat taburan pokok dan juga kepadatan dirian di dalam sesuatu

Kompatmen. Rajah 5.20 menunjukkan lokasi petak plotless yang

ditandakan menggunakan GPS. Maklumat pokok yang direkodkan

untuk setiap petak yang di banci adalah ditunjukkan di dalam Jadual

5.7 hinga 5.14.

Keputusan bancian menunjukkan kebanyakan spesies HPL di

kawasan HS Pontian hidup secara berkelompok disesuatu kawasan

kecuali di Kompatmen 6 dimana terdapat pelbagai spesies di dalam

satu petak yang dibanci. Kompatmen ini menunjukkan kandungan

kepelbagaian spesies yang lebih tinggi dibandingkan dengan

kawasan-kawasan lain yang dibanci. Terdapat spesies seperti

Avicennia alba, Bruguiera cylindrica, Avicennia marina, Rhizophora

mucronata di dalam petak yang dibanci di Kompatmen ini.

Bancian juga menunjukkan dirian di dalam HPL ini tidak sekata dari

segi DBH dan juga ketinggian. Ini menggambarkan kawasan ini

adalah dirian hutan semulajadi yang tumbuh tanpa gangguan dan

tidak di tanam sebelum ini. Di kawasan ini juga terdapat pokok yang

bersaiz besar dan rekod bancian mendapati pokok paling besar yang

ditemui adalah pokok Berus mata buaya dengan saiz DBH 75 cm

dan anggaran ketinggian 19 m yang terletak di Kompatmen 20.

Pokok yang terancam ini sewajarnya di lindungi dan dijadikan pokok

ibu untuk membolehkan pembiakan spesies ini dapat berlaku

dengan semulajadi.

Kompatmen 21 pula didominasi oleh spesies nyireh bunga yang

mempunyai saiz yang besar di antara DBH 5 – 66 cm dan ketinggian

Page 69: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 56

antara 18 – 31 m. Tumu putih pula mendominasi kawasan HPL di

Kompatmen 13 dan 14. Spesies yang terkenal digunakan untuk

membuat kayu arang (Bakau kurap) pula mendominasi Kompatmen

15.

Walaupun secara umumnya kepelbagaian biologi untuk flora di HS

Pontian boleh dikatakan tinggi, namun masih terdapat beberapa

spesies HPL yang tidak ditemui sewaktu bancian dibuat. Ini

termasuklah spesies seperti Acrostichum aureum, Ardisia elliptica,

Barringtonia asiatica danCanthium foetidum. Jadual 5.15

menunjukkan senarai spesies HPL yang tidak ditemui di HS Pontian.

Page 70: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 57

Rajah 5.20 Lokasi Petak Bancian Kepadatan Pokok

Menggunakan Teknik Plotless

Page 71: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 58

Jadual 5.7 Senarai Bancian Kepadatan Pokok Teknik Plotless di Kompatmen 6

Jadual 5.8 Senarai Bancian Kepadatan Pokok Teknik Plotless di Kompatmen 7

Bil FAMILI SPESIES Nama Tempatan DBH

Tinggi ke dahan 1(m)

Tinggi (m)

1 Avicenniaceae Avicennia alba Api-api putih 10.0 10 18

2 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 13.3 6 13

3 Avicenniaceae Avicennia marina Api-api jambu 7.6 5 8

4 Avicenniaceae Avicennia alba Api-api putih 42.2 10 18

5 Rhizophoraceae Rhizophora mucronata Bakau kurap 13.4 4 15

6 Avicenniaceae Avicennia alba Api-api putih 34.5 10 18

7 Rhizophoraceae Rhizophora mucronata Bakau kurap 14.8 8 18

8 Avicenniaceae Avicennia alba Api-api putih 31.5 10 17

9 Avicenniaceae Avicennia alba Api-api putih 54.8 3 20

10 Avicenniaceae Avicennia alba Api-api putih 33.7 8 17

11 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 12.1 7 15

12 Avicenniaceae Avicennia alba Api-api putih 33.0 12 17

Bil FAMILI SPESIES Nama Tempatan DBH

Tinggi ke dahan 1

(m) Tinggi

(m)

1 Avicenniaceae Avicennia rumphiana Api-api bulu 45.0 12 17

2 Euphorbiaceae Excoecaria agallocha Bebuta 17.1 6 13

3 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 17.2 3 16

4 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 21.2 12 17

5 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 23.5 13 17

6 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 18.6 12 16

7 Avicenniaceae Avicennia rumphiana Api-api bulu 39.9 14 19

8 Avicenniaceae Avicennia rumphiana Api-api bulu 41.5 13 22

Page 72: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 59

Jadual 5.9 Senarai Bancian Kepadatan Pokok Teknik Plotless di

Kompatmen 13

Bil FAMILYI SPESIES Nama Tempatan DBH

Tinggi ke dahan 1 (m)

Tinggi (m)

1 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 31.0 9 15

2 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 29.8 12 17

3 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 40.4 5 16

4 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 46.8 4.7 17

5 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 38.5 10 17

6 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 29.5 12 17

7 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 31.2 10 16

8 Rhizophoraceae Rhizophora mucronata Bakau kurap 46.5 12 19

9 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 34.2 5 15

10 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 44.3 10 17

Jadual 5.10 Senarai Bancian Kepadatan Pokok Teknik Plotless di

Kompatmen 14

Bil FAMILI SPESIES Nama Tempatan DBH

Tinggi ke dahan 1 (m)

Tinggi (m)

1 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 21.2 3 15

2 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 20.2 5 15

3 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 21.5 4 15

4 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 21.5 10 15

5 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 19.5 11 15

6 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 19.0 10 15

7 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 19.9 7 16

8 Rhizophoraceae Rhizophora mucronata Bakau kurap 32.8 12 20

9 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 23.5 9 16

10 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 22.2 3 15

11 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 44.5 15 25

12 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 27.8 10 16

13 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 20.0 12 15

14 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 24.0 9 15

15 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 17.4 10 14

Page 73: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 60

Jadual 5.11 Senarai Bancian Kepadatan Pokok Teknik Plotless di Kompatmen 15

Jadual 5.12 Senarai Bancian Kepadatan Pokok Teknik Plotless di

Kompatmen 16

Bil FAMILI SPESIES Nama Tempatan DBH

Tinggi ke dahan 1

(m) Tinggi

(m)

1 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 27.9 12 17

2 Rhizophoraceae Rhizophora mucronata Bakau kurap 25.9 11 17

3 Rhizophoraceae Rhizophora mucronata Bakau kurap 25.1 11 17

4 Rhizophoraceae Rhizophora mucronata Bakau kurap 23.6 6 17

5 Rhizophoraceae Rhizophora mucronata Bakau kurap 21.4 10 15

6 Rhizophoraceae Rhizophora mucronata Bakau kurap 27.6 10 15

7 Rhizophoraceae Rhizophora mucronata Bakau kurap 27.3 11 17

8 Rhizophoraceae Rhizophora mucronata Bakau kurap 25.0 10 16

9 Rhizophoraceae Rhizophora mucronata Bakau kurap 31.8 12 18

10 Rhizophoraceae Rhizophora mucronata Bakau kurap 28.3 16 20

11 Rhizophoraceae Rhizophora mucronata Bakau kurap 18.0 10 16

12 Rhizophoraceae Rhizophora mucronata Bakau kurap 28.7 17 17

Bil FAMILI SPESIES Nama Tempatan DBH

Tinggi ke dahan 1

(m) Tinggi

(m)

1 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 15.1 4.0 12.0

2 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 24.6 5.0 15.0

3 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 34.1 10.0 17.0

4 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 21.4 10.0 15.0

5 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 59.0 5.0 17.0

6 Rhizophoraceae Bruguiera gymnorhiza Tumu merah 51.2 10.0 18.0

7 Rhizophoraceae Bruguiera sexangula Tumu putih 42.9 7.0 18.0

8 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 25.8 7.0 16.0

9 Rhizophoraceae Bruguiera gymnorhiza Tumu merah 43.5 9.0 22.0

10 Avicenniaceae Avicennia rumphiana Api-api bulu 11.0 6.0 15.0

Page 74: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 61

Jadual 5.13 Senarai Bancian Kepadatan Pokok Teknik Plotless di Kompatmen 20

Bil FAMILI SPESIES Nama Tempatan DBH

Tinggi ke

dahan 1 (m)

Tinggi (m)

1 Rhizophoraceae Rhizophora mucronata Bakau kurap 52.0 5 20

2 Rhizophoraceae Rhizophora mucronata Bakau kurap 45.0 7 19

3 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 45.9 6 18

4 Rhizophoraceae Rhizophora mucronata Bakau kurap 23.5 13 18

5 Rhizophoraceae Bruguiera hainesii Berus mata buaya 54.6 7 20

6 Rhizophoraceae Bruguiera cylindrica Berus 46.0 5 19

7 Rhizophoraceae Bruguiera hainesii Berus mata buaya 75.0 7 19

Jadual 5.14 Senarai Bancian Kepadatan Pokok Teknik Plotless di

Kompatmen 21

Bil FAMILI SPESIES Nama Tempatan DBH

Tinggi ke dahan 1

(m) Tinggi

(m)

1 Meliaceae Xylocarpus granatum Nyireh bunga 57.0 7 18

2 Meliaceae Xylocarpus granatum Nyireh bunga 61.5 3 18

3 Meliaceae Xylocarpus granatum Nyireh bunga 57.0 5 19

4 Meliaceae Xylocarpus granatum Nyireh bunga 55.0 7 18

5 Meliaceae Xylocarpus granatum Nyireh bunga 56.8 6 18

6 Meliaceae Xylocarpus granatum Nyireh bunga 51.5 9 17

7 Rhizophoraceae Bruguiera parviflora Lenggadai 36.0 10 20

8 Meliaceae Xylocarpus granatum Nyireh bunga 29.6 7 17

9 Euphorbiaceae Excoecaria agallocha Bebuta 61.3 10 18

10 Meliaceae Xylocarpus granatum Nyireh bunga 49.7 5 18

11 Meliaceae Xylocarpus granatum Nyireh bunga 48.5 6 17

12 Meliaceae Xylocarpus granatum Nyireh bunga 65.7 3 17

13 Meliaceae Xylocarpus granatum Nyireh bunga 66.0 3 19

14 Meliaceae Xylocarpus granatum Nyireh bunga 43.3 2 16

Page 75: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 62

Jadual 5.15 Senarai antara spesies HPL yang tidak ditemui di

HS Pontian

Bil

Famili Spesies Nama Tempatan

1 Pteridaceae Acrostichum aureum Piai raya

2 Rutaceae Ardisia elliptica Mata pelanduk

3 Lecythidaceae Barringtonia asiatica Putat laut

4 Rubiaceae Canthium foetidum Kuku baning

5 Ebenaceae Diospyros pilosanthera var.chikusensis Kayu arang

6 Sterculiaceae Helicteres hirsuta Chabai pintal

7 Combretaceae Lumnitzera littorea Teruntum merah

8 Combretaceae Lumnitzera racemosa Terumtum putih

9 Sapindaceae Mischocarpus sundaicus Ludai bulan

10 Rubiaceae Morinda citrifolia Mengkudu

11 Palmae Phoenix paludosa Dangsa,Korma laut

12 Compositae Pluchea indica Beluntas

13 Lyhtraceae Sonneratia griffithii Perepat

14 Lyhtraceae Sonneratia ovata Gedabu

15 Malvaceae Thespesia populnea Baru-baru

16 Meliaceae Xylocarpus moluccensis Nyireh batu

17 Meliaceae Xylocarpus rumphii Nyireh pasir

Page 76: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 63

5.4.4 Status Konservasi

Terdapat dua spesies yang tersenarai di dalam senarai IUCN sebagai

spesies Terancam dan hampir pupus (Endangered) iaitu Canarium

reniforme (kedondong) dan Bruguiera hainesii (Berus mata buaya).

Berus mata buaya merupakan spesies dari famili Rhizophoraceae

yang dilaporkan oleh “IUCN Red List of Threatened Species” pada

tahun 2010 sebagai salah satu dari dua spesies HPL yang terancam

di dunia disamping Sonneratia griffithii, (Perepet Daun Lebar).

Dilaporkan juga diseluruh dunia hanya terdapat lebih kurang 200

spesies Berus mata buaya, dua terletak di Vietnam, empat di

Singapura dan lebih kurang 100 pokok di Malaysia iaitu di Pulau

Indah, Kelang, Pulau Kecil Sepetang, Taiping dan Pulau Kukup. Dua

pokok Berus mata buaya telah ditemui di dalam petak plotless yang

ditubuhkan di Kompatment 20 dengan DBH berukuran 54.6 cm dan

75 cm serta ketinggian 20 dan 19 m (Rajah 5.19). Penemuan

spesies ini di HS Pontian Rompin kemungkinan merupakan

penemuan pertama direkodkan di kawasan tersebut dan wajar

untuk di beri perhatian oleh pihak JPNP. Memandangkan status nya

sebagai spesies HPL yang terancam kawasan HS Pontian adalah

sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan perlindungan dan adalah

lebih wajar kalau ia dijadikan sebagai kawasan HCVF.

Berpandukan kepada keputusan bancian di lapangan menunjukkan

bahawa kawasan HPL Pontian, Rompin mempunyai keunikan dari

segi kandungan flora yang memerlukan ia dipelihara dan dikawal

dari sebarang bentuk gangguan. Dengan menjadikan ia sebagai

kawasan HCVF adalah antara langkah penting bagi memastikan

kawasan ini terus terpulihara untuk jangkamasa panjang demi

menjaga khazanah kepelbagaian spesies flora kawasan tersebut.

Page 77: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 64

Jadual 5.16 Senarai beberapa spesies penting di HPL Pontian,

Rompin

Famili Spesies Nama

Tempatan

Status

1 Burseraceae Canarium

reniforme

Kedondong Endangered

2 Rhizophoraceae Bruguiera hainesii Berus mata

buaya

Endangered/Rare

3 Elaeocarpaceae Elaeocarpus

valetonii

var.valetonii

Mendung New Record

4 Rhizophoraceae Kandelia candell Bakau lilin New Record

5.5 Silvikultur Spesies Berus Mata Buaya

Ciri-ciri semulajadi pokok Berus mata buaya adalah sepertimana

yang dinyatakan di Jadual 5.17 berikut:

Jadual 5.17 Berus mata buaya

Ciri Fakta

Famili: Rhizophoraceae

Nama saintifik: Bruguiera hainesii C.G.Rogers

Nama tempatan: Berus mata buaya

Status Red Book IUCN: “Critically Endangered”

Page 78: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 65

5.5.1 Morfologi Pokok

Berus mata buaya merupakan sejenis tumbuhan berdaun hijau yang

boleh mencapai ketinggian sehingga 33m, dengan batang berukuran

sehingga 70 cm diameter. Kulit pokok ini bewarna perang/coklat ke

kelabu, mempunyai lenticles bewarna perang kekuningan dari

bawah hingga ke atas. Daun nya pula berbentuk elliptic-oblong,

berukuran 9 – 16 x 4 – 7 cm (Rajah 5.21 dan 5.22). Bunga

mempunyai 2-3 kluster dan berukuran 18 – 22 mm panjang apabila

mekar sepenuhnya. Calyx bewarna hijau muda, 10-lobed dengan 5

mm tube. Kelopak bunga nya bewarna putih, 7-9 mm panjang,

dengan rerambut di bahagian bawah.

5.5.2 Ekologi dan Silvikultur

Dari segi ekologi, spesies ini terdapat di bahagian dalam/darat

(backmangrove) kawasan bakau, yang secara relatifnya kawasan

yang agak kering dan hanya dibasahi oleh air pasang beberapa jam

sahaja dalam sehari. Ia merupakan spesies bakau yang jarang

dijumpai. Telah direkodkan spesies ini mempunyai taburan yang

luas di Asia, dari India sehingga ke Asia Tenggara di mana ia telah

direkodkan di Myanmar, Thailand, Malaysia, Indonesia, Vietnam,

Singapura dan Papua New Guinea.

Spesies ini mempunyai kadar propagasi dan germinasi yang rendah.

Habitat nya terdedah kepada ancaman pembangunan persisiran

pantai kerana pada kebiasaanya ia hidup di kawasan bakau yang

agak kering (backmangrove) yang mudah untuk dibangunkan secara

relatifnya dibandingkan dengan kawasan bakau yang lain. Sebelum

Page 79: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 66

ini di Malaysia ia hanya direkodkan di beberapa kawasan bakau iaitu

di di Pulau Indah, Kelang, Pulau Kecil Sepetang, Taiping dan Pulau

Kukup. Namun dengan penemuan spesies ini di HS Pontian, Rompin

Pahang adalah dijangkakan spesies ini juga mungkin terdapat di

beberapa kawasan hutan paya laut lain di negeri ini. Oleh yang

demikian bancian yang lebih menyeluruh perlu dilakukan untuk

mengetahui taburan sebenar spesies ini di negeri Pahang.

Dari aspek silvikultur pula, masih banyak yang perlu di ketahui

untuk spesies ini khasnya dan spesies HPL amnya di negeri Pahang

ini. Memandangkan kadar percambahan yang rendah bagi benih

spesies ini, di dalam amalan silvikultur perlu dipastikan pokok

matang yang terdapat disesuatu dirian perlu di jadikan pokok ibu

untuk memastikan kebarangkalian untuk taburan benih dan

percambahan tinggi anak benih dapat dihasilkan.

Langkah dan amalan silvikultur lain yang difikirkan perlu

termasuklah untuk menyemai dan menyediakan anak benih di

kawasan tapak semaian sementara. Benih yang telah bercambah

dan mempunyai saiz yang sesuai perlu di tanam di lapangan

terutamanya di kawasan “backmangrove” yang “miskin” dari segi

kedapatan tumbuhan bakau.

Pada awalnya spesies ini dilaporkan boleh digunakan untuk di buat

kayu arang dan juga untuk bahan binaan lain. Namun

memandangkan status nya yang semakin terancam, adalah wajar

spesies ini dipulihara sepenuhnya dan tidak dibenarkan sebarang

ekploitasi atau penebangan spesies pokok ini untuk apa tujuan

sekali pun.

Page 80: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 67

Rajah 5.21 Ciri-ciri dan bahagian pokok Bruguiera hainessee.

a) Pangkal pokok dengan pneumatophores

b) Ranting dengan bunga dan buah muda

c) Bunga dan bud

d) Petal

e) Hypocotyl (“buah”)

Rajah 5.22 Bunga Berus mata buaya

Page 81: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 68

5.6 Potensi Sebagai Kawasan Penyelidikan

Walaupun bancian telah dilakukan namun masih banyak lagi yang

perlu dikaji akan ekosistem HPL di HS Pontian ini. Ini terutamanya

meliputi pelbagai bidang dan bukan saja terhad kepada flora bahkan

fauna dan juga aspek-aspek lain yang berkaitan dengan ekosistem

HPL itu sendiri. Insititusi penyelidikan serta pusat pengajian tinggi

perlu diberi peluang dan ruang untuk menjalankan kajian di

kawasan HPL Pontian, Rompin. Antara bidang kajian yang boleh

dilaksanakan termasuklah kajian ekosistem hutan HPL, kepelbagaian

biologi terutamanya fauna, bioteknologi tumbuhan dan hidupan liar,

tumbuhan dan farmaseutikal, “payment for ecosystem services

(PES)”, penentuan karbon dan lain-lain lagi.

Page 82: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 69

BAB 6

6.0 PENGURUSAN DAN

PEMANTAUAN HCVF HPL PONTIAN, ROMPIN

6.1 Strategi Pengurusan

Keperluan untuk menyediakan Pelan Pengurusan kawasan HCVF

adalah selaras dengan Teras I Pemeliharaan dan Pemuliharaan

Hutan, Strategi 11 Pengurusan Kawasan HCVF dalam Pelan

Tindakan Perancangan Strategik Jabatan Perhutanan Semenanjung

Malaysia 2008−2020.

Secara khususnya, belum ada dasar atau regim pengurusan khas

untuk mengurus Hutan Mempunyai Nilai Pemeliharaan Yang Tinggi

[High Conservation Value Forest (HCVF)] yang berada di dalam

HSK. Berpandukan kepada Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan

1992), kawasan HCVF boleh di kategorikan samada di bawah

kategori fungsi-fungsi hutan perlindungan, hutan lipur atau hutan

penyelidikan dan pendidikan. Namun begitu, semasa pelaksanaan

program pensijilan pengurusan hutan di bawah kriteria dan petunjuk

bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat

keperluan bagi Jabatan Perhutanan untuk melaporkan pemeliharaan

kawasan-kawasan ini semasa penilaian hutan dilaksanakan. Secara

Page 83: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 70

umunnya pengurusan bagi kawasaan-kawasan HCVF memerlukan

beberapa perkara utama.

6.2 Mengenalpasti Kawasan Berpotensi HCVF

Beberapa maklumat asas untuk sesuatu kawasan perlu dikumpul

sebelum sesuatu keputusan dibuat untuk memilih kesesuaian

kawasasn HCVF. Ini termasuklah data-data lapangan yang dikumpul

samada melalui inventori lapangan ataupun laporan-laporan sedia

ada (contohnya laporan dari program ekspedisi saintifik, laporan

Inventori Hutan Nasional, dan juga laporan kajian-kajian saintifik

yang dilakukan oleh institusi penyelidikan seperti FRIM dan juga

universiti-universiti). Maklumat dari pemerhatian kakitangan

Jabatan dan juga masyarakat umum juga boleh diguna pakai

sebagai maklumat tambahan.

Data dan maklumat tersebut perlu diselaraskan dan dianalisa untuk

menentukan jenis kesesuaian kategori HCVF untuk sesuatu kawasan

tersebut. Sepertimana yang di nyatakan sebelum ini, kawasan HPL

Pontian, Rompin telah dikenalpasti sebagai kawasan HCVF 1 kerana

kepelbagaian biologi nya yang tinggi. Kategori HCVF 1 adalah

kawasan-kawasan hutan yang mengandungi tahap nilai

kepelbagaian biologi yang signifikan pada peringkat global, serantau

dan nasional dan/atau hutan pada skala landskap yang besar yang

terkandung di dalam FMU atau meliputi FMU itu sendiri, dimana

populasi yang viable dari kebanyakan, jika tidak kesemua, spesies

yang hidup secara semulajadi, didapati ujud dalam pola taburan dan

kehidupan asalnya. Hasil dari bancian di lapangan mendapati HPL

Pontian, Rompin merupakan satu ekosistem yang mengandungi

kepelbagaian spesies flora unik termasuk pokok berus mata buaya

dan perlu dipelihara menyebabkan langkah menjadikan ia sebagai

Page 84: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 71

kawasan HCVF adalah amat bertepatan dan perlu disokong oleh

semua pihak.

6.3 Penandaan Sempadan Kawasan Dan Pemetaan

Setelah pemilihan kawasan dibuat langkah seterusnya adalah

menentukan sempadan kawasan HCVF tersebut di petakan dan

kemudian ditandakan di atas tanah. Maklumat dari data satelit dan

juga sistem maklumat geografi serta GPS pada kebiasaanya

digunakan untuk membantu kerja-kerja pemetaan dan penandaan

sempadan kawasan ini di peta dan juga di atas tanah.

Memandangkan kawasan HCVF HPL Pontian, Rompin ini adalah agak

luas maka penggunaan data satelit yang mempunyai resolusi tinggi

(seperti SPOT-5 dan juga Quickbird) adalah sesuai digunakan.

Maklumat-maklumat yang perlu dipetakan termasuklah maklumat

topografi, kecerunan, geologi dan tanah, sungai, laluan masuk serta

jenis guna tanah disekeliling. Peta untuk kawasan HPL Pontian,

Rompin telah disediakan bagi tujuan HCVF ini.

Ciri-ciri fizikal HPL Pontian, Rompin telah dinyatakan di dalam

sebelum ini. Kawasan ini perlu ditentukan sempadannya di atas

tanah dan dipetakan didalam format GIS. Penentuan sempadan dan

pemetaan perlu lah mengikut format dan keperluan yang sedia ada

di dalam prosedur kerja Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Disamping itu papan tanda juga perlu dibuat untuk membolehkan

pemantauan dapat dilakukan dengan sempurna.

Adalah menjadi satu keperluan agar kawasan penampan (buffer)

berukuran lebihkurang 50 m di sekeliling sempadan luar kawasan

ini juga diujudkan dan ditandakan di atas tanah. Zon penampan

adalah penting untuk mengelak sebarang aktiviti dan gangguan

Page 85: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 72

terhadap kawasan HCVF tersebut terutamanya dari gangguan

manusia.

6.4 Pengumpulan Maklumat Asas

Maklumat mengenai keunikan yang terdapat di sesuatu kawasan

HCVF perlu dikumpul dan di pantau secara berkala. Untuk kawasan

HCVF HPL Pontian, Rompin maklumat awal mengenai flora di

kawasan ini telah dikumpul sepertimana di laporkan di dalam

Laporan Bancian Kepelbagaian Spesies Flora Di Kawasan Hutan Paya

Laut, Hutan Simpan Pontian, Rompin Pahang.

Di dalam kajian tersebut sebanyak lapan petak plotless telah

ditubuhkan dan bancian flora telah dilakukan dengan terperinci

seperti yang diterangkan di dalan Bab 5. Plot-plot yang mempunyai

lokasi GPS tersebut perlu di tandakan di atas tanah untuk

membolehkan bancian semula dapat dilakukan.

Maklumat yang diambil di lapangan perlu disimpan ditempat yang

selamat dan didokumentasikan dan aktiviti seperti berikut perlu

dilaksanakan;

a) Membangunkan pangkalan data

b) Menyelenggara pangkalan data

c) Mendokumentasi maklumat dan data

6.5 Pengurusan Kawasan

Pengurusan sesuatu kawasan HCVF perlu sejajar dengan keperluan

sepertimana dinyatakan di dalam prinsip pengurusan hutan secara

Page 86: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 73

berkekalan di bawah sekim pensijilan hutan yang digunapakai oleh

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Rancangan untuk

menguruskan kawasan HCVF perlu dimasukkan dalam Rancangan

Pengurusan Hutan Negeri (RPH). Rancangan ini meliputi perkara-

perkara berikut:

a) Penandaan lokasi HCVF dalam peta RPH

b) Keterangan mengenai HCVF

c) Perancangan pengurusan kawasan HCVF

d) Preskripsi-preskripsi pengurusan untuk mengekal dan/atau

mempertingkatkan sifat-sifat HCVF.

e) Prosedur-prosedur pemantauan untuk menilai

keberkesanan langkah-langkah pengurusan HCVF.

f) Penemuan yang relevan dari aktiviti-aktiviti pemantauan

HCVF perlu dimasukkan dalam penyemakan semula

Rancangan Pengurusan Hutan

Untuk kawasan HVCF di HPL Pontian, Rompin ini tindakan

pengurusan utama yang perlu dilaksanakan adalah seperti

dinyatakan di dalam Jadual 6.1.

6.6 Pemantauan dan Penyelenggaraan

Pemantauan secara berkala adalah satu keperluan untuk

memastikan kawasan HCVF sentiasa terpulihara. Untuk kawasan

HCVF HPL Pontian, Rompin ini pihak Jabatan Perhutan perlu sentiasa

melaksanakan pemantauan dan pengutipan data berpandukan

jadual yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan. Pemantauan

pada skala landskap boleh dilakukan dengan menggunakan data

satelit (penderiaan jauh) yang membolehkan ia dilakukan dengan

cepat, murah dan tepat terutamanya untuk melihat sekiranya ada

Page 87: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 74

pencerobohan dan pembukaan kawasan hutan di kawasan

berkenaan. Disamping pemantauan secara berkala adalah penting

untuk menyediakan Rancangan Pegurusan kawasan ini untuk

jangkamasa panjang (10 tahun) dan Jadual 6.2 menunjukkan

aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan dalam pengurusan kawasan

tersebut.

Pencerobohan dan ancaman ke atas kawasan HCVF hendaklah

dicegah bagi memastikan keselamatan dan keutuhan kawasan

dengan mengambil langkah-langkah seperti berikut:

a) Pengenalpastian ancaman dan langkah mengatasinya;

b) Mengadakan rondaan dan pemantauan;

c) Mengadakan pemeriksaan sepanjang sempadan

Page 88: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 75

Jadual 6.1 Garispanduan pengurusan dan pengawalan kawasan HCVF HPL Pontian, Rompin

Garis Panduan Pengurusan Prosedur kawalan Agensi Pelaksana

Sebarang aktiviti pembalakan

dan pertanian di keseluruhan HPL Pontian, Rompin tidak dibenarkan

Pemantauan oleh setiap agensi

berkenaan kelulusan pembangunan di kawasan terbabit

BPEN, Jab

Perhutanan, Jab Pertanian

Pemetaan sempadan dan penandaan di atas tanah sempadan kawasan HVCF

beserta zon penampan 50 m di sepanjang sempadan

Semakan sempadan sekali setahun berserta dengan kerja pembersihan kawasan sempadan

Jab Perhutanan

Bancian keatas flora di petak yang telah ditubuhkan

Bancian dilakukan sekali untuk tempoh lima tahun untuk melihat perkembangan flora

Jab Perhutanan, Universiti

Bancian keatas fauna di HPL Pontian, Rompin

Bancian perlu dilakukan kerana tiada maklumat khusus fauna di HPL Pontian, Rompin

Jab Perhutanan, Universiti dan PERHILITAN

Mengadakan kajian yang bersesuain dengan flora, fauna

dan aspek berkaitan HPL untuk

tujuan mendapatkan maklumat saintifik

Kajian dilaksanakan oleh pakar dari Institusi penyelidikan dan universiti

tempatan

FRIM, Universiti

Mengawalselia aktiviti lawatan oleh pengunjung

Penyediaan garis panduan untuk lawatan pengunjung

Jab Perhutanan, Universiti

Mengadakan perbincangan dengan penduduk setempat untuk memastikan sokongan penglibatan mereka didalam pengurusan kawasan

Nota dan rekod perjumpaan dan perbincangan

Jab Perhutanan, JKKK, Pejabat Daerah

Mencegah sebarang aktiviti pengutipan tumbuhan dan

hidupan liar serta pemburuan oleh mana-mana pihak

Penguatkuasaan bayaran denda dan kompoun.

Rondaan kawasan dengan bantuan penduduk setempat

Jab Perhutanan,

PERHILITAN

Memasukkan pengurusan

kawasan HCVF ini di dalam Pelan Rancangan Pengurusan Hutan(RPH) Negeri Pahang

Perlu di masukkan di dalam laporan

separuh penggal RPH sedia ada atau RPH yang akan datang

Jab Perhutanan

Mewujudkan Jawatankuasa HCVF di peringkat negeri Pahang

Dipengerusikan oleh Pengarah Perhutanan negeri dan dianggotai oleh pelbagai agensi kerajaan, universiti

dan juga NGOs untuk memastikan kawasan HCVF ini diurus dan dipulihara dengan baik dan juga memastikan dokongan dan komitmen

yang berterusan dari kerajaan negeri.

Jab Perhutanan, BPEN, dan

agensi kerajaan lain, NGOs, Universiti,

FRIM

Page 89: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 76

Penyelenggaraan kawasan HCVF pula perlu dijalankan secara

berkala seperti berikut;

a) Pembersihan sempadan HCVF sekurang-kurangnya setahun

sekali;

b) Pemeriksaan ke atas setiap kawasan HCVF sekurang-kurang

dua (2) kali setahun untuk meninjau keadaan kawasan

tersebut dan untuk mengelak berlakunya sebarang

pencerobohan.

c) Peneriksaan papan tanda dan menanda semula pokok-pokok

yang telah diidentifikasi (jika perlu)

d) Laporan hendaklah disediakan bagi setiap pemeriksaan yang

dijalankan dengan menggunakan borang Laporan Pemeriksaan

Kawasan HCVF. Tindakan susulan sewajarnya perlu dilakukan

sekiranya terdapat sebarang penambahbaikan yang

diperlukan.

Penilian tahunan juga perlu dijalankan untuk menilai dan

merekodkan perubahan fizikal kepada parameter yang berkaitan

dengan ciri-ciri HCVF. Untuk kawasan HCVF HPL Pontian, Rompin

nilai kepentingan ekosistem keseluruhannya perlu dibuat untuk

mengelakkan dari ujudnya unsur-unsur gangguan yang boleh

mengancam ekosistem tersebut.

6.7 Keperluan Peruntukan Kewangan dan Tenaga Kerja

Bagi memastikan pengurusan kawasan HCVF ini dapat dilaksanakan

dengan berkesan, peruntukan yang mencukupi dari segi kewangan

dan tenaga kerja adalah amat penting. Pihak Jabatan perlu

Page 90: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 77

menggariskan sistem pengurusan kewangan yang berkesan dan

sumber tenaga manusia yang terlatih untuk mencapai objektif

pengurusan kawasan HCVF. Usaha perlu dibuat bagi memantapkan

struktur organisasi dan meningkatkan kualiti sumber manusia yang

terlibat secara langsung di dalam pengurusan kawasan ini. Di

samping itu sumber kewangan yang mencukupi juga perlu diberi

penekanan sebagai aktiviti sokongan kepada kecekapan jentera

pentadbiran dan pengurusan.

Mengikut struktur pegurusan sedia ada pengurusan dan penyeliaan

kawasan HCVF ini adalah di bawah tanggungjawab Pegawai

Silvikultur yang dibantu oleh seorang Renjer Hutan, seorang

Pengawas Hutan dan dua orang Pekerja Rendah Am. Kakitangan

yang terlibat perlu mempunyai pengetahuan mengenai bidang tugas

masing-masing termasuk juga membuat pemantauan,

menyelengara kawasan dan juga memberi taklimat ringkas kepada

pengunjung jika diperlukan. Justeru itu mereka perlu mempunyai

pengetahuan yang secukupnya dari segala aspek yang berkaitan

dengan keadaan hutan tersebut dan untuk itu perlu diberi latihan

dari semasa kesemasa.

Page 91: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 78

Jadual 6.2: Rancangan Pengurusan 10 tahun bagi HCVF HPL

Pontian, Rompin

Aktiviti 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022

Menanda di Peta

Menanda

sempadan di

lapangan

Menegakkan

papan tanda

Menanda

kawasan buffer

Menjalankan

bancian

Menyediakan

laporan

Menjalankan

rondaan di

lapangan

Memantau dari

data penderiaan

jauh

Membersihkan

sempadan

Page 92: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 79

BAB 7

7.0 ANCAMAN DAN KEKANGAN

7.1 Ancaman Perlaksanaan HCVF

Pengurusan kawasan HCVF HPL Pontian, Rompin sewajarnya

dilaksanakan dengan mengambil kira keperluan diperingkat nasional

untuk memelihara kepelbagaian biologi dan keunikan flora yang

terdapat di hutan Negara ini. Pihak Jabatan sebagai pengurus perlu

sentiasa peka keatas ancaman-ancaman yang ada yang sentiasa

cuba menggagalkan aspirasi untuk memulihara khazanah semulajadi

seperti di hutan Negara ini.

Antara ancaman yang besar adalah pencerobohan oleh orang yang

tidak bertanggungjawab ke kawasan HCVF untuk mencuri khazanah

yang terdapat di dalam hutan ini bagi tujuan pelbagai kegunaan

termasuk perubatan dan juga komersial. Oleh itu pihak Jabatan

perlu mengambil langkah sewajarnya termasuk lah

mempertingkatkan aktiviti rondaan dan kawalan di kawasan HCVF.

Di samping itu papan tanda amaran yang jelas mengenai hukuman

mengambil hasil dari hutan tanpa kebenaran perlu di sediakan di

tempat-tempat strategik di kawasan HCVF tersebut.

Tidak terkecuali satu lagi ancaman ialah kemungkinan penukaran

status kawasan hutan HCVF kepada guna tanah lain (contohnya

Page 93: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 80

untuk pertanian dll). Sewajarnya kawasan HCVF ini diberi status

perlindungan yang kekal dan jika perlu di wartakan agar

keujudannya untuk jangkamasa panjang sentiasa terjamin. Begitu

juga kemungkinan kawasan hutan berhampiran dengan HPL Pontian,

Rompin ini untuk dibalak juga boleh menjadi ancaman kepada Hutan

HCVF HPL Pontian, Rompin ini. Memandangkan habitat HPL adalah

sensitif terhadap perubahan dan juga gangguan, perlu dipastikan

seboleh mungkin pembalakan dikawasan berhampiran tidak

dilakukan.

Satu lagi ancaman yang mungkin boleh menjejaskan habitat HPL

adalah dari segi kebolehan habitat tersebut menampung bilangan

pengunjung yang ramai juga dikenali sebagai carrying capacity.

Kemungkinan kawasan ini menjadi tarikan pelancong yang ingin

meliha sendiri spesies Berus mata buaya yang terancam ini dan

oleh itu adalah dikuatiri habitat semulajadi HPL akan terjejas jika

terlalu ramai pengunjung mengunjungi kawasan tersebut pada satu-

satu masa. Oleh yang demikian pemantauan yang rapi perlu

dilakukan oleh pihak Jabatan untuk memastikan bilangan

pengunjung dibenarkan mengikut kesesuaian keadaan pada satu-

satu masa.

7.2 Kekangan Perlaksanaan HCVF

Jabatan Perhutanan sentiasa peka akan keperluan untuk

melaksanakan pengurusan kawasan HCVF dengan berpandukan

kepada kaedah pengurusan hutan secara berkekalan. Namun begitu

mungkin agak sukar untuk mengelakkan kekangan-kekangan yang

timbul akibat dari keadaan semasa. Antara kekangan yang mungkin

boleh menjejaskan kelancaran pengurusan kawasan HCVF termasuk

Page 94: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 81

lah dari segi peruntukan kewangan yang tidak mencukupi untuk

melaksanakan aktiviti yang telah dirancang secara berkala. Justeru

itu di dalam perancangan kewangan tahunan Jabatan, peruntukan

khas untuk mengurus kawasan HCVF perlu di sediakan dari awal

tahun untuk memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat

dilaksanakan dengan lancar.

Kekangan yang kedua di dalam pelaksanaan pengurusan kawasan

HCVF adalah dari segi kekurangan tenaga kerja untuk melaksanakan

aktiviti pemantauan di lapangan. Ini disebakan lazimnya terdapat

banyak pertindihan aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh kakitangan

dilapangan yang bilangannya adalah terhad. Ditambah pula oleh

keutamaan yang berbeza aktiviti berkaitan dengan kawasan HCVF

berkemungkinan tidak dapat mengatasi kepentingan aktiviti yang

lain. Untuk itu jadual perancangan yang menyeluruh perlu

disediakan sepanjang tahun untuk melancarkan pelaksanaan aktiviti

berkaitan dengan pengurusan kawasan HCVF.

Page 95: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 82

BAB 8

8.0 CADANGAN

Bagi memastikan pengurusan kawasan HCVF HPL Pontian, Rompin

ini dapat dilaksanakan dengan berkesan beberapa cadangan seperti

berikut perlu diberi pertimbangan.

i) Kawasan HPL yang mengandungi spesies terancam seperti

berus mata buaya perlu di pelihara dengan sebaik mungkin

dan sebarang aktivti pengusahasilan di sekitar kawasan

perlu dielakkan,

ii) Kawasan HCVF HPL Pontian, Rompin perlu dipetakan dan

ditentukan sempadan di atas tanah,

iii) Kawasan zon penampan perlu diujudkan dengan ukuran

minima 50 meter disekeliling kawasan HCVF,

iv) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang perlu meningkatkan lagi

aspek penyelidikan melibatkan flora, fauna dan habitat HPL

keseluruhannya dengan melibatkan lebih banyak institusi

penyelidikan dan universiti serta NGO,

v) Sistem pengkalan data dan maklumat bersepadu untuk HPL

Pontian, Rompin perlu di bangunkan bagi memudahkan

aktiviti pemantauan dibuat secara sistematik,

vi) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang juga disaran agar

memastikan segala hasil penyelidikan yang dibuat oleh

mana-mana pengkaji di laporkan ke Jabatan dalam bentuk

Page 96: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 83

laporan yang sesuai termasuk buku untuk membolehkan ia

disebar dan dikongsi bersama oleh masyarakat umum,

vii) Adalah dicadangkan kajian carrying capacity untuk

kawasan HCVF ini dilakukan dengan kadar segera untuk

mengetahui tahap tampung pengunjung yang bersesuaian

untuk mengelakkan habitat HPL Pontian, Rompin ini dari

terganggu,

viii) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dari semasa ke semasa

di saran untuk megadakan dialog dan perbincangan dengan

stakeholder termasuk komuniti setempat untuk bertukar

pendapat dan juga mendapatkan pandangan dan menilai

status kawasan HCVF HPL Pontian, Rompin,

ix) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang sentiasa peka dengan

perkembangan semasa dan bertukar pengalaman dengan

pengurus kawasan HCVF di negeri-begeri lain yang juga

fokas kepada pemuliharaan ekosistem hutan,

x) Dari masa ke semasa program lawatan sambil belajar perlu

disediakan kepada kakitangan yang terlibat secara

langsung didalam mengurus kawasan HCVF HPL Pontian,

Rompin untuk meningkatkan kecekapan dan kefahaman

mereka dibidang yang berkaitan.

Page 97: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 84

BAB 9

9.0 KESIMPULAN

Tidak dapat dinafikan bahawa negeri Pahang dan Daerah Rompin

secara khususnya amat bertuah kerana mempunyai kawasan hutan

yang ditumbuhi pelbagai speseis flora dan ekosistem hutan yang

berbeza seperti HPL. HPL Pontian, Rompin di Rompin ini adalah

salah satu yang terdapat di negeri Pahang dan mempunyai

kepelbagaian biologi yang unik dan perlu dipelihara. Justeru itu

adalah menjadi tanggungjawab pihak Jabatan Perhutanan untuk

memainkan peranan yang utama didalam memastikan HPL Pontian,

Rompin ini terus dipelihara dengan sempurna demi untuk

mengelakkan ia terancam dan tergannggu. Langkah pihak kerajaan

negeri melalui Jabatan Perhutanan untuk menjadikan kawasan di

HPL Pontian, Rompin ini sebagai kawasan HCVF adalah sesuatu yang

amat dialu-alukan dan sewajarnya mendapat sokongan dari semua

pihak. Adalah penting semua pihak-pihak yang berkepentingan

samada dari agensi kerajaan, swasta, NGO dan juga institusi

penyelidikan dan pengajian tinggi serta masyarakat umum memberi

sokongan yang tidak berbelah bahagi untuk sama-sama memainkan

peranan demi memastikan habitat HPL ini terus dipelihara untuk

generasi akan datang.

Page 98: MID-TERM REVIEW OF THE INTEGRATED MANAGEMENT PLAN … · hutan di bawah kriteria dan petunjuk bagi pengurusan hutan secara berkekalan di Malaysia, terdapat keperluan bagi Jabatan

Page | 85

BAB 10

10.0 RUJUKAN

1. Anon, 1998. Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan. Kementerian

Sains Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia. 38 pp.

2. Jennings S. and Jarvie, J. 2003. A Sourcebook for Landscape

Analysis of High Conservation Value Forests. ProForest. 50 pp

3. JPNS (Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan), 2007. Management and

monitoring guidelines for HCVF of Compartment 4, Setul Forest

Reserve, Negeri Sembilan. 57 pp.

4. JPSM 2012. Garis panduan penentuan, penubuhan dan pengurusan

kawasan hutan mempunyai nilai pemeliharaan yang tinggi (HCVF)

dalam hutan simpanan kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia.

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

5. Masran M.S, Yap H.Y, Md. Kamal S, 2009. High conservation value

forests in the state of Perak, Malaysia. Malaysian Forester 2009 Vol.

72 No. 1: pp 111-116.

6. MC&I 2002. Malaysian Criteria and Indicators.

7. Whitmore, T.C. 1984. Tropical rain forests of the Far East. Claredon

Press, Oxford.