Mikroekonomi

11
Angka Giliran:____________________ UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2006/2007 April 2007 JTW 107 - MIKROEKONOMI Masa : 3 jam Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi SEBELAS muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan. Kertas soalan ini mengandungi 2 Bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. Anda dikehendaki menjawab SEMUA SOALAN 1 dalam Bahagian A dan DUA soalan dalam Bahagian B. Jangan ceraikan mana-mana muka surat soalan ini kerana anda WAJIB menyerahkan kembali keseluruhan kertas soalan ini setelah tamat peperiksaan ini. Jawapan soalan Bahagian A hendaklah ditulis pada ruang-ruang kosong yang disediakan di dalam kertas soalan ini. Bahagian ini menyumbangkan 60 markah. Jawapan soalan Bahagian B hendaklah ditulis pada kertas jawapan peperiksaan yang disediakan. Bahagian ini menyumbangkan 40 markah. Ikatkan jawapan anda di Bahagian A kepada jawapan anda di Bahagian B. Kalkulator elektronik yang tidak boleh diprogram boleh digunakan untuk peperiksaan ini. Sila pastikan bahawa anda telah menulis angka giliran dengan betul. Tuliskan angka giliran di setiap kertas jawapan anda. Baca arahan dengan teliti sebelum anda menjawab soalan. …2/-

description

Mikroekonomi

Transcript of Mikroekonomi

Page 1: Mikroekonomi

Angka Giliran:____________________ [JTW107]

- 1 -

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Semester Kedua

Sidang Akademik 2006/2007

April 2007

JTW 107 - MIKROEKONOMI

Masa : 3 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi SEBELAS muka surat yang

bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi 2 Bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. Anda

dikehendaki menjawab SEMUA SOALAN 1 dalam Bahagian A dan DUA soalan dalam

Bahagian B.

Jangan ceraikan mana-mana muka surat soalan ini kerana anda WAJIB menyerahkan

kembali keseluruhan kertas soalan ini setelah tamat peperiksaan ini.

Jawapan soalan Bahagian A hendaklah ditulis pada ruang-ruang kosong yang disediakan

di dalam kertas soalan ini. Bahagian ini menyumbangkan 60 markah.

Jawapan soalan Bahagian B hendaklah ditulis pada kertas jawapan peperiksaan yang

disediakan. Bahagian ini menyumbangkan 40 markah.

Ikatkan jawapan anda di Bahagian A kepada jawapan anda di Bahagian B.

Kalkulator elektronik yang tidak boleh diprogram boleh digunakan untuk peperiksaan ini.

Sila pastikan bahawa anda telah menulis angka giliran dengan betul. Tuliskan angka

giliran di setiap kertas jawapan anda.

Baca arahan dengan teliti sebelum anda menjawab soalan.

…2/-

Page 2: Mikroekonomi

Angka Giliran:____________________ [JTW107]

- 2 -

BAHAGIAN A (60 markah)

SOALAN 1 (Jawab SEMUA soalan dalam bahagian ini.)

(a) Fungsi permintaan dan penawaran baju kurung berjenama Selesa ditunjukkan oleh:

P = Y – 150 – Q P = 3Q + 20

Di mana Y adalah pendapatan pengguna.

(i) Jelaskan yang mana keluk permintaan dan yang mana keluk penawaran.

Nyatakan sebab-sebabnya.

(2 markah)

(ii) Andaikan pendapatan pengguna ialah RM250. Hitungkan kuantiti dan harga

keseimbangan pasaran baju kurung ini.

(3 markah)

...3/-

Page 3: Mikroekonomi

Angka Giliran:____________________ [JTW107]

- 3 -

(iii) Lukiskan secara kasar keluk-keluk permintaan dan penawaran pasaran baju

kurung ini dalam Rajah 1. Tandakan titik keseimbangan pasaran baju kurung

ini.

(4 markah)

Rajah 1

(iv) Tandakan lebihan pengguna dan lebihan pengeluar dalam Rajah 1. Hitungkan

lebihan pengguna dan lebihan pengeluar pada titik keseimbangan pasaran ini.

(3 markah)

…4/-

P

Q

Page 4: Mikroekonomi

Angka Giliran:____________________ [JTW107]

- 4 -

(b) Fungsi permintaan dan penawaran kasut berjenama Bagus ditunjukkan oleh

persamaan-persamaan berikut:

5P = 220 – Q 3P = 20 + Q

(i) Hitungkan kuantiti dan harga keseimbangan pasaran bagi kasut ini.

(3 markah)

Atas sebab-sebab yang tertentu, pihak kerajaan telah memutuskan untuk

mengenakan cukai sebanyak RM20 sepasang ke atas kasut Bagus. Cukai ini

dikenakan terhadap penjual.

(ii) Hitungkan kuantiti dan harga keseimbangan pasaran kasut Bagus selepas

cukai dikenakan.

(3 markah)

…5/-

Page 5: Mikroekonomi

Angka Giliran:____________________ [JTW107]

- 5 -

(iii) Lukiskan secara kasar fungsi-fungsi penawaran dan permintaan selepas cukai

serta tandakan kuantiti, harga dan titik keseimbangan dalam Rajah 2.

(4 markah)

Rajah 2

(iv) Hitungkan jumlah hasil cukai yang dipungut oleh kerajaan.

(2 markah)

…6/-

P

Q

Page 6: Mikroekonomi

Angka Giliran:____________________ [JTW107]

- 6 -

(c) Fungsi pengeluaran sebuah firma diberikan seperti berikut:

Q = 20L + 65K – 0.5L2 – 0.5K

2

Seandainya jumlah kos firma adalah RM2,200, kadar upah buruh RM20 seunit

dan sewa modal pula adalah RM40 seunit;

(i) Terbitkan persamaan pengeluaran sut buruh (MPL) dan pengeluaran sut

modal (MPK).

(2 markah)

(ii) Hitungkan kuantiti modal dan buruh yang optimum bagi firma ini.

(4 markah)

(iii) Hitungkan nilai kadar penggantian sut teknik buruh untuk modal.

(3 markah)

…7/-

Page 7: Mikroekonomi

Angka Giliran:____________________ [JTW107]

- 7 -

(d) Rajah di bawah menunjukkan keluk garisan belanjawan dan keluk puas sama untuk

Encik Johan. Harga seunit barang X diberikan sebagai RM30. Maklumat-maklumat

lain diberikan di dalam Rajah 3.

Rajah 3

(i) Berapakah jumlah pendapatan Encik Johan?

(1 markah)

(ii) Berapakah harga seunit barang Y?

(1 markah)

(iii) Berapakah kuantiti barang Y yang digunakan oleh Encik Johan?

(2 markah)

…8/-

Barang Y

(unit)

Barang X

(unit)

U1

40 80

60

E

0

Page 8: Mikroekonomi

Angka Giliran:____________________ [JTW107]

- 8 -

(iv) Hitungkan Kadar Penggantian Sut (MRSXY) Encik Johan.

(3 markah)

(e) Syarikat Albab adalah sebuah firma pengeluar pembaris. Fungsi hasil dan fungsi

kos firma ini diberikan oleh persamaan:

TR = 12Q – 2Q2 ; TC =

3Q

3 – 3Q2 + 12Q

Firma tersebut meminta bantuan anda untuk menentukan fungsi-fungsi berikut:

(i) Fungsi hasil purata dan hasil sutnya.

(2 markah)

(ii) Fungsi kos purata dan kos sutnya.

(2 markah)

(iii) Fungsi keuntungannya.

(1 markah)

(iv) Kuantiti output yang akan memaksimumkan keuntungannya.

(2 markah)

...9/-

Page 9: Mikroekonomi

Angka Giliran:____________________ [JTW107]

- 9 -

(f) Syarikat Untung adalah satu-satunya firma pengeluar motorsikal berjenama Laju

dengan fungsi kosnya diberikan sebagai:

TC = 2Q3 – 3Q

2 + 400Q + 5000

Fungsi harga pula diwakili oleh persamaan:

P = 4000 – 33Q

Sekiranya Syarikat ini ingin memaksimumkan keuntungannya;

(i) Hitungkan jumlah output yang mesti dikeluarkannya.

(3 markah)

(ii) Hitungkan jumlah hasil dan keuntungan syarikat ini pada output tersebut.

(4 markah)

...10/-

Page 10: Mikroekonomi

Angka Giliran:____________________ [JTW107]

- 10 -

(g) Syarikat Al-Untung adalah sebuah firma pengeluar baju batik. Firma ini telah

mengupah seorang akauntan untuk menghitung kos pengeluarannya. Atas sebab-

sebab yang tidak dapat dielakkan, akauntan ini terpaksa meletak jawatan. Jadual kos

pengeluaran firma ini diberikan dalam Jadual 1.

Jadual 1

Output TC FC VC ATC AVC MC

0 24

1 16

2 50

3 108

4 52

Anda dikehendaki membantu firma Al-Untung menjawab soalan-soalan berikut:

(i) Berapakah jumlah kos firma ini bagi mengeluarkan outputnya yang pertama?

(2 markah)

(ii) Berapakah kos berubahnya bagi mengeluarkan unit output yang ke-3?

(2 markah)

(iii) Hitungkan kos sutnya bagi mengeluarkan unit output yang ke-2.

(2 markah)

…11/-

Page 11: Mikroekonomi

Angka Giliran:____________________ [JTW107]

- 11 -

BAHAGIAN B (40 markah)

Jawab DUA soalan sahaja.

SOALAN 2 (20 markah)

Campur tangan daripada mana-mana pihak ke dalam pasaran sesuatu barangan akan

menimbulkan herotan pasaran yang akan menggugat kebajikan pengguna dan penjual.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan keseimbangan pasaran?

(7 markah)

(b) Dengan menggunakan rajah yang sesuai, huraikan secara ringkas maksud lebihan

pengguna dan lebihan pengeluar.

(7 markah)

(c) Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi keanjalan harga.

(6 markah)

SOALAN 3 (20 markah)

Pemaksimuman keuntungan adalah merupakan objektif utama setiap firma. Untuk

mencapai objektif ini firma harus menguruskan input-inputnya dengan bijak.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan isokuan? Dengan menggunakan rajah-rajah

yang sesuai, beri contoh bentuk-bentuk isokuan yang anda tahu.

(7 markah)

(b) Jelaskan bagaimana firma menentukan kombinasi inputnya yang optimum dengan

meminimumkan kos. Gunakan rajah untuk menyokong jawapan anda di mana perlu.

(7 markah)

(c) Dengan menggunakan contoh-contoh yang sesuai, tunjukkan perbezaan di antara

pulangan berkurangan mengikut skala dan pulangan bertambahan mengikut skala.

(6 markah)

SOALAN 4 (20 markah)

Ahli-ahli ekonomi sependapat bahawa struktur pasaran amat penting kerana ia

mempengaruhi gelagat firma.

(a) Jelaskan secara ringkas bagaimana ahli-ahli ekonomi mengklasifikasikan struktur

pasaran

(7 markah)

(b) Bincangkan ciri-ciri penting pasaran monopoli.

(6 markah)

(c) Huraikan secara ringkas kesan terhadap kebajikan sosial sekiranya firma beralih

daripada persaingan sempurna kepada monopoli. Gunakan rajah yang berkaitan

untuk menyokong jawapan anda.

(7 markah)

- oooOooo -