Mikroekonomi

17
FACULTY OF BUSINESS AND MANAGEMENT BBEK 1103 PRINCIPLES OF MICROECONOMICS KHAIROL AZWAN BIN ARIS 810628045437001

Transcript of Mikroekonomi

FACULTY OF BUSINESS AND MANAGEMENT

BBEK 1103

PRINCIPLES OF MICROECONOMICS

KHAIROL AZWAN BIN ARIS810628045437001

1.0 PENGENALAN

Sistem Ekonomi Di Malaysia

Sebelum kita mendalami tentang sistem ekonomi di Malaysia, amat wajar untuk kita

mengetahui maksud ekonomi itu sendiri. Perkataan ekonomi berasal daripada Greek iaitu

Oikou dan nomos .Oikou membawa maksud isirumah, manakala nomos

bermaksud peraturan isi rumah. Oleh itu, dapat kita simpulkan ekonomi ialah bidang sains

sosial yang mengkaji usaha-usaha manusia menggunakan sumber-sumber ekonomi

yang terhad untuk memenuhi kehendak-kehendak yang tidak terhad.

Sistem ekonomi pula merujuk kepada satu set institusi sosial yang berkaitan dengan

pengeluaran, pengagihan dan penggunaan barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah

masyarakat. Sistem ekonomi terdiri dari manusia dan institusi, termasuk hubungan mereka

dengan sumber produktif seperti harta yang dimiliki. Ia cuba menyelesaikan masalah ekonomi

melalui cara yang sistematik untuk pembahagian sumber yang terhad. Kesimpulannnya,

sistem ekonomi merujuk kepada cara sesebuah masyarakat membuat pilihan 

mengagihkan sumber untuk menghasilkan barangan yang dikehendaki bagi menyelesaikan

masalah. Oleh itu , sistem ini akan berbeza dari sebuah masyarakat ke masyarakat yang lain.

Jika ditinjau dari kacamata negara kita, sistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19

sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada dua bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi

sara diri dan sistem ekonomi komersil. Bentuk dan kegiatan ekonomi yang diamalkan pada

ketika itu adalah dipengaruhi oleh sistem pemerintahan pada masa dahulu. Sebagai contoh,

rakyat biasa menjadi petani, pedagang dan pembesar pula menjadi pemilik tapak

perlombongan

Ekonomi sara diri ialah kegiatan ekonomi yang bertujuan atau sekadar mampu untuk

menampung keperluan harian keluarga. Ini bermaksud , hasil kegiatan ekonomi hanya akan

digunakan untuk keluarga mereka sahaja. Segala lebihan pengeluaran akan dijual, dan hasil

jualan tersebut akan digunakan untuk membeli barangan keperluan yang lain. Kegiatan

ekonomi sara diri yang utama ialah bercucuk tanam, menangkap ikan dan memungut hasil

hutan. Kegiatan sebegini tidak memerlukan penggunaan mata wang yang banyak.

Apabila penjajah British datang menjajah negara kita pada abad ke-19 barulah sistem

ekonomi komersil  mula bertapak di Tanah Melayu . Kehadiran mereka telah mempergiatkan

lagi aktiviti ekonomi tersebut memandangkan mereka mengutip cukai daripada rakyat, yang

memaksa rakyat mendapatkan duit tunai. Ini kerana mereka yang gagal menjelaskan cukai

akan dihukum. Salah satu perkembangan yang nyata semasa itu dapat dilihat dalam sektor

perdagangan dan perlombongan.

Akibat penjajahan British tersebut, ekonomi  Malaysia sebenarnya bersifat ekonomi

pasaran yang terikat kepada sistem ekonomi kapitalis antarabangsa, dengan mengutamakan

dan menguntungkan para pelabur swasta asing dan hanya sebilangan kecil pengusaha

tempatan . Kegiatan kapitalis moden berkembang dengan pengeluaran dan eksport bijih timah

dan getah. Namun, seiring dengan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan, akhirnya

sistem ekonomi kapitalis yang digunakan di Malaysia beralih kepada sistem  ekonomi

campuran . Oleh itu, kini, pada dasarnya Malaysia mengamalkan Sistem Ekonomi Campuran.

Sistem Ekonomi Campuran

Menurut Wikipedea Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas, ekonomi campuran adalah

sistem ekonomi yang menggabungkan lebih daripada

satu aspek sistem ekonomi. Lazimnya, ekonomi campuran mengandungi unsur kapitalisme

dan sosialisme . Tiada satu definisi khusus untuk ekonomi campuran tetapi aspek terpenting

adalah kebebasan sepenuhnya ekonomi persendirian termasuk pemilihan industri secara

persendirian , ekonomi yang terancang termasuk campur tangan untuk kebajikan sosial ,

pemuliharaan alam sekitar atau pemilikan aset atau sumber pengeluran oleh negara.Untuk

mencapai status negara maju sesebuah negara mesti menjalankan kesemua jenis ekonomi

ataupun campuran beberapa jenis ekonomi .

Manakala menurut (Yearm 2006:24) sistem ekonomi campuran adalah satu sistem dimana

pihak swasta dan kerajaan bersama-sama membuat keputusan ekonomi untuk menyelesaikan

masalah asas ekonomi.

Sebagai contoh, Malaysia pada awal penubuhan FELDA dan FELCRA mengamalkan

sistem ekonomi Komunisme iaitu tanah dan rumah peneroka adalah hak milik kerajaan

sepenuhnya. Namun begitu keadaan ekonomi ini bertukar dari satu sistem ekonomi

komunisme kepada sosiolisme dan bertukar kepada kapitalisme , yang mana pada masa

sekarang tanah dan rumah di felda telah menjadi hak milik penoroka. Kejayaan Felda untuk

menaiktaraf ekonomi peneroka telah membuka luas mata negara-negara luar dengan sistem

ekonomi campuran yang telah diamalkan di Malaysia.

Ciri-ciri sistem ekonomi campuran.

Untuk memahami sistem ini dengan lebih mendalam, amat wajar untuk kita

mengetahui ciri-cirinya. Antara ciri-ciri sistem ekonomi campuran ialah:

i) Kegiatan ditentukan oleh pihak kerajaan dan swasta

Pihak kerajaan akan mengeluarkan barangan yang gagal disediakan

oleh makanisme harga bagi meningkatkan taraf kebajikan

rakyat.Manakala pihak swasta pula, menyediakan barang yang

dikehendaki oleh masyarakat bagi memaksimumkan keuntungan.

ii) Pilihan

Kedua-dua pihak sama ada pengguna dan pengeluar bebas membuat

pilihan. Pengguna membuat keputusan ekonomi atas tujuan untuk memaksimumkan

kepuasaan. Manakala, pengusaha pula membuat keputusan ekonomi atas tujuan untuk

memaksimumkan keuntungannya. Pihak individu dan pihak swasta bebas

menggunakan faktor pengeluran yang mereka miliki. Pihak kerajaan

pula akan membuat pengawalan di pasaran supaya pihak swasta hanya

mengeluarkan barangan yang memberi manfaat kepada pengguna.

iii) Kegiatan Ekonomi Yang Terkawal

Segala kegitatan ekonomi akan dipantau dan dikawal oleh pihak

kerajaan dengan mengadakan peraturan dan undang-undang. Ini

adalah untuk memastikan supaya kegiatan ekonomi tidak

mendatangkan kesan luaran yang negatif yang akan menjatuhkan

sistem ekonomi negara.

iv) Keputusan Ekonomi

Dalam sistem ini, semua keputusan ekonomi akan ditentukan oleh

pihak kerajaan dan makanisma harga. Ini adalah kerana sumber

ekonomi dimilki oleh pihak kerajaan dan swasta. Keputusan kerajaan

bertujuan untuk meningkatkan kebajikan masyarakat dan swasta pula

bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan.Semua firma bebas

untuk bersaing tetapi mestilah dalam kawalan kerajaan. Firma juga

bebas menentukan jumlah barangan yang akan dikeluarkan, kaedah

pengeluaran dan sasaran bagi barangan yang hendak

dikeluarkan.Kerajaan hanya akan campurtangan bagi mengatasi

kelemahan makanisma harga dan juga mengeluarkan barangan yang

tidak dikeluarkan oleh pihak swasta.

Campur tangan kerajaan dapat dilihat dalam beberapa perkara antaranya:

a) mengenakan cukai ke atas pengguna dan pengeluar.

b) memberi subsidi kepada pengguna dan pengeluar

c) terlibat dalam penawaran barang-barang dan perkhidmatan

d) Mengadakan kawalan ke atas sektor swasta melalui perundangan.

Sebagai kesimpulannya, untuk menjadi sebuah negara maju , kebanyakkan negara

mengamalkan dasar ekonomi campuran. Begitu juga negara kita, mengamalkan konsep

sistem ekonomi campuran dan sedang menuju pembangunan yang pesat , mengamalkan

pasaran berorientasikan negara dan secara terbuka .

2.0 PENILAIAN TENTANG SISTEM EKONOMI MALAYSIA

Bagi menilai sistem ekonomi campuran di Malaysia, kita boleh melihat kepada beberapa

kebaikan dan kelemahan sistem ekonomi campuran ini.

Kebaikan Sistem Ekonomi Campuran

Terdapat beberapa kebaikan dalam sistem ekonomi campuran ini. Di antaranya ialah;

a) Pengguna mempunyai kebebasan dalam memiliki faktor-faktor pengeluaran.

b) Pengguna mempunyai kebebasan dalam penggunaan barang dan perkhidmatan bagi

memastikan bahawa mereka akan dapat memaksimumkan kepuasannya.

c) Pengeluar pula boleh bertindak bebas dalam membuat keputusan untuk mengeluarkan

sesuatu barang atau perkhidmatan, dan keputusan mereka adalah berdasarkan kepada

objektif untuk memaksimumkan keuntungan.

d) Sistem ekonomi ini dapat memastikan bahawa barang-barang awam akan sentiasa

ditawarkan dalam ekonomi dan tanggungjawab ini akan dilaksanakan oleh kerajaan.

e) Kerajaan akan memberi subsidi di sektor-sektor teertentu yang difikirkan mustahak

untuk kebajikan rakyat negara tersebut.

f) Kerajaan boleh memainkan peranan sebagai penstabil kepada keadaan ekonomi yang

tidak stabil seperti keadaan inflasi dan kemelesetan, iaitu dengan menjalankan dasar-

dasar fiskal dan kewangan.

g) Kerajaan boleh menghasilkan keadaan taburan pendapatan yang lebih seimbangan di

kalangan rakyatnya, iaitu melalui dasar cukai dan subsidi.

Sehubungan dengan itu, kita dapat melihat keadaan ini berdasarkan dasar-dasar

kerajaan yang dirangka bagi melonjakkan ekonomi negara walaupun sering dilanda badai

ketidakstabilan ekonomi disebabkan ketidakstabilan ekonomi dunia. Sebagai contoh

dengan pengisytiharan Wawasan 2020 yang membayangkan Malaysia menjadi negara

maju dengan acuannya sendiri pada tahun 2020 menandakan permulaan Dasar

Pembangunan Negara (DPN) yang dibina atas gagasan Dasar Ekonomi Baru (DEB),

meletakkan pembangunan seimbang sebagai teras utamanya. Dalam konteks ini, DPN

memperkenalkan beberapa dimensi baru yang melibatkan perubahan fokus strategi

pembasmian kemiskinan kepada pembasmian miskin tegar di samping mengurangkan

kemiskinan umum, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan

penyertaan Bumiputera yang lebih bermakna di dalam sektor ekonomi moden melalui

pengukuhan komuniti Perdagangan dan Industri Bumiputera; penglibatan sektor swasta

yang lebih besar dalam proses penstrukturan penyertaan Bumiputera dan juga melibatkan

pembangunan modal insan

Begitu juga ketika Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang perlahan

pada tahun 2001 akibat kejatuhan permintaan global bagi barangan elektrik dan elektronik

serta peristiwa 11 September di Amerika Syarikat, namun ia kembali rancak pada tahun

2002. Ini adalah hasil daripada tindakan awal Kerajaan yang berkesan menerusi

pelaksanaan Pakej Strategi Baru pada bulan Mei 2003. Di bawah Pakej ini, empat strategi

telah digaris iaitu, menggalakkan pelaburan sektor swasta, memperkukuh daya saing

negara, membangunkan sumber-sumber pertumbuhan baru, dan meningkatkan

keberkesanan sistem penyampaian. Pelaksanaan Pakej tersebut telah meningkatkan

penyertaan sektor swasta dalam aktiviti ekonomi domestik serta disokong oleh permintaan

luar yang lebih kukuh, pertumbuhan ekonomi telah mencatat pencapaian yang lebih baik

daripada yang dijangkakan, iaitu berkembang sebanyak 5.8 peratus pada tahun 2003 dan

6.8 peratus pada tahun 2004.

Seterusnya, Dasar Wawasan Negara (DWN) dilancarkan pada tahun 2001 merupakan

pembangunan dekad kedua Wawasan 2020 yang menumpukan kepada meningkatkan

keutuhan dan berdaya saing negara. DWN mengandungi strategi penting daripada dua

dasar sebelumnya iaitu DEB dan DPN di samping beberapa dimensi baru. Dasar ini

termasuklah membangunkan Malaysia sebagai sebuah masyarakat berasaskan

berpengetahuan, menjana pertumbuhan ekonomi yang didorong oleh sumber dan kekuatan

domestik, dan mencapai penyertaan Bumiputera yang berkesan serta pemilikan ekuiti

sekurang-kurangnya 30 peratus pada 2010.

Kelemahan sistem ekonomi campuran.

Walaupun sistem ekonomi campuran mempunyai beberapa kelebihan, tidak dapat

dinafikan juga ia mempunyai beberapa kelemahan. Di antaranya ialah ;

a) Sistem percukaian yang dilaksanankan oleh pihak kerajaan akan menganggu tingkat

kebajikan rakyat di negara tersebut terutama bagi golongan kaya.

b) Sistem percukaian ini juga akan menganggu aliran perjalananperdagangan yang wujud

di sesebuah negara

Sebagai kesimpulannya, dengan mengamalkan sistem ekonomi campuran ini, Malayia

terus dilihat sebagai negara yang terus membangun. Ini dapat dibuktikan pada tahun 2012,

ekonomi berjaya mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan dan lebih tinggi.

Sehingga kini, Malaysia berusaha dengan gigih untuk menjadi sebuah negara berpendapatan

tinggi. Sememangnya kita boleh berbangga dengan kemajuan ekonomi yang dicapai oleh

negara kita berbanding dengan negara lain yang sama usia kemerdekaannya dengan Malaysia

tetapi masih dalam keadaan mundur.

3.0 Rasional sistem ekonomi Malaysia untuk pemaksimuman utiliti

Memandangkan antara kelebihan sistem ekonomi campuran adalah memaksimumkan

kepuasan pengguna dan pengeluar bebas memberikan khidmat untuk maksimum keuntungan,

terdapat hubungan yang amat rapat antara rasionaliti dan utiliti.

Rasionaliti di dalam ekonomi konvensional bermakna mana-mana pengguna akan selalu

cuba memaksimumkan kepuasan material mereka dari penggunaan sumber pendapatan yang

terhad yang mereka ada. Keputusan dibuat berdasarkan pemikiran sendiri bagaimana mereka

membelanjakan pendapatan mereka yang terhad untuk memaksimumkan kepuasan mereka.

Keputusan yang dibuat mungkin dipengaruhi olehcitarasa, perubahan fesyen, harga,

pendapatan, dan lain-lain.

Utiliti pula merujuk kepada kebolehan atau kuasa barangan atau perkhidmatan yang dapat

memberikan kepuasan kepada apa yang dikehendaki oleh pengguna. Oleh yang demikian,

utiliti boleh juga dimaksudkan sebagai menggambarkan tingkat kepuasan pengguna

terhadap penggunaan sesuatu atau perkhidmatan . Utiliti yang berkaitan dengan kehendak

yang dipenuhi sebagai  kepuasan material. Jadi,  di dalam ekonomi

konvensional , pengguna dianggap rasional apabila mereka membelanjakan

pendapatannya dengan cara mereka memaksimumkan utiliti material atau kepuasan material.

Kegiatan ekonomi bagi individu pengguna dan pengeluar atau sekumpulan pengguna dan

pengeluar dikenali sebagai pasaran. Dalam hal kelakuan pengguna, tumpuan diberi dalam

persoalan bagaimana pengguna memaksimumkan utiliti atau kepuasan apabila diberi citarasa

dan tingkat pendapatan. Kelakuan pengguna adalah berhubungkait dengan konseppermintaan

dan penawaran. Pengeluar atau firma adalah merujuk kepada penawaran barang dan

perkhidmatan dalam ekonomi tersebut. Persoalan yang ditumpukan oleh firma ialah

bagaimana mereka dalam mengeluarkan barang-barang dan perkhidmatan dengan kos yang

minimum supaya mereka dapat memaksimumkan keuntungannya. Kedua-dua pengguna dan

pengeluar ini akan berinteraksi dalam pasaran bagi menentukan harga dan kuantiti bagi

sesuatu barangan dan perkhidmatan, dan disamping itu juga akan menentukan harga faktor-

faktor seperti buruh, tanah, modal dan keuntungan.

Sekiranya salah satu pihak samaada pengguna atau pengeluar tidak beinteraksi, ia akan

mewujudkan masalah pengangguran atau disebut juga sebagai masalah kemelesetan ekonomi

dan juga masalah inflasi. Kedua-dua masalah pengangguran dan inflasi ini akan menganggu

kehidupan dan seterusnya menggugat kebajikan rakyat.

Maka dalam perkara ini, peranan kerajaan adalah sangat penting dalam mengatasi kedua-

dua masalah ini iaitu melalui Dasar Fiskal iaitu perbelanjaan kerajaan dan cukai dan Dasar

Kewangan melalui perubahan penawaran wang. Kedua-dua dasar fiskal dan dasar kewangan

ini adalah dua dasar yang asas dalam mengatasi masalah ekonomi. Dasar lain yang dijalankan

oleh kerajaan ialah dasar campur tangan secara langsung ke dalam ekonomi, iaituseperti dasar

kawalan harga, terutamanya ke atas barang-barang perlu seperti beras, gula, tepung dan

sebagainya. Di negara kita terdapat lebih daripada 100 barang-barang, terutamanya barang

makanan yang berada di bawah Dasar Kawalan Harga dilakukan. Perlaksanaan Dasar Fiskal

pula adalah melalui pembentangan belanjawaan di Parlimen pada setiap bulan September atau

Oktober setiap tahun. Dasar Kewangan pula akan dijalankan oleh Bank Negara Malaysia

kerana ia bertindak sebagai bank pusat.

Kerajaan juga melaksanakan langkah konsolidasi fiskal mulai tahun 2004 bagi

memperbaiki kedudukan fiskal dan mengawal hutang Kerajaan. Antaranya, melalui kawalan

yang lebih ketat ke atas pelaksanaan projek pembangunan supaya mematuhi siling

peruntukan, dan juga mempertingkatkan kecekapan pengurusan projek bagi memastikan

projek dapat disiapkan mengikut jadual. Usaha berterusan sentiasa diambil bagi memastikan

perbelanjaan mengurus tidak melebih hasil Kerajaan. Di samping itu, Kerajaan juga komited

untuk memperluas dan mengenalpasti sumber hasil baru bagi meningkatkan kutipan hasil

Kerajaan.

Bagi memastikan inflasi tidak tercetus, lebih daripada 90 peratus sumber pembiayaan

pembangunan dibiayai oleh pinjaman domestik. Malaysia juga merupakan antara negara yang

mempunyai kadar tabungan yang tinggi yang mampu membiayai keperluan domestik. Di

samping itu, pinjaman luar pada paras yang minimum dan diurus secara berhemat boleh

mengelakkan risiko ketidakseimbangan luaran dan pertukaran matawang asing.

Selain itu, Kerajaan juga sentiasa mengamalkan dasar kewangan akomodatif bagi memastikan

paras harga kekal rendah serta kestabilan kadar pertukaran asing untuk menyokong

pertumbuhan ekonomi. Sejak akhir 1990an, Malaysia menikmati lebihan akaun semasa

imbangan pembayaran berikutan prestasi eksport yang menggalakkan dan kemasukan

pelaburan langsung asing.

Ini telah menyumbang kepada kedudukan rizab antarabangsa negara bersih yang kukuh.

Selain itu, Kerajaan juga sentiasa memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan untuk

mewujudkan persekitaraan ekonomi yang kondusif bagi meningkatkan daya saing negara.

Bagi tujuan ini, antara langkah yang telah dilaksanakan termasuklah mengurangkan karenah

birokrasi, membanteras rasuah, memperkemas dan mempermudah prosedur bagi menjalankan

perniagaan serta menyediakan tenaga kerja mahir yang menepati keperluan pasaran.

Kesimpulannya, tampak jelas, berasaskan pengalaman negara menghadapi situasi

kegawatan ekonomi yang berlaku dalam banyak fasa, misalnya era awal 1980-an, krisis

kewangan 1997 dan kini kelembapan ekonomi global, pengurusan negara mampu bertindak

secara cepat, pantas, fleksibel dengan penekanan kepada langkah dasar fiskal dan bukan

fiskal.

4.0 Rasional sistem ekonomi Malaysia pada mekanisme penetapan harga dalam pengedaran barang-barang dan perkhidmatan

Penentuan harga bermaksud harga barang swasta dan faktor pengeluaran ditentukan oleh

mekanisme harga iaitu kuasa permintaan dan penawaran. Harga barang awam adalah

ditentukan oleh pihak kerajaan. Mekanisme pasaran melibatkan interaksi di antara kuasa

permintaan dan kuasa penawaran di pasaran yang menentukan tingkat harga dan kuantiti

barang di pasaran. Berdasarkan mekanisme pasaran, tingkat harga dan kuantiti keseimbangan

pasaran ditentukan berasaskan titik keseimbangan pasaran, iaitu apabila kuantiti permintaan

adalah sama dengan kuantiti penawaran di pasaran.

Dalam sistem ekonomi campuran, terdapat dua kaedah dalam menyelesaikan masalah-

masalah asas ekonomi. Pertama ialah dengan menggunakan mekanisme harga seperti yang

diamalkan dalam sistem pasaran bebas dan kedua dengan campur tangan secara langsung

oleh pihak kerajaan dalam menawarkan barang dan perkhidmatan seperti dalam sistem

ekonomi terancang. Pembahagian di antara dua kaedah penyelesaian ini adalah bergantung

kepada jenis barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan.

Jika sekiranya barang yang dikeluarkan itu adalah barang persendirian atau barang

ekonomi, yang mana untuk mendapatkan barang-barang ini pengguna adalah sanggup

membayarnya, maka barang dan perkhidmatan jenis ini akan dikeluarkan dengan

menggunakan mekanisme harga. Kedua, jika barang dan perkhidmatan itu dikelaskan sebagai

barang awam, yang mana pengguna yang tidak membayar pun boleh menikmati faedah yang

dihasilkan oleh barang tersebut, maka barang dan perkhidmatan ini hendaklah dikeluarkan

oleh kerajaan. Contohnya perkhidmatan pertahanan dan keselamatan, jalan raya dan

sebagainya.

Dalam hal ini, ia amat bergantung kepada permintaan, kuasa membeli yang akan

membuatkan pengguna sanggup membayar , maka pengeluar akan melihat sama ada barang

tersebut mampu untuk dikeluarkan serta akan memberi keuntungan kepadanya. Apabila hal

ini berlaku, maka akan produk atau khidmat tersebut akan dikeluarkan dalam bentuk

ekonomi.

Dari segi realiti ekonomi di Malaysia, hargalah yang sering menjadi isu besar selain

bekalan barang makanan utama seperti beras, tepung gandum, gula dan minyak masak

sehingga satu ketika bagaikan berlaku krisis bekalan gara-gara langkah peniaga yang sengaja

menyimpan stok dengan niat mahu menaikkan harga. Memang di mana-mana negara yang

membuka ekonominya, sejajar keperluan globalisasi, menghadapi tekanan apabila berlaku

kenaikan harga minyak antarabangsa. Keadaan ini secara langsung meningkatkan tekanan

harga terhadap harga barang keperluan di pasaran tempatan, berikutan peningkatan kadar

inflasi yang meliputi empat perkara iaitu barang makanan, tenaga, pengangkutan dan sewa.

Soal harga adalah juga berkaitan dengan bekalan dan pengedaran serta kos input. Oleh itu, isu

inflasi perlu diteliti secara komprehensif dan strategi mengawalnya juga perlu menyeluruh

dan meliputi aspek berkenaan.

Berdasarkan hakikat ini, kerajaan telah menubuhkan Majlis Harga Negara (MHN), yang

dipengerusikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Tanggungjawab MHN antara lain untuk

memantau, menasihati dan menyelia dasar harga, struktur pasaran kompetitif, kecekapan

dalam skim subsidi serta pencegahan terhadap ketidakadilan bagi pihak kerajaan. Majlis ini

juga akan bertanggungjawab membendung pakatan sulit perdagangan yang menjejaskan

bekalan dan harga barang keperluan serta perkhidmatan dengan memperluaskan bidang tugas

Jawatankuasa Kabinet Mengenai Barang-Barang Perlu. Dengan itu, kewujudan MHN adalah

bagi memastikan harga barang keperluan dan kenaikannya sentiasa dibuat mengikut garis

panduan kerajaan serta mengatasi masalah kekurangan bekalan secara lebih berkesan.

Kini, Malaysia terus komited membangunkan ekonomi dengan memperkenalkan

rasionalisasi subsidi dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan

mulai tahun 2015. Kerajaan juga mengambil inisiatif untuk meningkatkan kualiti pendidikan

dan latihan penting untuk meningkatkan daya saing Malaysia

Langkah rasionalisasi seperti kenaikan harga petrol dan diesel, pemansuhan subsidi gula

dan subsidi janakuasa elektrik bertujuan memastikan keseimbangan fiskal kewangan negara.

Prinsip kerajaan adalah memastikan ekonomi negara berkembang dan pada masa sama tidak

boleh mengabaikan kebertanggungjawaban ekonomi untuk mengurangkan bajet defisit dan

mencapai bajet berimbang menjelang tahun 2020 .

Pelaksanaan GST akan memberi kelebihan terutamanya kepada kerajaan dalam

meningkatkan aliran pendapatan yang kemudiannya boleh digunakan bagi melaksanakan

projek-projek untuk manfaat seluruh rakyat. Asas percukaian yang lebih meluas serta yang

dikenakan pada satu kadar akan memudahkan kerajaan mengurus dan mentadbir sistem

tersebut. Ia juga mudah difahami oleh rakyat berbanding cukai yang dikenakan pada kadar

berbeza bagi perkhidmatan dan barangan yang berlainan. Ia juga dapat mengurangkan beban

membayar cukai kerana jumlah yang membayar cukai pendapatan hanya beberapa peratus

berbanding keseluruhan rakyat Malaysia.Itu antara kelebihan yang dinikmati oleh rakyat di

negara yang sudah lama melaksanakan GST seperti di New Zealand, Australia dan Singapura.

Di rantau Asia Tenggara ini pula, hampir seluruh negara sudah melaksanakan sistem cukai

itu.

Kesimpulannya,setelah 57 tahun mencapai kemerdekaan, pencapaian Malaysia berada

pada tahap yang boleh dibanggakan. Pengiktirafan demi pengiktirafan diberikan atas usaha

gigih kerajaan membangunkan negara. Namun begitu, masih banyak lagi yang perlu

dilakukan bagi memastikan pembangunan ekonomi terus bertahan demi kelestarian negara

Malaysia.

RUJUKAN

1. http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/8555-ciri-ciri-kesempurnaan-sesebuah-sistem-ekonomi

2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomi_Malaysia

3. http://pesakaalam.blogspot.com/2008/04/perkembangan-ekonomi-malaysiacabaran.html

4. http://www.eramuslim.com.my/pengertian-tujuan-prinsip-prinsip-ekonomi-islam

5. http://tance-pjs.blogs.smjk.edu.my/2009/06/19/memaksimumkan-kesan-pakej-rangsangan-ekonomi/

6. http://drhamzaid.com

7. www.epu .gov.my