mikrofilem hsm 313

download mikrofilem hsm 313

of 6

Transcript of mikrofilem hsm 313

  • 8/2/2019 mikrofilem hsm 313

    1/6

    1

    Utusan Zaman 5 November 1939

    Susu Tanah Melayu diperah sekalian Orang

    Karikatur adapun merupakan perkaitan karikatur itu adalah rekaan yang baharu diambil oleh

    perkataan karikatur ertinya ialah gambaran rekaan yang terbit daripada fikiran ataupun yang

    terbit daripada bersandar-sanda . Contohnya lihatlah gambar yang diterakan di atas dan

    bahawasanya itulah dia yang dinamakan warkah kartun. Di sini diharapkan orang Melayu

    mendapat sepatah lagi perkataan yang berguna menurut suratan kita menurut aliran zaman.

    Karikatur di atas ialah gambaran seorang pelukis menggambarkan renungan kedudukan

    bangsa kita di Tanah Melayu. Barangkali banyak juga di antara kita bersetuju dengan

    renungan itu. Lihatlah Malaya itu disifatkan seperti seekor lembu . Lembu dipunyai oleh

  • 8/2/2019 mikrofilem hsm 313

    2/6

    2

    bangsa Melayu. Hak kepunyaan itu boleh dipersiapkan daripada tali yang dipegangnya tetapi

    dibawanya tidur berdengkur. Kerana tidur itu maka sekalian orang pun berlumba-lumba

    mengambil susu lembu itu. Lembu itu ialah lembu raya. Semua orang sudah tahu bahawa

    tidur orang Melayu itu seperti mati jikalau dicampakkan ke laut pun belum tentu ia sedar

    maka tentulah ia tiada akan sedar susu lembu itu diperah orang. Dia cuma sedar kelak

    apabila sudah lapar dan susu lembunya sudah kering.

    Dengan hal yang demikian Cina dapat membuka baju dan memikul susu. Orang India yang

    bekerja keras pakai celana sahaja dapat menjunjung sebuyung susu. Orang-orang Arab

    menyingsing lengan dapat dua gandar . lain-lain bangsa pula dapat memikul sebekas. Yang

    dienakkan kepada Melayu yang tidur itu. Sungguh walau tidur pun mesti siayah juga. Lihat

    sarung lucut nya dan sampingnya tanggal. Tidur bersandar ke batang kelapa pun jadi.

  • 8/2/2019 mikrofilem hsm 313

    3/6

    3

    1. Terangkan isi kandungan Mikrofilem, maksimum 500 patah perkataan bertaip.

    Mikrofilem ini menerangkan tentang keadaan tanah Melayu semasa sebelum perang dunia

    kedua. Mikrofilem ini menggambarkan bahawa Tanah Melayu atau Malaya berada dalam

    keadaan yang tidak stabil. Mikrofilem ini menggambarkan bahawa bangsa asing seperti orang

    Cina, India, Arab dan lain-lain kaum imigran telah mengambil kesempatan terhadap kaum

    Melayu dengan mengambil hasil tanah Melayu dengan sesuka hati. Selain itu, penulis

    akhbar utusan zaman juga mengharapkan agar karikatur beliau akan dapat memberi

    pengajaran kepada masyarakat Melayu atau pembaca utusan zaman secara keseluruhannya.

    Selanjutnya, isi kandungan mikrofilem ini turut menerangkan tentang keadaan kaum Melayu

    sebelum perang dunia kedua yang tidak menyedari tentang sikap kaum Melayu yang masih

    tidak sedar bahawa Malaya dan kaum Melayu sedang diperah oleh bangsa asing.

    Mikrofilem menggambarkan bahawa semasa orang Melayu sedang tidur atau masih belum

    menyedari akan nasib mereka di tangan bangsa asing, kaum bukan Melayu sedang berusaha

    untuk mendapatkan kekayaan tanah Melayu. Kaum bukan Melayu dituduh sebagai perampas

    hasil tanah Melayu daripada kaum Melayu sebagai kaum peribumi di Malaya. Selanjutnya,

    bagi penulis mikrofilem ini, bangsa Melayu juga dianggap sebagai kaum yang sukar untuk

    menyedari tentang keadaan yang berlaku di tanah Melayu atau Malaya . maksud beliau (

    penulis mikrofilem) ialah , kaum Melayu dianggap sebagai kaum yang masih sukar untuk

    melakukan perubahan sehingga sukar untuk disedarkan dan bangun daripada kehidupan

    selesa . beliau turut menyindir kaum Melayu iaitu kaum Melayu hanya akan menyedari

    bahawa mereka telah diperah apabila kaum Melayu telah kehilangan hasil bumi mereka yang

    sudah diambil oleh kaum immigrant di Malaya itu sendiri.

    Mikrofilem ini juga turut menerangkan tentang kesan buruk yang akan dihadapi oleh kaum

    Melayu sekiranya kaum Melayu tidak menyedari tentang keadaan yang dihadapi oleh orang

  • 8/2/2019 mikrofilem hsm 313

    4/6

    4

    Melayu seandainya orang Melayu di Malaya itu masih terus lena dan tidak bangkit untuk

    melakukan tindakan mengatasi kemelut tersebut.. Mikrofilem menggambarkan bahawa kaum

    bukan Melayu yang serba kekurangan dari segi pakaian dan kehidupan mengambil

    kesempatan daripada kelalaian kaum Melayu dengan mengambil hasil bumi Malaya tanpa

    disedari oleh orang Melayu sendiri. Lantas akhirnya mikrofilem ini menerangkan bahawa

    masyarakat Melayu akan mengalami kerugian akibat sikap tidak endah kaum Melayu akan

    kemelut yang dihadapi akibat daripada penguasaan hasil ekonomi Malaya oleh orang imigran

    terhadap Malaya itu sendiri.

  • 8/2/2019 mikrofilem hsm 313

    5/6

    5

    2.Bincangkan Kepentingan dokumen mikrofilem terhadap sejarah Malaysia( 300 Patah

    perkataan bertaip.

    Mikrofilem bertajuk susu tanah Melayu diperah sekalian orang yang diterbitkan oleh utusan

    zaman pada 5 November 1939 sememangnya mempunyai kepentingannya terhadap sejarah

    Malaysia pada jangka masa panjang. Pertama, dokumen mikrofilem ini secara jujur nya

    menyindir bangsa Melayu yang tidak mempunyai kesedaran bahawa hak mereka telah

    diambil oleh bangsa asing yang tinggal dan bekerja di Tanah Melayu. Oleh itu, dokumen ini

    secara jelas membolehkan Sejarah Malaysia dapat memahami sikap masyarakat Melayu

    sebelum perang dunia kedua serta menilai cara kehidupan bangsa Melayu sebelum perang

    dunia kedua secara jelas. mikrofilem ini turut menggambarkan bahawa masyarakat Melayu

    mash belum sedar tentang keadaan di Tanah Melayu dan dari situlah para sarjan boleh

    mengkaji pandangan akhbar Melayu sebelum pendudukan Jepun di dalam membangkitkan

    kesedaran kaum Melayu terhadap masalah ekonomi dan pemerasan kaum asing di tanah

    Melayu. Akhir sekali Mikrofilem ini turut menjadi aras penting bagi para pengkaji Sejarah

    Malaysia untuk menilai sama ada wujud suatu kebimbangan sebahagian masyarakat Melayu

    tentang kehadiran kaum imigran ke Tanah Melayu. Lalu para pengkaji boleh menilai bahawa

    mikrofilem ini akan dapat merumuskan tentang usaha para wartawan Melayu sekitar tahun

    1939 bagi membangkitkan kesedaran masyarakat Melayu tentang pemerasan kaum asing di

    atas Tanah Melayu atau Malaya itu sendiri.

    Selanjutnya, kepentingan mikrofilem ini juga secara asasnya akan dapat membantu para

    pengkaji di dalam sejarah Malaysia untuk melihat peranan akhbar utusan zaman sebelum

    perang dunia kedua tercetus di tanah Melayu. Utusan Melayu sebelum menjadi Utusan

    Malaysia pada tahun 1960an adalah sebuah akhbar yang ditubuhkan oleh orang Melayu di

    Singapura pada tahun 1928. Akhbar ini dan para pengarangnya seperti Abdul Samad Ismail,

    Rahim Kajai , Kadir Yahudi dan sebagainya merupakan antara pencetus kepada akhbar

  • 8/2/2019 mikrofilem hsm 313

    6/6

    6

    Utusan Melayu itu sendiri. Utusan Zaman adalah akhbar Melayu yang terbit pada hari ahad

    iaitu pada hujung minggu serta menjadi sebahagian daripada Utusan Melayu tersebut .

    Dengan mikrofilem ini, secara tidak langsung, menjadi bukti bahawa akhbar Melayu amat

    memainkan peranan utama di dalam menunjukkan ekspresi kebangsaan Melayu serta nilai

    sekumpulan patriotisme kaum Melayu (golongan wartawan) yang sedar akan masalah kaum

    Melayu ekoran kedatangan kaum asing. Lalu mikrofilem ini memainkan peranan penting di

    dalam menilai sikap sebahagian kaum Melayu terhadap orang asing lalu menyindir kaum

    Melayu agar kaum Melayu pada zaman itu dapat menyedari apa yang berlaku serta berusaha

    untuk mempertahankan hak mereka daripada dicerobohi.