MIN MESY GURU 1

7
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA DONG 27400 RAUB PAHANG MINIT MESYUARAT GURU KALI 1 TAHUN 2015 TarIkh : 31.12.2014 Masa : 8.30 pagi – 12 .00 tengah hari Tempat : Bilik Gerakan Kehadiran : En. Sabran bin Arifin ( Guru Besar ) Pn . Norazila bt Ismail ( GPK Kurikulum ) Pn. Fatimah bt Saidin ( GPK Hem ) En. Badrul Hisham B. Ibrahim ( GPK Kokurikulum ) En. Mohd Faizal Asri Bin Hasnan Pn. Zuralma Bt. Jaani Pn. Rashidah bt Osman En. Mazrul B. Abdul Karim @ Musa En. Ahmad Syazwan B. Samat Cik Noorsafawati Bt. Nasarudin Cik Asmariah bt Ahmad Pn. Shahida bt Makmin Tidak hadir : 1. Pn. Hasliza Binti Sidid ( Terlibat Banjir) 2. En. Haiemran B. Haron ( Terlibat Banjir ) 1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI ( TUAN GURU BESAR ) 1

description

contoh minit mesyuarat

Transcript of MIN MESY GURU 1

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA DONG27400 RAUB PAHANG

MINIT MESYUARAT GURUKALI 1 TAHUN 2015

TarIkh : 31.12.2014Masa : 8.30 pagi 12 .00 tengah hari Tempat : Bilik GerakanKehadiran : En. Sabran bin Arifin ( Guru Besar ) Pn . Norazila bt Ismail ( GPK Kurikulum ) Pn. Fatimah bt Saidin ( GPK Hem ) En. Badrul Hisham B. Ibrahim ( GPK Kokurikulum ) En. Mohd Faizal Asri Bin HasnanPn. Zuralma Bt. JaaniPn. Rashidah bt OsmanEn. Mazrul B. Abdul Karim @ MusaEn. Ahmad Syazwan B. SamatCik Noorsafawati Bt. NasarudinCik Asmariah bt AhmadPn. Shahida bt Makmin

Tidak hadir :1. Pn. Hasliza Binti Sidid ( Terlibat Banjir)2. En. Haiemran B. Haron ( Terlibat Banjir )

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI ( TUAN GURU BESAR )1.1. Tuan guru besar mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru.1.2. Persekolahan ditangguh kepada 12.1.2015 kerana banjir . Pada minggu hadapan semua sekolah akan bercuti tetapi tidak akan diganti.1.3. Guru besar mengharapkan guru-guru yang tidak menjadi mangsa banjir boleh hadir ke sekolah untuk menyiapkan persiapan persekolahan .1.4. Guru yang terlibat banjir diharapkan dapat menyelesaikan masalah dan bersabar.1.5. Guru Besar mengucapkan tahniah atas kerjasama semua guru kerana telah berjaya mengadakan semua program pada tahun 2014 dengan jayanya.1.6. Buku rekod mengajar akan diedarkan dan setiap guru boleh memilih untuk menggunakan fail.1.7. Analisis UPSR- SK Kuala Dong telah mendapat tempat ke-5 daerah Raub untuk kecemerlangan. Telah mencapai sasaran yang di tetapkan dengan mendapat GPS 1.79 . Sasaran telahpun melebihi target.1.8. UPSR pada tahun 2015 adalah yang terakhir di bawah KSSR.Target PPD pada tahun 2015 ialah seramai 9 orang.1.9. Anugerah Tawaran Baru SKKD layak untuk mendapat anugerah dan diharapkan semua guru akan mengemaskini fail-fail yang dipertanggungjawabkan.1.10. SIP PLUS-SKKD berada di BAND 1. Oleh itu, pemantau tidak akan hadir untuk memberi bimbingan.1.11. Kelayakan guru SK Kuala Dong ialah 13 orang sahaja tetapi jumlah guru hingga setakat ini ialah 14 orang. 1.12. Guru pemulihan yang bertukar masih tidak dapat pengganti.1.13. Jumlah murid ialah 70 orang.1.14. Pembantu pra sekolah yang sedang bercuti masih tidak ada pengganti kerana tidak ada peruntukan.1.15. Peraturan Perkhidmatan :a. Kedatangan 7.30 pagi dan pulang 1.35 tengah hari.b. Pakaian wajib kemas dan sesuai.c. Untuk keluar sila catat dalam buku keluar setelah mendapat kebenaran daripada GB atau GPK.d. Cuti / CRK:i. Walaupun semua guru berhak mengambilnya tetapi ada perkiraan mengikut bulan. Mengikut perkiraan itu guru hanya layak mengambil CRK selepas bulan Januari.ii. Semua guru yang ingin bercuti ,sila mengisi borang terlebih dahulu kecuali berlaku kecemasan. iii. Jika ada kecemasan sila telefon kepada pihak sekolah dan guru besar dan GPK.iv. Jika jumlah cuti telah pun habis guru layak memohon cuti tanpa gaji .1.16 Guru yang bertugas mingguan hendaklah datang lebih awal untuk memantau kebersihan kelas dan sekolah.1.17 RMT-tender akan dibuka pada tahun ini.1.18 Perlaksanaan GST semua sekolah disarankan menjalankan langkah penjimatan .1.19 Semua guru hendaklah membuat tindakan segera jika mendapat surat dari PPD jika memerlukan laporan.1.20 Bagi guru-guru yang memegang bilik-bilik khas hendaklah mengemaskini carta organisasi serta menyelia keceriaan dan menampal peraturan .1.21 Guru-guru yang memerlukan peralatan untuk kegunaan guru dan kelas hendaklah memaklumkan kepada Puan Norazila.1.22 Kutipan duit untuk buku tulis akan diadakan pada 29 30 /12/2015. Semua guru kelas perlu hadir untuk menjual alat-alat dan buku tulis tersebut.1.23 Orientasi Pra Sekolah akan dijalankan pada 2.1.2015. Guru-guru yang terlibat dikehendaki hadir.1.24 Dasar KPM iaitu 1 murid , 1 meja ,1 kerusi, dan satu set buku teks. Pemantauan oleh PPD, KPM, JPN akan dilaksanakan. Oleh itu semua guru harus bersedia dan rancangan mengajar harian wajib disiapkan .1.25 Pembelajaran Abad Ke-21 telah dilaksanakan dari segi fizikal dan pedagogi.1.26 I-Think akan dibuka awal bulan Januari dan guru digalakkan membuat latihan 27 modul tersebut.1.27 KBSR akan berakhir pada 2015 dan P1-P4 akan terus dilaksanakan manakala pelajar yang terlibat dengan KSSR pula hanya menjalani 2 peperiksaan iaitu P1 dan P2.1.28 Soalan Sains UPSR yang mengandungi unsur KBAT menyebabkan UPSR Sains 2014 merosot. Oleh itu , semua guru haruslah prihatin hal ini.1.29 PCG SK KUALA DONG 2015 :a. Pusat Sumber - RM 2120b. Sains - RM 412c. Matematik- RM 309d. B. Inggeris- RM 309e. P. Sivik - RM 688f. Lain Mata Pelajaran- RM 800g. PJ - RM 1158h. Kem. Hidup - RM 1390i. Pend. Seni - RM 347j. Kertas Ujian - RM RM 372k. Sukan Tahunan - RM 372l. Kegiatan Agama Islam- RM 372m. Kem Bestari Solat - RM 183

1.30 Keceriaan Kelas Semua guru kelas haruslah menyiapkan jadual kelas dan jadual bertugas sebelum kelas bermula minggu Per-1.1.31 Transisi Tahun 1 kan bermula pada minggu per-1 hingga ke-3 yang akan dikendalikan oleh Cik Asmariah.1.32 Program Guru Penyayang akan diteruskan.1.33 Bantuan Awal Persekolahan akan diadakan pada 15.1. 2015.1.34 Surat-surat di PPD hendaklah diambil oleh GB, GPK dan pembantu tadbir serta guru-guru yang dimaklumkan. Orang luar tidak dibenarkan mengambil surat surat tersebut.1.35 Kelas tambahan UPSR akan bermula awal Februari.1.36 Mesyuarat Agung PIBG akan dijalankan pada bulan Mac dan tarikh akan dipilih.1.37 Guru-guru dinasihatkan supaya menyemak buku tulis pelajar.1.38 Lawatan Sambil Belajar hendaklah dipohon 5 minggu sebelum tarikh lawatan .Jika lawatan dalam negeri hanya dihantar ke peringkat PPD sahaja untuk mendapat kelulusan.1.39 Segala urusan rasmi sekolah dan pentadbiran hendaklah dimaklum kepada guru besar untuk pengetahuan.

Tindakan : Semua guru

2.0 TAKLIMAT PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL OLEH GURU BESAR1.1.Guru perlu menyediakan fail dan mengisi maklumat peribadi dan segala maklumat perkhidmatan tahun semasa dan sepanjang perkhidmatan serta sumbangan dan anugerah.

Tindakan : Semua Guru2.0 LAPORAN PENTADBIRAN ( GURU BESAR)

Merujuk buku panduan dan perancangan sekolah 2015:2.1 Guru besar menjelaskan misi dan visi sekolah, carta organisasi, perincian penggal persekolahan serta guru dan kakitangan SK Kuala Dong 2015. ( ms 1 ms 26)2.2 Pembentangan Jawatan Kuasa Pengurusan dan Pentadbiran ( ms 27 ms 34)2.3 Pembentangan Panduan Am Guru dan Kakitangan Sekolah ( ms 60 ms70)

Tindakan : Semua guru

3.0 LAPORAN GPK 1 ( PN NORAZILA BT ISMAIL)

Merujuk Buku Panduan Dan Perancangan Sekolah 2015:3.1 Pembentangan Jawatan Kuasa Kurikulum ( ms 35 ms 44 )3.2 Pembentangan Takwim Persekolahan, Jadual Pencerapan, Guru Bertugas MIngguan.3.3 Laporan keberadaan diteruskan. Semua guru pastikan tanda tangan buku tersbut.

Tindakan : Semua guru

4.0 LAPORAN GPK HEM ( PN FATIMAH BT SAIDIN ) Merujuk buku panduan dan perancangan sekolah 2015:4.1 Pembentangan Jawatan Kuasa Pengurusan ( ms 27 ms 34 )4.2 Pembentangan Senarai pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan, senarai nama murid, jadual tugasan pekerja,4.3 Jawatan Kuasa Kantin diminta memastikan salah seorang guru berada bersama-sama pegawai kesihatan yang datang memantau dan memastikan papan kenyataan untuk sudut kesihatan di tampal dengan pelbagai maklumat yang berkaitan.

Tindakan : Semua guru

5.0 LAPORAN GPK KO-KURIKULUM ( EN BADRUL HISHAM BIN IBRAHIM )

Merujuk Buku Panduan Dan Perancangan Sekolah 2015 :4.1 Pembentangan Jawataan Kuasa KO Kurikulum ( ms 54 ms 59)4.2 Pembentangan Jawatan Kuasa Khas Program (ms 59 ms 60)4.3 Pembentangan Jadual KO Kurikulum ( ms 112)4.4 Baju sukan akan dibeli /tempah bagi pelajar baru dan pelajar yang ingin membeli semula sahaja. Tindakan : Semua guru6.0 Hal-hal lain :Tiada. Mesyuarat di tangguhkan pada 11.35 pagi.

Disediakan oleh , Disahkan oleh,

.......................................... ...................................................( ZURALMA BT JAANI) ( SABRAN BIN ARIFFIN )Setiausaha Mesyuarat Guru . Guru Besar SK Kuala Dong.

1