MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA …€¦ · PELAJARAN PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT)...

28
MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT) AZIZAH, JOHOR BAHRU HERAWATIE BINTI TAJUL ARIFIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA …€¦ · PELAJARAN PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT)...

Page 1: MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA …€¦ · PELAJARAN PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT) AZIZAH, JOHOR BAHRU HERAWATIE BINTI TAJUL ARIFIN ... 3.3 Skala Likert bagi Ujian Penguasaan

MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA

PELAJARAN PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT)

AZIZAH, JOHOR BAHRU

HERAWATIE BINTI TAJUL ARIFIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA …€¦ · PELAJARAN PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT) AZIZAH, JOHOR BAHRU HERAWATIE BINTI TAJUL ARIFIN ... 3.3 Skala Likert bagi Ujian Penguasaan

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL : MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN

PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT) AZIZAH, JOHOR BAHRU.

SESI PENGAJIAN : 2009/2010

Saya HERAWATIE BINTI TAJUL ARIFIN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ( )

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,

atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

(TANDATANGAN PENYELIA) (TANDATANGAN PELAJAR)

Alamat Tetap:

644 KAMPUNG KEPONG,

20050 KUALA TERENGGANU,

TERENGGANU DARUL IMAN.

Tarikh: __________________________ Tarikh: ____________________________

PROF. MADYA DR. ABDUL RAHIM

BIN HAMDAN

Nama Penyelia

Disahkan oleh

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

Page 3: MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA …€¦ · PELAJARAN PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT) AZIZAH, JOHOR BAHRU HERAWATIE BINTI TAJUL ARIFIN ... 3.3 Skala Likert bagi Ujian Penguasaan

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

Page 4: MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA …€¦ · PELAJARAN PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT) AZIZAH, JOHOR BAHRU HERAWATIE BINTI TAJUL ARIFIN ... 3.3 Skala Likert bagi Ujian Penguasaan

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan : ..............................................................

Nama Penyelia : PM. DR. ABDUL RAHIM B. HAMDAN

Tarikh : 14 APRIL 2010

Page 5: MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA …€¦ · PELAJARAN PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT) AZIZAH, JOHOR BAHRU HERAWATIE BINTI TAJUL ARIFIN ... 3.3 Skala Likert bagi Ujian Penguasaan

“Saya akui karya ini adalah hasil karya saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap

satunya telah dijelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ..............................................

Nama Penulis : Herawatie Binti Tajul Arifin

Tarikh : 14 April 2010

Page 6: MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA …€¦ · PELAJARAN PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT) AZIZAH, JOHOR BAHRU HERAWATIE BINTI TAJUL ARIFIN ... 3.3 Skala Likert bagi Ujian Penguasaan

MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN

PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT) AZIZAH, JOHOR BAHRU

HERAWATIE BINTI TAJUL ARIFIN

Laporan Projek Sarjana Muda ini Dikemukan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2010

Page 7: MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA …€¦ · PELAJARAN PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT) AZIZAH, JOHOR BAHRU HERAWATIE BINTI TAJUL ARIFIN ... 3.3 Skala Likert bagi Ujian Penguasaan

i

Ku balut kejayaan ini dengan sampul kenangan terindah Sebagai hadiah paling istimewa

Buat mak dan ayah tercinta (Siti Khatijah Yusof & Tajul Arifin Abdul Rahman) Kasih sayang dan pengorbanan kalian berdua adalah nadi kehidupan ku

Buat arwah kakanda yang dirindui (Norbaya Tajul Arifin) dirimu terus hidup dalam kenangan ku

Buat adik-adik yang tersayang (Hernani, Kartika Idayu, Muhammad Fakhruddin, Muhammad Adib) kegembiraan kalian adalah kebahagiaan ku

Buat pak su, mak su, ayah su dan seluruh keluarga ku kalian semua amat bermakna dalam hidup ini

Buat sahabat-sahabat akrab ku hidup ini tidak pernah sunyi dengan kehadiran kalian

Buat guru-guru yang pernah mendidik diri ini Jasa bakti kalian terus subur dalam lipatan memori ku

Sesungguhnya kejayaan yang tercipta ini

adalah kejayaan kita bersama

Terima kasih Tuhan Atas nikmat kejayaan dan kebahagiaan yang Engkau anugerahkan.

(“,) _ierawatie _

Page 8: MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA …€¦ · PELAJARAN PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT) AZIZAH, JOHOR BAHRU HERAWATIE BINTI TAJUL ARIFIN ... 3.3 Skala Likert bagi Ujian Penguasaan

ii

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah yang Maha Esa kerana dengan limpah

rahmat kurniaan-Nya, Projek Sarjana Muda ini berjaya disiapkan dengan jayanya. Di

kesempatan ini, saya dengan rasa rendah diri merakamkan jutaan terima kasih tidak

terhingga buat pensyarah penyelia, Prof. Madya Dr. Abd. Rahim bin Hamdan yang

tidak pernah jemu membimbing dan membantu sepanjang proses penyelidikan ini

dijalankan. Juga selaku penasihat akademik, keprihatinan Prof. amat saya hargai.

Terima kasih sekali lagi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat seluruh warga

SMT (ERT) Azizah khususnya Puan Junaidah bt Abdul Samat yang tidak pernah

menghampakan saya dalam menjalankan penyelidikan serta mendapatkan data dan

maklumat. Juga buat Puan Pengetua, Penolong Kanan dan pelajar-pelajar kursus

Pengurusan Makanan atas kerjasama yang diberikan.

Ribuan terima kasih turut diucapkan buat Nabilah, Raja, Faza, T.Noor,

Erniey, Nuriza, Zilawati, Azimah, Ayu, Zul, Donald, Hidayah, Nadya dan rakan-

rakan satu kursus, Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

serta teman-teman seperjuangan sekalian atas perkongsian maklumat dan saling

bertukar pendapat.

Sekalung penghargaan juga buat panel penilai projek ini, pensyarah-

pensyarah dan seluruh warga fakulti serta pihak Universiti Teknologi Malaysia atas

sokongan tidak berbelah bagi sepanjang proses penyelidikan ini dilaksanakan. Akhir

kata, terima kasih sekali lagi diucapkan buat semua yang telah membantu secara

langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini.

Mudah-mudahan Allah S.W.T. membalas jasa baik kalian semua dan setiap

amal perbuatan kita dibawah redha-Nya. Amin. Sekian, terima kasih.

Page 9: MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA …€¦ · PELAJARAN PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT) AZIZAH, JOHOR BAHRU HERAWATIE BINTI TAJUL ARIFIN ... 3.3 Skala Likert bagi Ujian Penguasaan

iii

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji tahap minat dan penguasaan

pelajar dalam mata pelajaran Pengurusan Makanan. Seramai 37 orang responden

terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik untuk

mengumpul data dan maklumat. Data yang didapati dianalisis dengan menggunakan

perisian SPSS (Statistical Package For Social Science) versi 16.0 untuk menjelaskan

kekerapan, peratusan, min dan korelasi. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ini

ialah α = 0.92. Hasil kajian mendapati tahap minat pelajar adalah tinggi terhadap

Pengurusan Makanan (min= 4.23). Tahap penguasaan pelajar juga adalah tinggi

dalam teori Pengurusan Makanan (min=3.82) manakala bagi tahap penguasaan

pelajar dalam amali mata pelajaran ini turut berada pada tahap yang sama

(min=4.00). Dapatan kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara

minat dengan penguasaan pelajar dalam teori Pengurusan Makanan (r=0.594) dan

juga terdapat hubungan yang signifikan di antara minat dengan penguasaan pelajar

dalam amali mata pelajaran ini (r=0.479). Seterusnya didapati terdapat hubungan

signifikan di antara penguasaan pelajar dalam teori dengan penguasaan pelajar dalam

amali mata pelajaran yang sama (r=0.418). Oleh itu, jelas dibuktikan bahawa

terdapat hubungan di antara minat dan penguasaan pelajar dalam teori dan amali

mata pelajaran Pengurusan Makanan. Justeru beberapa cadangan telah dikemukan

untuk meningkatkan lagi pencapaian akademik pelajar di sekolah-sekolah menengah

teknik.

Page 10: MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA …€¦ · PELAJARAN PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT) AZIZAH, JOHOR BAHRU HERAWATIE BINTI TAJUL ARIFIN ... 3.3 Skala Likert bagi Ujian Penguasaan

iv

ABSTRACT

This research was carried out to examine the students’ interest and mastery in

subject of Pengurusan Makanan. A total of 37 respondents were involved in this

research. A set of questionnaires was used to collect data and information. It was

then analyzed by using SPSS (Statistical Package For Social Science) version 16.0

to explain frequency, percentage, mean and correlation. The reliability of this

instrument was α = 0.92. The finding revealed that level of students’ interest is high

to this subject (mean=4.23). The level of students mastery is high to subject’s theory

(mean=3.82). While the level of students’ mastery in this subject’s practical also at

the same level (mean=4.00). The findings indicated there was significant correlation

between interest and students’ mastery in the subject’s theory (r=0.594). There is

also significant correlation between interest and students’ mastery in the subject’s

practical (r=0.479). Hence, the findings show there was significant correlation

between students’ mastery in subject’s theory and practical for the subject

Pengurusan Makanan (r=0.418). As a result, it was proven that there was correlation

between students’ interest and students’ mastery in both theory and practical.

Therefore, a few suggestions were decided to increase the academic performances of

students in sekolah-sekolah menengah teknik.

Page 11: MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA …€¦ · PELAJARAN PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT) AZIZAH, JOHOR BAHRU HERAWATIE BINTI TAJUL ARIFIN ... 3.3 Skala Likert bagi Ujian Penguasaan

v

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

DEDIKASI i

PENGHARGAAN ii

ABSTRAK iii

ABSTRACT iv

KANDUNGAN v

SENARAI JADUAL ix

SENARAI GAMBARAJAH x

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xi

SENARAI LAMPIRAN xii

1.0 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Hipotesis Kajian 8

1.7 Kepentingan Kajian 9

1.8 Skop Kajian 10

1.9 Kerangka Kajian 11

1.10 Definisi Istilah 11

Page 12: MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA …€¦ · PELAJARAN PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT) AZIZAH, JOHOR BAHRU HERAWATIE BINTI TAJUL ARIFIN ... 3.3 Skala Likert bagi Ujian Penguasaan

vi

1.11 Penutup 13

2.0 SOROTAN PENULISAN 14

2.1 Pengenalan 14

2.2 Teori Pemilihan Kerjaya Holland 14

2.3 Teori Krathwohl 15

2.4 Kajian-Kajian Lepas 16

2.4.1 Minat Pelajar Sebelum Mengikuti Kursus 16

Pengajian

2.4.2 Minat Pelajar Setelah Mengikuti Kursus 18

Pengajian

2.3.3 Penguasaan Pelajar Dalam Kursus 20

Pengajian

2.5 Penutup 23

3.0 METODOLOGI KAJIAN 24

3.1 Pengenalan 24

3.2 Rekabentuk Kajian 24

3.3 Lokasi Kajian 25

3.4 Populasi Dan Sampel 26

3.5 Instrumen Kajian 27

3.6 Kajian Rintis 29

3.7 Prosedur Pengumpulan Data 30

3.8 Jangkamasa Kajian 31

3.9 Penganalisisan Data Kajian 31

3.10 Penutup 33

4.0 ANALISIS DATA 34

4.1 Pengenalan 34

4.2 Demografi Responden 34

4.2.1 Jantina 34

4.2.2 Bangsa 35

Page 13: MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA …€¦ · PELAJARAN PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT) AZIZAH, JOHOR BAHRU HERAWATIE BINTI TAJUL ARIFIN ... 3.3 Skala Likert bagi Ujian Penguasaan

vii

4.2.3 Pendapatan Ibu Bapa 36

4.3 Analisis Data Bahagian B 36

4.3.1 Tahap Minat Terhadap Mata Pelajaran 37

Pengurusan Makanan

4.3.2 Tahap Penguasaan Pelajar dalam Teori 40

Mata Pelajaran Pengurusan Makanan

4.3.3 Tahap Penguasaan Pelajar dalam Amali 44

Mata Pelajaran Pengurusan Makanan

4.4 Ujian Hipotesis 48

4.4.1 Hipotesis Nol 1 (Ho1) 48

4.4.2 Hipotesis Nol 2 (Ho2) 49

4.4.3 Hipotesis Nol 3 (Ho3) 50

4.5 Rumusan 51

5.0 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 53

5.1 Pengenalan 53

5.2 Rumusan 53

5.2.1 Bahagian A 53

5.5.2 Bahagian B 54

5.3 Perbincangan 56

5.3.1 Minat Pelajar Terhadap Mata Pelajaran 56

Pengurusan Makanan

5.3.2 Penguasaan Pelajar dalam Teori Mata 57

Pelajaran Pengurusan Makanan

5.3.3 Penguasaan Pelajar dalam Amali Mata 58

Pelajaran Pengurusan Makanan

5.3.4 Hubungan antara Minat dan Penguasaan 59

Pelajar dalam Teori Mata Pelajaran

Pengurusan Makanan

Page 14: MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA …€¦ · PELAJARAN PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT) AZIZAH, JOHOR BAHRU HERAWATIE BINTI TAJUL ARIFIN ... 3.3 Skala Likert bagi Ujian Penguasaan

viii

5.3.5 Hubungan antara Minat dan Penguasaan 60

Pelajar dalam Amali Mata Pelajaran

Pengurusan Makanan

5.3.6 Hubungan antara Penguasaan Pelajar 62

dalam Teori dan Amali Mata Pelajaran

Pengurusan Makanan

5.4 Cadangan 63

5.4.1 Cadangan Kajian Lanjutan 64

5.5 Penutup 64

RUJUKAN 65

Lampiran A-F 71-82

Page 15: MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA …€¦ · PELAJARAN PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT) AZIZAH, JOHOR BAHRU HERAWATIE BINTI TAJUL ARIFIN ... 3.3 Skala Likert bagi Ujian Penguasaan

ix

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Keputusan Peperiksaan SPM 2007/2008 dalam

mata pelajaran Pengurusan Makanan 5

3.1 Bilangan Sampel Minimum Mengikut Jenis Kajian 27

3.2 Skala Likert 28

3.3 Skala Likert bagi Ujian Penguasaan 29

3.4 Nilai Kebolehpercayaan mengikut Persoalan Kajian 30

3.5 Pengelasan Skor Min dan Status 32

3.6 Garis Panduan Guilford 32

3.7 Signifikan Pada Aras Keertian 0.05 33

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 35

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 35

4.3 Taburan Responden Mengikut Pendapatan Ibu Bapa 36

4.4 Tahap Minat Pelajar Terhadap Mata Pelajaran

Pengurusan Makanan 37

4.5 Tahap Penguasaan Pelajar dalam Teori Mata

Pelajaran Pengurusan Makanan 40

4.6 Tahap Penguasaan Pelajar dalam Amali Mata

Pelajaran Pengurusan Makanan 44

4.7 Hubungan di antara Minat dengan Penguasaan Teori 48

4.8 Hubungan di antara Minat dengan Penguasaan Amali 49

4.9 Hubungan di antara Penguasaan Teori dengan

Penguasaan Amali 50

4.10 Analisis Tahap dan Min Keseluruhan 51

4.11 Hubungan di antara Minat, Penguasaan Teori dan

Penguasaan Amali 52

Page 16: MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA …€¦ · PELAJARAN PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT) AZIZAH, JOHOR BAHRU HERAWATIE BINTI TAJUL ARIFIN ... 3.3 Skala Likert bagi Ujian Penguasaan

x

SENARAI GAMBARAJAH

NO. GAMBARAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Rangka Kajian 11

Page 17: MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA …€¦ · PELAJARAN PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT) AZIZAH, JOHOR BAHRU HERAWATIE BINTI TAJUL ARIFIN ... 3.3 Skala Likert bagi Ujian Penguasaan

xi

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

MPV - Mata Pelajaran Vokasional

PMR - Peperiksaan Menengah Rendah

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SMT - Sekolah Menengah Teknik

ERT - Ekonomi Rumah Tangga

SPSS - Statistical Packages for Social

Ho - Hipotesis Nol

α - Cronbach Alpha (Nilai Kebolehpercayaan)

r - Nilai Korelasi

p - Signifikan

f - Frekuensi

% - Peratus

Page 18: MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA …€¦ · PELAJARAN PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT) AZIZAH, JOHOR BAHRU HERAWATIE BINTI TAJUL ARIFIN ... 3.3 Skala Likert bagi Ujian Penguasaan

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A - Jadual Ringkasan Isi Kandungan Mata Pelajaran

Pengurusan Makanan

LAMPIRAN B - Set Soal Selidik

LAMPIRAN C - Surat Kelulusan Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan

LAMPIRAN D - Surat Status Pelajar Fakulti Pendidikan

LAMPIRAN E - Surat Perlantikan Penyemak Soal Selidik

LAMPIRAN F - Surat Pengesahan Isi Kandungan Soal Selidik

Page 19: MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA …€¦ · PELAJARAN PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT) AZIZAH, JOHOR BAHRU HERAWATIE BINTI TAJUL ARIFIN ... 3.3 Skala Likert bagi Ujian Penguasaan

BAB 1.0

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sejajar dengan perkembangan semasa dalam usaha Malaysia mencapai matlamat

Wawasan 2020, bidang pendidikan turut mendapat perhatian serius oleh pihak kerajaan.

Kerajaan telah merangka suatu pelan di bawah Rancangan Malaysia ke-Sembilan bagi

merencana bidang pendidikan yang lebih bermutu dan berkualiti. Pelan tersebut ialah

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, PIPP.

“Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, PIPP merupakan salah satu agenda

penting kerajaan untuk membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu,

Kementerian Pelajaran Malaysia, KPM mempunyai satu tanggungjawab yang amat

besar dalam membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral

dan beretika tinggi selain daripada melahirkan modal insan berpengetahuan dan

berkemahiran.” (Sufa’at Tumin, 2009).

Teras dua dalam PIPP adalah membangunkan modal insan. Menurut Sufa’at

Tumin (2009), antara fokus dan strategi pelaksanaan membangunkan modal insan ialah

dengan mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar.

Melalui strategi ini juga, kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran mata pelajaran dan

pengkhususan diteruskan.

Page 20: MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA …€¦ · PELAJARAN PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT) AZIZAH, JOHOR BAHRU HERAWATIE BINTI TAJUL ARIFIN ... 3.3 Skala Likert bagi Ujian Penguasaan

2

Antara aliran mata pelajaran yang menjadi pilihan ibu bapa dan pelajar ialah

aliran teknik dan vokasional. “Pelajaran teknik ialah sebarang bentuk pelajaran yang

berkaitan dengan persediaan praktik, teori dan am penuntut-penuntut di semua peringkat

untuk pekerjaan-pekerjaan tertentu dalam berbagai-bagai lapangan penghasilan dan

perkhidmatan sementara pelajaran vokasional pula ialah hanya sebahagian daripada

pelajaran teknik yang khasnya lebih direkabentuk bagi melatih individu-individu untuk

pekerjaan pada peringkat pengolahan yang mahir.” (Ung Cheng Pee, 1992).

Sekolah-sekolah teknik dan vokasional telah berkembang pesat di seluruh

negara. Pelbagai jurusan dan pengkhususan dalam kedua-dua bidang diperkenalkan.

Salah satu jurusan di bawah Pendidikan Teknik ialah Pengurusan Makanan.

“Pengurusan Makanan merupakan suatu mata pelajaran alternatif bagi kesinambungan

kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup. Mata pelajaran ini merangkumi tiga

komponen iaitu Makanan dan Pemakanan, Penyediaan Makanan dan Perkhidmatan

Makanan. Aspek Pembangunan Manusia, Pengurusan dan Sumber diintegrasikan

merentas sukatan mata pelajaran ini.” (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003).

“Mata pelajaran ini juga memberi pendidikan asas yang kukuh dan pendedahan

kepada pendidikan lanjutan serta kerjaya dalam industri makanan dan hospitaliti. Usaha

ini akan membantu melahirkan insan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani demi meningkatkan kesejahteraan kehidupan individu, keluarga, masyarakat

dan negara.” (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003).

“Matlamat mata pelajaran Pengurusan Makanan ialah membekalkan pengetahuan

dan kemahiran untuk meningkatkan potensi diri dalam amalan pemakanan dan

perkhidmatan makanan bagi mencapai kehidupan individu, keluarga dan masyarakat

yang berkualiti, seterusnya dapat menyumbang ke arah pembangunan negara.”

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003).

“Antara objektif kursus Pengurusan Makanan adalah untuk membolehkan pelajar

mengetahui dan memahami kumpulan makanan, memahami dan mengaplikasikan

pengetahuan makanan dan pemakanan dalam kehidupan seharian, merancang menu

mengikut keperluan, memahami pengaruh teknologi dan mengaplikasikannya dalam

Page 21: MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA …€¦ · PELAJARAN PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT) AZIZAH, JOHOR BAHRU HERAWATIE BINTI TAJUL ARIFIN ... 3.3 Skala Likert bagi Ujian Penguasaan

3

penyediaan dan perkhidmatan makanan serta membuat pengiraan kos dalam penyediaan

dan perkhidmatan makanan.” (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003).

“Sukatan pelajaran dalam kursus Pengurusan Makanan berasaskan kepada tiga

aspek iaitu pembangunan manusia, pengurusan dan sumber. Aspek pembangunan

manusia menitikberatkan pengayaan kendiri, pemupukan nilai murni dan estetik serta

amalan kebersihan, keceriaan dan keselamatan. Aspek pengurusan pula merangkumi

empat proses iaitu proses perancangan berpandukan matlamat, proses pengelolaan

mengutamakan pemilihan dan pengendalian sumber, proses perlaksanaan melibatkan

sumber dan kerja amali serta proses penilaian menentukan peningkatan kualiti dan hasil

kerja. Aspek ketiga iaitu aspek sumber menitikberatkan kesedaran dan penggunaan

teknologi dalam pengurusan makanan, kebolehan mengurus masa dan tenaga serta

penerapan unsur konsumerisme dan keusahawanan.” (Kementerian Pendidikan

Malaysia, 2003). (Sila rujuk lampiran A).

“Mata pelajaran Pengurusan Makanan mengandungi komponen Makanan dan

Pemakanan, Penyediaan Makanan dan Perkhidmatan Makanan. Proses pengajaran dan

pembelajaran kursus ini memberi penekanan kepada penerapan nilai murni dan

pengintergrasian elemen Sains, Matematik, Perdagangan, Geografi, Sejarah, Pendidikan

Islam, Pendidikan Moral, Rekacipta dan Pendidikan Seni.” (Kementerian Pendidikan

Malaysia, 2003).

1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Yong et.al (1996) dalam Azizi Yahya et.al (2003), pendidikan teknik

dan vokasional yang telah lama berkembang di Malaysia dibentuk bertujuan untuk

melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas vokasional dan teknikal.

Kini pendidikan teknik dan vokasional semakin mendapat perhatian pelajar-pelajar dari

sekolah menengah rendah sebagai pilihan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat

menengah tinggi. Pada tahun 2001 sahaja, sebanyak 48 000 permohonan diterima untuk

Page 22: MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA …€¦ · PELAJARAN PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT) AZIZAH, JOHOR BAHRU HERAWATIE BINTI TAJUL ARIFIN ... 3.3 Skala Likert bagi Ujian Penguasaan

4

mengikuti pengajian dalam aliran teknikal berbanding 31 000 tempat yang disediakan

dan 60 000 permohonan mengikuti aliran vokasional berbanding 11 500 tempat yang

ditawarkan.

Malangnya dalam kalangan pelajar yang memasuki sekolah-sekolah teknik dan

vokasional ini, terdapat pelajar-pelajar yang kurang mahupun langsung tidak berminat

dengan bidang kursus yang diikuti. Mereka memasuki sekolah-sekolah ini berdasarkan

keputusan PMR yang kurang memberangsangkan, memenuhi kehendak ibu bapa atau

keluarga, mengikut rakan-rakan dan sebagainya. Usia remaja dan belum cukup matang

membuatkan mereka mudah terkeliru dengan pelbagai pengaruh luaran seperti keinginan

ibu bapa, keputusan peperiksaan lepas, kekeliruan minat yang terlalu banyak dan

mengikut jejak langkah rakan-rakan.

“Adakalanya seseorang pelajar tidak dapat memenuhi impian mereka untuk

mengikuti jurusan yang diminati kerana faktor-faktor tertentu. Faktor-faktor tersebut

antaranya adalah disebabkan oleh banyaknya persaingan untuk mengikuti sesuatu

jurusan, permohonan yang tidak memenuhi syarat seperti yang ditetapkan ataupun

disebabkan pelajar tersebut terpaksa menurut kehendak ibubapa atau keluarga.”

(Norhashimah Ismail, 2008).

Menurut Hairunnaja Najmuddin (2005) pula, kebanyakan remaja tidak mendapat

maklumat atau kurang maklumat dan bimbingan yang sewajarnya daripada ibu bapa

mereka dan individu dewasa lain yang hampir dengannya bagi menentukan minat,

kebolehan dan personaliti diri, sama ada ia sesuai dengan bidang pengajian yang dipilih

ataupun tidak.

Ini bertepatan dengan pernyataan Norhashimah Ismail (2008), pelajar-pelajar

yang ditawarkan untuk mengikuti jurusan yang dipohon pula, ada di antaranya yang

telah membuat pilihan yang tidak tepat disebabkan oleh kurang pengalaman dalam

membuat keputusan, ataupun kurang keyakinan diri. Di samping itu, rakan sebaya juga

kadang kala memainkan peranan dalam mempengaruhi seseorang pelajar membuat

pilihan.

Page 23: MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA …€¦ · PELAJARAN PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT) AZIZAH, JOHOR BAHRU HERAWATIE BINTI TAJUL ARIFIN ... 3.3 Skala Likert bagi Ujian Penguasaan

5

Wahid Hashim (2007) berpandangan, Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional

masih terasing. Pelajar masih keliru dan kabur tentang apakah kepentingan atau

keperluan mereka memasuki sekolah beraliran teknik dan vokasional. Sebahagiannya

memang mendapat keputusan kurang cemerlang atau dibelenggu faktor kemiskinan, atau

mungkin tidak nampak peluang.

“Remaja yang jelas dengan minat, kebolehan, kemahiran, sikap dan personaliti

mereka akan mempunyai motivasi dalaman (intrinsic motivation) sendiri untuk belajar

dan berusaha mempertingkatkan pencapaian dalam pelajaran, supaya sesuai dengan

perancangan kerjaya pada masa depan.” (Hairunnaja Najmuddin, 2005).

Jadual 1.1 menunjukkan keputusan SPM pelajar-pelajar yang mengambil mata

pelajaran Pengurusan Makanan di SMT (ERT) Azizah pada tahun 2007 dan 2008.

Jadual 1.1: Keputusan Peperiksaan SPM 2007/2008 dalam mata pelajaran

Pengurusan Makanan

Tahun 2007 2008

Bilangan Calon 52 22

Peratus (%)

1A 11.54 9.09

2A 7.69 18.18

3B 15.38 22.73

4B 23.08 13.64

5C 17.31 31.82

6C 7.69 0.00

7D 11.54 4.55

8E 5.77 0.00

9G 0.00 0.00

Gred Purata Keseluruhan 4.25 3.59

Sumber: Buku Rekod Keputusan SPM, SMT (ERT) Azizah, 2009

Berdasarkan daripada analisis jadual tersebut, dapat dilihat pada tahun 2007,

pencapaian pelajar pada gred 1A dan 2A lebih rendah berbanding gred 3B, 4B dan 5C.

Pada tahun berikutnya, pencapaian pelajar pada gred 1A dan 2A turut dilihat rendah

berbanding 3B dan 5C. Kemerosotan bilangan pelajar pada tahun 2008 berbanding 2007

Page 24: MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA …€¦ · PELAJARAN PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT) AZIZAH, JOHOR BAHRU HERAWATIE BINTI TAJUL ARIFIN ... 3.3 Skala Likert bagi Ujian Penguasaan

6

juga tidak mampu mengubah pencapaian pelajar ke tahap yang lebih baik. Malahan

gred purata keseluruhan dilihat menunjukkan kemerosotan.

Persoalannya adakah pelajar-pelajar yang mengikuti jurusan-jurusan pengajian di

SMT (ERT) Azizah, meminati jurusan pengajian yang sedang mereka ikuti tersebut.

Keputusan peperiksaan SPM ini telah menarik perhatian penyelidik untuk mengkaji

hubungan antara minat dengan penguasaan pelajar. Adakah faktor minat mempengaruhi

penguasaan mereka dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diikuti dalam jurusan

masing-masing.

1.3 Pernyataan Masalah

Masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar lepasan PMR ialah kekeliruan dalam

memilih aliran kursus yang ingin diikuti di peringkat menengah atas. Hal ini berikutan

kurangnya pengalaman dan pendedahan kepada mereka berkenaan kepelbagaian bidang

dan skop-skopnya. Di samping tersepit dengan kehendak ibu bapa, terdapat juga dalam

kalangan mereka yang tidak berkelayakan berdasarkan keputusan PMR mereka untuk

mengikuti kursus yang diminati.

“Minat pada apa yang dipelajari dan dilakukan adalah salah satu syarat atau

faktor supaya berjaya dalam sesuatu bidang pengajian mahupun kerjaya. Minat yang

mendalam mendorong kita supaya terus berusaha dengan gigih bagi mencapai yang

terbaik. Tanpa minat adalah sukar seseorang itu dapat menghabiskan pengajiannya

dengan cemerlang.” (Hairunnaja Najmuddin, 2005).

Justeru itu, masalah ini menarik perhatian penyelidik untuk mengenalpasti

adakah pelajar meminati kursus pengajian yang sedang mereka ikuti berdasarkan mata

pelajaran wajib bagi pilihan kursus tersebut. Seterusnya penyelidik ingin melihat

hubungan di antara minat dengan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran tersebut.

Page 25: MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA …€¦ · PELAJARAN PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT) AZIZAH, JOHOR BAHRU HERAWATIE BINTI TAJUL ARIFIN ... 3.3 Skala Likert bagi Ujian Penguasaan

7

Oleh itu, masalah yang ingin dikaji oleh penyelidik berkait rapat dengan tahap

minat pelajar-pelajar. Kursus pilihan yang ingin dikaji ialah Pengurusan Makanan dan

mata pelajaran wajib bagi jurusan ini ialah Pengurusan Makanan. Penyelidik juga

berhasrat mengkaji tentang tahap penguasaan pelajar dalam teori dan amali mata

pelajaran tersebut. Seterusnya penyelidik ingin mengenalpasti hubungan antara minat

dengan penguasaan pelajar dalam teori dan amali mata pelajaran Pengurusan Makanan

ini.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini mengandungi enam objektif iaitu:

i. Mengenalpasti tahap minat pelajar terhadap mata pelajaran Pengurusan

Makanan.

ii. Mengenalpasti tahap penguasaan pelajar dalam teori mata pelajaran

Pengurusan Makanan.

iii. Mengenalpasti tahap penguasaan pelajar dalam amali mata pelajaran

Pengurusan Makanan.

iv. Mengenalpasti hubungan antara minat dan penguasaan pelajar dalam

teori mata pelajaran Pengurusan Makanan.

v. Mengenalpasti hubungan antara minat dan penguasaan pelajar dalam

amali mata pelajaran Pengurusan Makanan.

vi. Mengenalpasti hubungan antara penguasaan pelajar dalam teori dan amali

mata pelajaran Pengurusan Makanan.

Page 26: MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA …€¦ · PELAJARAN PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT) AZIZAH, JOHOR BAHRU HERAWATIE BINTI TAJUL ARIFIN ... 3.3 Skala Likert bagi Ujian Penguasaan

8

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang ingin diselidiki ialah seperti berikut:

i. Apakah tahap minat pelajar terhadap mata pelajaran Pengurusan

Makanan?

ii. Apakah tahap penguasaan pelajar dalam teori mata pelajaran Pengurusan

Makanan?

iii. Apakah tahap penguasaan pelajar dalam amali mata pelajaran Pengurusan

Makanan?

iv. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara minat dan penguasaan

pelajar dalam teori mata pelajaran Pengurusan Makanan?

v. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara minat dan penguasaan

pelajar dalam amali mata pelajaran Pengurusan Makanan?

vi. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara penguasaan pelajar

dalam teori dan penguasaan pelajar dalam amali mata pelajaran

Pengurusan Makanan?

1.6 Hipotesis Kajian

Kajian ini melibatkan tiga hipotesis sebagai andaian penyelidik untuk diuji.

Menurut Azizi Yahya et al. (2007), hipotesis ialah idea ataupun andaian yang dibuat

bagi diuji. Apabila penyelidikan hanya tertumpu pada pengumpulan fakta-fakta,

pengetahuan tidak dapat dimaksimumkan. Tanpa idea pengawalan atau sesuatu yang

hendak dibuktikan, eksperimen tidak membawa hasil kerana tidak ditetapkan apa yang

patut diuji dan dibuktikan.

Page 27: MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA …€¦ · PELAJARAN PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT) AZIZAH, JOHOR BAHRU HERAWATIE BINTI TAJUL ARIFIN ... 3.3 Skala Likert bagi Ujian Penguasaan

9

“Hipotesis adalah saranan sementara bagi menjelaskan fenomena yang dikaji

atau saranan sementara sebagai penyelesaian masalah.” (Mohd. Majid Konting, 2005).

Berpandukan persoalan kajian yang telah dibina, hipotesis bagi kajian ini dikemukan

dalam bentuk hipotesis nol seperti yang berikut:

Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara minat dengan

penguasaan pelajar dalam teori mata pelajaran Pengurusan Makanan.

Ho2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara minat dengan

penguasaan pelajar dalam amali mata pelajaran Pengurusan Makanan.

Ho3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara penguasaan pelajar

dalam teori dengan penguasaan pelajar dalam amali mata pelajaran

Pengurusan Makanan.

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini diadakan untuk melihat adakah semua pelajar yang mengikuti kursus

Pengurusan Makanan meminati mata pelajaran yang diikutinya. Seterusnya kajian ini

juga dapat menentukan perkaitan antara minat dengan penguasaan pelajar dalam mata

pelajaran tersebut. Oleh itu, diharapkan hasil kajian ini akan dapat:

i. Memberi gambaran sebenar tentang situasi pendidikan kebelakangan ini kepada

pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat

Pendidikan Daerah supaya dapat mengkaji semula kaedah pengambilan dan

kemasukan pelajar ke sekolah-sekolah teknik dan kaedah pemilihan kursus

pengajian yang dilaksanakan di sekolah-sekolah.

ii. Menjadi panduan kepada guru-guru dalam usaha memupuk minat pelajar-pelajar

dalam kursus pengajian masing-masing dan memperbaiki kelemahan-kelemahan

yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Makanan.

Page 28: MINAT DAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM MATA …€¦ · PELAJARAN PENGURUSAN MAKANAN DI SMT (ERT) AZIZAH, JOHOR BAHRU HERAWATIE BINTI TAJUL ARIFIN ... 3.3 Skala Likert bagi Ujian Penguasaan

10

iii. Memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang kepentingan minat untuk

menguasai sesuatu bidang yang dipelajari.

iv. Memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang peranan mereka untuk membantu

dan membimbing pelajar-pelajar dalam memilih bidang pengajian yang

bersesuaian dengan minat mereka sendiri. Di samping itu juga, ibu bapa dapat

menggalakkan dan memupuk minat pelajar-pelajar terhadap bidang pengajian

yang diambil.

1.8 Skop Kajian

Skop kajian ini hanya merangkumi pelajar-pelajar di sebuah sekolah menengah

teknik di Johor Bahru sahaja iaitu Sekolah Menengah Teknik (ERT) Azizah. Kajian ini

juga terhad kepada pelajar-pelajar yang mengambil kursus Pengurusan Makanan sahaja.

Di bawah kursus ini juga, hanya satu mata pelajaran yang dipilih untuk dikaji iaitu mata

pelajaran wajib kursus, Pengurusan Makanan.