Minda Wang oleh Neal Izham

20
Minda Wang. Kawal Status Kewangan Anda. Oleh : Neal Izham

Transcript of Minda Wang oleh Neal Izham

Page 1: Minda Wang oleh Neal Izham

Minda Wang.

Kawal Status Kewangan Anda.

Oleh : Neal Izham

Page 2: Minda Wang oleh Neal Izham

NOTIS & HAK

Penulis telah mencuba untuk menulis dengan tepat dan lengkap dalam menghasilkan

e-book ini. Walaubagaimanapun, penulis tidak bertanggungjawab seandainya setiap

fakta yang diberi sudah tidak relevan disebabkan oleh perubahan yang sentiasa berlaku

di dunia internet kini.

Kesemua teknik atau cara atau tips yang diberi dalam e-book ini telah dicuba sendiri

oleh penulis. Oleh itu sekali lagi, penulis tidak akan bertanggungjawab jika pembaca e-

book ini melakukan kesilapan, bersikap cuai dan tersalah anggap terhadap informasi

yang diberi. Jika terdapat mana-mana individu atau syarikat atau pertubuhan yang

terasa dipergunakan dalam e-book ini, hal itu adalah tidak disengajakan dan tidak akan

diambil perhatian.

Tiada jaminan bahawa para pembaca akan menjana keuntungan yang sama seperti

penulis. Para pembaca dinasihatkan agar menilai dengan teliti terhadap kebolehan

informasi yang diberi sebelum bertindak. E-book ini dibuat bukan bertujuan untuk

menjadi satu sumber yang sah dalam perniagaan, perakaunan dan nasihat kewangan.

Dengan ini, para pembaca sekali lagi dinasihatkan agar dapatkan perkhidmatan yang

professional, cekap dan sah dalam merangka perniagaan, perakaunan dan hal

kewangan.

Akhir sekali, pembaca didorong untuk mencetak e-book ini supaya mudah dalam

membuat bacaan.

Page 3: Minda Wang oleh Neal Izham

BIODATA PENULIS

Neal Izham Sharifudin,

dilahirkan di Kluang, Johor. Mendapat

pendidikan awal di Negeri Johor dan

mendapat peluang melanjutkan

pelajaran di MRSM Jasin (Ditukar

kepada MRSM Tun Ghaffar Baba).

Berjaya mendapat keputusan

yang cemerlang pada peringkat PMR

dan SPM seterusnya menyambung

pengajian ke peringkat matrikulasi di

Tangkak. Masakini beliau merupakan

pelajar sepenuh masa di Universiti

Malaya dalam jurusan Kejuruteraan Awam.

Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis dan

mempunyai minat yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga dunia

perniagaan. Pernah berjaya merangkul anugerah rekacipta sewaktu di

peringkat sekolah lagi. Beliau mula menceburikan diri dalam bidang

perniagaan melalui perniagaan milik ayahnya, dalam perniagaan jus buah-

buahan.

Beliau juga dianugerah pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasa

mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untuk

menangani sesuatu cabaran.

Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telah menjadi anjakan

paradigma baginya untuk terus maju. Pengalaman-pengalaman ini

menemukan beliau kepada keajaiban dunia ICT dalam membantu selok-

belok perniagaan sekaligus membuatkan beliau bertekad untuk

memberikan sepenuh komitmen untuk memberikan yang terbaik.

Page 4: Minda Wang oleh Neal Izham

Kandungan.

Part #1 : Wang dan anda.

Apa yang anda perlu faham tentang wang.

Makna Wang?

Beringat sebelum terkena.

Masa dan wang.

Part #2 : Bagaimana hendak mengejar kekayaan?

2 cara biasa untuk kaya.

3 cara untuk cari wang.

Part #3 : Syarat utama untuk melabur.

Makna perlaburan kepada anda?

Perlaburan untuk diri sendiri.

Kepentingan pendidikan kewangan.

Part #4 : Bagaimana hendak keluar dari masalah kewangan?

Strategi Bertahan.

Strategi Menyerang.

Page 5: Minda Wang oleh Neal Izham

Part #1 : Wang dan anda.

Sekarang kita berada situasi di mana kita perlukan wang untuk terus

hidup. Tiada wang, tiada hidup. Wang sudah membelenggu kehidupan kita.

Setiap hari kita lebih memikirkan tentang wang dari Pencipta kita yang Maha

Esa. Namun, dengan wang juga kita dapat berbakti kepada-Nya. Manusia tidak

perlukan wang untuk hidup, tetapi kebanyakan dari anda perlukan ia untuk terus

hidup.

Arrrgh!!!! Wang takde, macam mana ni?

Yeye, banyak duit?

Mak, Ali nak patung robot tu boleh? Ish, mana boleh, Mak tak cukup duitlah.

Semua perkara memerlukan wang. Kasih-sayang, kepercayaan, kesihatan dan

berbagai perkara lagi di dalam kehidupan kita perlukan wang untuk jadikan ia

kenyataan.

Apa yang anda perlu faham mengenai wang?

Menjadi sifat semulajadi untuk sebilangan manuisia mahukan yang terbaik dalam

hidup mereka.

Mahu rumah lebih besar,

mahu kereta lebih besar,

mahu berikan yang terbaik untuk keluarga.

Page 6: Minda Wang oleh Neal Izham

Kita selalu mengharapkan lebih. Sifat utama wang untuk datang lebih kepada

kita adalah jika kita mahukan sesuatu yeng lebih, kita mesti lakukan sesuatu

yang kita tidak pernah lakukan sebelum ini.

Anda tidak boleh harapkkan situasi berikut akan berlaku.

Sentiasa lakukan perkara yang sama tetapi mengharapkan keputusan yang

berbeza.

Jika anda bekerja makan gaji, anda tidak boleh mengharapkan keajaiban akan

berlaku kepada diri anda. Tidak mungkin bos anda akan panggil anda dan

berkata :

Arif, Hari ini saya nak naikkan gaji awak?

Bekerja makan gaji bermaksud anda perlu beratur untuk menerima kenaikan

gaji. Saya tidak berkata bekerja makan gaji itu tidak bagus tetapi jika anda

melakukan perkara yang sama setiap hari, anda tidak boleh mengharapkan

keajaiban akan berlaku kepada anda. Untuk dapat lebih, setiap hari anda perlu

fikir bagaimana hendak memotong barisan tersebut dengan cara yang

sepatutnya.

Bertukar tempat kerja tidak akan mengubah nasib anda sepenuhnya. Kadang-

kadang, gaji yang lebih di tempat kerja yang baru lagi merunsingkan anda.

Berniaga itu bagus, namun, bukan semua sanggup berniaga.

Kesimpulan : Mempertaruhkan masa dan tenaga seperti melakukan sesuatu

perkara yang sama untuk mendapatkan keputusan yang berbeza adalah sesuatu

yang tidak bijak bagi anda untuk kewangan jangka masa panjang. Anda bazirkan

masa bertahun melakukan sesuatu tetapi anda masih berada dalam situasi yang

sama.

Perlaburan dan perniagaan adalah antara perkara yang boleh anda lakukan

untuk menjamin masa hadapan. Fikirkan perkara berikut:-

Gaji yang tinggi bermaksud lagi tinggi cukai anda kena bayar dan lagi tinggi kos

untuk menampung kehidupan seharian. Anda perlu lakukan sesuatu untuk

menjamin kesejahteraan hidup anda di masa hadapan.

Ini sahaja perkara yang perlu anda faham mengenai wang.

Page 7: Minda Wang oleh Neal Izham

Apa itu wang?

Setiap pandangan berbeza. Ada yang menganggap wang adalah alat untuk

pertukaran.

Namun, saya menganggap wang adalah kayu pengukur kehidupan seseorang

pada zaman sekarang.

Lagi banyak wang, lagi kaya.

Lagi banyak wang, lagi di hormati.

Lagi banyak wang, lagi senang kehidupan.

Dengan wang, anda mempunyai kuasa dan akan lebih di hormati oleh manusia

lain. Memiliki wang yang lebih bermaksud lagi senang kehidupan anda.

Ramai juga yang beranggapan, wang adalah tunjang kepada semua kejahatan.

Mereka silap kerana cintakan wang adalah tunjang kepada semua kejahatan.

Sekali anda biarkan diri anda cintakan wang, anda akan di selubungi kejahatan.

Untuk mengelakkan diri anda dari cintakan wang, anda perlu jadikan wang

sebagi hamba anda. Wang perlu mengikut arahan anda. Ada satu pepatah yang

menarik untuk di kongsi.

Wang adalah hamba yang bagus, namun ia bukan tuan yang bagus.

Jika anda menggadaikan maruah anda demi wang, wang sudah mengusai masa

dan kehidupan anda.

Cara terbaik untuk menghalang wang dari mengusai anda adalah pengurusan

wang yang betul.

Beringat sebelum terkena.

Kenyataan kehidupan sekarang adalah sesuatu yang anda dan saya tidak dapat

menerimanya. Setiap hari harga barang semakin naik, tetapi jumlah pendapatan

kita kekal. Setiap hari kita di hempap perlahan-lahan oleh bebanan hidup.

Page 8: Minda Wang oleh Neal Izham

Selain keperluan hidup yang semakin meningkat, tahap kesihatan juga kian

membelenggu kita. Corak kehidupan yang kurang sihat sentiasa menghantui

tahap kesihatan kita. Setiap hari, ada sahaja ancaman penyakit dan virus

muncul. Untuk sembuh, kita perlukan wang untuk membeli ubat dan sebagainya.

Kita perlu kawal kewangan kita sebelum kesusahan yang tidak di jangka akan

menyerang kita.

Masa dan Wang.

Secara keseluruhannya, kita ada 4 jenis manusia di dunia:

1. Tiada masa dan tiada wang.

Kebanyakan pekerja jatuh pada kategori ini. Mereka bekerja setiap hari

dan tiada masa untuk menikmati kehidupan. Kebanyakn dari mereka juga

kahabisan wang pencen dalam masa yang sekejap di sebabkan kebebsan

yang tidak dapat di kawal.

2. Tiada masa tetapi ada banyak wang.

Bekerja sendiri dan pemilik perniagaan berada dalam kategori ini. Mereka

lebih bernasib baik dari golongan pekerja kerana mereka ada banyak

wang. Namun, mereka bekerja keras untuk memastikan keuntungan

sentiasa berada pada pihak mereka.

3. Ada masa tetapi tiada wang.

Selalunya golongan bekerja kampung, petani dan nelayan jatuh pada

kategori ini. Mereka ada banyak masa tetapi tiada wang untuk di

belanjakan.

4. Ada masa dan ada banyak wang.

Pemilik perniagaan besar, memiliki tanah yang banyak dan pelabur jatuh

pada kategori ini. Mereka mempunyai masa yang banyak untuk

Page 9: Minda Wang oleh Neal Izham

membelanjakan wang. Sudah tentu, anda pun mahu berada dalam tahap

ini.

Page 10: Minda Wang oleh Neal Izham

Part #2 : Bagaimana hendak mengejar kekayaan?.

2 cara biasa untuk kaya.

Semua manusia mahu memiliki wang yang lebih dan biasa manusia tergolong

dalam dua kategori.

Orang yang duduk diam dan sentiasa mencari jalan terpantas untuk memiliki

wang.

Atau

Orang yang berusaha dan kejayaan akan datang kemudian.

Anda berada di mana? Mari kita siasat 2 cara untuk kaya ini.

Golongan yang hanya duduk diam dan sentiasa mencari jalan terpantas untuk

memiliki wang selalunya adalah golongan pekerja biasa, pelajar lepasan ijazah

dan peniaga kecil-kecilan.

Tidak salah jika anda tergolong dalam golongan ini dan saya tidak menghina

anda tetapi tolonglah pertimbangkan pendapat berikut. Jika anda berada dalam

golongan ini, anda sebenarnya sedang menggadaikan masa anda yang

berharga untuk wang.

Tiada jalan terpantas untuk memiliki wang yang banyak selain berusaha dan

bekerja ke arahnya. Masa yang anda gunakan untuk mencarinya akan terbuang

begitu sahaja. Selalunya golongan ini akan melakukan perkara berikut :

Bekerja pada kadar minimum supaya tidak di pecat oleh bos

Sentiasa memikirkan perkara negatif.

Sentiasa berada di dalam dilemma.

Page 11: Minda Wang oleh Neal Izham

Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, hanya ada satu sahaja cara untuk anda

memiliki wang yang lebih iaitu lakukan sesuatu dengan sentuhan luar biasa.

Sekarang, mari lihat satu lagi kumpulan iaitu golongan yang berusaha dan

kejayaan akan datang dengan sendirinya.

Selalunya golongan ini terdiri dari mereka yang kreatif, pencipta benda baru,

pelabur, usahawan dan pemilik perniagaan besar.

Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan ini, anda patut mendengar nasihat

berikut.

Berhenti bekerja untuk duit tetapi bekerja supaya anda boleh meneruskan

kehidupan.

Anda boleh pilih sama ada untuk berada dalam golongan pertama atau kedua.

Namun, jika anda ingin berada dalam golongan kedua. Anda perlu sedar akan

perkara berikut.

Golongan kedua adalah golongan yang berusaha.

Golongan kedua adalah mereka yang sentiasa belajar.

Golongan kedua adalah mereka yang selalu bernasib baik.

Golongan kedua adalah mereka yang berani untuk menyuarakan

pandangan mereka.

Golongan kedua adalah mereka yang sentiasa belajar dari perkara

sebenar, bukannya dari sekolah.

Untuk berusaha, anda perlu bermula melalui perkara yang kecil dahulu. Donald

Thrump, ketika melakukan temuduga melalui The Apprentice, beliau menyuruh

calon-calonnya untuk menjual air lemonade di jalanan. Bagi orang lain ia tidak

penting, namun, bagi beliau ia adalah penting. Jika perkara sekecil itupun,

mereka tidak mampu lakukan, bagaimana mereka hendak menangani perkara

yang besar?

Bermula kecil sentiasa menghasilkan keputusan yang besar.

Page 12: Minda Wang oleh Neal Izham

3 cara untuk cari wang.

Berikut adalah 3 cara untuk mencari wang yang ada pada zaman sekarang.

1. Menukarkan masa dengan wang – pekerja dan bekerja sendiri.

2. Menghasil dan menggunakan idea yang kreatif – pelukis, jurutera dan

pereka.

3. Menyuruh orang lain mencarinya – pemilik perniagaan dan pemimpin.

Setiap cara adalah unik dan mempunyai kelemahan dan kebaikannya yang

tersendiri.

Soalan : Anda mahu gunakan cara apa untuk mencari wang ?

Page 13: Minda Wang oleh Neal Izham

Part #3 : Syarat utama untuk melabur?

.

Makna perlaburan pada anda?

Apa yang terdetik pada fikiran anda ketika anda mendengar perkataan

perlaburan?

Adakah ia bermakna membeli Insurans, membeli Amanah Saham atau

membuka syarikat perniagaan.

Ada manusia yang sentiasa memikirkannya. Namun, ada juga manusa yang

hanya memikirkannya ketika hendak mati atau berada dalam kesusahan. Ada

juga di kalangan anda yang merasakan perlaburan adalah sesuatu yang sangat

kompleks untuk di fahami.

Perlaburan merangkumi berbagai perkara. Ada manusia yang membuat

pembedahan plastik untuk nampak lebih cantik, ada juga manusia yang

mengupah jurulatih peribadi supaya mereka nampak lebih kurus. Perlaburan

adalah sesuatu yan ganda lakukan untuk diri anda., sudah tentulah untuk

mendapat keputusan yang lebh baik.

Perlaburan untuk diri sendiri?

Perkara pertama yang perlu anda tahu ketika melabur adalah jika anda tidak

melabur untuk diri sendiri, siapa lagi yang akan lakukan?

Ibu bapa anda hanya akan melabur pendidikan anda sehingga tamat belajar dan

ia adalah keperluan asas sahaja. Namun, ketika di sekolah, anda tidak di ajar

bagaimana hendak mengawal kewangan anda atau bagaimana hendak melabur.

Page 14: Minda Wang oleh Neal Izham

Anda hanya di ajar bagaimana hendak memberi wang kepada orang lain iaitu

bekerja dengan orang lain.

Oleh kerana tiada sesiapa yang akan mengajar anda bagaimana hendak

menguruskan wang, anda perlu mengambil tanggungjawab tersebut.

Melabur untuk diri sendiri bermakna anda sedang mendidik diri anda untuk lebih

pandai mengawal kewangan. Jika anda berhenti dari mendidik diri anda, anda

akan berhenti belajar. Jadi, sampai ke akhir, anda akan berada pada tahap yang

sama.

Perlaburan untuk diri sendiri bermakna anda perlu bertanggungjawab atas

semua tindakan yang anda lakukan. Ini bermakna, anda perlu lebih berhati-hati

dalam membuat keputusan mengenai kehidupan anda.

Kebanyakan manusia yang kaya di dunia ini melabur untuk diri sendiri, mereka

sentiasa bertanggungjawab atas semua tindakan mereka.

Ada pendapat mengatakan, jika anda melabur untuk diri sendiri, anda sedang

melukis peta ke arah kejayaan anda. Jika anda memandu dari Ipoh ke Kota

Bharu menggunakan panduan peta yang salah, anda tidak akan sampai ke

destinasi walau sebanyak mana usaha anda. Jangan gunakan peta orang lain,

tetapi lukislah peta diri sendiri untuk di ikuti.

Kepentingan pendidikan kewangan.

Anda perlu melabur untuk minda wang?

Melabur untuk minda wang bermaksud melabur untuk memahirkan diri anda

dalam kewangan. Melabur untuk diri sendiri juga bermaksud melabur untuk

minda wang.

Perlaburan ini akan menjalinkan anda dengan pengetahuan kewangan yang

kukuh di mana hanya sedikit manusia sahaja yang tahu. Memerhati dari tepi

adalah berbeza dari mereka yang sedang melaksanakannya.

Page 15: Minda Wang oleh Neal Izham

Seorang professor kewangan hanya mampu memberi ulasan tetapi tidak berani

mengambil tindakan kerana mereka sentiasa memerhati dari tepi. Berbeza dari

mereka yang sedang melaksanakannya, mereka barani mengambil tindakan

kerana mereka tahu apa yang mereka lakukan.

Apa yang anda ingin beli, lembu atau susunya?

Jika anda membeli susu, ia akan habis. Maka, anda perlu beli, beli, dan beli lagi

jika mahu menggunakannya.

Jika anda membeli lembu, anda melakukan perlaburan untuk masa hadapan.

Walaupun harga lembu tersebut adalah 50 kali lebih mahal dari harga susu,

anda akan dapat pulangan selepas 50 kali anda mengambil susu dari lembu

tersebut. Selepas itu, anda akan mendapat keuntungan.

Semua manusia ada peluang untuk kaya walaupun anda hanya ada seluar

pendek sebagai harta. Kreativiti memainkan peranan. Sebab itu, pendidikan

kewangan adalah penting.

Anda akan lebih untung jika,

Menukarkan tanah yang kosong kepada tanah yang ada tanaman.

Membaiki kereta lama untuk dijual berbanding menjualnya tanpa membaiki.

Harga sesuatu barang bergantung kepada bilangan pembekal da permintaan.

Melabur pada sesuatu yang boleh memberi pulangan pada jangka masa

panjang. Jangan terlalu melabur pada sesuatu yang ada liabiliti seperti kereta (

akan rosak ).

Sekarang, anda perlu bangun dan belajar mengenai kewangan.

Page 16: Minda Wang oleh Neal Izham

Part #3 : Bagaimana hendak keluar dari masalah kewangan?.

Ada dua cara yang anda boleh amalkan untuk mengeluarkan anda dari masalah

kewangan.

Strategi bertahan.

Potong semua perbelangaan yang tiada faedah. Anda tidak mulakan perniagaan

jika keluar masuk kewangan anda tidak dapat di kawal. Aliran wang adalah

penting.

Anda boleh potong perbelanjaan seperti berikut:

Smoking – jika tidak boleh berhenti, minimumkan.

Alcohol – Bagi bukan Islam, jangan minum kerana wang anda akan

mengalir keluar dengan lajunya.

Membeli belah barangan tambahan.

Bermain judi.

Percutian dan langganan pada country club.

Makanan – makan makanan yang sihat sahaja.

Malas – anda perlu melakukan semua perkara dengan sendiri.

Pada keadaan anda mengalami masalah kewangan, jangan anda membeli

sesuatu yang ada liabiliti. Liabilit bermaksud perkara yang memerlukan anda

sentiasa mengeluarkan wang pada masa hadapan. Fikir dengan bijak. Apa yang

anda labur pada hari ini akan membeir pulangan kepada anda kelak?

Page 17: Minda Wang oleh Neal Izham

Strategi serangan.

Salah satu cara untuk memulihkan masalah kewangan anda adalah dengan

berniaga. Namun, cara yang terpantas adalah perniagaan yang ada jaringan. Ia

bukan perniagaan tradisional tetapi perniagaan yang berbentuk jaringan seperti

perniagaan melalui internet.

Ramai yang tidak sedar, perniagaan yang ada jaringan seperti perniagaan

internet dan MLM membolehkan anda untuk mendapat pulangan yang cepat

pada kos yang rendah.

Strategi serangan bermakna anda aktifkan diri untuk mencari jalan keluar

dengan melakukan perniagaan.

Antara perniagaan yang membawa pulangan yang tinggi pada kos yang rendah

adalah?

Perniagaan melalui internet.

MLM

Agen insurans dan sebagainya.

Perlaburan secara kecil-kecilan.

Page 18: Minda Wang oleh Neal Izham
Page 19: Minda Wang oleh Neal Izham

Tawaran Istimewa

Dapatkan khidmat nasihat

Memandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini, saya percaya anda

seorang yang serius untuk menambah ilmu.

Oleh itu, saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmat nasihat

secara terus melalui email sebagai tanda penghargaan kerana menghabiskan

membaca ebook ini.

Subjek email haruslah dinamakan “Bonus Khidmat Nasihat” dan diikuti dengan

pertanyaan anda ke neal_izham[at]yahoo.com.

Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar.

Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook Premium

Gunakan kupon unik ini : “50ebooknealizham”

Untuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya.

http://www.BlogMudah.info

Page 20: Minda Wang oleh Neal Izham

http://www.Affiliate-Malaysia.info

http://www.MLM-Malaysia.com