Minggu 13

download Minggu 13

of 36

description

bsdbvs

Transcript of Minggu 13

Minggu 13

Minggu 13

Tajuk : Mengumpul bahan tentang pandangan tokoh-tokoh barat di Malaysia tentang pensejarahan Malaysia.http://rupanx.tripod.com/aj1132/03_pandang_sarjana_terhadap_persejarahan_melayu.htmPANDANGAN SARJANA TERHADAP PENSEJARAHAN MELAYUSarjana awal melihat tulisantulisan yang wujud di Asia Tenggara mengenai zaman yang awal tidak dapat memberi pertolongan kepada usaha pengkajiannya. Malah, keterangan yang tepat berkenaan dengan negerinegeri di sebelah timur Lautan Hindia tidak terdapat dalam sastera India. Kalau adapun hanya disebut secara samarsamar sahaja dalam puisi klasik Sanskrit dan puisi istana Tamil yang boleh dikatakan tidak dapat diberi pengertian yang tepat (seperti namanama yang tersebut dalam Hikayat Ramayana "Malayadvipa", Ceritacerita Jataka "Surarnadvipa atau pulau emas atau Suvarabhumi atau tanah emas.Ceritacerita karya tersebut lebih bercorak tujuan patriotik dan feudalistik orang India mengenai saman silam Asia Tenggara - rasa bangga (nasionalisme) kerana menganggap Asia Tenggara banyak terhutang pengaruh dari India. Pada tahun 1926 tertubuh Persatuan India Besar (Greater India Society) berpendirian: Sejarah penjajahan India di Indocina dan Semenanjung Tanah Melayu merupakan satu babak yang gilang gemilang dalam sejarah India."Tulisantulisan China sungguhpun berharga kerana banyak mengandungi keterangan tentang alam politik dan perdagangan ianya sukar ditafsirkan, dan kurang keterangan berhubung dengan perkembangan sejarah/pengaruh Hindu Buddha.Sumber Eropah yang awal lebih menyentuh soal ilmu alam, pelayaran & perdagangan - bukuPeriplus of the Erythraean Sea(T.M. 701) adalah buku yang mulamula sekali menyebutkan kisah perdagangan di antara pelabuhanpelabuhan India dengan negerinegeri di sebelah timur. Kemudiannya bukuGeographia(Ptolemy, T.M. 165). Penulisanpenulisan awal ini pun tidak dapat menolong kita memahami Asia Tenggara, amnya.PeriodisasiH.J.Benda membahagikan kepada zaman persejarahan AT kepada 4 peringkat:Classical,Post Classical,Early Colonial, &Modern Colonial.Umumnya pembahagian beliau adalah seperti berikut;1.Prasejarah [belum wujud tulisan]2.zaman proto [rekod dinasti luar]3.zaman klasik [abad 913 Masihi]4.zaman lepas klasik [lahirnya Pensejarah Tanah Melayu]5.zaman moden [abad 20]Pendekatan pensejarahan tradisionalG. Coedesmengklasifikasikan pensejarahan tradisional di Asia Tenggara secara sinkroni sebagaidiakronisatauhistoire evenementielle unsur bersejarah. Coedes memberikan ciri-ciri tamadun Melayu sebelum zamn Hindu Buddha;a. Dari segi kebendaan dan kegiatan1.bersawah padi2.memelihara lembu dan kerbau3.menggunakan logam sedikitsedikit4.mahir dalam pelayaranb. Dari segi kemasyarakatan1.memberi kedudukan yang tinggi kepada kaum perempuan dan mementingkan keturunan dari pihak perempuan2.susunan masyarakat yang lahir dari hidup bersawah padic. Dari segi agama1.bersifat animisme2.menyembah nenek moyang dan dewa yang menjaga tanah3.mendirikan tempattempat pemujaan di tanahtanah tinggi4.menanam mayat di dalam tempayan dan dolmen5.cerita-cerita dongeng yang penuh dengan kepercayaan bahawa tiaptiap benda dalam alam mempunyai lawannya gunung dengan laut, dll.d. Dari segi bahasa- Banyak akhiran/awalan/sisipane. Dari segi demografi- Banyak di lembah lembah dari pergunungan.Sejauhmana benarnya pandangan Coedes?Semasa pengaruh kebudayaan India mulamula datang ke Asia Tenggara kemasukan beramaiberamai orang ke Asia Tenggara pada masa prasejarah sudah berakhir. Sudah wujud golongan yang telah sedikit sebanyak mempertahankan ketulenan rasnya (primordial/ethnic sentiment). Sudah wujud etnik yang ketara (distinct) seperti etnik orang Campa di bahagian tengah dan selatan Annam sekarang, orang Khmer di Lembah Sungai Mekong, Kemboja dan di bahagian tengah daerah Mekong, orang Mon (sepupu kepada orang Khmer) di Lembah Sungai Menam/Burma Hilir, orang Pyu (mungkin nenek moyang orang Tibet dan Burma) di Lembah Sungai Irrawady dan Sungai Sittang.Pola-Pola dalam Pensejarahan Melayu TradisionalJ.C. Bottoms pernah berkata tentang pola penulisan sejarah orang Melayu secara umum;History to the Malays has not until recently been either a science or an art but an entertainment. Accuracy, completeness, organised exposition are not the vital principles; what best pleased were legend, fantasy and a pleasant hotchpotch of court and port-gossip. This fairly describes for instance, the Sejarah Melayu.Kata-kata J.C. Bottoms ini adanya benar, akan tetapi kebenaran itu tidak setepat mana yang didakwakan oleh J.C. Bottoms pada keseluruhannya, terutama sekali beliau mengatakan bahawaSejarah Melayuadalah sebagai seni hiburan. Di sini seolah-olah J.C. Bottoms hendak menyamakan karya sejarah tradisional itu seakan-akan cerita penglipurlara atau karya sastera yang lain.Pandangan-pandangan terhadap pola pensejarahan tradisional Melayu ini ada bermacam-macam pendapat yang dikemukakan. Pendapat yang relatif dikemukakan oleh Prof. Roolvink berkata bahawa kebanyakan persejarahan Timur mempunyai dua bahagian dari segi isinya yang terdiri: Bagian-bagian dongeng dan pengalaman sendiri yang terjadi dalam masa hidupnya.Pensejarahan adalah dimaksudkan, selalunya mengenai kisah tentang peristiwa-peristiwa bersejarah yang telah disusunkan dalam bentuk sastera yang agak baik juga, dan fungsinya adalah untuk pengajaran dan kemegahan generasi semasa pengarang dan keturunan-keturunan mereka.3Peristiwa bersejarah itu tidak semestinya mengandungi erti sejarah saperti yang difahami sekarang, yakni erti sejarah menurut kefahaman Barat. Misalnya, R.G. Collingwood menyebut, sejarah itu ialah satu sains (ilmiah) yang menginterpretasikan masa lampau berdasarkan butir-butir kenyataan, diteliti secara terasing (dengan mengketepikan perasaan penulis) dan dikaji dengan tujuan memberi pengetahuan manusia.Jika kita hubungkan pendapat RG. Collingwood ini dengan hasil-hasil penulisan sejarah tradisional Melayu maka dengan sekali gus kita simpulkan bahawa karya-karya itu tidak mencukupi syarat sejarah itu sebagai satu sains. Hakikat pengertian sejarah sejati ini tidak boleh diketepikan, kerana objektif yang berdasarkan kepada kebenaran dan kenyataan perlu dipertahankan.Malah, sejarah-sejarah dunia lain pun; masih belum boleh berdiri sendiri dalam ertikata yang sebenarnya. Terutama sekali dalam sejarah tradisional. Umpamanya gerak sejarah dalam persejarahan orang-orang Sumeria, semua kejadian-kejadian dikatakan dikuasai dan diaturkan oleh tuhan atau dewa-dewa iaitu pensejarahan Sumeria berkedewa-dewaan dan tidak berdasar kenyataan.Pola struktural pensejarahan tradisional Melayu adalah ditentukan oleh beberapa pengaruh dan ciri-ciri yang tertentu. Pengaruh-pengaruh tersebut adalah ditentukan oleh unsur-unsur kesusasteraan dan kebudayaan Hindu/Buddha serta Islam. Manakala unsur-unsur tempatan itu sendiri menyebabkan struktural pensejarahan Melayu merupakan satu penulisan tradisi. Atau dengan lain perkataan; bahawa struktural pensejarahan Melayu tradisional mempunyai beberapa ciri persamaan-persamaan, kecuali ada beberapa hasil yang lain yang telah menyimpang sedikit dari tradisi tadi.Bahawa bahan-bahan penulisan sejarah Melayu tradisional adalah ditulis pada inskripsi, prasasti, monumen-monumen dan buku-buku. Dalam zaman Hindu, banyak hasil-hasil sejarah tersurat dibatu-batu bersurat, umpamanya inskripsi Melayu di Bangka yang bertarikh 683 masihi ada mencatatkan sejarah. Perkembangan ini terus berkembang sehingga lahirlah karya yang tersurat iaitu Hikayat Raja-Raja Pasai yang ditaksirkan dan ditulis pada kurun ke 14 masihi. Dan saat itu muncullah karya-karya lain yang bersifatpseudo-historisDalam meneliti sejarah Melayu lama, bahan-bahan inskripsi dan batu bersurat itu amat penting, kerana di situlah tertinggalnya jejak-jejak sejarah lama dan masih banyak yang belum dikaji. Buchari menegaskan bahawa inskripsi itu ditugaskan oleh Yang Di Pertuan bagi mencatatkan peristiwa-peristiwa penting dalam kerajaannya. Buchari menyebut;The term inscription refers to historical sources written in ancient times on stone or metal. Most of them are inscriptions ordered to be made by rulers who reigned in various parts of Indonesia since the fifth century Struktural pensejarahan tradisional Melayu yang paling jelas adalah bersifatregion centrismedanethno centrismeyang sangat besar pengaruhnya dalam pensejarahan Melayu. Ataupun lebih tegas disebut pensejarahan dinasti [kerana persejarahan yang digabungkan sebagai sejarah adalah khusus mengenai sesuatu kesultanan atau sesuatu daerah]. Umpamanya Hikayat Aceh adalah hal-hal istana di Aceh, Hikayat Raja-Raja Pasai berkenaan sejarah monarki Pasai, Misa Melayu berkenaan mornaki Perak dan sebagainya, terutamanya mengenai biografi seseorang raja.Kisah-kisah itu dirangkaikan dengan tidak ada pertalian yang erat antara satu sama lain. Biasanya hasil-hasil karya itu menggambarkan zaman kegemilangan sesuatu dinasti kesultanan Melayu. Karya itupun ditulis adalah semasa zaman keagungan kesultanan itu dan ianya disalin dan ditambah kembali setelah kejatuhan negeri-negeri itu, umpamanya Hikayat Raja-Raja Pasai setelah Majapahit melanggar Pasai, Sejarah Melayu setelah Portugis melanggar Melaka.Penulisan sejarah Melayu tradisional merupakan satu tradisi bagi masyarakat istana. Keadaan ini mungkin juga untuk menghindarkan hilangnya tradisi-tradisi lama dalam bentuk tradisi lisan (oral tradition), dengan diadakan usaha permulaan mengumpulkan tradisi-tradisi lama itu menjadi buku.Kalau tradisi sastera rakyat boleh menggambarkan kehidupan dan pemikiran di kalangan masyarakat, begitu juga tradisi penulisan pensejarahan tradisional Melayu boleh menggambarkan gambaran-gambaran yang lengkap tentang kehidupan dan pemikiran masyarakat Melayu istana. Kerana kebanyakan hikayat atau buku-buku sastera sejarah itu dikarangkan oleh orang-orang yang rapat hubungannya dengan raja-raja yang memerintah. Satu sifat umum bahawa pujangga istana itu diberi perintah dan tugas untuk menghasilkan karya-karya sejarah. Umpamanya Sejarah Melayu, sultan telah memerintah kepada Tun Sri Lanang supaya menulis kembali catatan sejarah, disebut;bahawa beta minta perbuatkan hikayat pada Bendahara, peri peristiwa dan peraturan segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya sekali, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, diingatkannya oleh meteka itu syahdan beroleh faedahlah ia daripadanyaNyatalah bahawa tujuan sejarah rasmi ialah untuk memberi pelajaran bagi anak cucu; jadi bukan uraian tentang rentetan peristiwa yang merupakan rangkaian sebab akibat atau perkembangan kejadian-kejadian sejarah, bukan pula untuk menunjukkan fakta-fakta belaka, tetapi untuk menunjukkan contoh-contoh dari sejarah sebagai pelajaran hidup (pragmatis).Perintah dan permintaan ini juga adalah dikenakan kepada pengarang-pengarang Melayu yang lain. Misalnya, Munsyi Abdullah yang diminta oleh Stamford Raffles untuk menulis satu hikayat. Melainkan Raja All Haji satu inisiatif dari keinsafan diri beliau sendiri untuk menulisTuhfat al Nafis.Bagi menyiapkan karya-karya sejarah tadi adalah dibiayai oleh penaungnya. Oleh itu hasil karya itu adalah untuk dipersembahkan kepadanya. Lantaran itu, ini menjelaskan wujud hubungan si pengarang dengan penaung serta tujuannya, sebagaimana disebut oleh C. Hooykaas;Tujuan ialah untuk memancarkan cahaya yang diinginkan keluarga raja itu bagi menyinarinya, sebab ada berbagai-bagai perbuatan, hal dan pertimbangan.Oleh itu dari karya-karya tersebut tadi, dapati perihal kedaulatan dan kebesaran raja-raja, serta hal dirinya seperti kegemaran baginda, berburu, peperangan, perkahwinan, wasiat, adat istiadat, pertabalan dan sebagainya ditonjolkan. Pendek kata, pengarang telah memusatkan perhatian sepenuhnya terhadap kedudukan raja-raja, sebagaimana yang ditegaskan oleh Sartono Kartodirdjo;Raja sebagai pusat seluruh masyarakat, bahkan seluruh alam semesta (cosmos) merupakan kekuatan magis (sakti) yang memancarkan pengaruh baik atau buruk, menguntungkan atau sangat menbahayakan bagi alam sekelilingnya.Oleh itu, Sartono menyimpulkan pula bahawa pola pensejarahan Melayu tradisional adalah, Dengan adanya penghormatan kepada raja dan kekuasaannya dan kebudayaan yang berpusat di lingkungan raja, maka pensejarahan mahu tak mahu harus raja-centris.Ternyata tidak wujud penerangan tentang keadaan perekonomian rakyat dan gerakan massa, sebaliknya rakyat dalam sejarah itu adalah pasif sekali. Kalau adapun hubungan sosial pada masa itu, hanyalah di kalangan kaum feudal sahaja. Di sini pengarang telah meletakkan raja sebagai tokoh atau pokok sejarahnya. Hal ini dijelaskan lagi oleh P.E. De Josselin De Jong dengan memperkatakan sifat-sifatSejarah Melayu, katanya;The Malay courts, and many of the more considerable Malay families, to this day keep two kinds of work which, I believe, were the essential materials with which the Malay Annals were constructed. In the first place, diaries of significant events, either of a personal or of a political nature, sometimes with notes on the concurrent happenings in nature. Secondly, geneological trees of the family or dynasty concerned; as it were, patents of nobility and legitimacy1Oleh kerana tujuan pertama pengarang ialah untuk kepentingan raja maka pengarang haruslah berhati-hati dalam penggambarannya tentang diri raja-raja yang dipujanya berhubungan dengan segala peristiwa yang ditempohinya, sehingga mengakibatkan subjektiviti tertentu dalam penulisannya. Dengan demikian jelaslah bahawa pola struktural pensejarahan tradisional Melayu berhubung rapat dengan magis dan kedaulatan raja-raja Melayu.Kebiasaan pengarang sejarah Melayu tradisional membahagikan isi kandungannya bagi sesebuah karyanya seperti berikut;i. Asal usul raja-raja dan salasilah.ii. Pembentukan sesebuah negeri.iii. Kemasukan Islam.iv. Tentang raja-raja.v. Raja yang memberi perentah pada masa itu.Walaupun demikian, pembahagian tersebut bukanlah bererti satu ciri pola pensejarahan Melayu tradisional keseluruhannya, kerana terdapat beberapa karya lain yang tidak mengandungi ciri pola tersebut. Menurut Sartono Kantodirdjokeseragaman dalam pensejarahan Melayu (Indonesia) wujud dalam bentuk;i.Geneologi merupakan permulaan semua penulisan.ii.Asal usul rajakula yang mythis atau legendaris.iii.Mitologi Melayu-Polinesian tentang perkahwinan.iv.Legenda pembuangan anak.v.Legenda permulaan kerajaan.vi.Tendensi menjunjung tinggi rajakulanya.Jika diperhatikan antara dua perbandingan keseragaman di atas, ada beberapa persamaan dan perbezaan. Namum satu hakikat, iaitu bahagian yang terpenting di dalam kesemua keseragaman pola pensejarahan tadi, iaitu tendensi menjunjung tinggi rajakula atau Raja yang memberi perintah pada masa itu. Tetapi pembahagian Sartono tentang legenda pembuangan anak kurang jelas di dalam pola pensejarahan Melayu, kerana hal ini bukanlah merupakan motif-motif yang selalu dijumpai di dalam karya sastera sejarah, kecuali dalam cerita lisan rakyat.Mohd. Taib Osmmenegaskan bahawa perbezaan besar antara cerita dongeng sejarah ialah salasilah. Dapat dikatakan bahawa salasilah itu ialah perbezaan utama antara cerita-cerita dongeng dengan sejarah, kerana kalau tidak ada salasilah, penulisan itu tidak dapat dikatakan sejarah.Memanglah salasilah merupakan satu bab atau fasal yang penting di dalam pensejarahan Melayu, akan tetapi kenyataan Mohd. Taib Osman ini kurang betul jika dikatakan, kalau tidak ada salasilah, penulisan itu tidak dapat dikatakan sejarah. Kita tidak boleh lupa terhadap beberapa karya sejarah lain yang tidak memuatkan tentang salasilah, terutama sekali di dalam bentuk puisi sepertiSyair Perang MakasardanSyair Perang Siakyang tidak menghuraikan salasilah.Hakikatnya, apa yang dipentingkannya ialah bahawa salasilah adalah sebagai satu ciri yang membedakan karya dongeng dengan karya sejarah dalam pensejarahan Melayu tradisional. Jurai keturunan raja-raja ini digambarkan dengan begitu rupa hingga menjadikannyamythicaldilihat dari kacamata pembaca-pembaca sekarang. Umpamanya, dalam geneologiHikayat Acehterdapat unsur sinkretisme (antara kebudayaan Hindu dan Islam), iaitu dari galuran nasab Nabi Adam a.s dan dewa Visnu. Ini menunjukkan bahawa salasilah itu disusun tidak secara realiti sejarah tetapi secara kosmos religio-magis.Begitu juga dengan pengaruh Islam yang disesuaikan dengan jurai-jurai keturunan Sultan Iskandar Zulkarnain. Wujud gambaran yang fantastik, imaginasi dan dongeng. Hakikatnya,dynasty mythitu amat penting bukan sahaja untuk menerangkan asal usul kesultanan itu, tetapi juga untuk memupuk kepercayaan terhadap kedudukan istimewa (kedualatan) raja-raja itu. Sartono Kartodirdjo menjelaskan;Di dalam kebudayaan yang bersifat religio-magis, mythos ternyata merupakan suatu kepercayaan dan bukan pengetahuan belaka. Maka penulisan sejarah sebagai satu bentuk perkembangan mythos mempunyai fungsi sakral-magis, iaituad majorem gloriambagi raja, untuk menambah kebesaran raja, sebagai pusat kesejahteraan rakyat, dan alam.Daripada keturunan-keturunanyang sebegini kita perhatikan bahawa penulis telah meliputi asal usul dinasti itu dengan satu suasanaawe-inspiringyang dapat menarik rasa hormat terhadap pertuanan mereka.Satu pola pensejarahan Melayu tentang pembentukan sesebuah kerajaan juga telah mengalami beberapa kejadian-kejadian yang aneh. DalamHikayat Raja-Raja Pasai, nama Sumadra dan Pasai adalah dari beberapa kejadian yang aneh, iaitu semut raya dan salak anjing Si Pasai dan begitu juga dengan nama-nama Melaka, Singapura dan sebagainya. Biasanya dari gejala binatang dan pokok atau pun tentang kesalahan penyebutan (Padang Maya dalamHikayat Raja-Raja Pasai).Pengaruh Hindu telah menentukan unsur-unsur metos, legenda yang berhubungan dengan kosmos dan kedewaan mempengaruhiweltanchauung(pandangan hidup) dan penulisan sejarah ke arah pandangan yang bukan realiti. Begitu juga halnya dengan kedatangan Islam, sedikit sebanyak fiksen yang tak lojik masih memberi warna dalam pola pensejarahan Melayu, umpamanya unsur-unsur mimpi masih menjadi kepercayaan bagi orang-orang Islam.Tetapi sebenarnya ini bukanlah bermakna sesuatu yang sengaja ditonjol-tonjolkan oleh pengarang-pengarang Melayu Islam. Merah Silu memeluk Islam selepas baginda bermimpi.Sebelum Islam, pokok sejarah lebih berpusatkan kepada sakral magis, tetapi selepas Islam unsur-unsur mistis dan ugama dipentingkan walaupun unsur-unsur kesultanan masih dianggap penting. Sartono Kartodirdjo sekali lagi meletakkan pengaruh Islam sebagai, Pengaruh pensejarahan Islam menaruh tekanan pada sejarah religio-politisManakala J.C. Bottoms berpendapat bahawa dengan tekanan pengaruh Islam ini menyebabkan gerak sejarah Melayu bersekitar teologi, namun legenda masih beriringan, katanya;This view partly accounts for the way in which historical and theological sections may be found juxtaposed in many Malay works and for the way in which the two kinds of material, plus legendary material, are also often mixedPola-pola beginilah merupakan satu perubahan baru di zaman Islam. Sifat umum yang tendapat pada pola pensejarahan Melayu tradisional tentang pengarang-pengarang di zaman pra-Islam ialah, nama pengarang tidak disebutkan, kerana hasil penulisan pensejarahan itu merupakan hasil kolektif, bahkan tarikh-tarikh tidak dipentingkan, data-datanya mungkin merupakan kronik bukan analisis sebab akibat. Tetapi pada abad-abad ke 16 dan ke 17 semasa Islam berkembang pesat dalam kepercayaan dan kebudayaan rantau ini telah mengubahkan kembali pola pensejarahan dengan mementingkan nama pengarang dan tarikh-tarikh.Pola pensejarahan Melayu lazimnya melampau masa yang berabad-abad lamanya tentang kronologi sejarah yang dimuatkannya. Dari itu kita dapat bagian permulaan itu penuh dengan dongeng dan legenda, terutama sekali tentang asal usul jurai-jurai sultan tadi. Tambahan pula bahan-bahan yang dikumpulkan itu adalah melaluioral traditionyang terkumpul di istana atau pun riwayat orang tua-tua. Pengarang memanjang lebarkan babagian akhir, iaitu tentang raja yang menjadi penaung serta masa sezamannya.Kebanyakan hal tentang rentetatan sejarah pentadbiran kaum feudal ini digambarkan dengan detail sekali. Apa yang ternyata dalam pola sistem pemerintahan Diraja Melayu adalah pengaruh dari sistem pemerintahan Islam Parsi. Oleh itu tidak hairanlah jika pengaruh Parsi juga mempengaruhi pola-pola pensejarahan Melayu tradisional seperti dari segi teknik dan susunan kalimat-kalimat, terutama sekali di zaman perkembangan kebudayaan Islam yang agung di Aceh. Bukti yang nyata ialah bukuHikayat Acehadalah dari pengaruh dan contoh karya Parsi,Akbamana.Sifat pensejarahan Melayu tradisional yang lain dari pengaruh Parsi ialah tentang bilamana terdapat sesuatu peristiwa kegeringan sultan, maka berwasiatlah raja-raja terhadap anak-anak dan orang-orang besarnya. Selalunya gaya bahasa wasiat-wasiat ini dan kandungannya hampir-hampir sama sahaja sehingga juga bentuk wasiat-wasiat ini telah menjadi satu tradisi pensejarahan Melayu.Pola pensejarahan Melayu tradisional adalah subjektif sifatnya. Dari sudut pengarang, kerana ianya juga merupakan sifat-sifat pengarang Melayu, iaitu tradisi tokok tambah atau buang. Situmurang dan Prof. A. Teeuw membuat kesimpulan bahawa masyarakat yang tidak dinamis sifatnya itulah yang sesuai dengan pola-pola pensejarahan dan karyanya. Mereka menyebut;Tradisilah yang menentukan apa yang baik, apa yang boleh dan yang di larang dalam karangan dan telah sewajarnya bahawa tiap-tiap penulis yang kemudian datang menurutkan hal itu.Jadi sikap berat sebelah tidak boleh dinafikan, umpamanya orang Melayu mengagung-agungkan Hang Tuah berketurunan Melayu, sedangkan orang Bugis mengatakan berketurunan Bugis (Daeng Menanbum dan Raja Ali Haji), Sejarah Melayu ada menghina Raja Pasai, dan sebagainya.Dapat kesimpulan bahawa jika diukur dari sudut sejarah, pola-pola pensejarahan Melayu tradisional masing-masing mengandungi gabungan-gabungan kebenaran, legenda, khayalan dan kenyataan serta hiburan dan pengajaran. Pola itu merupakan satu pola-pola yang tersusun dan bertradisi sendiri. Pada orang Melayu bahawa sejarah adalah juga merupakan seni yang boleh menghiburkan. Dan kombinasi diskriptif sejarah tadi kita temui berbagai-bagai hal kehidupan masyarakat feudal di masa lampau. Kesemua itu adalah menjelmakan penghidupan kebudayaan Melayu di waktu yang lampau. Mereka tidak menjadikan sejarah sebagai sesuatu yang disiasati (inquiry). Manakala metod penulisan sejarah moden tentang aspek sebab musabab yang menjadi keharusan telah pun ada dalam pensejarahan Melayu tradisional. Tetapi sayang sedikit, sebab musabab peristiwa dalam karya-karya sejarah Melayu itu di kaitkan kepada hal-hal di luar kemenasabahan. Namun begitu ada di antara sumber-sumber dan fakta-fakta sejarah yang berguna dalam usaha merekonstruksikan kembali sejarah Alam Melayu, khususnya pada zaman di antara abad ke 13 hingga 18.

Tajuk : Mengumpul bahan tentang pandangan tokoh-tokoh barat di Malaysia tentang pensejarahan Malaysia.http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/tahap-tahap-pensejarahan-di-malaysia.htmlTahap-tahap Pensejarahan di Malaysia

Memang tidak dapat dinafikan bahawa penulisan sejarah atau pensejarahan amat dipengaruhi oleh suasana politik dan sosial yang wujud apabila sesebuah karya itu dikarang serta persepsi dan pendirian penulis turut dicorakkan oleh keadaan persekitarannya atau pemikirannya. Penulisan merupakan satu cara yang paling berkesan untuk menyampaikan idea, pemikiran, kritikan, maklumat dan pendapat terhadap sesuatu perkara yang mencakupi pelbagai bidang samada berkaitan masyarakat, agama, politik, bangsa dan negara. Hakikatnya penulisan merupakan satu perjuangan, peperangan atau satu carajihad[1]untuk menegakkan kebenaran .

Pendidikan merupakan elemen yang paling penting dan sering mempengaruhi penghasilan penulisan. Begitu juga dengan disiplin sejarah, dengan adanya tahap pendidikan sekurang-kurangnya ia memberi kesedaran kepadamasyarakat tentang pentingnya sikap gemar mencatat, merekod dan menghasilkansesebuah karya sejarah. Malah lebih tinggi tahap pendidikan yang diterima akan melahirkan satu sikap yang lebih kritis dalam sesebuah penulisan sejarah itu samada sejarah politik, sejarah ekonomi mahupun sejarah sosial.

Demikianlah juga dengan pensejarahan Malaysia. Karya-karya sejarah yang dihasilkan pada tempoh-tempoh tertentu memaparkan ciri-ciri tersendiri dari segi tumpuan, kaedah dan pendekatannya. Dalam kajian ini penulis membahagikan tahap-tahap pensejarahan diMalaysia[2]dapat dibahagikan kepada dua tahap berdasarkan ciri-ciri penulisan yang dihasilkan pada zaman tersebut:

a.Pensejarahan Tahap Tradisional (Pensejarahan Pribumi)

b.Pensejarahan Tahap Kolonial manakala pada tahap kolonial, penulis membahagikan kepada dua iaitu

i. Sebelum Perang Dunia Ke-2 (Sebelum 1941)

ii. Selepas Perang Dunia ke-2 (Selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu)

Kajian tentang perkembangan penulisan sejarah ini menuntut kita meninjau pula tentang beberapa persoalan yang berkaitan dengan perkembangan persejarahan Melayu di Malaysia. Misalnya bilakah pensejarahan Melayu tradisi itu berakhir danbilakah penulisan bentuk moden itu bermula? Apakah ciri-ciri pensejarahan Melayu pada setiap tahap. Bagaimanakah tahap perkembangannya dari tahap tradisi kepada pensejarahan bentuk moden? Tetapi bukanlah tujuan utama untuk penulis menghuraikan segalanya dalam kajian ini. Dalam bab ini penulis lebih menjelaskan kepada perkembangan pensejarahan tradisi kepada pensejarahan moden dalam bentuk makro dengan mengemukakan beberapa ciri yang boleh dijadikan panduan.

1.2.1Tahap Pensejarahan Tradisional[3]

R.O. Winstedt pernah menyatakan bahawa Semenanjung Tanah Melayu kaya dalam bidang penulisan sejarah. Kenyataan Winstedt ini adalah merujuk kepada pensejarahan tradisional.[4]Pensejarahantradisional atau dikenali juga sebagai pensejarahan istana merupakan pensejarahan Melayu paling awal. Ianya telah wujud sebelum kedatangan imperialis Barat lagi. Pensejarahan Melayu di antara abad ke-16 dengan abad ke-19 memperlihatkan beberapa ciri tertentu dari segi isi dan pemikiran. Bagi zaman pra-kolonial ini berbagai sumber pribumi boleh ditemui dan digunakan. Satu daripadanya ialah penghasilan bertulis yang bercorak sejarah, lahir dalam bentuk tradisi sejarah, salasilah, hikayat dan tawarikh yang merupakanhistorical text[5]atau genre yang sekelas dengannya tetapi lebih umum coraknya, historical literature or referential literature tetapi..has been largely neglected[6]Sebagaimana biasa dinyatakan, ia lebih merupakan sejarah istana dan memang ditulis untuk mengharumkan pemerintahan seseorang raja atau pemerintah. Tumpuan secara menyeluruh diberikan kepada golongan atasan sebaliknya gambaran tentang kehidupan dan keadaan rakyat jelata jarang dipaparkan.

Pensejarahan tradisional ini dilakukan atau ditulis kerana menjunjung titah pemerintah raja atau pemerintah. Raja adalah unsur yang paling asas adanya raja bermakna adanya kerajaan. Raja adalah punca segala kewibawaan[7]. Orang Melayu pantang durhaka kepada raja dan dalamsejarah negeri-negeri Melayu kedudukan raja tidak pernah dicabar oleh orang kebanyakan[8]. Pensejarahan yang dihasilkan pada tahap ini atas beberapa tujuan seperti melaksanakan titah perintah raja , penulisan dibuat untuk menyukakan hati raja yang bertujuan untuk memihak,menyanjung sesuatu golongan khasnya golongan pemerintah atau raja yang sedang berkuasa atau bertakhta. Sebagai contoh Raja Chulan , Misa Melayuadapun baginda itu (Sultan Iskandar, TM 1756-1770) terlalu arif bijaksana dan manis barang titahnya, makin bertambah kebesaran baginda itu .[9]

Jika dikaji semula bahawa pensejarahan istana, pensejarahan Islam dan pensejarahan China[10]pada zaman pemerintahan maharaja karya-karya sejarah dihasilkan atau ditulis atas arahan golongan pemerintah. Pendapat ini telah dinyatakan oleh Rosenthal dalam bukunyaA History of Muslim Histriographyyang dipetik oleh Muhd. Yusof Ibrahim; menyatakan bahawa kebanyakan monograf yang dihasilkan mengenai sejarah sezaman adalah terdiri daripada penulisan yang dilakukanatas perintah raja yang ingin jasanya ( dan kerap juga wangsanya) atau peristiwa yang penting dalam zaman pemerintahannya diabadikan dalam penulisan.

Pensejarahan atau histriografi tradisonal bertujuan untuk menunjuk ajar, pensejarahan pada tahap tradisional ini ditulis atas tujuan motif generasi menimbulkan kegemaran untukmoralisingdalam pensejarahan iaitu bertujuan mengingatkan ataupun mengajar generasinya ataupun generasi akan datang tentang contoh teladan yang boleh didapati daripada sesuatu peristiwa sejarah itu. Motif generasi bertujuan untuk menunjuk ajar masyarakat dan generasi yang akan datang, itulah fungsi pensejarahan pada tahap tradisional ini.Motif generasi (moralising) ini juga dapat dilihat dalam pensejarahan tradisi China. Contoh Ssu Ma Chien memuatkan penilaian moralnya di akhir setiap bab penulisannya iaitu penilaian ke atas peristiwa atau perkara yang telah dicatatkan[11]

Justeru itu, cara penyampaiannya kerap berasaskan konsep pengajaran yang disampaikan secara berkhutbah dan diselang-selikan pula dengan perbualan yang bertujuan untuk menimbulkan kesan yang mendalam serta keyakinan terhadap iktibar yang akan diperoleh. Secara amnya, iktibar yang dimaksudkan ialah sesuatu pengajaran ataupun tauladan daripada sesuatu peristiwa sejarah yang ditulis itu. Matlamatnya pula di samping bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang budaya dan warisannya, adalah untuk memperbaiki, mengekalkan dan mengukuhkan malah mewariskan unsur budaya dan warisan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang perkembangan yang berlaku di sekeliling mereka sama ada yang berbentuk sosial, politik, ekonomi mahupun agama dengan harapan anggota masyarakatnya sentiasa bersedia dan berwaspada menghadapi cabaran yang dibawanya.[12]

Pensejarahan atau histriografi tradisonal bertujuan untuk menghiburkan para pendengar dan pembesarnya serta pembacanya melalui penggunaan bahasa yang baik dan pemilihan peristiwa yang suka didengar seperti peristiwa peperangan, kisah pahlawan yang meninggikan semangat keperwiraan. Unsur lagenda atau dongenganbukan sahaja bertujuan untuk berhibur tetapi elemen ini dimasukkan untuk dijadikan sindiran atau kiasan terhadap perbuatan mahupun peribadi tokoh-tokoh tertentu dalam pensejarahan berkenaan.[13]

Hasil karya pensejarahan Melayu tradisional agak unik kerana wujudnya banyak cerita atau tradisi lisan tempatan. Juga dimuatkan unsur-unsur sastera seperti pantun, syair, puisi, kata-kata perbualan di kalangan tokoh-tokoh yang dimuatkan dalam sesuatu pensejarahan itu.[14]Dengan adanya unsur-unsur sastera inilah menyebabkan pengkaji sastera mendakwa hasil pensejarahan itu merupakan hasil sastera yang bercorak sejarah lantas diistilahkan sebagai sastera sejarah. Elemen sastera seperti dialog, pantun, syair ini bukan sahaja terdapat dalam karya pensejarahan Melayu malah terdapat juga dalam karya-karya pensejarahan bangsa lain khususnya kata-kata bual / dialog. Herodotus, Thucydides dan Ssu ma Chien juga memasukkan kata-kata dialog dalam karya masing-masing. Bukan sahaja sebagai rencah tetapi juga untuk mengukuhkan kesejarahan tokoh-tokoh berkenaan. Ssu Ma Chien dalam karyanya sangat bergantung kepada ucapan-ucapan yang panjang yang mungkin sengaja diada-adakan yang disogokkan kepada tokoh-tokohnya untuk menerangkan dan menonjolkan tindakan dan juga untuk mengasingkan tokoh-tokoh.[15]Sejarawan moden kerap menganggap bahawa sejarah tradisi tidak menggunakan kaedah penyelidikan yang konsisten ataupun bersifat subjektif serta tidak menentu kebenarannya atau apa yang disifatkan oleh R.G. Collingwoodtidak ada nilai sains[16]ini tidak bermakna bahawa hasil pensejarahan tradisional tidak mempunyai kebenaran atau kenyataan/ realiti sejarah.

Umpamanya J.C. Bottom pernah menyatakan tentang pola penulisan sejarah orang Melayu secara umum:

History to the Malays has not until recently been either a science or and art but an entertaiment. Accuracy, completeness, organized exposition are not the vital principles; what the best pleased were legend, fantasy and a pleasant hotchpotch of court and port-gossipThis fairly describes for instance, the Sejarah Melayu.Kata-kata Bottom ini ada benarnya akan tetapi kebenaran itu tidak setepat mana yang didakwa oleh J.C. Bottom pada keseluruhannya terutama apabila beliau menyatakan bahawa Sejarah Melayu adalah sebagai seni hiburan. Di sini seolah-olah J.C. Bottom menyamakan hasil karya sejarah tradisional itu seakan-akan cerita penglipurlara atau karya sastera yang lain. Pandangan-pandangan sarjana terhadap pola pensejarahan tradisional Melayu ada berbagai-bagai. Malah Professor Roolvink tentang karya sejarah tradisional bahawa kebanyakan persejarahan Timur mempunyai dua bahagian dari segi isinya yang terdiri: Bahagian-bahagian dongeng dan pengalaman-pengalaman sendiri yang terjadi dalam masahidupnya.[17]

Amat keterlaluan jika semua karya pensejarahan tradisi dianggap sedemikian kerana motif penulis karya-karya tradisional adalah memuatkan perkara yang mereka anggap benar sama ada kebenaran terbukti secara maujud mahupun secara sindiran atau kiasan. Para penulis ingin mewujudkan kebenaran dengan bersandarkan kepada pertimbangan nilai budaya mereka pada ketika itu. Tidak dapat dinafikan mungkin ada penyelidikan yang mereka lakukan mengikut kaedah yang mereka ketahui pada ketika itu yang mereka rasakan cukup mantap untuk menghasilkan karya-karya tersebut. Tun Seri Lanang amat berat hati ketika menerima tanggungjawab memperbaiki Sulatus Salatin. Dalam penulisan tersebut beliau menulis setelah fakir mendengar demikian, jadi beratlah atas anggota fakir allazimurakkabun ala jahili[18]seterusnya Tun Seri Lanang mencatatkan . maka fakir perkejutlah diri fakir pada mengusahakan dia, syahdan memohon taufik kehadrat Allah, Tuhan saniil alam dan minta huruf kepada nabi sayyidil-anam, dan minta ampun kepada sahabat yang akram, maka fakir karanglah hikayat ini..[19]. Berdasarkan kenyataan itu menampakkan pengaruh daripada kaedah pensejarahan Islam tetapi menggambarkan juga kesungguhan tekad pengarangnya untuk menghasilkan karya pensejarahan yang baik mengikut ukuran atau tahap keilmuan pada ketika itu. Keberatan perasaan itu adalah kerana menginsafi kelemahan dirinya dan kurangnya ilmu pengetahuan.[20]

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ciri-ciri pensejarahan tradisional terdapat kelemahan jika dibandingkan dengan karya-karya pensejarahan yang dihasilkan selepas zaman itu. Menurut pandangan Khoo Kay Kim, karya-karya sejarah lama itu bukanlah bersifat pensejarahan dalam pengertian zaman sekarang; ia merupakan dokumen rasmi. Ia dihasilkan bukan untuk dibaca oleh orang ramai tetapi untuk disimpan di istana untuk rujukan keranan kedudukan seseorang raja sentiasa dicabar oleh sanak-saudaranya dan oleh anak raja dari negeri-negeri lain di dalam lingkungan Alam Melayu.[21]

Bagaimanakah sejarawan moden dapat menerima sejarawan tradisi dan masyarakat tradisi itu sebagai sejarawan dan hasil pensejarahan? Mangapa mereka perlu kita anggap sebagai sejarawan dan karya-karya yang dihasilkan sebagai karya pensejarahan dan bukannya karya kesusasteraan atau dongengan semata-mata.[22]

Bagi Tariff Khalidi Islamic Histriography telah memberikan dua panduan / pentunjuk yang boleh menjawab pertanyaan di atas. Sejarawan boleh dikaji secara bermakna dari dua sudut. Mereka boleh dilihat sama ada dari sudut kebenarannya iaitu secara amnya sebagai sumber-sumber ataupunseperti yang dilakukan di dalam kajian ini, dari sudut pandangan mereka terhadap sejarah dan asas-asas teorinya memikirkan kembali pemikiran-pemikiran mereka sebagaimana yang dilakukan oleh R.G. Collingwood.[23]

Justeru itu hasil kajian pensejarahan mereka boleh ditinjau atau dikaji dari sudut tertentu. Jika ingin melihat kebenarannya maka kajian hendaklah dilihat dari sudut sejarah dan sumber-sumber yang digunakan oleh para sejarawan. Manakala dari sudut pemikiran mereka tentang sejarah yang dimuatkan dalam pensejarahan mereka sama ada secara jelas atau secara umum sahaja iaitu bergantung kepada penggunaan kata-kata dan adanya istilah yang bersesuaian pada ketika itu. Mereka sebenarnya sedar tentang fungsi dan kepentingan asas bagi sejarah sebagai teladan atau contoh sebagai sempadan yang harus dilihat atau dijauhi.

Bagi Dionysius dari Halicarnassus (Sejarawan Yunani) abad pertama Masihi pernah menyatakan bahawa sejarah adalah sesuatu bentuk falsafah yang mengajar dengan memberikan contoh. Bagi mereka, sejarah itu ditakrifkan sebagi suatu laluan waktu yang terdiri daripada pelbagai peristiwa yang berlaku berturut-turut. Lantas apa yang dilakukan oleh mereka ialah menyusun karya pensejarahan masing-masing mengikut sesuatu urutan waktu ataupun tarikh-tarikh yang munasabah. Kesedaran ini menggambarkan hasrat sebenar seseorang sejarawan tradisi itu menghasilkan ataupun menyampaikan pensejarahannya berdasarkan suatu susunan tarikh yang munasabah dari segi urutan waktu. Dengan demikian diharapkan apa yang disampaikan atau dipersembahkan adalah benar ataupun sekurang-kurangnya dianggap benar kepada mereka yang berpeluang membaca pensejarahannya pada zaman itu. Manakala bagi William Dunning- beliau telah mengingatkan agar kita jujur mengiktiraf bahawa apa yang dianggap benar oleh sesebuah masyarakat pada zaman itu, sesungguhnya benar bagi mereka dan zamannya. Sejarah adalah sesuatu bentuk falsafah yang mengajar dengan memberikan contoh.[24]

Gaya penyampaian atau kerangka penulisan adalah berbentuk penceritaan / naratif karya zaman tradisi ini mengisahkan tentang asal-usul raja dan keturunan, kebangkitan, kemakmuran, kebesaran, kegagahan, kepintaran tokoh, rakyat , kerajaan dan empayar, (seperti Melayu Melaka), kesucian adat dan istiadat yang menjadi warisan masyarakat dan kerajaan di kepuluan Nusantara, amnya.Ini menunjukkan bahasa dan kebijaksanaan minda Melayu dalam tahap tradisional. Dalam aspek gaya bahasa yang digunakan adalah gaya bahasa yang terbaik, tidak terlalu panjang, berbelit-belit atau berulang, tidak terlalu ringkas tetapi cukup jelas dalam kebanyakan karya tradisi. Walaupun kebanyakan berjudul hikayat, penceritaan dan gaya bahasanya adalah jauh berbeza. Jelas di sini isi dan tujuan penulisan memberi pewarnaan kepada karya-karya tersebut. Tiap-tiap genre memiliki cara berfikir dan nilai yang dipegang dalam perkembangan intelektual masyarakat tersebut yang jelas karya-karya tahap tradisi ini membawa pelbagai isi dan pemikiran.[25]

Selain dari perananya mengekal, mengembang dan mengabdikan bahasa untuk faedah kajian perkembangan bahasa Melayu, karya-karya pensejarahan zaman tradisi inimenurunkan kepada kita unsur-unsur peradaban silam, nilai tinggi budaya masyarakat dan pemikiran yang dimilikinya. Unsur inilah yang menjadikan manusia Melayu itu agak berbeza dan lain daripada manusia-manusia lain. Cara pemikiran, tindakan-tindakan yang diambil, adat-istiadat yang dipentingkan serta larangan-larangan tertentu menjadikan landasan perkembangan peradaban tersebut.

Dengan demikian perlu ditegaskan bahawa, karya-karya Melayu zaman tradisi tetap kekal sebagai bahan terpenting yang dapat memberi gambaran tentang kehidupan nenek moyang kita dahulu disamping menerangkan jalan perkembangan yang diharungi pada masa kini. Malangnya generasi hari ini tidak menyedari akan nilai bangsanya sendiri, jatidiri bangsanya, pemikirannya dan pandangan hidup bangsanya. Hal ini menyebabkan mereka terpesona dengan pengaruh dan pandangan bangsa lain. Mereka tidak membaca karya tradisonal sepertiSejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Tuhfat al- Nafis, Hikayat SiakataupunHikayat Abdullah.Bangsa yang tidak menyedari akan nilai bangsanya sendiri, jati diri bangsanya, pemikiran dan pandangan hidup bangsanya menyebabkan mereka sering terpesona atau tertipu dengan pengaruh pandangan bangsa lain.Oleh itu bangsa Melayu perlu membaca karya-karya persuratan Melayu tradisi kerana hasil-hasil karya sebegini mencerminkan minda dan tamadun bangsa kita. Dalam seluruh hasil karya Melayu tradisional, kita dapat melihat dan mengkaji minda peribumi atau minda asli Melayu yang cuba menggambarkan identiti dan budaya bangsanya melalui proses pemikiran kreatif, imaginatif dan rasional untuk membentuk pandangan hidup Melayu tentang alam, adat dan budi pekerti, konsep kenegaraan, keadilan, bahasa, ilmu, konsep kewujudan , undang-undang, hubungan diplomasi dengan negara dan raja asing dan wira bangsa Melayu.

Apabila orang Melayu membaca karya-karya tersebut, kita sebenarnya membaca tentang diri bangsa kita, karya-karya yang dapat meninggalkan kesan identiti kemelayuannya yang kekal dalam ingatan bersama bangsa Melayu sepanjang zaman. Jikalau terdapat unsur mitos, fantasi atau khayalan dalam karya-karya tersebut, itu cara biasa manusia cuba menangani alamnya melalui penulisan. Hal yang penting ialah mesej atau maksud yang hendak disampaikan di sebalik mitos itu.

1.3.2 Tahap Pensejarahan Kolonial

Jika dibandingkan dengan karya-karya sejarah Malaysia dalam tempoh abad ke-16 hingga Perang Dunia II lebih banyak didapati telah diselenggarakan olehpenulis-penulis Barat berbanding dengan penulis tempatan. Namun demikian bukanlah bermakna masyarakat Melayu belum mempunyai tradisi persuratan. Tetapi menurut pendapat Khoo Kay Kim, kebanyakan golongan penulis adalah terdiri dripada golongan agama yang lebih cenderung untuk menghasilkan penulisan berbentuk kitab-kitab agama daripada menghasilkan karya-karya sejarah.[26]

Penulisan karya-karya sejarah Melayu pada tahap kolonial dapat dilihat dengan penghasilan sebuah penulisan yang berjudulAdat Raja-raja Melayu. Meskipun terdapat beberapa versi naskhah ini namun isi kandungan dan bahasanya menunjukkan ia mempunyai persamaan. Dalam karya ini dimuatkan juga peraturan keturunan bagi golongan atau bangsa raja, gelaran menteri, Asal-usul Nama Melayu dan fasal larangan. Muhd. Yusof Ibrahim mengklasifikasikan naskah ini penting sebagai sumber sejarah.[27]

Selepas karya ini, terdapat sebuah tulisan yang berjudulBahawa Ini Cerita Kapal Asap[28], yang merupakan satu karya menceritakan ketibaan kapal asap yang pertama di Singapura. Karya ini mengandungi unsur sejarah iaitu menceritakan sejarah asal dan kegunaan kapal asap. Terdapat juga kritikan sosial yang dimuatkandalam karya ini. Bentuk kritikan disampaikan dalam bentuk pesanan, nasihat malah mahukan orang Melayu mengubah sikap dan jangan terlalu mengikut telunjuk dan memuliakan orang Arab. Sungguhpun begitu, karya ini bukanlah sebuah karya pensejarahan yang lengkap, namun catatan tentang kapal asap itu boleh dianggap sebagai sejarah, manakala kritikan sosial yang terkandung dalam karya ini jelas memaparkan keadaan atau minda masyarakat Melayu pada ketika itu.

Kisah Perlayaran Abdullah Munsyi Ke Kelantan[29]merupakan karya atau catatan perjalanan yang telah dihasilkan oleh Abdullah Munshi pada tahun 1852. Dalam perlayaran ke negeri-negeri pantai timur itu, Abdullah Munshi telah menghasilkan sebuah catatan tentang tempat-tempat yang telah disinggahinya. Meskipun ia bukanlah sebuah karya pensejarahan sebenar tetapi karya ini merupakan catatan analisis semasa yang boleh dianggap sebagaisebagai sumber sejarah meskipun tidak sebagai karya pensejarahan dalam erti kata sebenarnya.

Abdullah Munshi telah menghasilkan sebuah lagi karya yang berjudulKisah Pelayaran Abdullah ke Jeddah, di mana dalam karya ini beliau telah merakamkan apa yang dilihat dan menarik sepanjang pelayarannya ke Jeddah.

Tulisan Abdullah Munshi telah diikuti oleh anaknya iaitu Muhammad Ibrahim Munshi yang berjudulKisah Pelayaran Muhammd Ibrahim Munshi. Berbeza dengan bapanya Ibrahim telah berjaya menghasilkan sebuah penulisan yang lebih objektif sifatnya. Ibrahim lebih adil dan seimbang dalam menghasilkan karyanya di mana beliautidak memihak kepada sesuatu pihak apabila melakukan kritikan , jika beliau mengkritik orang Melayu, sifat kreatif juga membolehkannya mengkritik orang Inggeris.[30]

Selepas karya Muhammad Ibrahim ini, telah diterbitkan sebuah buku yang berjudulKitab Kumpulan Nama Melayu[31]yang telah diusahakan oleh Ibrahim bin Dato Muda. Karya yang diterbitkan pada tahun 1924 mempunyai tiga bahagian iaitu bahagian pertama ialah Pendahuluan yang memuatkan nama-nama Melayu dan gelaran-gelaran. Bahagian kedua pula dimuatkan senarai nama dan gelaran orang Melayu yang dikutip oleh pengarangnya daripada jadual peperiksaan murid-murid di sekolah-sekolah Melayu serta Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Persekutuan dan selebihnya dari negeri-negeri lain. Bahagian ketiga pula dimuatkan terjemahan daripada tulisan R.J Wilkinson yang diberi judul Kehidupan dan Adat-adat Melayu. Jika dilihat dari aspek pensejarahan bahagian satu dan tiga boleh dikategorikan sebagai penulisan sejarah tetapi tidak pada bahagian kedua.

Kemudian kira-kira tujuh tahun selepas diterbitkan karya Ibrahim, Mejar Dato Haji Muhammad Said bin Haji Sulaiman telah menghasilkan sebuah karya yang berjudulPakai Patut Melayupada tahun 1931. Karya ini membicarakan tentang bentuk dan asal-usul pakaian Melayu terutamanya bagi negeri Johor iaitu lelaki, perempuan dan kanak-kanak mengikut kesesuaian dan keadaan. Karya ini telah diterbitkan di Johor Bahru oleh Matbaah al-Attas dalam tulisan jawi setebal 50 halaman.[32]

Setahun selepas karya tersbut diterbitkan, Zainal Abidin Daud al- Sulaimani telah menghasilkan sebuah karya yang diberi judulTaman Penghidupan. Karya ini merupakan sebuah karya pensejarahan bukan sahaja menarik tetapi juga turut dimuatkanunsur-unsur nasihat, penerangan dan seruan kepada orang Melayu supaya mengukuhkan iman, menambah ilmu pengetahuan, mendidik anak dan menjadi pemimpin yang baik. Karya yang diterbitkan pada tahun 1931 dalam tulisan jawi setebal 77 halaman itu telah dibahagikan kepada enam tajuk kecil seperti: (1) Tarikh Dunia Diduduki Manusia; (2) Asal-usul Manusia (3) Keadaan Manusia (4) Sebab-sebab Manusia Berpuak-puak; (5) Kedatangan Agama dan (6) Tamadun Dunia.

Selain karya di atas, Zainal Abidin juga telah menghasilkan sebuah lagi karya yang berjudulPelayaran Dahulu Kala.Zainal Abidin telah menulis karya setebal 68 halaman itu dengan memerihalkan sejarah negara India, China dan Mesir purba serta meriwayatkan tentang kejayaan kuasa-kuasa Eropah dalam pembinaan kapal. Apabila kuasa Barat berjaya membina kapal membolehkan mereka menjelajah ke Timur untuk menguasaiperdagangan rempah dan meluaskan kuasa dengan menjalankan dasar imperialisme di Timur. Manakala dalam bahagian kedua pula Zainal Abdin telah memaparkan kisah kegigihan dan kecekalan Haji Batu belayar ke Makkah dengan tajuk Riwayat Pelayaran Haji Batu[33]. Kisah itu merupakan kisah teladan untuk tatapan dan memberi semangat kepada bangsa Melayu. Ini jelas pada kenyataan pengarang:

Sekarang renunglah oleh tuan-tuan pembaca bagaimana ketinggalan umat-umat Melayu daripada bangsa yang maju di muka bumi ini tentang belayar dan membuka negeri dan menjelajah tempat seperti orang lain..[34]

Seterusnya Zainal Abidin Daud al-Sulaimani telah berpesan kepadagolongan muda seperti berikut:

jangan lengah lagi, sementara kita ada harapan patut Melayu mesti berniaga sekarang di tanah airnya supaya kekayaan itu lempah makmur kepada bangsa kita, demikian juga kita seru patutlah orang kita mengarang-ngarang di dalam surat khabar eloklah banyakkan kisah-kisah berniaga.[35]

Pada tahun 1938, Mejar Dato Haji Muhammd Said bin Haji Sulaiman menghasilkan karya yang berjudulPerihal Adat Melayu: Mengandungi Kanun Sultan Sulaiman RiaudanRingkasan Kanun Sultam Muhammad Syah Melaka. Di samping memberikan takrif terhadap adat resam dan kanun Melayu yang pertama, kanun Sultan Mahmud Syah Melaka iaitu Hukum Kanun Melaka dan kanun Melayu yang kedua iaitu Kanun Riau yang digubal semasa Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah Ibnu Sultan Abdul Jalil IV menjadi pemerintah Johor-Riau pada tahun 1772.

Pada tahun yang sama,terdapat sebuah lagi karya yang berjudulPusat Kekuasaan Inggeris di dalam Laut Mediteranean[36]yang dihasilkan oleh Abdullah Thani Bin Raja Kecil. Berdasarkan kandungannya karya ini tidak begitu menonjol kepentingannya kerana hanya membicarakan dengan ringkas bagaimana dan mengapa pihak British membina beberapa pusat kekuasaannya di Laut Mediteranean seperti di Cyprus, Malta dan Jabal Tariq. Dari segi penerbitan karya ini dianggap penting kerana ia adalah antara karya pensejarahan politik yang awal. Abdullah Thani Bin Raja Kecil telah menyatakan bahawa beliau mengusahakan buku itu :

dengan harapan moga-moga pemuda-pemuda bangsa Melayu dapat mengaliri satu-satu dasar siasat kerajaan Inggeris yang pintar , cerdik dan penaung kita yang maha adil itu adanya.Sebagai karya pensejarahan pengarang telah menggunakan sumber-sumber seperti:

ingatan pelajaran..dibangku sekolah Inggeris dan kejadian baru ini saya petik daripada beberapa majalah dan akhbar Inggeris bacaan saya.Abdullah Thani kemudiannya menjadi seorang nasionalis dan pemimpin politik radikal Tanah Melayu yang terkenal dalam perjuangan menentang penjajahan British, walaupun dalam karyanya ini beliau masih menganggap British yang maha adil. Beliau kemudiannya dikenali dengan nama samaran Ahmad Boestaman.

Menjelang awal tahun 1942, Muhammad Said bin Haji Sulaiman telah menghasilkan sebuah lagi karya pensejarahan yang diberi judulSemangat Nippon yang sebenarnya diuraikan. Karya ini bukanlah karya asli beliau tetapi ia merupakan karya A. Asahi dalam bahasa Inggeris yang diterbitkan sebagai lampiran untuk akhbarSyonan Times(Ahad, 23 Ogos 2602 tahun Jimo = 1942). Namun Muhammad Said telah menterjemahkannya secara bebas dan hasilnya seperti sebuah karyanya sendiri. Dari segi kandungannya karya ini meriwayatkan falsafah dan konsep keagamaan, kemasyarakatan malah ketenteraan Nippon (Jepun) yang telah membolehkan Jepun mencapai kemajuan dalam masa yang singkat.

Dr. Burhanuddin al-Helmi pula seorang yang telah menghasilkan sebuah karya yang berjudulPerjuangan Kita : 17 Oktober 1945 17 Oktober 1946. Walaupun pada asasnya karya ini merupakan satu peringatan penubuhan penubuhan PKMM setahun sebelum itu, namun kandungannya turut memuatkan perbincangan yang agak kritis dan analitikal tentang bentuk sejarah dan geo-politik alam serta bangsa Melayu. Ini dapat dilihat daripada tajuk-tajuk kecil yang dimuatkan untuk dibincang dan dianalisis seperti Usul Kebangsaan Melayu, Melayu dan Bangsa Dagang, Pemerintahan di Gugusan Pulau-pulau Melayu dan Kebangsaan Melayu dan Politik[37]Sebuah lagi karya Dr. Burhanuddin al-Helmi berjudulAsas Falsafah Kebangsaan Melayuyang telah diterbitkan pada tahun 1950. Malah Khoo Kay Kim mengatakan bahawa melalui karya ini Dr. Burhanuddin menerangkan asas atau latar belakang sejarah bagi falsafah politiknya. Pada tahun 1954, sebuah lagi karya beliau diterbitkan yang merupakan perkembangan karya awalnya yang diberi judulFalsafah Kebangsaan Melayu.

Sebuah lagi karya yang boleh dianggap sebagai karya pensejarahan politik ialahSejarah Malaya Merdekayang ditulis oleh Zainal Abidin bin Daud yang juga merupakan penulisRiwayat Tanjung Malim. Berdasarkan pendahuluannya pengarang telah mengimbas kandungan dan tujuan penulisannya iaitu:

meninjau sejarah masyarakat bangsa kita (Melayu) zaman berzamaniaitu dari riwayat-riwayat, mulut menjelma ke buku-buku, majalah-majalah, suratkhabar-suratkhabar kemudian difikirkan, dirundingkan oleh kumpulan-kumpulan daripada parti-parti persatuan, baik Melayu, Cina, India mahupun orang Eropah yang ada hubungan dengan Tanah Melayu ini.[38]Sebuah lagi karya pensejarahan sosio-politik dikatakan bersifat objektif telah diterbit pada tahun 1953 hasil karya Abdul Aziz bin Zakaria yang berjudul Sejarah kenaikan danKejatuhan Kekuasaan Portugis di Melaka TM 1511-TM 1641. Karya ini dianggap sebagai antara karya pensejarahan terbaik sepanjang dekad 1950-an.[39]

Terdapat juga beberapa buah karya pensejarahan yang lain dihasilkan oleh penulis-penulis lain yang diterbitkan. Ibrahim Haji Yaacob umpamanya telah menghasilkan karyaMelihat Tanah Airyang merupakan catatan perjalanan jika dilihat dari segi zahirnya tetapi pada hakikatnya karya tersebut merupakan karya politik yang telah menggunakan sejarah sebagai landasan penerangan serta penghuraiannya. Ibrahim Haji Yaacob telah menerangkan sejarah sistem pemerintahan British di Tanah Melayu secara terperinci sebagai latar belakang perjuangan politiknya. Selain itu Ibrahim Haji Yaacob juga telah menghasilkan tiga buah yang lain dandikenalpasti diterbitkan di Jogjakarta, Indonesia.Karya-karya tersebut berjudulSejarah Perjuangan di Malaya(Jogjakarta, 1948), Nusa dan Bangsa Melayu(1951) danSekitar Malaya Merdeka(1957).

1.3KesimpulanPenulisan merupakan satu medium yang dapat mengemukakan idea, pemikiran, pandangan atau pendapat kepada khalayak pembaca. Penghasilan karya-karya pensejarahan sebenarnya memberi erti dan sumbangan yang besar kepada perkembangan sejarah dan pembangunan negara. Meskipun hampir setengah abad negara mengecap nikmat kemerdekaan peranan serta sumbangan tokoh-tokoh yang pernah berjuang membebaskan negara dari penjajah tidak harus dilupakan, samada mereka yang berjaya dalam perjuangan atau mereka yang telah terkorban dalam menegakkan maruah bangsa dan negara.Dengan adanya karya-karya pensejarahan di Malaysia, fungsi dan manfaatnya harus digunakan sebaik mungkin agar generasi yang baru dapat melihat kembali sejarah perjuangan bangsa dan sentiasa menghargai nikmat sebuah kemerdekaan negara. Dengan membaca, meneliti karya-karya pensejarahan ini membolehkan generasi baru memahami onak dan duri yang terpaksa dilalui oleh pejuang-pejuang tanahair. Bukan sahaja menghayati perjuangan mereka dalam gerakan penentangan bersenjata malah dapat mengikuti setiap gerak dan langkah pejuang yang berjuang melalui siasah dan ketajaman mata pena mereka.Dengan mengetahui, mengikuti dan memahami perjalanan sejarah negara memungkinkan kita dapat melahirkan sebuah generasi yang sentiasa bersyukur dan menjaga maruah bangsa dan agama di tanah air tercinta, agar tidak dijajah semula dalam gerakan neoimperialisme yang dirancang oleh pihak Barat yang sentiasa mendukung minat menjajah negara-negara yang lemah.

Tajuk : Mengumpul bahan tentang pandangan tokoh-tokoh barat di Malaysia tentang pensejarahan Malaysia.http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/07/kepentingan-perspektif-malaysia-dalam.htmlKEPENTINGAN PERSPEKTIF MALAYSIA DALAM PENULISAN SEJARAH KITAPERSATUAN PEMBIMBING INSAN MUSLIM SABAH

PENGENALANSejarah adalah hakikat yang merujuk kepada masa yang sudah lepas. Oleh itu untuk mengkaji sesuatu perkara atau peristiwa yang berlaku dimasa lepas adalah amat sukar bagi pengkaji yang berbeza zaman dengan sejarah tersebut dalam pensejarahan. apabila dikatakan sejarah ditulis kembali bermaksud tafsiran ahli sejarah itu tentang sesuatu peristiwa atau perkembangan yang berlaku dahulu1. Dalam hal ini tidak mustahil berlaku berbagai- bagai tafsiran dan percanggahan dalam pensejarahan itu sendiri. oleh itu, perspektif Malaysia penting dalam penulisan sejarah kita. ini kerana masyarakat Melayu itu sendiri mempunyai sejarah yang lebih tua dan gemilang yang perlu dikaji oleh penulis tempatan itu sendiri2.

Para sejarahwan hari ini perlu memikirkan kembali pengertian dan konsep sejarah yang sesuai dengan alam sejarah masyarakat Melayu terutama zaman tradisional sebelum kedatangan penjajah barat. Penulis-penulis seperti Raja Chulan, pengarang Misa Melayu, Tun Sri Lanang (pengarang Sejarah Melayu) dan Raja Ali Haji (pengarang Tuhfat Al Nafis) adalah antara penulis sejarah yang banyak membekalkan pengetahuan mengenai masyarakat Melayu tradisional, adat istiadat di istana, peranan raja dan lain-lain lagi. Kelahiran karya-karya mereka ini mencerminkan keupayaan penulis Melayu yang memperlihatkan kepekaan dan kreativiti tanpa meminjam unsur-unsur luar sama ada pada isi mahupun bentuknya sebagai model3. Sehinggakan penulis-penulis barat seperti R.O. Winstedt yang mengkaji sejarah bangsa Melayu merujuk secara menyeluruh akan hasil-hasil histrografi ini.

KEPENTINGAN PERSPEKTIF MALAYSIA

Kebanyakan penulis-penulis asing terutama dari barat melihat konsep sejarah yang terdapat di kalangan masyarakat melayu lama sepenuhnya dari pandangan dan kacamata, norma hidup Barat sedangkan tanpa memahami masyarakat, mereka tidak dapat menilai dengan baik hasil budaya yang dilahirkan oleh masyarakat Melayu. 4 Oleh itu, ia menunjukkan pentingnya menggunakan perspektif Malaysia dalam penulisan sejarah kita kerana penulis Barat ini membuat penilaian rendah terhadap hasil tulisan orang tempatan. Contohnya, J.C.Bottoms menganggap sejarah bagi orang Melayu tidak lebih daripada hiburan, campuran kebanaran dan legenda, khayalan dan fakta dan hiburan dan pengajaran 5. Manakala Roolvink dan R.O.Winstedt menolak karya para penulis Melayu zaman tradisional yang memasukkan unsur mitos dan lagenda dengan alasan ia menyimpang daripada ciri-ciri sejarah yang mementingkan rasional, objektif semata-mata.

Walaupun pada dasarnya sejarahwan memelihara keperibadian disiplin tetapi sejarah bukanlah suatu bidang akademik yang statis, bagi masyarakat di negara yang mundur dan sedang membangun mereka tidak berpeluang menumpukan perhatian kepada perkara yang esoteric dengan demikian dimana-mana perlu, ahli sejarah cuba mengaitkan convention lama dengan keperluan zaman sekarang6. Kepekaan penulis tempatan seperti Khoo Kay Kim dan Zainal Abidin Wahid berpendapat bahawa penggunaan mitos dan lagenda adalah satu kaedah mengkritik raja dan membina semacam kuasa keTuhanan, satu sifat luarbiasa pada seseorang Raja 7.

Melalui kaedah ini kita dapat menganalisis bagaimana sistem pemerintahan dahulu yang dapat melahirkan satu disiplin kepatuhan kepada raja dan saling menghormati sesama mereka. Begitu juga Bukhari Joharai yang mengarang Taj Us-Salatin yang mengandungi panduan tanggungjawab seorang raja memerintah dengan adil.8 Sebaliknya R.O.Winstedt, mengkritik ianya kurang baik dan sangat kurang nilai sasteranya. Ini disebabkanbeliau sebagai seorang Kristian mengecam karya ini yang mengandungi ajaran Islam didalamnya.

Secara keseluruhan pada tempoh kurun ke-16 hingga perang Dunia ke II didapati lebih banyak sejarah Malaysia ditulis oleh orang-orang barat seperti Portugis dan British berbanding penulis tempatan. Oleh kerana kebanyakan penulis barat terdiri daripada ahli tadbir bagi puak kolonialis,9 menyebabkan mereka lebih menitikberatkan penulisan menganai kedatangan mereka ke negara yang dijajah telah membawa bersama kemajuan dan banyak menulis sejarah kejayaan bangsanya daripada menceritakan sejarah perkembangan masyarakat itu sendiri.10

Dalam tahun 1920-an penulis Melayu menggunakan Sejarah Melayu melalui kegemilangan Melaka bertujuan melahirkan kesedaran kepada masyarakat Melayu dari pelbagai aspek terutama sebagai alat bagi memupuk perpaduan Melayu. Antara penulisnya ialah Ahmad Abdullah melalui tulisannya sepertu Darah Melaka, Keris Melaka, Melayu tak'kan Hilang11ini menunjukkan para sarjana Melayu telah menyedari pensejarahan lama ini sebagai bahan asas untuk pengkajian sejarah Melayu.12 selain itu usaha Abdul Hadi Haji hassan dan Buyong adil menghasilkan Sejarah Alam Melayu sebagai buku sejarah untuk penggunaan murid-murid di sekolah Melayu.

Selepas perang dunia ke II, kebanyakan penulisan Melayu berbau politik seperti Dr. Burhanuddin al Helmi menerbitkan 'Sejarah Perjuangan Kita'. Manakal Ibrahim Yakob adalah orang pertama yang menulis sejarah politik moden orang Melayu melalui Bukunya ' Sejarah dan Perjuangan di Malaysia' dan jadi rujukan oleh penuntut sejarah dan merupakan perangsang kepada sarjana akademik yang mengkaji dengan lebih mendalam kegiatan politik orang melayu, sekurang-kurangnya dapat menggambarkan suasana sezaman membantu memahami keadaan dahulu dengan menggunakan perspektif Malaysia.

Penubuhan Jabatan Sejarah di Universiti Malaya membawa perkembangan lebih ramai orang tempatan menceburkan diri dalam penulisan sejarah Malaysia yang sebelum ini dimonopoli oleh orang Barat.13 Para mahasiswa menulis tentang sistem pentadbiran, perkembangan ekonomi, tokoh politik dan raja-raja Melayu. Keadaan ini membolehkan pensejarahan Malaysia diperkayakan sehingga menghasilkan tidak kurang daripada 150 buah kajian sejarah tetapi sehingga masa kini kebanyakan daripada kajian-kajian itu tidak diterbitkan. 14Tidak mustahillah keadaan ini menyebabkan kita kekurangan sumber untuk terus mengkaji pensejarahan Malaysia mengikut perspektif negara ini.

Lewat 1960-an hingga 1970an, mahasiswa aliran Melayu memperkayakan lagi pensejarahan Melayu iaitu penulisan atau pengkajian tentang sejarah masyarakat melayu dalam bahasa Melayu manakala generasi tua yang berpengalaman banyak membantu malah ada juga yang bersama-sama memperbanyakkanlagi penulisan sejarah ini seperti misalnya Haji Mohd. Salleh Haji Awang, 'Sejarah Terengganu dan Othman Abdul Hamid, Salasilah Tok Abdul Jabar Tok Othman, Johor Bahru.15 Sekiranya generasi hari ini berminat dalam perkara-perkara yang dahulunya kurang diutamakan, itu bukan kesalahan bahkan ini akan memperlengkapkan lagi pensejarahan Malaysia dan menyelidiki pensejarahan yang telah dikaji oleh sarjana Barat.16

KESIMPULANTidak dinafikan tulisan sarjana barat mengenai Alam Melayu amat penting dalam pengkajian sejarah kita. Kita boleh menggunakan penulisan mereka sebagai perbandingan dengan sumber tempatan yang sezaman dengan mengkaji dan mencari kesesuaian dengen pensejarahan kita tanpa mengabaikan fakta-fakta sejarah malah menghargai peranan mitos, lagenda, syair dan sebagainya dalam pensejarahamn melayu lama dan mengkajinya berdasarkan Perspektif malaysia. Setiap generasi melihat masalah dengan kacamata sendiri. manakala tugas ahli sejarah berusaha memahami dengan perspektif yang tepat dan bersesuaian dengan masyarakat yang dkaji kerana pengkajian ini bersangkut paut dengan keadaan yang mula-mula muncul dimasa yang telah berlepas.

NOTA AKHIR1. Khoo Kay Kim, Panji-panji Gemerlapan: Satu Perbicaraan Malaysia, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1979, hlm 1.2. S. Husin Ali, Orang Melayu: Masalah dan Masa Depannya, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1979, hlm 11.3. Ali Ahmad, Karya-Karya Sastera Bercorak Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1987, hlm 1974. Muhammad Yusoff Hashim, Syair Sultan Maulana: Suatu Penelitian Kritis Tentang Hasil Pensejarahan Melayu Tradisional, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1980, hlm 145. Badriyah Haji Salleh, Tan Liok Le, Alam Pensejarahan: Dari Pelbagai Perspektif, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm 1766. Khoo Kay Kim, Pensejarahan Malaysia, Universiti Malaysia, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1975, hlm 267. Badriyah, op.cit, hlm 1788. Raja Mohd,. Afandi, Tokoh-Tokoh Melayu yang Agong Dalam Sejarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1982, hlm 859. Muhammad Yusoff Hashim, op.cit, hlm 1210. S. Husin Ali, op.cit, hlm 1011. Pensejarahan Malaysia, op.cit, hlm 1712. Panji-panji Gemerlapan, op.cit, hlm 513. Pensejarahan Malaysia, hlm 2014. Ibid, hlm 2115. Panji-Panji Gemerlapan, hlm 2316. Pensejarahan Malaysia, hlm 26