Minggu 13

77
Ahli kumpulan : Susan Sattia Chitra

description

murid dan alam belajar

Transcript of Minggu 13

  • Ahli kumpulan : Susan Sattia Chitra

    *

  • PERBEZAAN INDIVIDUPEMBELAJARANKecerdasanGaya berfikir

    2.Teori kecerdasaan pelbagai2.Gaya pembelajaran

    3. Teori kecerdasaan emosiImplikasi perbezaan individu terhadap P&P

    *

  • *

  • DEFINISI PERBEZAAN INDIVIDU

    Ketidaksamaan dalam aspek perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan sosial di kalangan individu.

    Selain itu, dapat diperhatikan ciri-ciri tertentu seperti:

    TemperamenTahap tenagaPola persahabatanHubungan ibu bapa dgn anak-anak.

    *

  • TEMPERAMEN Tret personaliti, emosionaliti dan pola tingkah laku yangsebahagiannya diwarisi daripada ibu bapa.

    TAHAP TENAGAKeadaan fizikal seseorang dari segi bertenaga dan berstaminasemasa terlibat dalam sesuatu aktiviti.

    POLA PERSAHABATANMerujuk kepad aktiviti persahabatan dalam kumpulan rakannya.

    Cth:Hubungan perapatan(vertikal)ikatan kasih sayang dengan ibu bapa dan amat istimewa dalamhidupnya.

    Hubungan mendatar (horizontal) Hubungan dengan kawan-kawan

    *

  • Papalia (2001), manusia berbaza dari segi jantina, berat, bentuk badan, kesihatan tahap tenaga personaliti dan emosi.Faktor persekitaran pula, seperti gaya hidup keluarga, sosio-ekonomi keluarga, sekitar sekolah dan dirumah, komuniti masyarakat.Slavin (1997), mengaitkan perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan pembelajaran.Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina, bakat dan minat.

    *

  • ASPEK ASPEK PERBEZAAN INDIVIDUEMOSIJANTINAFIZIKALKOGNITIF/MENTAL TINGKAH LAKUPERSONALITISOSIALBAHASA DAN BANGSA

    *

  • Masyarakat Asia:kanak-kanak lelaki berani, dianggap ketua keluarga,harapan yg tinggi.

    Sekolah murid lelaki lebih nakal dan kurang berdisiplin, manakala murid perempuan lebih rajin danberdisiplin serta berjaya dalam pelajaran.

    Maccoby dan Jacklin (1974) kecergasan lisan murid perempuan lebih baik daripada lelaki, manakala murid lelaki lebih kepada kecerdasan ruang.

    *

  • Sheldon (1942) mengkategori temperamen kpd 3 kategori.

    Endomorf (bertubuh bulat)Suka bergaul, relaks dan mementingkan diri sendiri tetapi mudah diserang tekanan perasaan.

    Mesomorf (tubuh badan otot yg kuat)Bersifat asertif, bertenaga, kuat bersukan

    Ektomorf (kurus dan tinggi)Bersifat bimbang, suka bersendirian, pendiam dan mudah diserang penyakit skizofrenia.

    *

  • Individu adalah berbeza dr segi kebolehan kognisi (menaakul, berfikir logik, berbahasa, mengira dan berimaginasi).Alfred Binet & Theodore Simon menghasilkan ujian kecerdasan bernama Stanford-Binet Intelligece Test.Lewis Terman (1916) mengubahsuai alat ujian Binet dan memperkenalkan ujian IQ (Intelligence Quotient) .

    *

  • Personaliti melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang (gaya bercakap, tingkahlaku, gaya berfikir, gaya bertindak dan gaya bekerja).

    Carl Jung membahagikan personaliti kepada ekstrovert, introvert dan ambivert.

    *

  • Cara seseorang menzahirkan perasaan sama ada secara sedar ataupun tidak.

    Cth:SensetifMarahGembiraSedihSuka

    *

  • Tahap pergaulan seseorang individu dengan masyarakat sekelilingnya.Di sekolah guru boleh mengetahui pola persahabatan dengan menggunakan simbol-simbol berikut:

    Bintang murid popular menerima undian 10 dpd murid yg menyukkainya.klik bentuk persahabatan 2 atau lebih murid memilih antara satu sama lain.Rantai persahabatan yg memilih kawan secara tersusun A,B,C danseterusnya.Pencilan Murid tidak mengundi sesiapa dan orang lain tidak memilihnya.Singkiran Murid mengundi orang lain dan orang lain tidak memilihnya.

    *

  • Dalam sesebuah negara berlaku percampuran pelbagai etnik dan bangsa akibat drp migrasi. Ramai ahli psikologi Amerika berpendapat tiba masanya diperkenalkan kurikulum berbilang budaya dan bahasa dalam subjek silang budaya.

    *

  • FAKTOR MEMPENGARUHI PERBEZAAN INDIVIDUPENGARUH GENETIKFizikalMentalEmosi

    PENGARUH PERSEKITARANKeluargaRakan sebayaKebudayaan dan kepercayaanSumber teknologiGuru dan sekolah

    *

  • *

  • KONSEP KECERDASAAN SECARA AMKecerdasaan bermaksud kebolehan belajar mengenai,belajar daripada, memahami dan berinteraksi dengan persekitaran sebagai contoh:

    Penyesuaian terhadap persekitaran/perubahanKapasiti dan kebolehan untuk menimba ilmuKapasiti untuk memperoleh penaakulan dan pemikiran abstrakKebolehan untuk memahami hubungan antara individu Kebolehan menilaiKapasiti untuk pemikiran asli dan produaktif.

    *

  • KONSEP KECERDASAAN

    Istilah kecerdasan mula diperkenalkan oleh Sir Francis Galton. Galton meyakini bahawa kebolehan intelek seseorang adalah bersifat penurunan. Walaupun beliau gagal membina sebuah ujian kecerdasan tetapi beliaulah yang memperkenalkan konsep kecerdasan.

    Menurut kamus dewan ,1991:264 (dalam Sidek Mohd Noah,1998) kecerdasaan bermaksud kesempurnaan untuk berfikir, mengerti dan lain-lain seperti ; kepandaian,kepintaran dan kecerdikan. ,

    *

  • DEFINISI KECERDASAN BERDASARKAN TEORI:

    Binet (1905), memberikan erti kecerdasan sebagai kesanggupan yang membolehkan seseorang itu menyesuaikan diri dan kebolehan dalam memberikan pertimbangan yang kritikal terhadap diri sendiri.

    Galton (1869), Cartell (1890) dan Hall (1844-1924)- Bersetuju bahawa kecerdasan adalah diwarisi. Perkembangan darjah kecerdasan (IQ) menusia pada dasarnya ditentukan dan tidak boleh berubah. Orang yang bijak datangnya dari keluarga dan keturunan yang bijak juga.

    *

  • PANDANGAN TRADISIONALKecerdasaan lebih merujuk kepada kecerdasaan jenis logikal/metamatikal dan linguistik/verbal sepertimana yang diberi keutamaan dan penekanan oleh institusi pendidikan.Guru hanya memberi tumpuan kepada kedua-dua jenis kecerdasaan tersebut dalam proses P&P bilik darjah, pengujian, pengkuhan dan pemberian ganjaran.

    *

  • UJIAN MENGUKUR KECERDASAANAlfred Binet & Theodore Simon menghasilkan ujian

    kecerdasan bernama Stanford-Binet Intelligece Test.

    Lewis Terman (1916) mengubahsuai alat ujian Binet

    dan memperkenalkan ujian IQ (Intelligence Quotient) .

    Ahli-ahli psikologi tidak bersetuju pendapat

    menyatakan bahawa kecerdasan adalah sama dgnkreativiti.

    *

  • PANDANGAN MODENTeori kecerdasaan (Triarchic Sternberg)Teori kecerdasaan pelbagai (Gardner)Teori kecerdasaan emosi (Goleman)

    *

  • TEORI KECERDASAAN (TRIARCHIC STERNBERG)

    Robert J. Sternberg dilahirkan pada 8 Disember 1949 di Pennsylvania dan berkerakyatan Amerika. Bidang yang diceburi adalah sebagai psychometrician dan merupakan Dekan bagi Fakulti Seni dan Sains di Universiti Tufts. Beliau adalah bekas professor dalam psikologi dan pendidikan di Universiti Yale.Menurut beliau, tingkah laku yang cerdas muncul hasil daripada imbangan tiga kebolehan iaitu kebolehan analitikal, kebolehan kreatif dan kebolehan praktikal.

    *

  • Kebolehan analitikal-merupakan kebolehan menilai, menganalisis&membandingbeza maklumat yang diterima

    2. Kebolehan kreatif-merupakan kebolehan merekacipta, membuatpenerokaan dan sebagainya.

    Kebolehan praktikal-satu tindakan yang membenarkan individu mengaplikasi sesuatu yang telah dipelajari.

    *

  • TEORI KECERDASAAN PELBAGAI (GARDNER)Teori ini diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983. Beliau merupakan profesor dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti. Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Beliau mencipta 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa.

    *

  • LAPAN JENIS KECERDASAAN1. PERKATAAN (linguistic intelligence)2. NOMBOR ATAU LOGIK (logical-mathematical intelligence)3. GAMBAR (spatial intelligence)4. MUZIK (musical intelligence)

    *

  • 5. REFLEKSI KENDIRI (intrapersonal intelligence)6. PENGALAMAN FIZIKAL (bodily-kinesthetic intelligence)7. PENGALAMAN SOSIAL (interpersonal intelligence), and/or8. PENGALAMAN DENGAN ALAM SEMULAJADI (naturalist intelligence)

    *

  • 1. KECERDASAN VERBAL - LINGUISTIKKemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara lisan atau tulisan, termasuk keboleban memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna.Contoh aktiviti: Perbahasan, perbendaharaan kata, ucapan formal, penulisan kreatif, bacaan, jurnal, diari, puisi, jenaka dan bercerita.

    KERJAYA: Sasterawan: Penulis, Penyajak, Penceramah, Pensyarah dalam bidangsastera.

    *

  • 2. KECERDASAN LOGIK - MATEMATIK

    Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logik).Melibatkan pemikiran saintifik, termasuk pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens, mengkategori, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis.Contoh aktiviti: Penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan.

    KERJAYA: Ahli matematik, Saintis, Jurutera, Akauntan

    *

  • 3. KECERDASAN FIZIKAL - KINESTATIK

    Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan.Menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan perasaan.Contoh aktiviti: Tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, pemain sukan dan seni pertahanandiri.

    KERJAYA: Atlit sukan, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis.

    *

  • 4. KECERDASAN VISUAL - SPATIAL

    Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Berkepekaan terhadap warna, garis, rentuk dan ruang.Contoh aktiviti: melukis, mengecat, skema warna, garis rentuk dan ruang, mencipta gambaran mental, imaginasi aktif,peta minda, menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang.

    KERJAYA: Pelukis, pengukir, arkitek.

    *

  • 5. KECERDASAN MUZIKAL-RITMA

    Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Kecendenmgan ini termasukkepekaan terhadap ritma, melodi atau kelangsingan suatu hasil muzik.Contoh aktiviti: Persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu

    KERJAYA: Komposer, penyanyi, penggubah lagu, pemain muzik.

    *

  • 6. KECERDASAN INTRAPERSONAL

    Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Contoh aktiviti: Teknik metakognisi, strategi pemikinm, proses emosi, prnktis mind fullness, taakulan tahap tinggi, disiplin diri dan amalan pemusatan.

    KERJAYA: Pengarang, Penyajak, Ahli falsafah, Ahli Motivasi, Pakar Kaunseling, Ahli Psikologi

    *

  • 7. KECERDASAN INTERPERSONAL

    Kemampuan interaksi sosial Contoh aktiviti: kornunikasi antara individu, latilhan empati, latihan kolaboratif, rnernberi maklurn balas, strategi pernbelajaran kooperatif dan sedia bekerja sama

    KERJAYA: Ahli politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan

    *

  • 8. KECERDASAN NATURALIS

    Mengenali, menyusun dan mengkategorikan pelbagai pola,bentuk flora dan fauna

    KERJAYA: Petani, Ahli botani, Ahli biologi, Perancang Bandar, Geologist

    *

  • *

  • APAKAH KECERDASAN EMOSI???satu perasaan jiwa yang kuat. -kamus Advance Learners English-Mallay dictionary (2001) menghuraikan emosi sebagai perasaan apa sahaja yang meluap-luap. Contohnya kasih sayang, gembira, takut dan sebagainya.\

    Menurut Danial Goleman dalam bukunya, Emotional Intellegence (1997), emosi merujuk kepada suatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak.

    *

  • 3 KOMPONEN EMOSIKomponen kognitif pengalaman yang subjektif di bawah keadaan sedar, termasuk aspek penilaian.Komponen psikologikal merangsang dan membangkitkan badan fizikal.Komponen behavorial ciri ekspresi ditunjukkan secara terbuka.

    Oleh itu, emosi digambarkan dengan bahasa badan fizikal iaitu bukan lisan.

    *

  • JENIS-JENIS EMOSIMenurut Goleman 1997, Marah (anger)Sedih (sadness)Takut (fear)Gembira (happy)Sayang (love)Hairan (surprise)Benci (disgust)Malu (shame)

    *

  • J.D. MAYER DAN P.SALOVEY (1993),

    kecerdasan emosi sebagai kognitif masyarakat merangkumi 3 katogeri utama:-

    Kebolehan membezakan emosi diri dan orang lain.Kebolehan mengawal emosi diri dan menyelaraskan dengan emosi orang lain.Kebolehan menggunakan maklumat emosi untuk membimbing pemikiran.

    *

  • D. GOLEMAN (1995),

    Kecerdasan emosi dibahagi 5 iaitu:-

    Kebolehan memerhati diri.Kebolehan mengurus emosi.Kebolehan menggalak diri.Kebolehan mengawal perasaan yang teruja.Menguasai teknik menjalin hubungan interpersonal.

    *

  • SALOVEY,Beliau menggunakan kecerdasan peribadi yang dihuraikan oleh Gardner untuk merangka difinisi kecerdasan emosi dengan mengembangkan kebolehan mereka kepada 5 bidang seperti berikut:-

    Kebolehan memahami emosi diri sendiri.Kebolehan mengurus emosi.Kebolehan memotivasi diri.Kebolehan membaca emosi orang lain (empati)Kebolehan mengurus hubungan.

    *

  • *

  • KONSEP PEMBELAJARANPembelajaran adalah usaha berterusan yang dilakukan oleh setiap insan untuk menguasai ilmu, nilai dan kemahiran. Pembelajaran itu sendiri adalah satu fungsi berkombinasi 'multi-faceted experience'. Proses pembelajaran berlaku apabila individu mula berfikir dan mengalami apa juga jenis perubahan hasil daripada pemikiran tersebut.

    *

  • *

  • KONSEP BERFIKIR

    Edward de Bono ( 1976 )- Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.

    Dewey ( 1910 ) menegaskan :- Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi.

    *

  • BERFIKIR MENURUT ISLAM, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.kesimpulannya Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami.

    *

  • PROSES BERFIKIRBerfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda seseorang. Operasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu:

    Operasi Kognitif- Kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, seperti mengelas, membanding, membuat urutan dan lain-lain.Operasi Meta kognitif- Merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif iaitu memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia di antara komponen-komponen berfikir.

    *

  • JENIS-JENIS PEMIKIRAN

    Pemikiran Konvergen

    Guilfort 1976, Satu jenis daya berfikir yang membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan demi menghasilkan idea atau jawapan yang lazim. Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada.

    *

  • Pemikiran konvergen tertumpu ke arah mencari satu jawapan atau satu cara tertentu yang dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu (pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis)Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan ini ialah menenangkan, menyatakan, membanding dan membeza.Pemikiran Konvergen berdasarkan pengetahuan / pengalaman sedia ada,jawapan Tunggal dan masalah tertutup.

    *

  • 2. PEMIKIRAN DIVERGEN.Dikenali sebagai pemikiran bercapah dan memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat. Ia merujuk kepada berfikir dalam penyelesaian sesuatu masalah dari berbagai-bagai sudut. Menurut Davidoff (1976), pemikiran divergen memerlukan jawapan yang banyak dan pelbagai.

    *

  • Idea yang terhasil adalah asli dan bernilai. Individu yang berfikiran divergen diangap individu yang kreatif.

    Pemikiran divergen juga dikenali sebagai pemikiran mendatar atau lateral dan mempunyai unsur instuisi dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa.

    *

  • 3. PEMIKIRAN REFLEKTIF Menurut Birchall (1992) pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalaman-pengalaman sedia ada untuk menimbang kemungkinan-kemungkinan tindakan alternatif yang boleh jaya untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi tindakan seterusnya.

    Wilson J & Wing Jan L (1993) berpendapat pemikiran reflektif adalah berhubung rapat dengan aspek-aspek pemikiran yang lain.

    *

  • 4. PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIFPemikiran ini merupakan renungan kembali refleksi Pemikiran Meta kognitif.Iaitu perkaitan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada.

    *

  • *

  • KONSEP GAYA PEMBELAJARANSuatu Cara atau stail pembelajaranDalam konteks pendidikn: cara pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses, memperolehi maklumat/ilmu/ pengalaman baruMenurut ahli pisikologi mazhab kognitif: pelbagai cara membuat persepsi dan memproses maklumat untuk membentuk konsep dan idea yang sebenar.

    *

  • Peterson (1971): Gaya pembelajaran merupakan pendekatan yang digemari oleh pelajar

    Dunn dan Dunn (1978) dalam buku teaching Students Through Their Individual Learning Styles:cara seseorang individu menumpukan perhatian untuk memahami dan mengingati sesuatu maklumat atau kemahiran baru.

    *

  • GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNNModel Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn (1974) berfokus kepada 18 elemen yang mempengaruhi kebolehan belajar seseorang pelajar. Kesemua 18 elemen itu dapat diklasifikasikan kepada 4 kategori, iaitu

    PersekitaraanEmosionalSosiologikal Fizikal.

    *

  • MODEL GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN BERASASKAN PRINSIP-PRINSIP BERIKUT : Kebanyakan individu mampu dan boleh belajar Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu. Gaya pembelajaran individu bertindak balas dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Melalui iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran, seorang dapat mengoptimumkan proses pembelajarannya.

    *

  • GAYA PEMBELAJARAN FIELD DEPENDENCEMempersepsikan secara globalMengkategorikan konsep secara umumBerorientasikan sosialLebih di pengaruhi oleh kritikanMemerlukan penentuan matlamat dan pengukuhan luaran

    *

  • SYOR TUGASAN PEMBELAJARAN FDSediakan satu persekitaran pembelajaran sosial di mana murid-murid berpeluang untuk berinteraksi dengan orang lainBekalkan bahan sokongan seperti advance organizers Pastikan arahan yang diberi jelas dan bersifat eksplisitGunakan banyak contoh dan ilustrasiUtamakan kaedah berpusatkan murid dengan penekanan kepada pengukuhan positif

    *

  • GAYA PEMBELAJARAN FIELD INDEPENDENCEMempersepsikan secara analitikalMengkategorikan konsep secara khususOrientasi yang tidak bersifat peribadiKurang dipengaruhi oleh kritikanMempunyai matlamat dan pengukuhan yang ditentukan sendiri

    *

  • SYOR TUGASAN PEMBELAJARAN FIMenyediakan satu persekitaran pembelajaran yang berdikari dengan menggunakan kaedah inkuiri penemuan.Bekalkan murid-murid dengan bahan rujukan dan bahan resos.Beri bimbingan yang minimum

    *

  • GAYA PEBELAJARAN KOLB

    TERDAPAT 4 GAYA PEMBELAJARAN

    DIVERGER

    ASSIMILATOR CONVERGER

    ACCOMODATOR GAYA PEMBELAJARAN

    *

  • DIVERGERS

    Berupaya mengasimilasi pelbagai maklumat untuk dijadikan satu entiti yang bersepadu .Boleh menjana banyak ideaMempunyai imiginasi yang tinggi Berfikiran terbuka Boleh berinteraksi dengan orang lain

    Syor Tugasan PembelajaranMenyiapkan tugasan terbuka Pembelajaran bersifat individualistikMenyelesaikan situasi-situasi yang kabur

    *

  • CONVERGERS

    Cekap menyelesaikan masalah terutamanya yang berkaitan dengan tugasan teknikalCekap membuat penaakulan deduktifBerupaya mengaplikasi idea terhadap situasi praktikalBersifat prakmatik dan realisticBerfokus dan boleh membuat keputusan

    Syor Tugasan PembelajaranMengesahkan keaslian maklumat Membuat ramalanMenyediakan kerangkalatihtubi

    *

  • ASSIMILATOR

    Bersifat logikal dan tidak berputar belit BersistematikBersifat analitikal dan cekap melakukan tugasan berbentuk kuantitatifCekap dari segi membina teoriCekap membina penaakulan induktif

    Syor Tugasan PembelajaranMemilih dan mengesahkan sumber maklumatMenganalisis idea utamaMembuat ramalanMembuat kesimpulan

    *

  • ACCOMODATOR

    Berorientasikan tindakan dan hasilGemar menimba pengalaman baru Suka mengambil risikoCenderung kepada bidang kesenianBerfikiran terbuka dan berorientasikan manusiaMelibatkan diri secara peribadiBerupaya untuk menyesuaikan diri terhadap situasi baru

    Syor Tugasan PembelajaranMenjana contoh peribadiMemberi contoh konkritMengaplikasi maklumatMenggunakan urutan daripada konkrit kepada abstrak

    *

  • *

  • FAKTOR YANG MEMPENGARUHI GAYA PEMBELAJARANRansangan persekitaran(sunyi, bising, kondusif, formal/tdk formal dll)Ransangan emosi(marah, tenang, gembira, sedih)Ransangan sosial(persaingan antara rakan sebaya, keinginan belajar bersendiri)Ransangan psikologi (impulsif - reflektif; global analitik)Ransangan fisiologi(auditori,visual)

    *

  • *

  • 1) KESEDIAAN BELAJARSetiap murid di dalam kelas mempunyai pelbagai tahap kecerdasan yangberbeza. Ini bermakna kesediaan belajar mereka juga berbeza.

    Perkara ini perlu diberi pertimbangan oleh guru, agar murid yang mempunyai tahap kesediaan belajar rendah tidak terabai dan ketinggalan .

    *

  • 2) OBJEKTIF P&PGuru harus mengambil objektif yang sesuai dengan murid dalam merangka objektif P&P

    Guru boleh menyediakan latihan atau aktiviti yang sesuai dengan kumpulan yang berbeza keupayaan supaya murid yang lambat tidak terus tertinggal dan murid yang pandai tidak merasa bosan.

    *

  • 3) TINGKAHLAKU MENGGANGU PEMBELAJARAN

    Murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran sering mempamerkan tingkahlaku yang akan mengganggu perhatian orang lain semasa P&P.

    Contohnya:Bertindak agresif,(bising,vandalisme)Proaktif s(membuat sesuatu yang belum disuruh)

    *

  • 4. PERBEZAAN GAYA BELAJARPerbezaan individu juga mempengaruhi gaya murid-murid belajar.

    Belajar sambil mendengar muzik , Secara visualSecara menyendriSecara berkumpulanProses maklumat secara global

    *

  • Sebagai seorang pendidik, kita perlu peka dan memahami perbezaan pelajar, kita juga digalakkan menggunakan kaedah kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan tahap pelajar semasa pelaksanaan P&P.

    *

  • 1) Kaedah Kumpulan2) Pengayaan dan pemulihan 3) Pengajaran terancang4) Pembelajaran Koperatif5) P&P individu6) Mempelbagaikan bentuk penilaian7) Mempelbagaikan Strategi P&P8) Mempelbagaikan BBM9) Peneguhan Positif10) Pengagihan tugas mengikut minat dan keupayaanSTRATEGI MENAGANI PERBEZAAN INDIVIDU DAN GAYA PEMBELAJARAN

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *