MINGGU 13

25
EDU 3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL NAMA PENSYARAH : DR. AHMAD SOBRI BIN SHUIB INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA KEDAH. DISEDIAKAN OLEH : NUR NADIAH BINTI GHANI SAODAH BINTI CHE YEM

description

edu 3083

Transcript of MINGGU 13

Page 1: MINGGU 13

EDU 3083ASAS KEPIMPINAN DAN

PERKEMBANGAN PROFESIONAL

NAMA PENSYARAH : DR. AHMAD SOBRI BIN SHUIB

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS

DARULAMAN 06000 JITRA KEDAH.

DISEDIAKAN OLEH :

NUR NADIAH BINTI GHANI

SAODAH BINTI CHE YEM

Page 2: MINGGU 13

SOALAN TUGASAN Apakah ciri-ciri istimewa yang dimiliki

oleh pemimpin sekolah semasa anda menjalani program intership?

Sejauhmanakah anda bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa “kepimpinan adalah bakat semula jadi dan tidak boleh dibina melalui latihan”

Page 3: MINGGU 13

PENGENALAN..

Pemimpin ialah seorang individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi tanggungjawab mengarah dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat kumpulan.

Sesetengah orang menganggap “pemimpin” itu seseorang yang boleh mendorong pengikut untuk bekerja kuat, menghasilkan sesuatu yang agung dan orang yang membantu lebih daripada orang yang menaikkan semangat atau mengarah.

Page 4: MINGGU 13

Walau apa pun pandangan, pada asasnya pemimpin adalah gabungan sebagai pengarah, pendorong dan pemikir.

Dalam pentadbiran pendidikan, peranan kepimpinan adalah sangat penting.

Sekolah yang berjaya dalam bidang akademik dan juga kokurikulum adalah bergantung kepada tonggak kepimpinan dan kebolehan seseorang Guru Besar.

Page 5: MINGGU 13

SOALAN 1

Apakah ciri-ciri istimewa yang dimiliki oleh pemimpin sekolah

semasa anda menjalani program intership?

Page 6: MINGGU 13

PEMIMPIN SEKOLAH

Puan Rokiah Binti Che Hassan Guru Besar Sekolah Kebangsaan

Dato’ Wan Ahmad, Perlis.

Page 7: MINGGU 13

CIRI-CIRI ISTIMEWA

ASPEK KEPIMPI

NAN

PERIBADI

WARGA

SEKOLAH

MASYARAKAT

PROFESION

Page 8: MINGGU 13

PERIBADI Berketrampilan menarik Mesra dan periang - komunikasi Mudah didampingi dan berani

mengambil risiko Berintegriti dan berwawasan Berkelulusan, berilmu dan berkemahiran

berkaitan Ilmu Teori Pengurusan Sekolah yang tinggi dan boleh diguna sama

Sentiasa menambah ilmu pengetahuan

Page 9: MINGGU 13

WARGA SEKOLAH Hubungan dengan guru-guru

Saling menghormati antara satu sama lain Menjadi suri teladan kepada guru-guru Mengutamakan perbincangan dalam

menyelesaikan sesuatu masalah Menyampaikan arahan secara diplomasi Menganggap semua guru sebagai ahli keluarga Menghargai pendapat, daya usaha ataupun

penglibatan yang diberikan oleh guru Memberi kepercayaan kepada orang kanannya

dan guru Sentiasa memahami dan bersifat empati

Page 10: MINGGU 13

Hubungan dengan staf sekolah Menjalinkan hubungan mesra tanpa

diskriminasi Menghormati antara satu sama lain Memberi penghargaan kepada staf Memberi kepercayaan kepada staf sekolah Melibatkan staf dalam setiap aktiviti

sekolah Berkomunikasi dengan staf secara baik –

selalu meminta pertolongan dan tidak pernah mengarahkan

Page 11: MINGGU 13

Hubungan dengan murid-murid Penyayang dan mesra Sentiasa memantapkan sahsiah murid – budaya

beri salam Prihatin terhadap masalah murid Sentiasa memberi penghargaan dan pujian kepada

murid Memotivasikan murid untuk terus berjaya dalam

pelajaran Tidak bias dan diskriminasi, melayan murid sama

rata dan adil Memandang setiap murid adalah permata sekolah

Page 12: MINGGU 13

Hubungan dengan pihak luar Menjalinkan hubungan baik dengan pihak

Polis dengan menjadikan sekolah sebagai anak angkat

Menyambut baik setiap orang yang datang melawat sekolah

Memberi kerjasama yang baik dengan pihak yang berurusan

Sentiasa membantu pihak luar menjayakan program yang melibatkan sekolah – Program 10 000 ribu langkah (JKJR, JKM)

Page 13: MINGGU 13

MASYARAKAT Hubungan dengan ibu bapa

Menghormati antara satu sama lain Saling mengenali antara guru dan ibu bapa Menjalinkan hubungan baik dengan ibu bapa Program bulanan dengan ibu bapa untuk

meningkatkan prestasi murid Mendengar suara ibu bapa dan berusaha

mengatasi masalah yang timbul (PIBG) Melibatkan ibu bapa dalam program yang

dianjurkan oleh pihak sekolah Mengamalkan komunikasi yang baik dan berkesan

Page 14: MINGGU 13

PROFESION Komitmen kepada pembelajaran

akademik. Kelas tambahan tahun empat, lima dan

enam Sudut-sudut pembelajaran bagi setiap mata

pelajaran Galakkan budaya membaca dalam

kalangan murid sekolah. Aktiviti mingguan bagi setiap panitia Program Anak Angkat untuk murid tahun

enam Menyokong sepenuhnya aktiviti PPKI di

sekolah Program Celik Linus – sifar murid buta huruf

Page 15: MINGGU 13

Komitmen kepada pembelajaran kokurikulum Menggalakan murid melibatkan diri dalam

sukan Penghargaan kepada murid yang aktif

dalam kokurikulum Memastikan peralatan sukan lengkap dan

mencukupi Melibatkan diri secara langsung dalam

aktiviti kokurikulum yang diadakan Menyokong aktiviti kokurikulum PPKI

Page 16: MINGGU 13

Program yang diwujudkan di sekolah Sambutan Hari Lahir bagi setiap bulan

untuk guru, staf dan murid Program 3K – Kebersihan, Keceriaan dan

Keselamatan Program Guru Penyayang Mengawal rapi disiplin murid

Page 17: MINGGU 13

SOALAN 2

Sejauhmanakah anda bersetuju dengan pendapat yang mengatakan

bahawa “kepimpinan adalah bakat semula jadi dan tidak

boleh dibina melalui latihan”

Page 18: MINGGU 13

SETUJUKAH ANDA??

Page 19: MINGGU 13

“Teori Orang Besar mengatakan para pemimpin memang dilahirkan

mempunyai ciri-ciri ataupun aura yang membezakan mereka adalah

individu-individu biasa”

-Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, (2001)-

Page 20: MINGGU 13

Tidak Bersetuju kerana….

Semua orang yang dilahirkan sememangnya memiliki daya kepimpinan sama ada terserlah atau pun tidak.

Menurut Teori Sosial, pemimpin bukan hanya dilahirkan secara semula jadi, tetapi perlu dididik, diajar dan dilatih.

Setiap orang memiliki potensi untuk menjadi pemimpin, meskipun dia bukan merupakan atau berasal dari keturunan seorang pemimpin atau seorang raja, asalkan dapat dididik, diajar, dan dilatih untuk menjadi pemimpin.

Pada asasnya, gaya kepimpinan seseorang individu harus dipupuk dari peringkat awal, bermula dengan institusi kekeluargaan.

Page 21: MINGGU 13

Kemudian, bakat yang ada dikembangkan lagi di peringkat sekolah.

Pada peringkat ini, guru memainkan peranan penting dalam melatih daya kepimpinan murid dengan memberi peluang kepada setiap murid untuk memimpin.

Contohnya, dalam bilik darjah guru menubuhkan organisasi kelas yang melibatkan semua murid dalam kelas tersebut (Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Setiausaha, Bendahari dan AJK-AJK)

Page 22: MINGGU 13

Di peringkat pengajian tinggi pula, pelajar didedahkan dan diberi peluang untuk menyertai oraganisasi kepimpinan, seperti Majlis Perwakilan Pelajar.

Begitu juga dengan pelajar IPGM, di mana mereka berpeluang untuk menyertai dan melibatkan diri dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.

Tambahan pula, pelajar IPGM sememangnya dilatih dan diberikan kursus-kursus khas untuk menjadi pemimpin sepanjang pengajian mereka.

Page 23: MINGGU 13

Seperti yang sedia maklum, seseorang pemimpin yang baik perlu memiliki motivasi yang tinggi dan ilmu pengetahuan yang luas untuk mempengaruhi orang di bawahnya.

Justeru, pemimpin harus mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dengan mengikuti kursus dan seminar kepimpinan untuk terus memantapkan daya kepimpinannya.

Page 24: MINGGU 13

RUMUSAN Secara kesimpulannya, seseorang pemimpin

perlu mempunyai nilai dan etika dalam organisasi untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi. Di sekolah Guru Besar dan guru perlu sentiasa meningkatkan kemahiran memimpin serta bersiap sedia dengan segala ilmu kepemimpinan sesuai dengan situasi yang mungkin dihadapi kelak. Di samping itu, guru juga harus peka terhadap potensi yang ada pada setiap murid dari aspek kepimpinan. Guru seharusnya menjadi pendorong untuk murid terus mengembangkan bakat kepimpinan yang ada.

Page 25: MINGGU 13

“The Mediocre teacher tells. The

good teacher explains. The superior

teacher demonstrates. The great

teacher inspires.”

(William Arthur Ward)