MINGGU 2

3
aJURNAL MINGGU KEDUA TARIKH : 25– 30 Januari 2015 TAJUK : PELAJAR TIDAK MENUMPUKAN PERHATIAN SEMASA P&P DIJALANKAN DIDALAM KELAS. MASALAH Pada minggu ini , saya ingin mengetengahkan masalah pelajar yang tidak memberi perhatian sepenuhnya semasa saya menjalankan P&P di dalam kelas. Apabila perkara ini berlaku, segelintir pelajar – pelajar yang inginkan belajar, akan terganggu konsentrasi. PUNCA MASALAH Masalah ini timbul kerana murid tidak mendengar arahan guru semasa berlangsungnya proses p & p di dalam bilk darjah. Selain itu, masalah ini mungkin juga berpunca dari p & p yang saya rancangkan di dalam bilik darjah tidak sesuai dengan minat murid menyebabkan mereka tidak menumpukan perhatian kepada pengajaran saya di dalam kelas. Selain itu faktor persekitaran kelas juga mungkin memainkan peranan dalam mempengaruhi murid-murid seperti keadaan murid yang terlalu ramai di dalam sesebuah bilik darjah menyebabkan murid bertambah bising kerana meraka tidak selesa dengan keadaan kelas yang menjadi sempit dan menggangu proses pembelajaran mereka. CARA PENYELESAIAN: Terdapat beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk memperbaiki masalah yang wujud iaitu: (a) Strategi p & p akan saya rangka sejajar dengan minat dan kebolehan murid di dalam sesebuah bilik darjah. (b) Saya juga akan lebih tegas dengan murid-murid semasa proses p & p berjalan.

Transcript of MINGGU 2

Page 1: MINGGU 2

aJURNAL

MINGGU KEDUATARIKH : 25– 30 Januari 2015TAJUK : PELAJAR TIDAK MENUMPUKAN PERHATIAN SEMASA P&P DIJALANKAN DIDALAM KELAS.

MASALAH

Pada minggu ini , saya ingin mengetengahkan masalah pelajar yang tidak memberi perhatian sepenuhnya semasa saya menjalankan P&P di dalam kelas. Apabila perkara ini berlaku, segelintir pelajar – pelajar yang inginkan belajar, akan terganggu konsentrasi.

PUNCA MASALAH

Masalah ini timbul kerana murid tidak mendengar arahan guru semasa berlangsungnya proses p & p di dalam bilk darjah. Selain itu, masalah ini mungkin juga berpunca dari  p & p  yang saya rancangkan di dalam bilik darjah tidak sesuai dengan minat murid menyebabkan mereka tidak menumpukan perhatian kepada pengajaran saya di dalam kelas. Selain itu faktor persekitaran kelas juga mungkin memainkan peranan dalam mempengaruhi murid-murid seperti keadaan murid yang terlalu ramai di dalam sesebuah bilik darjah menyebabkan murid bertambah bising kerana meraka tidak selesa dengan keadaan kelas yang menjadi sempit dan menggangu proses pembelajaran mereka.

CARA PENYELESAIAN:

Terdapat beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk memperbaiki masalah yang wujud iaitu:

(a)   Strategi p & p akan saya rangka sejajar dengan minat dan kebolehan murid di dalam sesebuah bilik darjah.

(b)   Saya juga akan lebih tegas dengan murid-murid semasa proses p & p berjalan.(c)   Saya juga akan merangka aktiviti pengajaran harian yang lebih menarik agar dapat

menarik minat murid-murid  belajar dan terus seronok mengikuti sesi p & p sehingga ke akhir pembelajaran.

(d)   Saya juga akan mmeberikan lembaran kerja yang sesuai dengan tahap kebolehan setiap murid agar mereka tidak membuat bising ketika di dalam bilik darjah.

Page 2: MINGGU 2

TEMPOH MASA

Saya akan berusaha mengatasi masalah ini secepat yang mungkin. Hal ini penting kerana ia akan menentukan kelancaran proses P & P saya pada minggu-minggu yang seterusnya.

TINDAKAN SUSULANSaya akan cuba mengatasi segala masalah saya dengan bersungguh-sungguh. Di mana saya akan cuba mencari maklumat-maklumat untuk mendapatkan idea yang menarik dalam merancang aktiviti di dalam bilik darjah agar pengajaran saya akan jadi lebih menarik lagi. Di harapkan saya akan berjaya mengatasi masalah ini.

KESIMPULAN

Canter (2002) menegaskan bahawa iklim sokongan positif hanya dapat dibawa oleh guru yang asertif. Dalam hal ini, ia telah menggantikan tingkah laku garang oleh guru dengan tingkah laku tegas yang positif . Kunci kawalan disiplin pelajar adalah kekonsistenan penguatkuasaan peraturan dengan kesannya. Menurut Canter (2002) seseorang guru tidak boleh berkompromi dengan penguasaan peraturan dalam apa jua.

“Once you make a rule, you must enforce it-always. There are no exceptionsto this requirement. It is mandatory. You can’t enforce the rule with onestudent-and let it go with another. You can’t call students on the rule one dayand overlook it the next. Rules must be enforced with the consistency of thesecond hand one a clock.”