minggu 2

3
Penulisan Jurnal Isu: Murid Ketinggalan Kelas Minggu ke-1 081 Februari 2015 – 12 Februari 2015) 1. Isu / Masalah Masalah ini timbul sejak hujung minggu pertama dan sepanjang minggu kedua. Pada awalnya, saya tidak menjadikan masa sebagai alasan untuk kekurangan kepada murid untuk belajar, namun sepanjang tempoh ini saya perhatikan dan mencatatkan sebaik mungkin bahawa sesetengah murid tidak dapat memahami sepenuhnya PdP guru kerana kekurangan masa untuk ke kelas. Ini ini timbul sepanjang minggu kedua dan murid –murid ini menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan semasa saya mengajar topik yang sama tetapi pada tahap yang sukar. Murid yang ketinggalan kelas sukar untuk memahami tajuk lain. 2. Analisis Isu murid kekurangan masa belajar bukanlah masalah kekurangan masa di sekolah, namun sesetengan murid terpaksa mewakili sekolah untuk pertandingan bola jaring dan bola baling. Murid-murid ini akan berlatih sebelah pagi waktu sekolah dan petang selepas sekolah. Situasi ini menyebabkan sukar untuk saya langkah kepada tajuk yang lebih sukar atau tajuk lain kerana situasi ini menyukarkan beberapa murid yang ketinggalan kelas untuk belajar. 3. Cadangan untuk memperbaiki

description

contoh jurnal praktikum

Transcript of minggu 2

Page 1: minggu 2

Penulisan Jurnal Isu: Murid Ketinggalan Kelas

Minggu ke-1 081 Februari 2015 – 12 Februari 2015)

1. Isu / Masalah

Masalah ini timbul sejak hujung minggu pertama dan sepanjang minggu kedua. Pada awalnya,

saya tidak menjadikan masa sebagai alasan untuk kekurangan kepada murid untuk belajar,

namun sepanjang tempoh ini saya perhatikan dan mencatatkan sebaik mungkin bahawa

sesetengah murid tidak dapat memahami sepenuhnya PdP guru kerana kekurangan masa

untuk ke kelas. Ini ini timbul sepanjang minggu kedua dan murid –murid ini menunjukkan

prestasi yang kurang memuaskan semasa saya mengajar topik yang sama tetapi pada tahap

yang sukar. Murid yang ketinggalan kelas sukar untuk memahami tajuk lain.

2. Analisis

Isu murid kekurangan masa belajar bukanlah masalah kekurangan masa di sekolah,

namun sesetengan murid terpaksa mewakili sekolah untuk pertandingan bola jaring dan

bola baling. Murid-murid ini akan berlatih sebelah pagi waktu sekolah dan petang

selepas sekolah. Situasi ini menyebabkan sukar untuk saya langkah kepada tajuk yang

lebih sukar atau tajuk lain kerana situasi ini menyukarkan beberapa murid yang

ketinggalan kelas untuk belajar.

3. Cadangan untuk memperbaiki

a) Saya bercadang untuk mengajar murid yang ketinggalan kelas ini semasa

selepas habis waktu persekolahan mahupun di waktu rehat. Saya boleh buat

belajar secara berkumpulan.

b) Saya mungkin akan fokuskan kepada pengukuhan. Murid yang ketinggalan kelas

ini akan diberikan aktiviti pengukuhan selepas mewakilik sekolah kelak.

c) Saya boleh meminta bantuan daripada rakan murid di kelas yang sama untuk

turut bantu mengajar rakan mereka yang ketinggalan kelas.

Page 2: minggu 2

4. Tempoh masa

Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Hal ini demikian, sekiranya murid ini

tidak mampu untuk mengejar proses pembelajaran maka sukar bagi mereka untuk bergerak ke

tajuk yang lain. Hampir kesemua murid yang ketinggalan kelas ini daripada kelas 5A dan

mereka bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun depan. Dalam tempoh 2 minggu saya

perlu memastikan kesemua murid yang ketinggalan kelas ini dapat belajar sepenuhnya.

5. Penilaian kelayakan

Saya akan meminta bantuan pensyarah dan guru pembimbing untuk memberi idea berkaitan

dengan persiapan awal saya. Alternatif untuk mengatasi masalah ini mungkin boleh saya

kenalpasti dengan mencari sumber-sumber ilmiah yang boleh membantu di Perpustakan

IPGKSM. Selain itu, segala masalah akan saya cuba mencuba terlebih dahulu mengatasi

masalah ini dan cuba untuk berkolaborasi dengan guru-guru lain di SK Gong Bayor.

6. Tindakan susulan

Saya akan cuba laksanakan semua nasihat dan tunjuk ajar daripada guru-guru di SK Gong

Bayor melalui sesi kolaboratif. Tindakan dapat ditingkatkan dengan berbincang secara

terperinci dengan guru pembimbing dan pensyarah pembimbing.

Disemak oleh Guru Pembimbing: Disemak oleh Pensyarah Pembimbing:

……………………………………… ………………………………………………

Nama: Nama:

……………………………………… ………………………………………………

Tarikh: Tarikh:

…………………………………….. ………………………………………………