Minggu 2 Aktiviti 6
description
Transcript of Minggu 2 Aktiviti 6
Minggu 2 Aktiviti 6
Setelah itu ambil semula hasil kerja pasangan anda yang telah dinilaioleh pasangan lain, kemudian buat kesimpulan, apakah perkara yang pentingsemasa anda membina "instructional planning" untuk sesuatu aktiviti pembelajaran
Model ASSURE menekankan perancangan pengajaran pembelajaran sebenar dalam
bilik darjah. Aplikasi model ini oleh guru dapat menjadikan perancangan proses lebih
berkesan. Terdapat enam langkah dalam model ASSURE dan setiap langkah tersebut perlu
diperhatikan semasa kita membina sesebuah rancangan pengajaran.
Langkah yang pertama analisis pelajar. Dalam langkah ini,kita perlu mengenalpasti
ciri-ciri umum pelajar, pengetahuan atau pengalaman sedia ada serta gaya pembelajaran r.
Pelajar. Ini adalah penting untuk membantu kita merancang pengajaran dan pembelajaran
yang paling sesuai dengan tahap mereka. Dengan ini, rancangan tersebut akan dapat
dicapaikan dengan lancar.
Langkah yang kedua ialah nyatakan objektif atau hasil pembelajaran. Langkah ini
adalah penting kerana ia akan dapat membantu kita memilih media. Media dan kaedah
penyampaian yang paling sesuai dengan objektif atau hasil pembelajaran yang ingin
dicapaikan. Dengan adanya objektif atau hasil pembelajaran yang ditetapkan, kita sebagai
guru juga dapat menilai tentang kejayaan sesuatu rancangan pengajaran dan pembelajaran
dan seterusnya mengambil tindakan yang sesuai.
Langkah yang seterusnya ialah pemilihan kaedah, media dan bahan sumber
kaedah, media dan bahan sumber untuk sesebuah proses. Kaedah, media dan bahan
sumber perlu dipilih dengan wajar kerana ia adalah berkaitan langsung dengan
keberkesanan proses p&p. Antara perkara yang perlu dipertimbangkan semasa langkah ini
ialah ciri-ciri pelajar, pengalaman dan pengetahuan sedia ada, kesesuaian media dengan
maklumat yang hendak disampaikan, bahan sumber yang senang didapati dan sebagainya.
Langkah yang keempat ialah penggunaan media dan bahan sumber. Terdapat
beberapa perkara penting yang perlu dilakukan oleh seorang guru dalam langkah ini ialah ,
antaranya ialah semak atau pratonton bahan sumber. Sebelum menggunakannya dalam
kelas, sediakan bahan dan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan bahan sumber
dalam kelas, sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber serta
pengalaman pembelajaran bagi pelajar.
Langkah yang seterusnya ialah libatkan pelajar dalam pembelajaran dan nilai serta
semak semula penglibatan pelajar secara langsung melaluiaktiviti akan membantu mereka
memperolehi maklumat dengan lebih senangdi samping dapat memberi motivasi kepada
mereka !enilaian dan semak semula pada peringkat akhir membolehkan guru untuk
membuat pembetulan dan penambahbaikan serta mengambil tindakan seterusnya yang
sesuai.