Minggu 2Pembinaan Negara Bangsa:Zaman Inggeris

42
MINGGU KE-2

Transcript of Minggu 2Pembinaan Negara Bangsa:Zaman Inggeris

MINGGU KE-2

MINGGU KE-2

DASAR PENJAJAHAN BRITISH DALAM KEWUJUDAN POLA DEMOGRAFI DI MALAYSIA

Komposisi dan taburan penduduk zaman penjajahan

Faktor menolak dan menarik

PENJAJAHAN BRITISH

Sebelum 1870an British mengamalkan dasar tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu(NNM)

Hubungan mereka hanya berlandaskan faktor ekonomi semata-mata, tidak mahu terlibat dalam urusan pentadbiran NNM

Pihak Inggeris tidak mahu campur tangan atas dasar:- menghormati dan menjaga hubungan dengan kerajaan Siam untuk mengelakkan tentang daripada mereka serta gangguan ke atas kepentingan British di Burma-hanya untuk mengekploitasikan sumber sahaja dan perlu berbaik-baik dengan pembesar, Inggeris menghadapi masalah di India

- untuk menjaga kepentingan dan keselamatan para pendagangnya yang berada di timur

Dasar ini mula berubah apabila kepentingan ekonomi mereka mulai terancam akibat pergolakan politik di NNM seperti masalah perang saudara dan perebutan takhta

FAKTOR BRITISH CAMPUR TANGAN

Perebutan takhta Kerajaan Johor, antara Tengku Abd. Rahman dan Tengku Hussein iaitu dua orang putera Sultan Mahmud Shah III, dalam masa yang sama pihak British inginkan Singapura. Raffles sebagai wakil Inggeris telah membantu Tengku Hussein untuk dapatkan takhta sebagai balasannya Singapura diserahkan kepada Inggeris (Januari 1819)

Perang Naning 1831-1832 terletak di kawasan Rembau dan Melaka, pergolakan berlaku selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Melaka diserahkan kepada Inggeris termasuk Naning, Penghulu Dol Said menentang habis-habis kerana mendakwa Naning merupakan daerah bebas (dipaksa membayar cukai hasil tanaman mereka)

JOHOR LAMA

Perluasan kuasa Siam menyebabkan kerajaan Inggeris berasa bimbang, oleh itu Perjanjian Burney 1826, mengikhtiraf Raja Siam dan kekuasaan mereka ke atas Kedah. Bersefahaman tidak mengganggu hak kepentingan masing-masing

Faktor ekonomi berikutan perkembangan Revolusi Industri di Eropah, keperluan bahan mentah seperti bijih timah untuk pengeluaran barangan kilang. Negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan kaya dengan bijih timah

Pergaduhan kongsi gelap seperti Ghee Hin dan Hai San, perebutan kawasan bijih timah

KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK ZAMAN PENJAJAHANSemasa penjajahan dan campur tangan kerajaan British telah membawa kepada wujudnya masyarakat majmuk yang tinggal dalam kawasan politik yang sama tetapi hidup terpisah kerana mengamalkan cara hidup, adak dan kepercayaan yang berlainan antara satu sama lain

Terdapat tiga kaum terbesar; Melayu, Cina dan India hidup tidak mengasimilasikan budaya antara satu sama lain

Kemasukan pendatang dari China dan India amat diperlukan oleh Inggeris untuk mengeksploitasikan bijih timah dan kemudiannya pengenalan tanaman getah

Kesan kemasukan ini juga Inggeris telah memperkenalkan konsep `pecah dan perintah (devide & rule)

ORANG MELAYUMerupakan masyarakat peribumi dan tinggal di sini sejak berabad-abad, mereka berasal dari Yunan tinggal di kawasan persisiran pantai dan juga lembah-lembah sungai

Jumlah ini meningkat selepas berlaku perpindahan secara besar-besaran pada pertengahan abad ke 19, mereka dari Indonesia (Minagkabau, Bugis, Jawa dan Banjar)

Mereka ini akan menetap di satu kawasan mengikut ketua dan kumpulan masing-masing (meneroka kawasan baru)

Negeri tumpuan mereka- Banjar di Batu Pahat, Utara Perak- Jawa di Muar, Johor- Bugis di Kukup, Rengit, Selangor dan Perak- Minangkabau di Negeri Sembilan

ORANG CINAMasyarakat ini mula datang ke Tanah Melayu sejak abad ke 15 lagi semasa zaman keagongan Kesultanan Melayu Melaka, iaitu kesan aktiviti perdagangan antarabangsa, kemudian pada abad ke 19 kemunculan Negeri-negeri Selat dan juga campurtangan Inggeris 1874

Mereka tertumpu di kawasan ladang tebu dan kopi di Singapura dan Pulau Pinang

Kemudian mereka ini dibawa masuk secara besar-besaran ke Johor melalui Sistem Kangcu untuk membuka tanah tanaman gambir dan lada hitam secara besar-besaran

Pertengahan abad ke 19 pula mereka berhijrah ke Tanah Melayu bertambah ramai dan tertumpu di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan selaras dengan perkembangan perlombongan bijih timah: Larut(1850), Selangor (1869)

Kemasukan mereka bertambah apabila Inggeris mengambil kawasan perlombongan dengan melonggar syarat kemasukan mereka

Mereka berasal dari kawasan Hainan, Kwangsi, Kwangtung dan Fukien; mereka berbeza dari segi bahasa, adat dan bidang pekerjaan

Suku yang berpindah ke Tanah Melayu:- Hakka di kawasan Larut, Lembah Kinta, Lukut dan Linggi- Teochew di ladang gambir, lada hitam dan tebu di Johor dan Seberang Perai- Hailam peniaga runcit dan kedai makanan- Hokkien menjadi pedagang dan peniaga di Pulau Pinang dan

Hampir separuh penduduk di kawasan yang dikuasai oleh Inggeris terdiri daripada masyarakat Cina

Mereka menganggap Tanah Melayu sebagai tempat mencari kekayaan semata-mata dan sebahagian besar akan kembali semula ke China

MASYARAKAT INDIAMereka datang ke Tanah Melayu sejak kurun pertama dan menganggap Tanah Melayu sebagai Semenajung Emas

Awal kurun ke 19 mereka di bawa masuk untuk bekerja di ladang tebu dan kopi kepunyaan orang Eropah, terdapat juga banduan dibawa masuk sebagai buruh pembinaan

Terdapat juga golongan yang berpelajaran kemudiannya mereka bekerja sebagai doktor, peguam, guru, pentadbir, kerani dan juruteknik

Pada awal abad ke 20 kemasukan mereka disebabkan pembukaan ladang-ladang getah, contohnya pada 1891 terdapat 75 ribu orang India di Tanah Melayu dan meningkat kepada 471536 pada 1921

Pecahan etnik India:-Tamil buruh di ladang-ladang getah- Malayali sebagai kerani dan ahli profesional- Telegu menjadi buruh di ladang getah- Sikh menjadi polis dan pengawal keselamatan

FAKTOR PENOLAKBerlaku kebuluran di Tanah Jawa akibat pertambahan penduduk yang pesat.

Selain itu kerajaan Belanda mengamalkan Sistem Tanaman Paksa untuk menampung kerajaan Belanda ini menyebabkan para petani Indonesia bertambah miskin serta pengenalan cukai yang berat

Berlaku pergolakan politik di Cina, aktiviti untuk menggulingkan Dinasti Manchu oleh Puak Han

Dinasti Manchu dianggap gagal kerana kalah dalam Perang Candu 1 dan 2 serta banyak berlaku bencana alam seperti banjir, kemarau dan gempa bumi

Bagi masyarakat India pula, berlakunya masalah sosioekonomi di India-pertambahan penduduk yang pesat- bencana alam seperti banjir dan kemarau serta wabak penyakit dan kebuluran-amalan sistem kasta di India

FAKTOR PENARIK

Kepesatan ekonomi di Tanah Melayu hasil perkembangan perusahan bijih timah dan getah, seterusnya menawarkan peluang pekerjaan yang

Orang Indonesia mempunyai semangat keberanian dan suka mengembara untuk mencari rezeki

MULTIRACIAL

Kemasukan orang Cina banyak tertumpu di kawasan perlombongan bijih timah iaitu Lembah Kinta, Lukut, Klang dan Sungai Ujong

Banyak ladang getah dibuka, ini turut menyumbang kepada kedatangan buruh asing

KOPI DAN TEBU

Dasar kerajaan British yang menggalakkan kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu kerana tenaga mereka amat diperlukan untuk mengeluarkan hasil ekonomi

Keadaan di Tanah Melayu yang stabil turut menggalakkan buruh asing masuk ke Tanah Melayu

Kerajaan British turut memberikan jaminan keselamatan kepada pendatang asing berbanding negara mereka sendiri

British memperkenalkan beberapa sistem untuk membawa masuk buruh ke Tanah Melayu- Sistem Tiket Kredit-Sistem Kangcu/Surat sungai-Pengambilan Rumah Kongsi

RUMAH KONGSI

TAMAN TASIK TAIPING