MINGGU 3

30
1 PERJUANGAN MENENTANG PENJAJAHAN (MINGGU 03) UMS 1133 PENGANTAR KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MALAYSIA

description

kenegaraan

Transcript of MINGGU 3

  • *PERJUANGAN MENENTANG PENJAJAHAN (MINGGU 03)UMS 1133PENGANTAR KENEGARAANDAN PEMBANGUNAN MALAYSIA

  • * DEFINISIPENJAJAHANPenguasaan ke atas wilayah asing dengan berbagai cara/kaedah/pendekatan kerana kepentingan tertentu.

  • *TEMPOHPENJAJAHANPORTUGIS24 Ogos 1511 - 16 Januari 1641(130 tahun)BELANDA16 Januari 1641 - 20 Mac 1824(183 tahun)BRITISH20 Mac 1824 - 8 Disember 1941(117 tahun)JEPUN8 Disember 1941 - 5 September 1945(4 tahun)BRITISH5 September 1945 31 Ogos 1957(12 tahun)Tempoh penjajahan : 446 TahunPenjajahan British : 83 Tahun

  • *Kemunculan Kuasa Portugas

    Keinginan besar untuk mengambil perdagangan daripada orang Islam itu disertai pula dengan harapan akan dapat memperluaskan agama Kristian bagi menyayangi agama Islam..Orang Portugis tahu bahawa orang Islam menguasai perdagangan dengan Asia dan bahawa kemakmuran Timur Tengah banyak bergantung kepada monopoli perdagangan ini. Maka disinilah letaknya penunjuk pertama terhadap maksud-maksud orang Portugis itu. (N. J. Ryan (1965;36)

  • *Kemunculan Kuasa BelandaKeinginan memonopoli perdagangan rempah di Asia Tenggara.

    Syarikat Bersatu Hindia Timur Belanda memainkan peranan penting dan berkesan dalam menyaingi dan memonopoli pesaing dari negara lain.

    Hinggalah pada abad ke 17, kuasa Portugis di Asia Tenggara semakin lemah dan mereka banyak terlibat dalam pertelingkahan dengan pihak pemerintah tempatan.

    Setelah beberapa serangan dilakukan, akhirnya Belanda dapat menakluki Melaka pada tahun 1641.

  • UMS 1113 / ZABD *Kemunculan Kuasa BritishPedagang Inggeris sampai ke Asia Tenggara sejak abad ke 16.

    Syarikat Hindia Timur Inggeris mengurus perdagangan mereka di Asia Tenggara dan China.

    Mengambil sikap tidak campur tangan dalam urusan politik pada mulanya dan hanya mempunyai matlamat ekonomi sahaja.

    Sikap British berubah apabila mendapati usaha memonopoli hasil ekonomi dan perdagangan terganggu berikutan keadaan tidak aman di dalam negeri dan perebutan takhta dan daerah dikalangan putera raja.

    Penaklukan Kuasa British di Tanah Melayu berlaku secara aman dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824.

    UMS 1113 / ZABD

  • *Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu

  • *Perjuangan Tokoh-Tokoh Awal Penentangan di Naning. Perang Naning tercetus apabila British menghantar sepasukan tentera untuk menangkap Dol Said dan memaksa pengikutnya menerima cadangan Bristish iaitu membayar 1/10 dari hasil ekonomi mereka kepada kerajaan British di Melaka

    Penentangan Di Pahang Pemberontakan orang Melayu yang diketuai oleh Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau. Berpunca dari kehilangan kuasa Sultan dan pembesar dalam ekonomi dan pentadbiran. Juga berpunca daripada rasa tidak puas hati rakyat dalam penguatkuasaan undang-undang seharian seperti sistem lesen, permit dan cukai.

  • *Perjuangan Tokoh-Tokoh Awal Penentangan Di Kelantan Penentangan yang dipimpin oleh Haji Mat Hassan (Tok Janggut).

    Berpunca daripada ketidakpuasan hati Engku Besar Jeram, Pengenalan Sistem Tanah Baru 1915 dan Sikap Pegawai Daerah Pasir Puteh. Pemberontakan berlaku pada 29 April 1915 dan akhirnya Tok Janggut terbunuh pada 24 Mei 1915.Penentangan Di Terengganu Diketuai oleh Haji Abdul Rahman Limbong.

    Berpunca daripada dasar British yang memperkenalkan pungutan cukai tanah dan kepala, sistem pendidikan barat yang berbeza dengan sistem tradisional dan Pas Kebenaran kepada sesiapa yang ingin bercucuk tanam.

  • *Perjuangan Tokoh-Tokoh Awal Penentangan di Sarawak Pemberontakan oleh Rentap pada zaman James Brooke mahu menghapuskan amalan perburuan kepala.

    Pemberontakan Sharif Masahor dan Abdul Ghapur dengan membunuh 2 orang pegawai British pada zaman Charles Brooke.

    Pemberontakan oleh Banting pada zaman Charles Brooke yang menghapuskan adat tradisi tempatan.

    Pemberontakan Penghulu Asun yang menentang pembayaran cukai yang diperkenalkan oleh Vyner Brooke. Penentangan di Sabah Pemberontakan oleh Mohamed Salleh (Mat Salleh) yang berpunca daripada pembangunan yang dijalankan oleh British yang banyak menyusahkan rakyat melalui pelbagai bentuk sekatan.

    Pemberontakan yang diketuai oleh tokoh bernama Antanum. Dikenali sebagai Pemberontakan Rundum.

  • *Perjuangan Tokoh-Tokoh AwalPenentangan di PerakKetidakpuasan terhadap sistem Residen dan sikap J.W.W Birch sebagai Residen Perak membawa kepada komplot antara pembesar-pembesar Melayu untuk membunuhnya.

    Keberanian dan sikap sanggup bekorban penduduk tempatan sangat menonjol.

    British telah menyerang Pasir Salak pada 15 November 1875 kerana pembunuhan Birch. Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Induk dan Seputum digantung di Matang. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim yang bersubahat telah dibuang ke Pulau Seychelles.

  • UMS 1113 / ZABD *

    UMS 1113 / ZABD

  • *NASIONALISME ETNIK MELAYUPendidikan diberikan kepada kanak-kanak dan juga orangdewasa.Pendidikan berkaitan dengan ilmu Al-Quran juga ditekankan.Maka, wujud perkembangan institusi sekolah pondok, madrasah dll.Kemahiran berbahasa ditekankan; 3M (Membaca, Menulis dan Mengira).

  • *PENDIDIKAN SELEPASPERANG DUNIA KE-2

  • *3 PERINGKAT UTAMA NASIONALISMEPeringkat 1Peringkat 2Peringkat 31900-1920 (Golongan berpendidikan agama)1920-1930 (Golongan berpendidikan Melayu)1930-1941 (Golongan BerpendidikanInggeris)

  • *GOLONGAN BERPENDIDIKAN AGAMAKaum Muda telah memainkan peranan yang penting.Saluran kepada idea gerakan.23 Julai 1906, menerbitkan majalah Al-Imam- motto; Majalah Pelajaran, Pengetahuan dan Perkhabaran.Media kepada perkembangan intelektualisme Melayu yang merangkumi ekonomi, politik, sosial dan agama.

  • *Bercorak menyedar, membangun dan mengukuhkan konsepsi IslamGolongan yang berpandangan jauh kerana sentiasa memberi kritikan kepada penjajah Inggeris, golongan raja dan golongan tua.Tokoh:Syed Sheikh Ahmad al-Hadi, Hj. Abas Taha, Sheikh Tahir Jalaluddin dll.

  • *KESIMPULAN PENJAJAHAN BRITISHSistem Residen merupakan landasan awal ke arah pengenalan pentadbiran moden ala British yang menghakissedikit demi sedikit penguasaan sultan dan pembesar ke atas pentadbiran negeri dan daerah masing-masing. Manakala melalui Sistem Persekutuan pula, kuasa British semakin bertambah meluas dan mantap melalui dasar-dasar yang diperkenalkan.

  • *GOLONGAN BERPENDIDIKAN MELAYUKebanyakan lepasan MPSI (guru) kembali bertugas di dalam masyarakat.Mereka bergerak aktif di dalam masyarakat dan menjadi pemimpin nasionalisme.Meyumbangkan idea-idea berguna.Maktab Perguruan Sultan Idris (1922), institusi pengajian tinggi Melayu.

  • *Tokoh: Zainal Abidin Ahmad (Zaaba), Buyong Adil, Abdul Hadi Hassan, dll.Sebelum MPSI, pendidikan tertinggi Melayu adalah Darjah 6.Tiada sekolah menengah untuk Melayu.Melayu hanya diberi kemahiran 3M, bertukang dan bertani sahaja.

  • *GOLONGAN BERPENDIDIKAN INGGERISPENANG FREE SCHOOL 1816, Penang Free School diwujudkan (Rev. R.S. Hutchings). Ibubapa Melayu enggan menghantar anak mereka ke sekolah Inggeris. 1930an, Tanggapan Melayu tentang sekolah Inggeris mula berubah.

  • *MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR (MCKK)Khusus untuk anak raja, pembesar dan rakyat terpilih sahaja.Diwujudkan pada 1905 untuk membolehkan jadi pentadbir.JUNIOR CAMBRIDGELulus; Akan berkhidmat sebagai Pegawai TadbirSENIOR CAMBRIDGELulus; Akan menjawat jawatan yang lebih tinggi dalam kerajaanBritish atau melanjutkan pelajaran ke Singapura/England.

  • *Jepun telah bertanggungjawab menyemarakkan nasionalisme etnik Cina di TM dengan mengeksploitasi.Bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa penghantar.Etnik Cina telah bekerjasama dengan Kuomintang dan Komunis.

  • *NASIONALISME ETNIK INDIABerkisar kepada suasana di negara India.Jepun telah bertanggungjawab menyemarakkan nasionalisme etnik India di TM dengan menjadikan British sebagai faktor utamanya.Menimbulkan isu kerajaan dalam buangan; Azad Hind/India Bebas.

  • *GERAKAN ANTI-BRITISHTindakbalas terhadap perubahan yang dilakukan; Sistem Residen dan NNMB.Kedudukan British semakin stabil di TM.Penguasaan ekonomi dan politik oleh British.Sultan dan pembesar kehilangan kuasa.

  • *TOKOH;

    Penghulu Dol Said; Naning (1831-1832)Sultan Abdullah; Perak (1875)Dato Bahaman & Mat Kilau; Pahang (1891-1895)Engku Besar Jeram & Tok Janggut; Kelantan (1915)Hj Abdul Rahman Limbong; Terengganu (1922-1928)Mat Salleh;Sabah

  • *NASIONALISME KE ARAH KEMERDEKAANPersekutuan Tanah Melayu (1948)Sistem Ahli (1951)Pilihanraya Majlis-majlis Tempatan (1951-52)Pilihanraya Persekutuan (1955)Suruhanjaya Reid (1956)Kemerdekaan (1957)

  • *RUMUSAN Nasionalisme di Tanah Melayu adalah berdasarkan kepada perkembangan pendidikan dalam masyarakat berdasarkan etnik dan disemarakkan lagi oleh pengaruh luar.

    Kebangkitan dan Gerakan Anti-British juga telah menyumbangkan kepada perkembangan nasionalisme.

  • *LATIHAN PENGUKUHANADAKAH NEGARA KITA MASIH DIJAJAHJIKA YA, APAKAH BENTUK JAJAHAN TERSEBUTAPAKAH IMPLIKASINYA TERHADAP NEGARA

  • *SEKIAN, TERIMA KASIH

    *********************