MINGGU 7

2
JURNAL Minggu : KETUJUH Tarikh : 01 05 Mac 2015 Tajuk : MINGGU UJIAN1 1/ SUMATIF 1 MASALAH Pada minggu ini pelajar-pelajar terlibat dengan Ujian 1/Sumatif 1 dan P&P tidak dapat dilaksanakan. Manakala pada minggu ini saya menghadapi permasalahan dalam mengawal disiplin pelajar sewaktu ujian dijalankan. ANALISIS Daripada permasalahan yang saya hadapi ini, apa yang dapat disimpulkan adalah berpunca daripada murid yang tidak membawa kelengkapan dan kemudian murid-murid tersebut mengganggu rakan mereka dengan alasan untuk meminjam alat tulis daripada rakan mereka yang lain. Selain itu di antara faktor lain adalah berpunca daripada pelajar yang tidak mempunyai pengalaman dan pendedahan dalam menghadapi situasi ujian. Oleh itu, pelajar-pelajar menjawab soalan ujian seperti membuat latihan sewaktu P&P biasa. Selain itu, pelajar yang telah selesai menjawab soalan peperiksaan lebih awal juga akan mengganggu rakannya yang lain dan ini akan mengganggu kelancaran ujian. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI Dalam mengawal disiplin murid sewaktu peperiksaan dijalankan saya mengambil keputusan dengan menyediakan alat kelengkapan tambahan bagi mengatasi masalah murid yang tidak membawa kelengkapan ujian dengan meminjamkan kepada mereka sewaktu ujian dijalankan. Manakala bagi murid yang siap menjawab soalan di awal waktu saya akan mengarahkan murid untuk menyemak semula jawapan mereka . TEMPOH MASA Saya terus mengambil tindakan bagi menangani permasalahan ini.

Transcript of MINGGU 7

Page 1: MINGGU 7

JURNAL

Minggu : KETUJUH

Tarikh : 01  – 05 Mac 2015

Tajuk : MINGGU UJIAN1 1/ SUMATIF 1

MASALAH

Pada minggu ini pelajar-pelajar terlibat dengan Ujian 1/Sumatif 1 dan P&P tidak dapat

dilaksanakan. Manakala pada minggu ini saya menghadapi permasalahan dalam

mengawal disiplin pelajar sewaktu ujian dijalankan.

ANALISIS

Daripada permasalahan yang saya hadapi ini, apa yang dapat disimpulkan adalah

berpunca daripada murid yang tidak membawa kelengkapan dan kemudian murid-murid

tersebut mengganggu rakan mereka dengan alasan untuk meminjam alat tulis daripada

rakan mereka yang lain. Selain itu di antara faktor lain adalah berpunca daripada

pelajar yang tidak mempunyai pengalaman dan pendedahan dalam menghadapi situasi

ujian. Oleh itu, pelajar-pelajar menjawab soalan ujian seperti membuat latihan sewaktu

P&P biasa. Selain itu, pelajar yang telah selesai menjawab soalan peperiksaan lebih

awal juga akan mengganggu rakannya yang lain dan ini akan mengganggu kelancaran ujian.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

Dalam mengawal disiplin murid sewaktu peperiksaan dijalankan saya mengambil

keputusan dengan menyediakan alat kelengkapan tambahan bagi mengatasi masalah

murid yang tidak membawa kelengkapan ujian dengan meminjamkan kepada mereka sewaktu

ujian dijalankan. Manakala bagi murid yang siap menjawab soalan di awal waktu saya

akan mengarahkan murid untuk menyemak semula jawapan mereka .

TEMPOH MASA

Saya terus mengambil tindakan bagi menangani permasalahan ini.

Page 2: MINGGU 7

PENILAIAN KEYAKINAN

Setelah menyedari hal ini, saya perlu lebih bijak menangani segala masalah yang

berlaku supaya peperiksaan berjalan lancar.

TINDAKAN SUSULAN

Saya akan memberi penerangan kepada pelajar dari masa ke semasa tentang cara

menjaga disiplin ketika menghadapi peperiksaan.