MINGGU 9

2
PENULISAN JURNAL MINGGU11 MASALAH MURID TIDAK MENUNJUKKAN KERJASAMA DALAM KUMPULAN MASALAH Saya mendapati murid- murid tidak menunjukkan kerjasama dalam kumpulan. Apabila guru meminta murid memilih ahli kumpulan sendiri ada diantara murid yang bergaduh unutk merenut ahli kumpulan apabila guru membahagikan ahli kumpulan secara rawak. Semasa aktiviti dijalankan murid tidak dapt berkomunikasi dengan baik dan ada di antara mereka tidak memainkan peranan sebagai ahli atau ketua kumpulan dengan baik. ANALISIS MASALAH Masalah ini mungkin terjadi kerana murid bergantung harap kepada murid lain untuk melakukan aktiviti yang telah ditugaskan oleh guru. Murid juga mingkin bersikap malas atau mengambil mudah akan tanggungjawab yang diberikan oleh guru kepada mereka. Masalah ini mungkin wujud kerana timbulnya perasaan bangga kelebihan diri dan perbandingan taraf kepandaian. Walaubagaimanapun, dalam satu kelas, murid yang pandai lebih cenderung untuk bergaul dengan murid yang pandai sahaja manakala murid yang kurang pandai dipinggirkan kerana mereka merasakan murid yang kurang pandai tidak sama taraf dengan mereka, Murid tidak dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan seterusnya objektif dan hasil yang telah dirancang akan terganggu. Keadaan ini juga akan menimbulkan suasana yang tidak kondusif di dalam bilik darjah dan murid

Transcript of MINGGU 9

PENULISAN JURNAL

PENULISAN JURNALMINGGU11

MASALAH MURID TIDAK MENUNJUKKAN KERJASAMA DALAM KUMPULANMASALAHSaya mendapati murid- murid tidak menunjukkan kerjasama dalam kumpulan. Apabila guru meminta murid memilih ahli kumpulan sendiri ada diantara murid yang bergaduh unutk merenut ahli kumpulan apabila guru membahagikan ahli kumpulan secara rawak. Semasa aktiviti dijalankan murid tidak dapt berkomunikasi dengan baik dan ada di antara mereka tidak memainkan peranan sebagai ahli atau ketua kumpulan dengan baik.ANALISIS MASALAHMasalah ini mungkin terjadi kerana murid bergantung harap kepada murid lain untuk melakukan aktiviti yang telah ditugaskan oleh guru. Murid juga mingkin bersikap malas atau mengambil mudah akan tanggungjawab yang diberikan oleh guru kepada mereka. Masalah ini mungkin wujud kerana timbulnya perasaan bangga kelebihan diri dan perbandingan taraf kepandaian. Walaubagaimanapun, dalam satu kelas, murid yang pandai lebih cenderung untuk bergaul dengan murid yang pandai sahaja manakala murid yang kurang pandai dipinggirkan kerana mereka merasakan murid yang kurang pandai tidak sama taraf dengan mereka, Murid tidak dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan seterusnya objektif dan hasil yang telah dirancang akan terganggu. Keadaan ini juga akan menimbulkan suasana yang tidak kondusif di dalam bilik darjah dan murid lain juga akan berasa terganggu. Selain itu, akan timbul juga pergaduhan dan murid lain akan turut serta sekali.CADANGAN/TINDAKAN SUSULAN Dalam melaksanakan aktiviti berkumpulan pada masa akan datang guru akan sentiasa perlu membahagikan murid ke dalam kumpulan yang seimbang di mana setiap kumpulan ada murid yang pandai da nada murid yang lemah. Selain itu, guru perlu menggalakkan murid yang pandai untuk membantu murid yang lemah agar jurang perbezaan dapat dikurangkan. Guru juga perlu menerapkan nilai bekrejasama dalam diri murid agar mereka dapat menunjukkan sikap bekerjasama dalam ahli kumpulan.KESIMPULANSaya berharap aktiviti berkumpulan dapat dilaksanakan dengan baik pada sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang. Sikap bekerjasama dalam kumpulan harus dipupuk tidak kira sama ada di dalam mahupun diluar bilik darjah. Ianya dapat menyediakan diri murid kearah menjadi ketua atau ahli kumpulan dengan baik yang dapat memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap organisasi yang mereka sertai nanti.