minggu 9

3
Bilangan Jurnal :Ke 9 Minggu Praktikum :Kesembilan Tarikh Peristiwa / Kejadian :6 – 10 April 2015 Tajuk Jurnal : Sikap Tidak Membuat Kerja Rumah 1. Masalah / Peristiwa Pada minggu kesembilan ini iaitu minggu selepas cuti pertengahan penggal, masalah utama yang dikenal pasti ialah sikap murid yang tidak membuat kerja rumah mereka yang diberikan oleh guru sebelum cuti. Guru memberikan kerja rumah yang setimpal dan selaras dengan pengetahuan mereka namun demikian, sikap malas mereka dan berpura-pura lupa menjadi masalah berat kepada diri mereka sendiri dan kepada guru. Segelintir murid ada menyiapkannya dan majoriti daripada mereka tidak membuat langsung dan ini boleh memberikan kesan negatif kepada diri mereka. 2. Analisis Masalah ini berpunca daripada sikap murid sendiri yang mengendahkan kerja rumah mereka dan apabila saki baki cuti semakin habis kerja masih belum siap dan akhirnya mereka tidak membuat langsung. Sikap malas ini perlu diubah segera. Selain itu, murid juga memberikan alasan tidak ingat kerja rumah tetapi

description

jurnal minggu 9

Transcript of minggu 9

Page 1: minggu 9

Bilangan Jurnal :Ke 9

Minggu Praktikum :Kesembilan

Tarikh Peristiwa / Kejadian :6 – 10 April 2015

Tajuk Jurnal : Sikap Tidak Membuat Kerja Rumah

1. Masalah / Peristiwa

Pada minggu kesembilan ini iaitu minggu selepas cuti pertengahan penggal, masalah

utama yang dikenal pasti ialah sikap murid yang tidak membuat kerja rumah mereka

yang diberikan oleh guru sebelum cuti. Guru memberikan kerja rumah yang setimpal

dan selaras dengan pengetahuan mereka namun demikian, sikap malas mereka dan

berpura-pura lupa menjadi masalah berat kepada diri mereka sendiri dan kepada guru.

Segelintir murid ada menyiapkannya dan majoriti daripada mereka tidak membuat

langsung dan ini boleh memberikan kesan negatif kepada diri mereka.

2. Analisis

Masalah ini berpunca daripada sikap murid sendiri yang mengendahkan kerja rumah

mereka dan apabila saki baki cuti semakin habis kerja masih belum siap dan akhirnya

mereka tidak membuat langsung. Sikap malas ini perlu diubah segera. Selain itu, murid

juga memberikan alasan tidak ingat kerja rumah tetapi sewaktu guru memberikan kerja

rumah sebelum waktu cuti mereka langsung tidak membuat catatan.

Page 2: minggu 9

3. Cadangan Tindakan Susulan

Masalah ini dapat diselesaikan dengan cara membawa murid yang tidak menyiapkan

kerja rumah untuk berjumpa dengan guru besar. Hal ini kerana sikap ini sudah berulang

kali dilakukan oleh murid dan tidak ada sebarang perubahan tingkah laku dalam diri

mereka. Maka murid akan dirujuk kepada pihak sekolah untuk menerima sebarang

hukuman atau amaran daripada pihak atasan. Sekiranya selepas ini mereka masih

tidak membuat kerja rumah maka guru akan mencadangkan supaya murid demikian

dirujuk kepada masalah tingkah laku dan dipanggil ibu bapa mereka untuk dibawa

berbincang.

4. Tempoh Masa Dan Keberkesanan Tindakan Susulan

Tempoh masa yang diambil oleh saya untuk mengambil tindakan sewajarnya ialah

selama sehari sahaja. Guru masuk ke kelas dan meminta murid menghantar kerja

rumah namun bagi murid yang tidak menghantar kerja rumah maka guru akan

mencadangkan untuk dibawa berjumpa guru besar serta merta.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :