minggu 9.docx

4
Bilangan Jurnal : 9/12 Minggu Praktikum : Kesembilan Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 31 hingga 04 April 2014 Tajuk Jurnal : Latihan dan Kerja Rumah Murid 1. Masalah/ Peristiwa Segelintir murid-murid seringkali mengabaikan latihan dan kerja rumah yang diberikan guru kepadanya setiap hari. Pelbagai sebab dan punca masalah ini sering barlaku dan terus menjadi masalah biasa bagi semua sekolah di negara kita. Seringkali juga, guru berasa pening apabila murid sambil lewa dalam melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru. Murid kelihatan seperti terlalu letih semasa membuat latihan yang diberikan oleh guru terutamanya bagi kumpulan yang lemah. Selain itu, murid tidak menyiapkan kerja sekolah pada masa yang ditetapkan dan sering tidak membawa buku latihan untuk menampal lembaran kerja dan nota yang diberikan. Keadaan ini seumpama mematahkan semangat seorang guru dalam impiannya bagi membentuk murid yang cemerlang serta berkaliber 2. Analisis Segelintir murid di kelas saya malas dan tidak berusaha

Transcript of minggu 9.docx

Bilangan Jurnal : 9/12Minggu Praktikum : KesembilanTarikh Peristiwa/ Kejadian : 31 hingga 04 April 2014Tajuk Jurnal : Latihan dan Kerja Rumah Murid

1. Masalah/ PeristiwaSegelintir murid-murid seringkali mengabaikan latihan dan kerja rumah yang diberikan guru kepadanya setiap hari. Pelbagai sebab dan punca masalah ini sering barlaku dan terus menjadi masalah biasa bagi semua sekolah di negara kita. Seringkali juga, guru berasa pening apabila murid sambil lewa dalam melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru. Murid kelihatan seperti terlalu letih semasa membuat latihan yang diberikan oleh guru terutamanya bagi kumpulan yang lemah. Selain itu, murid tidak menyiapkan kerja sekolah pada masa yang ditetapkan dan sering tidak membawa buku latihan untuk menampal lembaran kerja dan nota yang diberikan. Keadaan ini seumpama mematahkan semangat seorang guru dalam impiannya bagi membentuk murid yang cemerlang serta berkaliber

2. AnalisisSegelintir murid di kelas saya malas dan tidak berusaha untuk menyiapkan kerja dan latihan yang diberikan pada waktu-waktu tertentu. Ada pula yang menggunakan masa yang diberikan untuk membuat latihan untuk berbual dengan rakan atau bermain. Tingkah laku ini juga mengganggu rakan lain yang ingin membuat kerja sekolah. Apabila ditanya tentang masalah yang dihadapi untuk menyiapkan kerja yang diberi, murid-murid akan mendiamkan diri dan cuba mencari alasan, pelbagai alasan yang sama sering diberi untuk melarikan diri. Antara alasan yang diberikan seperti letih, sibuk, tidak larat, dan pelbagai alasan yang tidak logik.

Selain itu, terdapat murid-murid yang sering tidak membawa buku latihan untuk menampal lembaran kerja dan nota, walaupun telah diberi peringatan beberapa kali. Masalah ini jarang berlaku bagi kumpulan yang pandai sebaliknya selalu berlaku bagi kumpulan yang lemah sahaja. Dalam hal yang sedemikian, sebagai seorang guru tiada pilih kasih dalam memastikan murid-murid dapat menimba ilmu pengetahuan yang berguna.

3. Cadangan Tindakan SusulanSistem kawalan sosial mengkehendakkan tentang ganjaran dan dendaan. Penyelesaian masalah ini dilakukan dengan mengenalpasti murid -murid yang sering tidak membuat latihan dan kerja rumah. Saya akan menyenaraikan nama murid yang bermasalah ini dengan bergerak ke setiap kumpulan untuk mengenalpasti nama mereka. Teguran dan amaran lisan akan dikenakan terlebih dahulu. Sekiranya murid-murid masih leka, saya akan menyuruh mereka datang ke hadapan saya dan membuat latihan tersebut di hadapan saya. Ini membolehkan saya memerhatikan kerja mereka dan murid-murid itu akan membuat lembaran kerja supaya dapat balik ke tempat masing-masing. Seterusnya, untuk menaikkan semangat belajar murid-murid, saya akan memberikan peneguhan positif yang baik seperti bagus, pandai dan rajin apabila menyemak lembaran kerja mereka. Teori Bandura menekankan bahawa motivasi akan mendorong penglibatan murid dengan lebih berkesan dalam sistem pembelajaran. Kata-kata perangsang sedemikian juga akan memberikan motivasi kepada murid-murid untuk terus berusaha dengan lebih gigih untuk menyiapkan kerja mereka kerana mereka akan berasa kerja mereka dihargai dan disanjungi.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh masa seminggu. Saya yakin sekiranya semua usaha-usaha yang dicadangkan di atas diaplikasi dan

diambil perhatian oleh semua pihak, masalah ini dapat diatasidengan segera. Murid-murid juga harus diberi kesedaran olehguru tentang kelemahan diri mereka. Guru perlusabar dan sanggup berusaha keras untuk mempertingkatkan prestasi muridmelalui pantauan berterusan terhadap latihan dan kerja rumah murid.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : Tandatangan : Nama : Nama : Tarikh : Tarikh :