Mini Kem_laporan Program Mini Kem Jati Diri

20
LAPORAN PROGRAM MINI KEM JATI DIRI SK BANDAR BARU SELAYANG 68100 BATU CAVES 26 SEPTEMBER 2012 Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan erjasama Unit HEM dan Unit Kokurikulum telah mengadakan program Mini Kem Jati Diri. Program sehari itu telah dijalankan dengan jaya dengan mendapat sokongan dan kerjasama ahli jawatan kuasa yang dilantik. Program ini mensasarkan seramai 38 orang murid-murid tahun lima untuk membina jati diri mereka. Kesemua aktiviti yang disediakan telah dijalankan dengan jayanya iaitu: Aktiviti1 – Slot Jati Diri Aktiviti 2 – Latihan dalam kumpulan Aktiviti 3 – Tazkirah Aktiviti 4 – Orienteering Aktiviti 5 – Malaysia Cergas Para peserta seramai 38 orang itu telah dibahagikan kepada 5 kumpulan untuk memudahkan perjalanan program. Aktiviti 1, Slot Jati Diri yang dikendalikan oleh Puan Azlina bt Rahmat. Para peserta diperkenalkan dengan maksud `jati diri` dan bagaimana cara untuk membina jati diri dalam diri masing-masing. Di samping itu ada juga pengisian berkenaan membina keyakinan diri. Para peserta dikehendaki meniup belon seberapa besar yang boleh sehingga meletup tanpa menggunakan apa-apa alat. Terdapat seorang peserta yang menangis ketakutan kerana bunyi letupan belon tersebut

description

COntoh Laporan

Transcript of Mini Kem_laporan Program Mini Kem Jati Diri

Page 1: Mini Kem_laporan Program Mini Kem Jati Diri

LAPORAN PROGRAM MINI KEM JATI DIRI

SK BANDAR BARU SELAYANG

68100 BATU CAVES

26 SEPTEMBER 2012

Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan erjasama Unit HEM dan Unit Kokurikulum telah

mengadakan program Mini Kem Jati Diri. Program sehari itu telah dijalankan dengan jaya

dengan mendapat sokongan dan kerjasama ahli jawatan kuasa yang dilantik. Program ini

mensasarkan seramai 38 orang murid-murid tahun lima untuk membina jati diri mereka.

Kesemua aktiviti yang disediakan telah dijalankan dengan jayanya iaitu:

Aktiviti1 – Slot Jati Diri

Aktiviti 2 – Latihan dalam kumpulan

Aktiviti 3 – Tazkirah

Aktiviti 4 – Orienteering

Aktiviti 5 – Malaysia Cergas

Para peserta seramai 38 orang itu telah dibahagikan kepada 5 kumpulan untuk

memudahkan perjalanan program.

Aktiviti 1, Slot Jati Diri yang dikendalikan oleh Puan Azlina bt Rahmat. Para peserta

diperkenalkan dengan maksud `jati diri` dan bagaimana cara untuk membina jati diri dalam

diri masing-masing. Di samping itu ada juga pengisian berkenaan membina keyakinan diri.

Para peserta dikehendaki meniup belon seberapa besar yang boleh sehingga meletup tanpa

menggunakan apa-apa alat. Terdapat seorang peserta yang menangis ketakutan kerana

bunyi letupan belon tersebut menakutkannya. Beliau ditenangkan oleh guru yang sama-

sama brada di dalam dewan itu.

Aktiviti 2, LDK, Latihan Dalam Kumpulan, para peserta dikehendaki mencipta logo dan

moto kumpulan dan mempersembahkannya di hadapan rakan peserta. Tujuannya adalah

untuk membina keyakinan diri semasa mempersembahkan hasil kerja mereka kepada

kumpulan lain.. Seterusnya, peserta mendengar bicara tentang tanggungjawab diri dan

pengorbanan ibu bapa.

Aktiviti 3 iaitu Tazkirah, dikendalikan oleh Ustaz Wan Hazaruddin di surau sekolah selepas

solat Zohor. Selepas mendengar taklimat semasa berkumpul di Balai Ilmu, para serta

bergerak ke padang sekolah untuk Aktiviti 4 iaitu Bina Khemah yang kendalikan oleh Encik

Page 2: Mini Kem_laporan Program Mini Kem Jati Diri

Mohd Nazri. Bersama-sama beberapa orang guru pembimbing. Selepas demonstrasi, setiap

kumpulan dikehendaki memasang dan mendirikan sebuah khemah dan kemudiannya

mengemaskan semula. Aktiviti 4 seterusnya ialah treasure hunt atau mencari harta karun ,

Memandangkan hujan renyai-renyai hanya satu aktiviti yang jalankan iaitu mencari bahan

untuk membuat anyaman.

Bagi Aktiviti 5, Malaysia Cergas, peserta menyertai tiga acara sukaneka iaitu Bina Istana,

Penuhkan Botol dan Sampaikan Pesan. Para peseta leha menjalankan aktiviti dengan

bersungguh-sungguh dan semangat kesukanan.

Guru Besar SKBBS, Encik Sharim bin Hashim dan Puan Sharipah bt Shariff, Pemangku

GPK Tadbir dan Kurikulum, telah hadir dalam upacara penutup. Guru Besar telah memberi

ucapan dengan memberi masihat dan semangat kepada para serta. Beliau juga telah sudi

menyampaikan hadiah-hadiah kepada para peserta. Program berakhir pada jam 5.35

petang.

Kekuatan

Guru Besar telah memberi sokongan padu dalam menjayakan program ini di samping

kerjasama dan komitmen ahli jawatan kuasa. Unit Bimbingan dan Kaunseling telah sudi

menyumbangkan RM300.00 untuk menampung sebahagian keperluan program. Guru

Bimbingan dan Kaunseling SKBBS telah mampu mengendalikan Aktiviti 1 iaitu Slot Jati Diri

dan Aktiviti 2 iaitu aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dengan jayanya.

Ketua Pembimbing Persatuan Pengakap telah meminjamkan lima buah khemah untuk

digunakan semasa program tersebut.

Kelemahan

Program tidak dapat dilaksanakan lebih awal kerana berhadapan dengan bulan Ramadhan

yang mana Panitia Agama Islam mengadakan aktiviti dan pengisian tersendiri dalam bulan

tersebut. Selain itu, saya berhadapan juga dengan cuti Hari Raya Aidil Fitri dan beberapa

siri cuti yang lain.

Keadaan cuaca juga menyumbang kepada punca kelemahan program ini iaitu kerap hujan

dan keadaan padang yang basah dan lembab. Walaupun forging dibuat, nyamuk tetap

banyak memandangkan kawasan sekolah di kelilingi hutan kecil.

Page 3: Mini Kem_laporan Program Mini Kem Jati Diri

Peluang

Peluang untuk memilih satu hari yang sesuai untuk menjalankan aktiviti agak sukar.

Namun jika diberi peluang, program ini boleh dijalankan selama dua hari satu malam

dengan melibatkan lebih ramai murid tahun 5 dan guru-guru serta mempelbagaikan aktiviti.

Ancaman

Selain daripada keadaan cuaca yang tidak menentu, nyamuk dan kehaddiran anjing juga

menjadi ancaman kepada para peserta program ini. Pihak jawatankuasa telan mengambil

langkah berhati-hati demi menjaga keselamatan para peserta.

Penutup

Secara keseluruhannya, program ini diharap sedikit sebanyak dapat membuka hati dan

minda para peserta untuk membina jati diri mereka. Harapan juga agar mereka dapat

memanfaatkan pengisian program tersebut untuk kepentingan masa hadapan yang lebih

baik.

Disediakan oleh,

__________________________

AZLYNA BINTI ABDUL RAZAK

Penyelaras Program

Mini Kem Jati Diri

Page 4: Mini Kem_laporan Program Mini Kem Jati Diri

PROGRAM

MINI KEM JATI DIRI

SK BANDAR BARU SELAYANG

26 SEPTEMBER 2012

Page 5: Mini Kem_laporan Program Mini Kem Jati Diri

AKTIVITI 1 : SLOT JATI DIRI

Page 6: Mini Kem_laporan Program Mini Kem Jati Diri

AKTIVITI 2 : LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)

Page 7: Mini Kem_laporan Program Mini Kem Jati Diri
Page 8: Mini Kem_laporan Program Mini Kem Jati Diri
Page 9: Mini Kem_laporan Program Mini Kem Jati Diri
Page 10: Mini Kem_laporan Program Mini Kem Jati Diri
Page 11: Mini Kem_laporan Program Mini Kem Jati Diri
Page 12: Mini Kem_laporan Program Mini Kem Jati Diri
Page 13: Mini Kem_laporan Program Mini Kem Jati Diri
Page 14: Mini Kem_laporan Program Mini Kem Jati Diri
Page 15: Mini Kem_laporan Program Mini Kem Jati Diri
Page 16: Mini Kem_laporan Program Mini Kem Jati Diri
Page 17: Mini Kem_laporan Program Mini Kem Jati Diri
Page 18: Mini Kem_laporan Program Mini Kem Jati Diri