Mini Proposal Kajian Tindakan

download Mini Proposal Kajian Tindakan

of 5

Transcript of Mini Proposal Kajian Tindakan

  • 8/11/2019 Mini Proposal Kajian Tindakan

    1/5

    1

    MINI PROPOSAL

    KAJIAN TINDAKAN

    NAMA : SYAZANA BINTI ABDUL RAZAK

    NO I/C : 890519-02-5480

    SEKOLAH : SK NYIOR CHABANG 07000 LANGKAWI, KEDAH

  • 8/11/2019 Mini Proposal Kajian Tindakan

    2/5

    2

    MINI PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

    1.0 Tajuk kajian :Meningkatkan ketepatan kemahiran menjaring bola hoki di

    bawah tajuk menjaring dalam mata pelajaran Pendidikan

    Jasmani dalam kalangan responden tahun 3 Bijak

    menggunakan kaedah permainan sasaran (Target Games).

    2.0 Dikemukakan oleh : Nama Guru : Syazana binti Abdul Razak

    Sekolah : SK Nyior Chabang 07000 Langkawi, Kedah

    3.0 Latar Belakang

    Kajian :

    Secara umumnya kemahiran murid dalam menjaring bola

    ke arah jaring atau sasaran berada pada tahap sederhana

    rendah. Ini kerana murid ini tidak pernah didedahkan

    dengan permainan khususnya permainan hoki.

    Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan,

    didapati murid lemah dari segi menjaring bola ke arah

    jaring. Oleh itu, satu kajian tindakan dirasakan perludilaksanakan bagi mengenal pasti punca masalah dan

    seterusnya mengatasinya.

    4.0 Pernyataan Masalah: Masalah yang dikaji ialah ketepatan murid dalam menjaring

    bola hoki ke arah sasaran agak lemah. Masalah ini

    berpunca daripada :i. Murid tidak didedahkan dengan permainan

    khususnya permainan hoki.

    ii. Teknik perlakuan yang tidak betul.

    iii. Tidak ada permainan kecil yang boleh

    mendorong murid berasa seronok untuk bermain.

    Jika masalah ini dapat diatasi, maka :

    i. Murid dapat menguasai kemahiran menjaring

    bola hoki.

  • 8/11/2019 Mini Proposal Kajian Tindakan

    3/5

    3

    ii. Murid lebih seronok mengikuti P&P.

    iii. Teknik perlakuan murid dapat dipertingkatkan.

    5.0 Objektif Kajian : Objektif Umum

    Kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan ketepatan

    kemahiran menjaring bola hoki dalam kalangan responden

    Tahun 3 Bijak dengan menggunakan kaedah Target

    Games.

    Objektif Khusus

    i. Meningkatkan ketepatan menjaring bola dalam

    kemahiran asas menjaring menggunakan kaedah

    TGFU (Target Games).

    ii. Memantapkan teknik responden dalam melakukan

    kemahiran menjaring bola dalam permainan hoki.

    6.0 Kumpulan Sasaran : Tahun : 3 Bijak

    Bilangan pelajar : 25 orang ( L = 12, P = 13 )

    7.0 Prosedur Kajian :

    7.1 Tinjauan Awal :

    1.Ujian pra yang menggunakan instrumen yang telah

    digariskan oleh Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum,

    Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Program Mengenal

    Pasti Bakat Sukan (TID) melalui Bateri Ujian Hoki.

    7.2 Merancang

    Tindakan :

    Tindakan yang dirancang ialah melaksanakan permainan

    sasaran (Target Games) sebagai rawatan kepada

    responden. Antaranya ialah :

    i. Bowling Hoki

    ii. Tolak sampai kena

    iii. Permainan hoki mini

    Bahan yang diperlukan : botol, kayu hoki plastik, bola hoki,

  • 8/11/2019 Mini Proposal Kajian Tindakan

    4/5

    4

    field marker

    Instrument yang disediakan : borang markah

    7.3 Melaksanakan

    Tindakan :

    Tindakan intervensi ini dilaksanakan dengan cara :

    i. Murid akan menjalani ujian pra terlebih dahulu

    untuk mengesan masalah yang berlaku sebelum

    diberi kaedah rawatan.

    ii. Setiap kali waktu mata pelajaran PJ, semua

    murid akan diberi kaedah rawatan iaitu pelbagai

    permainan sasaran (Target Games) selama 4

    minggu.

    iii. Selepas melakukan rawatan menggunakan

    kaedah Target Games, pengkaji akan

    melakukan ujian pos untuk melihat sama ada

    terdapat peningkatan yang berlaku dalam

    kalangan murid dalam ketepatan melakukan

    kemahiran menjaring bola hoki ke arah sasaran.

    7.4 Menilai Tindakan Penilaian keberkesanan tindakan akan dibuat dengan

    menjalankan ujian pos, menggunakan ujian yang sama

    seperti ujian pra iaitu instrumen yang telah digariskan oleh

    Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian

    Pelajaran Malaysia dalam Program Mengenal Pasti Bakat

    Sukan (TID) melalui Bateri Ujian Hoki. Rekod penguasaan

    ujian pos akan dibandingkan dengan rekod tinjauan awal.

    7.5 Refleksi Kajian : Refleksi keberkesanan tindakan adalah berdasarkan :

    i. Pemerhatian sikap murid semasa P&P.

    ii. Keupayaan murid melakukan kemahiran

    menjaring bola hoki.

    iii. Penguasaan murid dalam kemahiran menjaring

    selepas diberikan rawatan.

  • 8/11/2019 Mini Proposal Kajian Tindakan

    5/5

    5

    iv. Kepuasan guru dalam kitaran pertama kajian ini.

    8.0 Jadual Pelaksanaan

    Kajian :

    Bil Butiran MINGGU

    1 2 3 4 5 6 7 8

    1 Refleksi X

    2 Tinjauan awal X3 Menentukan fokus kajian X

    4 Merancang tindakan X

    5 Melaksanakan tindakan X X X X

    6 Memerhati dan menilai X X X X

    7 Mereflek keberkesanan

    tindakan

    X

    8 Menulis laporan X