minit 1 2015

6
SMK BANDAR SUNGAI PETANI, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN MINIT MESYUARAT PANITIA KHB/ERT KALI PERTAMA 2015 Tarikh : 07 JANUARI 2015 Hari : RABU Masa : 10.00 Pagi –12.30 Petang Tempat : Bilik 3E SMKBSP HADIR 1. Pn. Norhayati Binti Yusoff (Guru Kanan Teknik Dan Vokasional) 2. Pn. Muliati Bt Fadhil (Ketua Panitia KHB) 3. Pn. Lim Chai Hoay (Pen KP KHB) 4. Pn. Nor Khuzaini Bt Yusoff 5. Pn. Tan Koi Yong 6. Pn. Erna Binti Askandar 7. Pn. Noor Fazilah Binti Hashim 8. Pn. Roslina Binti Mohamad Salleh 9. Pn. Idawati Binti Yaacob 10. Pn. Noryati Binti Yaacob 11. En. Asrul Kusairy Bin Ahmad 12. Pn. Zuraida Binti Isa 13. En. Abdul Hamid Bin Othman TIDAK HADIR BERSEBAB 1. En. Rashedi Bin Abd. Rashid 2. Pn. Martini Binti Mahmud 1

description

MINIT MESYUARAT PANITIA KHB

Transcript of minit 1 2015

SMK BANDAR SUNGAI PETANI, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMANMINIT MESYUARAT PANITIA KHB/ERT KALI PERTAMA 2015Tarikh

:07 JANUARI 2015Hari

: RABUMasa

:10.00 Pagi 12.30 Petang

Tempat :Bilik 3E SMKBSPHADIR1. Pn. Norhayati Binti Yusoff (Guru Kanan Teknik Dan Vokasional)2. Pn. Muliati Bt Fadhil

(Ketua Panitia KHB)

3. Pn. Lim Chai Hoay

(Pen KP KHB)4. Pn. Nor Khuzaini Bt Yusoff

5. Pn. Tan Koi Yong

6. Pn. Erna Binti Askandar

7. Pn. Noor Fazilah Binti Hashim

8. Pn. Roslina Binti Mohamad Salleh9. Pn. Idawati Binti Yaacob 10. Pn. Noryati Binti Yaacob 11. En. Asrul Kusairy Bin Ahmad12. Pn. Zuraida Binti Isa13. En. Abdul Hamid Bin Othman

TIDAK HADIR BERSEBAB

1. En. Rashedi Bin Abd. Rashid 2. Pn. Martini Binti Mahmud

I. PERUTUSAN PENGERUSI1. KP selaku pengerusi majlis mengalu-alu dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli panitia KHB. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang sanggup bekerja kuat untuk meningkatkan prestasi pelajar.2. GKMTV mengucapkan terima kasih kepada semua guru KHB yang telah memberi sepenuh komitmen dalam menunaikan tanggungjawab sebagai pendidik dan bertungkus lumus dalam melancarkan ujian bertulis PT3. GKMTV menyampaikan pesanan-pesanan Tuan Pengetua:3. Semua guru perlu ingat Visi dan Misi sekolah serta memasukkan dalam setiap surat penggilan mesyuarat atau apap-apa surat panitia.

4. Semua guru perlu mengenalpasti hala tuju sekolah iaitu semua pelajar yang mengambil peperiksaaan SPM perlu mendapat sijil iaitu perlu lulus mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.5. Semua pelajar Kelas Rancangan Khas (KRK) mesti mendapat A dalam semua mata pelajaran.

6. NGP peperiksaan SPM 2015 perlu mencapai 4.40

7. SMKBSP mesti berada dalam kedudukan 10 kebawah daripada 46 buah sekolah dalam Daerah Kuala MUda Yan.8. Bagi mencapai matlamat strategi yang perlu dilakukan adalah seperti mengadakan dialog dengan pelajar bagi mengenalpasti masalah pelajar.

9. Bagi mendapatkan Baiah kehadiran guru mestilah mencapai 90%.

10. Perancangan pembelian setiap panitia mestilah dalam bentuk 3 fasa iaitu fasa satu, Jan hingga Mac, fasa 2 April hingga Jun dan fasa 3 Julai hingga September.11. Perlaksanaan penilaian E-prestasi mula sah dan digunapakai bermula 2015.

12. Tiada aktiviti di sekolah pada waktu malam.

13. Ketua Panitia mesti mengutip buku latihan pelajar dari guru-guru untuk semakan.Makluman : semua guru

II. ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN PERCUBAAN PT3 DAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 201414. Ketua Panitia membentangkan analisis keputusan peperiksaan PT3 2014, iaitu KHB PK 100% lulus, KHB ERT 17.7% gagal dan KHB KT 28.1% gagal. Keputusan mengikut kelas boleh rujuk Analisis Keputusan Peperiksaan PT3 2014.15. Faktor kegagalan pelajar dalam mata pelajaran KHB adalah disebabkan pendedahan format pepriksaan yang lewat, persediaan pelajar dan sikap pelajar itu sendiri. 16. GKM mencadangkan semua guru mata pelajaran perlu memberi amaran awal terhadap kes peniruan dalam peperiksaan dan pelajar-pelajar yang bermasalah akan dirujuk kepada Pengetua.

17. En. Hamid memberi pandangan bahawa sikap pelajar adalah masalah keseluruhan pelajar SMKBSP dan pihak pentadbiran dan unit kaunseling perlu fokus kepada pemulihan sikap pelajar.

18. Pn. Lim membentangkan analisis peperiksaan akhir tahun 2014 bagi pelajar tingkatan 2 2014 dan memaklumkan ramai pelajar gagal kerana format peperiksaan yang baru dan pelajar malas mengulangkaji pelajaran.19. KHB KT 84.25% lulus, KHB PK 91.33% dan KHB ERT 95.24%. Pelajar KHB PK mendapat A seramai 39 orang (26%). KHB ERT 5 orang pelajar dapat A (5%) dan KHB KT seorang pelajar dapat A (0.8%).20. Pn. Normah memaklumkan terdapat pelajar-pelajar kelas 2N dan 2M tidak boleh membaca dan menulis.Makluman : semua guru

III. PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI PELAJAR21. Pn Muliati mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru yang telah menjalankan kelas tambahan semasa ketiadaan beliau. Antaranya program latih to win dan Program kelas tambahan cuti persekolahan penggal II. Dan mengharapkan semua guru dapat meneruskan kerjasama yang diberikan untuk program 2015.22. Ketua Panitia juga meminta semua guru dapat meyediakan latihan mengikut format PT3 dan mendedahkan soalan berbentuk KBAT kepada pelajar dari tingkatan 1 hingga 3.IV. PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH23. GKM mengingatkan semua guru untuk melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi semua mata pelajaran.Tindakan :Semua Guru mata pelajaran 24. Semua guru KH yang telah menggunakan bengkel perlu memastikan bengkel bersih dan kemas sebelum meninggalkanya. Pastikan guru mencatat masa kegunaan bengkel bagi memudahkan pemantauan Makluman : Semua guruV. PEMANTAUAN KURIKULUM BERKUALITI (PKB)25. GKM meminta Pn. Khuzaini menjelaskan format penulisan buku RPH dengan betul supaya seragam bagi semua guru.26. GKM juga mengingatkan guru untuk dicerap oleh pencerap yang telah dilantik mengikut tarikh serta maklumat dalam buku takwim sekolah. Setiap kali pencerapan perlu ada dua salinan borang pencerapan untuk kegunaan E-prestasi.

27. Beliau juga mengingatkan supaya buku rekod mengajar dicatat setiap hari dan dilengkapi dengan maklumat terkini. Pastikan senarai nama, TOV dan ETR serta keputusan peperiksaan dilekatkan diruangan yang disediakan.28. Semakan buku nota dan latihan pelajar dibuat secara berterusanMakluman : Semua guru29. Ketua Panitia dikehendaki mencerap buku guru-guru dibawah seliaannya.

Tindakan: Ketua Panitia

X . LAPORAN KEWANGAN,STOK DAN ASET PANITIA 2014

30. Puan Muliati melaporkan baki terkini pada 7 Jan 2015 adalah berjumlah RM60. Semua inbois telah diselesaikan.

31. GKM meminta berbelanjaan yang melebihi RM1000 perlu disediakan kertas kerja untuk dibentangkan. Pembelian bahan KHB perlu dibeli pada awal tahun untuk mempercepatkan proses p&p.Makluman : Semua guruXI.PENGURUSAN BENGKEL32. KP meminta supaya guru yang telah dilantik menjaga bilik-bilik khas menguruskannya dengan penuh tanggungjawab33. Semua guru bilik khas diminta menyemak buku stok dan pastikan semua bahan telah dicatat dan direkod dalam kad hijau34. Guru-guru penyelia bengkel perlu mengenalpasti alatan yang rosak dan asingkan.35. Guru-guru juga perlu laporkan kerosakan plug dan kipas rosak untuk semua bengkel KHB.

Tindakan : Guru bilik-bilik khas36. GKM menetapkan tarikh gotong-royong bilik-bilik khas KHB pada 8 Jan 2015. Jam 9.00 pagi.

Makluman : semua guruXII. HAL-HAL LAIN37. Pn Idawati meminta supaya kunci bengkel kejuruteraan di duplicate dan disimpan di bilik guru KHB supaya guru di sesi pagi juga dapat menggunakan bengkel tersebut38. Pn Lim Chai Hoay memaklumkan bahawa masih terdapat projek kerja kayu dibengkel yang tidak digunakan. Beliau mencadangkan lebihan bahan tersebut digunakan semula kepada pelajar bagi mengelakkan pembaziran.

39. Pn. Erna mencadangkan penggunaan paku kepada pelajar dipantau atau dibungkus secara individu.40. En. Hamid berpendapat agar pihak pentadbiran mempertimbangkan ujian Bahasa Malaysia kepada tiga kelas terakhir di tingkatan satu.

41. GKMTV meminta guru-guru yang mengajar tingkatan 1 dan 2 mendedahkan firmat sebenar PT3 kepada semua pelajar.

42. GKMTV meminta Pn. Idawati menyediakan bulletin Panitia pada Mei dan September.

43. Guru-guru diminta menyediakan perancangan program guru kepada kelas yang diajar dan serahkan kepada Ketua Panitia pada 13 Januari 2015.44. GKMTV meminta semua guru matapelajaran KHB berbincang bagi mengenalpasti barang atau alatan yang diperlukan untuk semua pilihan dan dihantar kepada penyelaras untuk tindakan selanjutnya. Makluman : semua guruMesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Minit disediakan oleh,

Disemak oleh, Disahkan oleh,..................................... ................................... .............................................(IDAWATI YAACOB) (MULIATI BT FADHIL) (NORHAYATI BINTI YUSOFF) Setiausaha Panitia KHBK Ketua Panitia KHB GKM Teknik Dan Vokasional5