MINIT AKHIR'14.doc

5
MINIT MESYUARAT GURU AKHIR TAHUN 2014 TARIKH : 17 November 2014 (Isnin) MASA : 1.35 petang TEMPAT : Bilik Mesyuarat KEHADIRAN : HADIR: En. Abdul Rahman bin Mohamad (Guru Besar) Pn. Juliaros binti Kamarudin (GPK PK) En. Mohamad Muhaidin bin Jamaludin (GPK HEM) En. Kamarulzaidi bin Harun Shah (GPK KOKU) Pn. Ruzaida binti Haron (Pencatat minit) En. Md. Saari bin Yunan En. Mahadi Azmi bin Mamat En. Mohamad Faizal bin Saidin En. Safwan Izwan bin Safar En. Mohd Razif bin Amran En. Badrul Hisyam bin Yunus En. Mohd Zaidi bin Yaakob Pn. Norhadawati binti Ayni Cik Toibah binti Abdul Manah Pn. Nor Afzan binti Yaacob Cik Noraini binti Abdul Rahim Pn. Azlina binti Ahmad Derawi Pn. Mazaiha binti Mohd Habib Pn. Syamsinaharni binti Hawalit Pn. Syamsina Haryanti binti Hawalit Pn. Hazira binti Mohamed TIDAK HADIR: En. Sharuddin bin Ahmad Amiruddin (Cuti) CATATAN MESYUARAT

Transcript of MINIT AKHIR'14.doc

PANITIA SAINS

MINIT MESYUARAT GURU AKHIR TAHUN 2014TARIKH: 17 November 2014 (Isnin) MASA:1.35 petang TEMPAT :Bilik Mesyuarat

KEHADIRAN :

HADIR:En. Abdul Rahman bin Mohamad

(Guru Besar)

Pn. Juliaros binti Kamarudin

(GPK PK)

En. Mohamad Muhaidin bin Jamaludin

(GPK HEM)

En. Kamarulzaidi bin Harun Shah

(GPK KOKU)

Pn. Ruzaida binti Haron

(Pencatat minit)

En. Md. Saari bin Yunan

En. Mahadi Azmi bin Mamat

En. Mohamad Faizal bin Saidin

En. Safwan Izwan bin Safar

En. Mohd Razif bin Amran

En. Badrul Hisyam bin Yunus

En. Mohd Zaidi bin Yaakob

Pn. Norhadawati binti Ayni

Cik Toibah binti Abdul Manah

Pn. Nor Afzan binti Yaacob

Cik Noraini binti Abdul RahimPn. Azlina binti Ahmad Derawi

Pn. Mazaiha binti Mohd Habib

Pn. Syamsinaharni binti Hawalit

Pn. Syamsina Haryanti binti Hawalit

Pn. Hazira binti Mohamed

TIDAK HADIR: En. Sharuddin bin Ahmad Amiruddin (Cuti)

CATATAN MESYUARAT 1.0 Perutusan pengerusi Mesyuarat Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang

hadir ke mesyuarat akhir bagi tahun 2014. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru yang telah menjalankan tanggungjawab dengan baik sepanjang tahun ini.

Pengerusi berharap bagi sesi persekolahan 2015, guru-guru akan menjalankan tugas dengan lebih baik agar kecemerlangan sekolah dapat ditingkatkan. Pengerusi juga berharap pada waktu cuti ini guru-guru dapat membuat perancangan bagi tahun 2015.

Pengerusi turut memaklumkan bahawa pada waktu cuti, guru-guru boleh diarahkan bertugas.

Tindakan : Untuk Makluman

2.0 Kurikulum

GPK PK mendapati guru-guru tidak menyediakan fail-fail dengan cemerlang dan sebagai langkah pembaikan beliau telah meminta guru-guru memperbaikinya pada awal Ogos lalu. GPK PK memaklumkan dapatan mesyuarat PBS yang dihadiri di Bentong :- Perekodan perlu dimasukkan ke dalam fail Perekodan perlu dibukukan mengikut setiap tahun Setiausaha PBS boleh mengarahkan guru-guru menyediakan dan menyiapkan perekodan pada bila-bila masa agar sentiasa dikemaskini. GPK PK berharap pada tahun hadapan setiap panitia perlu memastikan panitia mempunyai carta organisasi, KPI, aktiviti dan program yang akan dijalankan. GPK PK juga berharap setiausaha panitia menyediakan surat panggilan dan minit mesyuarat setiap kali sebelum dan selepas mesyuarat. Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu menjalankan ujian psikometrik yang boleh dimuat turun daripada portal KPM. PAJSK perlu dinilai oleh guru-guru Pendidikan Jasmani bagi murid-murid tahun 4,5 dan 6. Program LINUS penyelaras perlu mengemaskini bilangan dan nama murid-murid LINUS. Guru LINUS perlu merancang aktiviti yang sesuai bagi murid-murid LINUS. Bagi tahun 2015 semua kelas perlu disusun mengikut kelas abad ke-21 dan guru-guru perlu menjalankan PdP abad ke-21. Guru kelas perlu mempertingkatkan lagi keceriaan kelas masing-masing. Semua guru diminta menjalankan I-think dengan lebih mantap memandangkan guru-guru telah menjalani kursus VLE FROG. Guru-guru perlu mempunyai DSKP mengikut mata pelajaran yang diajar. Guru-guru perlu sentiasa bersedia untuk pemantauan sama ada oleh Pegawai KPM, Pegawai PPD, Jemaah Nazir, Guru Besar, GPK PK, GPK HEM, GPK KOKU, Ketua Panitia dan rakan sebaya.

Tindakan : Untuk Makluman3.0 Hal Ehwal Murid Jawatankuasa HEM pada tahun ini akan dikekalkan untuk tahun 2015. Program Outreach yang dijalankan oleh pihak sekolah akan diteruskan pada tahun hadapan kerana keberkesanan mengurangkan ketidakhadiran murid ke sekolah. Buku kedatangan murid perlu ditanda oleh guru walau bagaimanapun guru juga perlu merekodkan kedatangan melalui aplikasi SPS. Pihak sekolah akan menghantar surat kepada penjaga jika terdapat masalah kehadiran. Salah laku murid perlu direkodkan dalam buku salah laku agar tidak timbul masalah. Pemberian susu sekolah juga perlu direkodkan mengikut hari dan masa pemberian. Murid RMT mengambil makanan sebelum PdP bermula agar proses PdP tidak terganggu. Murid-murid yang menghilangkan buku teks perlu menggantikan dengan buku teks yang baharu. Pengusaha kantin akan menyambung kontrak dengan pihak sekolah selama setahun lagi.Tindakan : Untuk Makluman4.0 Kokurikulum GPK KOKU mengucapkan terima kasih kepada guru-guru kerana menjalankan aktiviti Kokurikulum mengikut perancangan. Tahniah kepada Encik Safwan Izwan dan Encik Mohd Zaidi kerana telah Berjaya melatih murid sehingga ke peringkat negeri dan kebangsaan. Jawatankuasa Kokurikulum bagi tahun 2015 juga akan dikekalkan. Takwim Kokurikulum 2015 akan dipertingkatkan lagi untuk kebaikan dan keberkesanan. Penyediaan Buletin Kokurikulum akan diteruskan dan dokumentasi akan terus diperkemaskan lagi.

Tindakan : Untuk Makluman

5.0 Ha-hal Lain Mesyuarat guru pertama 2015 akan dijalankan pada 30 Disember 2014 (Selasa). Pemberian buku teks dan pembelian buku tulis akan diadakan pada 31 Disember 2014 (Rabu).

Program Orientasi Murid tahun 1 dan Prasekolah tahun 2015 akan dijalankan pada 2 Januari 2015 (Jumaat). Semua guru perlu hadir pada hari orientasi. Penyediaan sudut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia perlu untuk memberikan maklumat dan gambaran jelas kepada guru dan ibu bapa. Tindakan : Untuk Makluman 6.0 Penutup Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas komitmen yang diberikan pada tahun ini dan kehadiran ke mesyuarat kali ini. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.10 petangDisediakan oleh,

Disahkan oleh,

..

.( PN. RUZAIDA BINTI HARON) (EN. ABDUL RAHMAN BIN MOHAMAD)

Pencatat Minit

Guru Besar