MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)

5
SEKOLAH KEBANGSAAN ABC 12345 IPOH, PERAK LAPORAN MESYUARAT/SEMINAR/ BENGKEL/SIMPOSIUM DAN LAIN-LAIN A. Butiran Laporan 1. Tajuk Minit Curai 2. Simposium Simposium Muamalah Islam Peringkat Negeri Perak 3. Pengerusi Ustaz Ahmad Fikri Bin Mohd. Paudzi 4. Tarikh 27 Mei 2015 (Rabu) 5. Masa 8.00 pg 1.00 ptg 6. Tempat Dewan Saidina Abu Bakar, Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) 7. Anjuran 8. Nama Pegawai Pelapor 9. Pegawai Lain Yang Hadir Tiada. B. Perkara yang Dibincangkan Bil . Perkara 1. Modul 1: Perbankan Islam Oleh Ustaz Zuhairi Bin Zakaria, Penolong Pengurus Jabatan Pematuhan Syariah Dan Penyelidikan, CIMB Islamic Bank Berhad Pengenalan kepada konsep riba dan jenis-jenis riba Peratusan terbesar dana pemegang perniagaan bank adalah daripada dana pendeposit dan selebihnya dana pemegang saham Bank memberikan pembiayaan dengan duit pendeposit 1

Transcript of MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)

Page 1: MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)

SEKOLAH KEBANGSAAN ABC12345 IPOH, PERAK

LAPORANMESYUARAT/SEMINAR/ BENGKEL/SIMPOSIUM DAN LAIN-LAIN

A. Butiran Laporan

1. Tajuk Minit Curai

2. Simposium Simposium Muamalah Islam Peringkat Negeri Perak

3. Pengerusi Ustaz Ahmad Fikri Bin Mohd. Paudzi

4. Tarikh 27 Mei 2015 (Rabu)

5. Masa 8.00 pg – 1.00 ptg

6. Tempat Dewan Saidina Abu Bakar, Institut Tadbiran Islam

Perak (INTIM)

7. Anjuran

8. Nama Pegawai Pelapor

9. Pegawai Lain Yang Hadir Tiada.

B. Perkara yang Dibincangkan

Bil. Perkara

1. Modul 1: Perbankan Islam

Oleh Ustaz Zuhairi Bin Zakaria, Penolong Pengurus Jabatan Pematuhan Syariah Dan

Penyelidikan, CIMB Islamic Bank Berhad

Pengenalan kepada konsep riba dan jenis-jenis riba

Peratusan terbesar dana pemegang perniagaan bank adalah daripada dana

pendeposit dan selebihnya dana pemegang saham

Bank memberikan pembiayaan dengan duit pendeposit

Perbankan Islam berlandaskan syariah

Dipantau oleh Shariah Governance Framework yang dikeluarkan oleh BN.

Penerangan tentang definisi pelaburan.

Matlamat pelaburan wajib berlandaskan Islam

Pelaburan merupakan satu pelan kewangan

1

Page 2: MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)

Bil. Perkara

Untuk melabur, seseorang itu boleh menggunakan pendapatan dari gaji untuk

membeli sekuriti yang boleh menukar pendapatan dari gaji ke pendapatan pasif atau

portfolio, dapat menilai risiko dan berintegriti

Setelah mengenalpasti keperluan dan matlamat kewangan, kita perlu memilih

pelaburan yang bersesuaian.

Perkara yang perlu dipertimbangkan ialah status halal produk, kesesuaian produk

dengan matlamat pelaburan dan kesesuaian produl dengan profil risiko pelabur

Pelaburan Islam wajib mengharamkan Riba (faedah, bunga), Gharar

(ketidakpastian), Maisir (perjudian), Rishwah (Rasuah) dan Jahl (kejahilan) bagi

mencapai matlamat kesejahteraan bagi seluruh umat manusia.

Modul 2 : Takaful

Oleh Ustaz Wan Mohamad Nazman Wan Mahmood, Asistant Vice President, Jabatan

Syariah, Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

Iaitu ‘Kafala’, saling jamin menjamin antara satu sama lain.

Mewujudkan satu pakatan sesama peserta untuk mencarum kedalam satu tabung

yang akan membantu para peserta ketika ditimpa musibah atau kemalangan

Takaful perlu kerana dalam kehidupan manusia pastinya mereka akan ditimpa

bahaya.

Ciri-ciri pelan takaful ialah berlandaskan hukum syarak, berasaskan konsep

tabarru, bukan kontrak jual beli, tiada unsur gharar, tiada unsur perjudian dan tiada

unsur riba

Terdapat 5 risiko dalam kehidupan iaitu kemalangan, kematian, hilang upaya kekal,

penyakit kritikal dan usia tua.

Modul 3 : Pelaburan Patuh Syariah

Oleh Hajah Rohani Dato’ Shahir, Pengasas Dan Rakan Kongsi Utama Hijrah Wealth

Management Sdn. Bhd.

Jenis-jenis produk pelaburan yang patuh syariah di Malaysia ialah Unit Saham

Amanah Islamik, saham tersenarai patuh syariah, Dana Dangangan Bursa Islamik,

Amanah Pelaburan Hartanah Islamik, Produk Berstruktur Islamik, Derivative Islamik

dan Akuan Pelaburan Emas Islamik.

Profil risiko pelabur adalah tahap kemampuan pelabur menerima risiko pelaburan.

2

Page 3: MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)

Bil. Perkara

Ia terbahagi kepada konservatif, konservatif sederhana, sederhana, agresif

sederhana dan agresif.

Hendaklah menentukan kesesuaian produk dengan profil risiko pelabur bagi

memastikan matlamat pelaburan tercapai dan tidak mengalami masalah kewangan

yang serius.

Modul 4 : Pengurusan Hutang

Oleh Hajah Rohani Dato’ Shahir, Pengasas Dan Rakan Kongsi Utama Hijrah Wealth

Management Sdn. Bhd.

CCRIS bermaksud Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (Central Credit

Reference Information System). Ia adalah sistem yang dicipta oleh Bank Negara

Malaysia (BNM) yang mensintesiskan maklumat kredit mengenai peminjam atau

peminjam yang berpotensi ke dalam laporan kredit yang seragam. Maklumat ini

boleh didapati kepada institusi kewangan (Bank) dan individu (atau pengarah

syarikat) diri atas permintaan.

CTOS adalah sistem maklumat utama yang digunakan secara meluas oleh majoriti

sistem kewangan negara, syarikat perdagangan dan perniagaan, firma undang-

undang dan institusi lain. Tidak seperti CCRIS yang berada di bawah Bank Negara

Malaysia (BNM), CTOS dimiliki dan diuruskan oleh syarikat Malaysia, telah berada

dalam perniagaan selama 20 tahun, mengumpul maklumat mengenai individu dan

syarikat-syarikat daripada pelbagai sumber yang terdapat dalam domain awam.

Maklumat ini diformatkan ke dalam pangkalan data elektronik yang menyediakan

proses untuk memeriksa dengan mudah, cepat dan berkesan untuk permohonan

pinjaman, kredit perdagangan dan perniagaan dan untuk membuat keputusan oleh

pemberi kredit dan pemberi pinjaman.

Tip membayar hutang adalah seperti dibawah:

• Membayar hutang sebaik sahaja mendapat wang

• Lebihkan sedikit bayaran bulanan

• Bayar sebelum tarikh matang

• Bayar pinjaman apabila ada lebihan wang

• Kekalkan bayaran yang sama apabila kadar faedah turun

• Tingkatkan bayaran bulanan apabila gaji atau pendapatan naik

• Jual barang terpakai dan guna wang untuk bayar pinjaman

• Biayai semula pinjaman dengan bank yang tawar faedah lebih rendah

3

Page 4: MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)

Bil. Perkara

• Aplikasi efek bola salju, percepatkan proses langsai hutang

• Jumpa AKPK

Tip menggunakan kad kredit dengan bijak:

• Miliki hanya satu kad kredit

• Anggap penggunaan sama seperti tunai

• Jangan guna sekiranya tidak mampu bayar penuh

• Bayar lebih dari jumlah minima bulanan

• Elakkan pendahuluan tunai dari ATM

• Sentiasa semak penyata bulanan

• Hanya beli belah secara maya melalui peniaga yang dipercayai

C. Tindakan yang perlu diambil :

Menyediakan minit curai.

D. Tandatangan PegawaiPelapor 1 : Pelapor 2:

..................................................... .....................................................

E. Tarikh laporan disediakan: 28 MEI 2015

F. Disemak dan Disahkan oleh :

.....................................................ABC

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

SK CORONATION PARK

4