MINIT CURAI UBK 2016.doc

8
TAKLIMAT PENGURUSAN PERKHIDMATAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA (GBKSM) NEGERI MELAKA TAHUN 2016 Tarikh : 18 Februari 2016 Masa : 9.00 pagi 2.00 petang Tempat : Dewan Bestari JPN Melaka Pengacara : En. Mohd Zulhelmi bin Setapa dan Pn. Norlaila binti Kassim Bacaan Doa : En Ab Manaf bin Ariffin 1.0 Ucaputama oleh Encik Husin bin Chek, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Melaka 1.1 Encik Husin mengucapkan terima kasih kepada semua guru kaunseling sekolah menengah yang menghadiri taklimat pada kali ini. 1.2 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Cemerlang yang telah mendapat gred DG 52. Tindakan: Makluman 1.3 Encik Husin menyatakan yang Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah kreatif dalam menjalankan sesi kaunseling atau bimbingan dan tidak semestinya berlaku di dalam Bilik Bimbingan dan Kaunseling semata-mata. 1.4 KPI 5 sesi kaunseling individu dan 1 kelompok seminggu hendaklah dicapai. 1.5 Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah membuat pembahagian tugas di antara rakan sekerja dan mengamalkan sikap bantu membantu dan sentiasa bekerjasama antara satu sama lain. 1.6 Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah bersikap proaktif dengan mengesan isu-isu yang “hot” di sekolah. 1.7 Encik Husin mengingatkan kepada semua Guru Bimbingan dan Kaunseling tentang konsep sekolah selamat yang menjadi antara tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling. 1.8 300 radius daripada luar kawasan sekolah masih di bawah tanggungjawab sekolah dan boleh minta bantuan daripada Pembimbing Rakan Sebaya untuk membantu. 1.9 Mengucapkan tahniah kepada sekolah-sekolah yang memenangi Amalan Terbaik Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dan semua Guru Bimbingan dan Kaunseling yang telah memberikan pelbagai sumbangan. 1.10 Cadangan Pertandingan Video Pendek dalam 3 minit yang mengandungi unsur- unsur positif kepada semua murid yang berbakat. Tindakan : Semua GBKSM 2.0 Taklimat Awal Tahun Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Oleh Encik Mohd Zulhijri Bin Sabtu, Ketua Unit HEM,Jabatan Pendidikan Melaka

description

ubk

Transcript of MINIT CURAI UBK 2016.doc

Page 1: MINIT CURAI UBK 2016.doc

TAKLIMAT PENGURUSAN PERKHIDMATAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA (GBKSM) NEGERI MELAKA TAHUN 2016

Tarikh : 18 Februari 2016 Masa : 9.00 pagi – 2.00 petang Tempat : Dewan Bestari JPN MelakaPengacara : En. Mohd Zulhelmi bin Setapa dan Pn. Norlaila binti KassimBacaan Doa : En Ab Manaf bin Ariffin

1.0 Ucaputama oleh Encik Husin bin Chek, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Melaka

1.1 Encik Husin mengucapkan terima kasih kepada semua guru kaunseling sekolah menengah yang menghadiri taklimat pada kali ini.

1.2 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Cemerlang yang telah mendapat gred DG 52.

Tindakan: Makluman 1.3 Encik Husin menyatakan yang Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah kreatif

dalam menjalankan sesi kaunseling atau bimbingan dan tidak semestinya berlaku di dalam Bilik Bimbingan dan Kaunseling semata-mata.

1.4 KPI 5 sesi kaunseling individu dan 1 kelompok seminggu hendaklah dicapai.1.5 Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah membuat pembahagian tugas

di antara rakan sekerja dan mengamalkan sikap bantu membantu dan sentiasa bekerjasama antara satu sama lain.

1.6 Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah bersikap proaktif dengan mengesan isu-isu yang “hot” di sekolah.1.7 Encik Husin mengingatkan kepada semua Guru Bimbingan dan Kaunseling tentang konsep sekolah selamat yang menjadi antara tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling.1.8 300 radius daripada luar kawasan sekolah masih di bawah tanggungjawab sekolah dan boleh minta bantuan daripada Pembimbing Rakan Sebaya untuk membantu.

1.9 Mengucapkan tahniah kepada sekolah-sekolah yang memenangi Amalan Terbaik Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dan semua Guru Bimbingan dan Kaunseling yang telah memberikan pelbagai sumbangan. 1.10 Cadangan Pertandingan Video Pendek dalam 3 minit yang mengandungi unsur- unsur positif kepada semua murid yang berbakat.

Tindakan : Semua GBKSM

2.0 Taklimat Awal Tahun Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Oleh Encik Mohd Zulhijri Bin Sabtu, Ketua Unit HEM,Jabatan Pendidikan Melaka

2.1 Sambutan Program Guru Penyayang yang telah dijalankan secara serentak telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

2.2 Tahniah kepada pasukan SST terutama daerah Alor Gajah telah berkhidmat di Pusat Pemindahan SK Belimbing Dalam.Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pasukan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang telah memberikan sokongan dan khidmat kaunseling kepada murid-murid yang trauma kerana kes rakan mereka yang mati kerana terjatuh dalam tangki septik.

2.3 Psikometrik memainkan peranan penting dalam membantu mengenalpasti potensi murid dalam hala tuju kerjaya mereka. Hasil dapatan data psikometrik hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat kurikulum untuk makluman guru-guru.Tahun 2015 semua data psikometrik dapat diselesaikan dan dihantar ke KPM.

Page 2: MINIT CURAI UBK 2016.doc

2.4 Kaunseling berfokus hendaklah dibuat dengan mengambil anak-anak murid yang miskin atau hard core.Kadangkala murid-murid yang terdiri daripada latar belakang ses yang rendah mempunyai gaya pemikiran yang berbeza.

2.5 Amalan Terbaik Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hendaklah ditonjolkan dan digalakkan untuk masuk bertanding.

2.6 Buat program secara berkelompok yang melibatkan sekolah-sekolah yang terletak di kawasan sekitar yang berhampiran dengan sekolah

Tindakan : Semua GBKSM

3.0 Taklimat Disiplin Oleh Encik Francis Wong Kar Yin,Penyelia Disiplin,Jabatan Pendidikan Melaka

3.1 Sehingga bulan Januari terdapat 15 aduan berkenaan dengan sekolah selamat. 3.2 Daripada bidang kerohanian sehinggalah pembentukan sahsiah murid semuanya

terletak di bawah tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling dan manual pengendalian kes semuanya ada buku manual konsep sekolah selamat yang boleh dijadikan bahan rujukan.

3.3 Tatacara untuk mendapat maklumat SSDM dengan menggunakan google form.Tindakan : Semua GBKSM

4.0 Taklimat Kerjaya : MAHSA COLLEGE Oleh Dr Mohd Aluwi bin Sari, Regional Director Of MAHSA University

4.1 Cawangan Kolej MAHSA terdapat di Ipoh, Kuching, Selangor dan Melaka4.2 Beliau menerangkan hala tuju belajar di MAHSA University dan jangkaan umur

tamat pengajian di MAHSA University.4.3 Fakulti dan Kursus-kursus yang ditawarkan ialah :-

i. Faculty Of Pharmacyii. Faculty Of Medicine and Biomedical Sciencesiii. Faculty Of Nursing & Midwifery

4.4 Yuran pendaftaran untuk program Diploma ialah RM 200. 4.5 Pengambilan kemasukan ke MAHSA University ialah 5 tahun sekali.4.6 Syarat-syarat kemasukan ke MAHSA University.4.7 SMK Tun Syed Zahirudin dan semua sekolah di negeri Melaka telah dijadikan

sekolah angkat oleh MAHSA University.4.8 Cadangan usahasama di antara MAHSA University dengan Guru Bimbingan dan

Kaunseling Negeri Melaka. i. Hari Kerjayaii. Seminar Hala Tuju Selepas Tamat Persekolahan SPM/STPMiii. Hari Terbuka MURC Melaka-MAHSAiv. Aktiviti Kebajikan Bersama Masyarakat Setempat dan lain-lain.

Tindakan: Makluman

Page 3: MINIT CURAI UBK 2016.doc

5.0 Taklimat Kerjaya : RAFFLES UNIVERSITY (ISKANDAR) Oleh Encik Sean,Pengurus RAFFLES UNIVERSITY

5.1 Beliau menerangkan tentang prasarana dan kursus-kursus yang ditawarkan di RAFFLES University.

Tindakan: Makluman

6.0 Taklimat Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Oleh Encik Mohd Redzuan bin Snusi,Penolong Pengarah HEM,Jabatan Pendidikan Melaka

6.1 Encik Mohd Redzuan memperkenalkan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang baru iaitu daripada :-i. SMK Padang Temu - Puan Siti Nuradni binti Abd Halimii. SMK Methodist (ACS) - Puan Norhayatai binti Mohd Yusupiii. SMK Rahmat - Puan Normala binti Abu Hanifah iv. SMK Datuk Bendahara - Encik Mohd Zaidi bin Abd Rashid v. SMK Bukit Katil - Encik Mohd Razin bin Ab. Raman.

6.2 Memaksimumkan penggunaan Bilik Bimbingan dan Kaunseling dan hendaklah menjalankan sesi kaunseling individu sebanyak 5 sesi dan kelompok 1 sesi.

6.3 Buku Rekod Mengajar hendaklah dikemaskini daripada segi data sesi kaunseling yang telah dijalankan secara mingguan dan bulanan.

6.4 Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah memperkasakan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.i. Perkhidmatan sesi kaunseling individu & kelompok adalah menjadi

Sasaran Kerja Utama GBKSM. KPI sesi Individu : minima 5x seminggu (150 setahun) sesi kelompok : minima 1x seminggu ( 40x setahun)

ii. Murid boleh mendapatkan perkhidmatan B&K Individu & kelompok termasuk semasa waktu P&P.

iii. GBKSM boleh mengambil kelas ganti tidak melebihi 8 waktu seminggu menggunakan modul/aktiviti yang berkaitan perkhidmatan B&K.

iv. Peruntukan PCG B&K hendaklah digunakan sepenuhnya untuk semua aktiviti B&K yang berfokus kepada 4 bidang utama.

v. Pentadbir perlu membuat pemantauan kendiri serta maklum balas kepada Guru B&K akan keberkesanan perkhidmatan mereka.-menggunakan instrumen sedia ada

vi. Sokongan pentadbir ialah memastikan perkhidmatan B&K berfokus kepada Program Pembangunan Diri Murid dan memastikan GBKSM memberikan tumpuan kepada pembangunan diri murid semasa melaksanakan Perkhidmatan B&K.

6.5 Fokus kepada 4 bidang utama Surat Siaran KPM Bil 12 Tahun 2012 : Menekankan kepada 4 Fokus iaitu ;

i. Pembangunan dan Pengembangan Sahsiah Diri Murid. (karekter murid : Outcome : perwatakan murid yang berketrampilan dan terpuji).

ii. Peningkatan Disiplin Diri Murid. (Outcome : Murid yang berdisiplin serta sekolah yang aman dan sejahtera).

iii. Pendidikan Kerjaya Murid. (Outcome : Murid yang tahu halatuju pendidikaN dan kerjaya masa hadapan).

iv. Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid (Outcome : Murid yang sihat pemikirannya)

Page 4: MINIT CURAI UBK 2016.doc

6.6 Jawatankuasa Organisasi Unit Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah Menengah & Rendah

Rujuk Buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Rendah Dan Menengah Terbitan oleh : Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH, KPM) 2015 6.7 Fokus Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Di

Sekolah Melalui : i. Pemantapan Program /Aktivitiii. Inisiatif Pend. Kerjaya Murid iii. Pelaksanaan Pentaksiran PPsi

6.8 Pemantapan Kualiti Program Dan Aktiviti Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolahi. Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid ii. Program Pembimbing Rakan Sebaya iii. Kelab Kaunseling & Kerjaya iv. Inovasi & Kajian Tindakan v. Program-program khas

6.9 Inisiatif Pendidikan Kerjaya Murid i. Organisasi Kelab Kerjaya ii. Outreach kerjaya iii. Inovasi Kerjaya iv. Aktiviti & program yang berimpak tinggi v. Pelaporan/dokumentasi vi. Penilaian & penambahbaikan

6.10 Pelaksanaan Pentaksiran Psikometriki. Mewujudkan profil murid ii. Pelaksanaan Ujian Psikometrik iii. Menganalisa Ujian Psikometrik iv. Mengkelompokkan murid-murid mengikut minat kerjaya v. .Merancang program intervensi murid vi. Melaksanakan program pendidikan kerjaya

6.11 Program Tahunan Unit Kaunseling i. Pembimbing Rakan Sebayaii. Pembangunan Sahsiah Diri Murid (Psdm)iii. Karnival Jom Masuk IPT - Ikut Zoniv. Kepimpinan Ikon Muridv. Simposium Amalan Terbaik Perkhidmatan

6.12 Perancangan Jadual Pelaksanaan Simposium Amalan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling

i. Daerah – Ogosii. Negeri - Septemberiii. Kebangsaan – Oktober

6.13 Program Minda Sihati. Saringan DASS kali PERTAMA - Januari-Mac 2016 ii. Analisa DASS kali PERTAMA- Mac 2016 iii. Intervensi - April- Mei 2016 iv. Saringan DASS kali KEDUA , Analisa DASS kali KEDUA- Jun 2016 v. Sekolah menghantar laporan ke PPD- Julai 2016 vi. Analisa peringkat PPD dan laporan dihantar ke JPN- Ogos 2016

Page 5: MINIT CURAI UBK 2016.doc

6.14 SKU & SKT KPM Pengurusan Kaunseling Tahun 2016 i. Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling ii. Pembangunan Pendidikan Kerjaya Murid iii. Amalan Guru Penyayang iv. Minda Sihat

6.15 Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Objektif :

i. 90% sekolah mempunyai Bilik Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang teraputik dan berfungsi di sekolah ii. 2. 90 % GBK mencapai tahap minima pelaksanaan kaunseling individu dan kelompok di sekolah (5 individu 1 kelompok seminggu)

6.16 Pembangunan Pendidikan Kerjaya Murid Objektif :

i. 100% murid Tingkatan 3 dan 5 mempunyai e-profil kerjaya dan pelaporan psikometrik kerjaya

ii. 100% Murid melaksanakan pentaksiran psikometrik ITP, IMK, IKP & Aptitud

i) Sek Men Ting 1,3,4 dan 5 ii) Sek Ren Tahun 3 dan 6

iii. 100% Penataran kerjaya dan psikometrik di PPD

Peningkatan daripada 90% kepada 95% sekolah mengamalkan Amalan Guru Penyayang (AGP)

6.17 Minda Sihat Objektif : Meningkatkan bilangan murid yang menjalani saringan minda sihat 75% daripada keseluruhan murid

Penurunan peratus Gaya Daya Tindak peringkat teruk dapat dikurangkan kepada 0.3%

6.18 SKT Perkhidmatan B&K i. Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling ii. Pembangunan Pendidikan Kerjaya

iii. Amalan Guru Penyayang iv. Minda Sihat

6.19 Laporan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling (LPBK)

i. Sesi Kaunseling IndividU Minima

5 Sesi Seminggu 150 Hari Setahun

ii. Sesi Kaunseling Kelompok Minima

1 Sesi Seminggu 40 Sesi Setahun

6.20 Pemantauan B & K Pemantauan Kendiri Oleh ;

i. GBKSM ii. Pentadbir Sekolah iii. Pemantauan PPD

Skor Minima 80% : Menunjukkan Bilik Kaunseling Adalah Berfungsi Dan Teraputik Dengan Menggunakan Instrumen Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

Page 6: MINIT CURAI UBK 2016.doc

6.21 Pembangunan Pendidikan Kerjaya i. 100% murid Tingkatan 3 dan 5 mempunyai e-profil kerjaya dan

pelaporan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) melalui sistem e-profil kerjaya murid (SePKM)

ii. 100% Murid melalui Pentaksiran Psikometrik i) Sek Men Ting 1,3,4 dan 5 ii) Sek Ren Tahun 3 dan 6

iii. 100% Penataran kerjaya dan psikometrik di PPD/SEKOLAH6.22 Amalan Guru Penyayang

Peningkatan daripada 90% kepada 95% sekolah mengamalkan Amalan Guru Penyayang (AGP) menggunakan instrumen penilaian kendiri AGP

i. GBK dan Pentadbir ii. PPD

ii. JPN 6.23 Minda Sihat

i. Rumusan bilangan murid yang menjalani saringan minda sihat dengan menggunakan instrumen DASS

ii. Rumusan tahap teruk boleh diperoleh daripada rumusan instrumen Gaya Daya Tindak.

Tindakan : Semua GBKSM

7.0 Taklimat Perancangan Tahunan MGK Negeri Melaka Oleh Encik Omar Sarif bin Marjuki ,Pengerusi MGBK Negeri Melaka

7.1 Encik Omar memaklumkan sebanyak 14 program yang telah dirancang dan akan dilaksanakan pada tahun 2016.

7.2 Encik Omar meminta jasa baik semua ahli MGK Negeri Melaka agar menjelaskan bayaran RM 50 kepada Bendahari Daerah masing-masing.

8.0 Majlis bersurai pada pukul 1.45 tengahari .

Disediakan oleh,

Puan Nurul Asyikin binti RahmanGuru Bimbingan dan Kaunseling SMK Kampung GelamMelaka