minit dsplin 2

5
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUCHONG JAYA (B) MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA DISIPLIN DAN BADAN PENGAWAS BILANGAN 2 TAHUN 2015 Tarikh : 27 Julai 2015 Hari : Isnin Masa : 2.30 petang Tempat : Bilik Kenari SMKBPJ(B) Pengerusi : Pn Adilah bt. Adnan Kehadiran (Bilangan) : 12 orang Nama Yang Hadir : 1. Pn. Adilah bt Adnan - PK HEM 2. En. Azrul Hisham bin Marzuki - Ketua Disiplin 3. Pn. Seow Wui Man - Penolong Ketua Disiplin 5. Pn. Noraida bt Arif - Setiausaha Disiplin 6. Pn. Sujatha a/p Rajah Kumaran - AJK Disiplin 7. En. Mohd Nazrul bin Ismail - AJK Disiplin 8. En. Mohd Nurul Hafiz bin Alawi - AJK Disiplin 9. En. Mohd Khairol Zailani bin Zakaria - AJK Disiplin 10. Pn. Low Ah Chen - Guru Pengawas 11. Pn. Tamilselvi A/P Olakanathan - Guru Pengawas 12. En. Rames a/l Muthusamy - Kaunselor Turut Hadir (Jika Ada) : Bil. Nama Jawatan 1. Pn. Chong Lee Chim - Pengetua Tidak Hadir (Bersebab) : Bil. Nama Jawatan 1. Pn. Salasiah bt Abdul Hamid - AJK Disipin 2. Pn. Ching Siew Yieok - AJK Disiplin 3. Pn. Mazlina bt Idris - Kaunselor 4. Pn. Hardev Kaur a/p Labh Singh - Kaunselor 5. En. Lee Yee Jin - AJK Disiplin 6. En Abd Rahman bin Wahab - AJK Disiplin 7. Pn. Michelle Lim Pek Sim - AJK Disiplin Setiausaha 1

description

contoh minit mesyuarat

Transcript of minit dsplin 2

Page 1: minit dsplin 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUCHONG JAYA (B)

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA DISIPLIN DAN BADAN PENGAWAS BILANGAN 2 TAHUN 2015

Tarikh : 27 Julai 2015

Hari : Isnin

Masa : 2.30 petang

Tempat : Bilik Kenari SMKBPJ(B)

Pengerusi : Pn Adilah bt. Adnan

Kehadiran (Bilangan) : 12 orang

Nama Yang Hadir :

1. Pn. Adilah bt Adnan - PK HEM2. En. Azrul Hisham bin Marzuki - Ketua Disiplin3. Pn. Seow Wui Man - Penolong Ketua Disiplin5. Pn. Noraida bt Arif - Setiausaha Disiplin6. Pn. Sujatha a/p Rajah Kumaran - AJK Disiplin7. En. Mohd Nazrul bin Ismail - AJK Disiplin8. En. Mohd Nurul Hafiz bin Alawi - AJK Disiplin9. En. Mohd Khairol Zailani bin Zakaria - AJK Disiplin10. Pn. Low Ah Chen - Guru Pengawas11. Pn. Tamilselvi A/P Olakanathan - Guru Pengawas12. En. Rames a/l Muthusamy - Kaunselor

Turut Hadir (Jika Ada) :

Bil. Nama Jawatan

1. Pn. Chong Lee Chim - Pengetua

Tidak Hadir (Bersebab) :

Bil. Nama Jawatan

1. Pn. Salasiah bt Abdul Hamid - AJK Disipin2. Pn. Ching Siew Yieok - AJK Disiplin3. Pn. Mazlina bt Idris - Kaunselor4. Pn. Hardev Kaur a/p Labh Singh - Kaunselor5. En. Lee Yee Jin - AJK Disiplin6. En Abd Rahman bin Wahab - AJK Disiplin7. Pn. Michelle Lim Pek Sim - AJK Disiplin

1

Page 2: minit dsplin 2

Setiausaha

1. Noraida bt. Arif - Setiausaha Disiplin

AGENDA

1. PERUTUSAN PENGERUSI1.1 Pengerusi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli

jawatankuasa disiplin dan badan pengawas kerana menghadirkan diri ke mesyuarat jawatankuasa disiplin dan badan pengawas bilangan 2 tahun 2015.

Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA DISIPLIN DAN BADAN PENGAWAS BIL 1 TAHUN 2015.

2.1 Minit Mesyuarat Bilangan 1 Tahun 2015 bertarikh 27 April 2015 disahkan tanpa pindaan.

2.2 Dicadangkan oleh Pn. Seow Wui Man.

2.3 Disokong oleh Pn. Sujatha a/p Rajah Kumaran.Makluman

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit.

4. PERKARA-PERKARA BAHARU

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

4.1 Skop Disiplin yang perlu di beri perhatian.

4.1.1 PK HEM memaklumkan bahawa edaran rumusan dokumen unit disiplin telah diedarkan. PK HEM memaklumkan bahawa peratus kehadiran pelajar pada bulan Januari ialah 91.6%, bulan Februari ialah 81.16%, bulan Mac ialah 91.45% dan pada bulan Mei pula ialah 82.19%.

Tindakan: Makluman

4.1.2 Beliau memaklumkan juga peratus salah laku sehingga bulan Jun 2015, iaitu kes ringan sebanyak 11.3%, kes sederhana sebanyak 2.72% dan kes berat pula sebanyak 2.47%. PK HEM juga memaklumkan bahawa pihak PPD hanya akan fokus kepada data kes sederhana dan kes berat. Manakala data kes amaran, gantung dan buang sekolah sehingga bulan Mei pula ialah, pelajar yang dikenakan kes

2

Page 3: minit dsplin 2

amaran ialah seramai 154 orang, pelajar yang digantung sekolah seramai 2 orang dan pelajar yang dikenakan hukuman buang sekolah pula seramai 5 orang.

Tindakan: Makluman

4.2 Laporan Tentang Ponteng Kelas

4.2.1 PK HEM memaklumkan bahawa kaji selidik telah dijalankan di kalangan guru-guru mata pelajaran dan didapati seramai 37 orang pelajar yang ponteng kelas dalam masa empat hari berturut-turut.

Tindakan: Makluman

4.2.2 Pihak PIBG telah bermesyuarat dan bersepakat untuk mengeluarkan hukuman rotan ke atas pelajar-pelajar yang ponteng kelas. Seramai 199 orang pelajar telah direkodkan ponteng kelas pada tarikh 16 Jun 2015 hingga 30 Jun 2015. Semua pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 yang ponteng kelas telah di rotan dan pelajar-pelajar dari tingkatan 3 hingga tingkatan 5 akan dirotan kemudian. Berdasarkan maklumat daripada guru-guru mata pelajaran hukuman rotan dapat memberikan kesan kepada pelajar-pelajar yang ponteng dan kepada pelajar-pelajar lain.

4.2.3 PK HEM juga memaklumkan bahawa pantauan pelajar ponteng kelas akan diteruskan sehingga keadaan menjadi terkawal.

Tindakan: Makluman

4.3 Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM)

4.3.1 PK HEM memaklumkan bahawa setiap minggu SSDM perlu di akses seminggu sekali oleh penyelaras-penyelaras tingkatan disiplin seperti berikut:

Tingkatan 1 & Tingkatan Peralihan - minggu 1 Tingkatan 2 - minggu 2 Tingkatan 3 - minggu 3 Tingkatan 4 & Tingkatan 5 - minggu 4

Tindakan: Penyelaras Tingkatan Disiplin

4.3.2 Sekiranya terdapat kes-kes baharu, akses tambahan perlu dilakukan kepada sistem SSDM dan ianya mengikut keperluan sahaja.

Tindakan: Makluman

4.3.3 Pada setiap hujung minggu, ketua guru disiplin perlu melakukan semakan ke atas sistem SSDM, dan sekiranya sistem belum diakses pada minggu tersebut, ketua guru disiplin perlu mengakses sistem.

Tindakan: Ketua Guru Disiplin

4.4 Program ‘Spotcheck’

3

Page 4: minit dsplin 2

4.4.1 Program spotcheck perlu dijalankan sekurang-kurangnya sekali pada setiap bulan bagi mengelakkan pelajar membawa benda-benda yang dilarang dan untuk memastikan kekemasan pelajar sentiasa terkawal.

Tindakan: Semua Guru Disiplin

HAL-HAL LAIN

4.5 Pengerusi meminta jasa baik semua guru disiplin agar saling bekerjasama bagi meningkatkan lagi tahap disiplin sekolah kita.

4.6 Pengetua meminta semua guru disiplin sentiasa peka dengan keadaan disiplin sekolah.

Tindakan:Makluman

6.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

6.1 Pengerusi memberikan ucapan penangguhan. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.23 petang

Tindakan: Makluman6.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir.

Tindakan: Makluman

6.3 Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Tindakan: Makluman

Disediakan oleh,SetiausahaBadan Disiplin dan Pengawas.SMK Bandar Puchong Jaya (B)Bertarikh: 5 Ogos 2015

4