Minit Guru 1 2015

5
Tarikh : 23 Februari 2015 Hari : Isnin Masa : 1.35 tengah hari Tempat : Bilik Mesyuarat Kehadiran : Rujuk lampiran 1.0 Ucapan Guru Besar 1.1 Membentangkan Peruntukan Kewangan PCG 2015 - Ketua panitia diminta merujuk lampiran yang diberi berkenaan dengan peruntukan untuk setiap panitia. - Peruntukan adalah sebanyak 70%. Baki 30% akan diperolehi sekitar bulan Julai. - GB meminta setiap panitia membuat perbelanjaan yang berhemah dan mengikut prosedur perbelanjaan : a) Berbincang mengikut panitia b) Pembelian yang dibuat mestilah mengikut keperluan c) Membeli barangan atau peralatan yang dapat membantu dalam PdP d) Membuat rekod barangan dan penggunaan. - GB memaklumkan bahawa peruntukan kewangan akan disemak oleh JPN pada bila-bila masa - Setiap panitia perlu mengisi nota minta dan memilih pembekal seterusnya memaklumkan kepada GB. - Pembelian secara online adalah dilarang dan tidak dibenarkan. - Untuk pembelian menggunakan petty cash haruslah tidak melebihi RM100 - GB mengingatkan sekali lagi supaya semua pembelian dibuat dengan menggunakan tatacara yang betul dan segala peruntukan dibelanjakan sehingga habis. 1.2 Perancangan Strategik Sekolah - GB telah membuat semakan dan mendapati bahawa tiada keselarasan dari segi isi kandungan dan format untuk membuat perancangan strategik. - Guru diminta untuk membuat semula perancangan strategik dengan format yang selaras dari tahun 2015 2020 dan memilih program peningkatan yang sesuai. - GB menegaskan bahawa perancangan strategik mesti dibuat mengikut : (a) Grow (b) Perancangan Tahunan. - Perancangan strategik merupakan panduan kepada guru untuk merancang PdP yang lebih baik. - GB turut mencadangkan agar diadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kepada guru berkenaan Perancangan Strategik Sekolah ini. MESYUARAT GURU 1/ 2015 SEKOLAH KEBANGSAAN BATU FERINGGHI 11100 PULAU PINANG

description

minit mesyuarat

Transcript of Minit Guru 1 2015

MESYUARAT GURU 1/ 2015SEKOLAH KEBANGSAAN BATU FERINGGHI11100 PULAU PINANG

Tarikh: 23 Februari 2015Hari: IsninMasa: 1.35 tengah hariTempat : Bilik MesyuaratKehadiran: Rujuk lampiran1.0 Ucapan Guru Besar1.1 Membentangkan Peruntukan Kewangan PCG 2015 Ketua panitia diminta merujuk lampiran yang diberi berkenaan dengan peruntukan untuk setiap panitia. Peruntukan adalah sebanyak 70%. Baki 30% akan diperolehi sekitar bulan Julai. GB meminta setiap panitia membuat perbelanjaan yang berhemah dan mengikut prosedur perbelanjaan : a) Berbincang mengikut panitiab) Pembelian yang dibuat mestilah mengikut keperluanc) Membeli barangan atau peralatan yang dapat membantu dalam PdPd) Membuat rekod barangan dan penggunaan. GB memaklumkan bahawa peruntukan kewangan akan disemak oleh JPN pada bila-bila masa Setiap panitia perlu mengisi nota minta dan memilih pembekal seterusnya memaklumkan kepada GB. Pembelian secara online adalah dilarang dan tidak dibenarkan. Untuk pembelian menggunakan petty cash haruslah tidak melebihi RM100 GB mengingatkan sekali lagi supaya semua pembelian dibuat dengan menggunakan tatacara yang betul dan segala peruntukan dibelanjakan sehingga habis.

1.2 Perancangan Strategik Sekolah

GB telah membuat semakan dan mendapati bahawa tiada keselarasan dari segi isi kandungan dan format untuk membuat perancangan strategik. Guru diminta untuk membuat semula perancangan strategik dengan format yang selaras dari tahun 2015 2020 dan memilih program peningkatan yang sesuai. GB menegaskan bahawa perancangan strategik mesti dibuat mengikut :(a) Grow(b) Perancangan Tahunan. Perancangan strategik merupakan panduan kepada guru untuk merancang PdP yang lebih baik. GB turut mencadangkan agar diadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kepada guru berkenaan Perancangan Strategik Sekolah ini. GB memohon headcount untuk kesemua subjek teras, agama dan bahasa Arab dibuat serta mencadangkan agar subjek bahasa Arab dimasukkan untuk pengiraan markah dalam keempat-empat peperiksaan (UP 1, PKSR 1, UP 2 dan PKSR 2).

1.3 Penambahbaikkan Perhimpunan Sekolah GB meminta semua guru supaya merujuk kepada Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1984 mengenai Tatacara Perhimpunan Sekolah. Perhimpunan sekolah wajib diadakan setiap minggu selama 30 minit. Semua guru dan murid wajib berada di tapak perhimpunan. Guru-guru digalakkan untuk menyemai nilai-nilai murni,semangat patriotik dan memupuk disiplin dalam kalangan murid. GB mencadangkan pengawas bertugas menahan dan mengumpulkan dahulu semua murid yang lewat hadir ke sekolah sewaktu nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Pulau Pinang dan membawa mereka ke perbarisan murid setelah tamat nyanyian bagi menunjukkan rasa hormat. GB menyatakan bahawa nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri, lagu sekolah, ucapan pentadbir, ucapan guru bertugas dan info dadah adalah wajib ada setiap kali perhimpunan. Guru diingatkan untuk tidak berleter, menghukum dan memalukan murid semasa perhimpunan. GB meminta supaya ,melatih pengawas untuk memberi penerangan tentang info dadah. GB menggesa supaya perhimpunan ringkas hari Selasa Khamis tidak mengambil masa yang terlalu lama agar masa PdP tidak terganggu. Berkenaan Bacaan Yasin dan Solat Hajat, GB mencadangkan agar diselitkan sekali Doa Dhuha dan doa kepada ibu bapa. Dan sewaktu bacaan Yasin dijalankan, guru bukan Islam akan mengumpulkan dan mengawal semua murid bukan Islam. Laporan mingguan dari guru yang bertugas sebelumnya, tidak perlu diadakan. Guru bertugas mingguan diingatkan agar menulis segala aktiviti dan kejadian yang berlaku dalam buku laporan mingguan setiap hari untuk keselamatan dan sebagai bukti sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

1.4 Keceriaan Sekolah

GB mendapati papan kenyataan banyak di sekolah ini , namun kurang pengisian dan maklumat. GB memohon agar semua info dan maklumat mestilah sentiasa dikemaskini dan memberi maklumat kepada ibu bapa. GB meminta supaya jadual waktu kelas serta senarai nama guru diletakkan di papan kenyataan. Ini adalah untuk memberi kemudahan untuk ibu bapa mengetahui waktu mengajar guru. Papan kenyataan dibahagikan kepada 4 kolum iaitu bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid, Kokurikulum dan kolum pengawas. Setiausaha untuk setiap bidang perlu mengemaskini maklumat terbaru. Bersempena dengan Malaysia sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN 2015, GB memohon agar guru subjek sejarah melekatkan maklumat tentang ASEAN pada papan kenyataan untuk membolehkan murid-murid mendapat info dan maklumat. GB juga menggesa agar guru bertugas mingguan juga menyelitkan sedikit maklumat tentang ASEAN dalam ucapan mingguan. Begitu juga dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang baru, GB menegaskan bahawa murid-murid perlu tahu dan mengetahui serba sedikit tentang PPPM. Berkenaan dengan Sarana Ibu Bapa, GB meminta untuk ditampalkan gambar-gambar program yang melibatkan ibu bapa di papan-papan kenyataan.

2.0 Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Berkenaan dengan aktiviti keceriaan sekolah, PK HEM meminta guru-guru merujuk kepada lampiran yang disediakan berkenaan lokasi serta bahan pameran. (Rujuk lampiran) PK Hem menyatakan bahawa tagging, kain rentang dan reben untuk hiasan papan kenyataan akan disediakan oleh PK Kokurikulum. Berkenaan dengan Ujian Penilaian 1, tarikh akhir serahan kertas soalan adalah pada Isnin (2/3/2015) dan diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan Dalaman (En. Azman) sebelum diserahkan kepada En. Ishak untuk tujuan cetakan. Guru yang lewat hantar perlu mencetak sendiri kertas soalan. PK HEM memberitahu bahawa muka hadapan kertas soalan boleh didapati di komputer yang terletak di pejabat. PK HEM juga menyatakan bahawa terdapat lagi guru yang belum menghantar laporan LDP subjek KSSR Tahun 5 dan guru tersebut perlu berbuat demikian sebelum 6/3/2015. PK HEM memohon agar buku jadual bertugas perlu diisi dan untuk buku jadual kedatangan murid, guru perlu menyemak dan mengisi nombor daftar murid. Berkenaan dengan RMT, PK HEM menyatakan bahawa jawatankuasa RMT ialah Ustazah Nurul Aini, En Zuraidi dan Ustaz Thahir. PK HEM menyatakan bahawa akan diadakan pada 27/2/2015 (Jumaat) pada pukul 9.15 pagi. Mengikut takwim. Program 5 minit antidadah perlu diadakan sebulan sekali dan untuk bulan Mac adalah pada 2/3/2015 (Isnin).3.0 Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum PK Kokurikulum memaklumkan bahawa pengagihan rumah sukan akan diadakan pada hari Selasa (24/2/2015). Berkenaan program Inovasi, PK Kokurikulum melantik En. Aizat (Penyelaras Kelab) untuk menguruskan program ini. Pertandingan peringkat daerah diadakan pada akhir Jun 2015. PK Kokurikulum memaklumkan bahawa perjumpaan kelab/persatuan serta permainan pada minggu ini dibatalkan dan akan digantikan pada hari yang lain. PK Kokurikulum menegaskan bahawa segala aktiviti dan kehadiran murid dan guru perlu dicatatkan setiap kali perjumpaan. Berkenaan Kejohanan Olahraga, PK Kokurikulum telah melantik En Luqman sebagai pegawai olahraga bagi menggantikan En Rajasekaran. En Luqman akan mula berkursus pada 22-28/2/2015 di padang MSSPP. Berkenaan dengan Karnival Bahasa, semua guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris boleh mula melatih murid untuk pertandingan nanti. Berkenaan dengan Kem Kepimpinan Pelajar, PK Kokurikulum menyatakan bahawa segala surat kebenaran dan makluman telah dihantar kepada pihak yang berkenaan dan sedang menunggu kebenaran. Jawatankuasa Kem Motivasi (sila rujuk lampiran) Kem Motivasi dan kepimpinan ini adalah melibatkan semua murid Tahun 6, pengawas sekolah Tahap 2, pengawas perpustakaan Tahap 2, ketua kelas dan Penolong Ketua Kelas Tahap 2. Jumlah peserta akan diketahui pada Khamis ini. PK Kokurikulum memaklumkan bahawa makanan untuk murid semasa kem berlangsung akan siap dibungkus dan diberi kepada murid. PK Kokurikulum mengingatkan bahawa semua sampah perlu dibawa pulang semula dan tidak boleh dibiarkan di Pantai Kerachut. Para guru perlu memaklumkan kepada PK Kokurikulum segala peralatan yang diperlukan untuk aktiviti semasa kem motivasi dan kepimpinan. Taklimat kepada murid terlibat akan diadakan pada hari Jumaat (6/3/2015) oleh En Shahrin. PK kokurikulum meminta semua guru untuk menepati masa untuk memastikan kelancaran perjalanan program. Para guru perlu membayar RM 20 untuk kem ini. PK Kokurikulum memaklumkan bahawa sarapan pagi murid tidak disediakan dan murid akan mengenakan pakaian pendidikan jasmani semasa kem motivasi dan kepimpinan ini.4.0 Hal-hal Lain GB menegaskan bahawa punch card adalah satu dokumen rasmi yang menunjukkan keberadaan guru di sekolah. Sekiranya guru keluar/ ke kursus, guru harus meminta pihak pentadbir menandatangan dan menulis catatan pada punch card tersebut. GB menekankan bahawa rekod punch card penting kepada guru dan semasa kenaikan pangkat serta boleh menjejaskan perkhidmatan. GB meminta agar dicatatkan juga cuti rehat khas dan cuti sakit dalam punch card. Guru bertugas diingatkan supaya mencatat semua perkara penting yang berlaku terutamanya yang melibatkan murid. GB turut meminta agar dicatatkan masa ibu bapa datang untuk mengambil murid yang sakit. Kehadiran pelawat, masalah disiplin dan tindakan yang diambil oleh guru juga perlu dicatatkan dalam buku laporan tersebut. Catatan dan butiran masalah disiplin murid adalah penting sebagai bukti untuk ditunjukkan kepada waris. Berkenaan dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT), guru bertugas perlu mencatatkan menu dan jumlah murid RMT setiap hari. Guru bertugas perlu merasa dahulu menu RMT yang disediakan oleh pihak kantin sebagai langkah keselamatan sekiranya berlaku kejadian cirit-birit kepada murid. GB akan memohon pihak kantin menyediakan makanan RMT kepada guru bertugas. GB menekankan bahawa semua guru perlu PEKA tentang pencapaian sekolah dalam SKPM. Band sekolah telah meningkat ke band 3. Dan kedudukan sekolah telah melonjak naik dari kedudukan 6345 ke 7695. Data SKPM adalah dari Tahun 5 yang merangkumi 70% pemarkahan dalam kurikulum dan 30% pemarkahan dalam kemenjadian murid dan sahsiah. Untuk prasekolah, melibatkan 6 tunjang. Visi dan Misi sekolah perlu selaras dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. GB memaklumkan bahawa semua guru tahun 6 boleh melayari laman web yang berkenaan untuk melihat contoh jawapan yang diberi oleh murid yang menduduki UPSR tahun lepas dan ulasan kepada jawapan tersebut. Para guru boleh membuat rumusan dan mengenal pasti kelemahan murid dalam menjawab soalan. Akhir sekali, GB memberitahu bahawa sekiranya terdapat permasalahan berkenaan dengan kurikulum, GB meminta untuk merujuk kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. En Azman selaku setiausaha peperiksaan memaklumkan bahawa headcount untuk Tahun 6 sudah siap disediakan. Beliau menyarankan agar headcount untuk Tahun 1 hingga Tahun 6 turut disediakan bagi subjek teras dan agama. Beliau memberitahu bahawa folder dan template untuk mengisi headcount tersebut akan disediakan. Dalam sistem pemarkahan dalam talian iaitu SAPS, TOV perlu diisi. Beliau juga menambah agar ETR yang diisi sama dengan headcount yang disediakan. Cikgu Nurul Bahiyah yang mewakili guru penyelaras bestari memaklumkan agar seorang guru wajib menggunakan aplikasi VLE Frog bagi tempoh satu masa waktu pembelajaran (30 minit) dalam seminggu.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Dicatatkan oleh,Disahkan oleh :

.......................................................................................(NURUL BAHIYAH BT ISMAIL)