Minit kuri kali pertama 2013

9
SEKOLAH KEBANGSAAN PENAJIS 71300 REMBAU NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA SESI 2013 TARIKH : 26 DISEMBER 2012 HARI : RABU TEMPAT : BILIK MESYUARAT MASA : 10.15 PAGI KEHADIRAN : 1. Pn. Hajah Naripah Bt Othman 2. Pn. Rosnita Bt Abdul Wahab 3. En. Mohd Nori Bin Hamzah 4. Pn. Siti Aidah Bt Mohamad 5. Pn. Tan Meng Chin 6. En. Hisham Bin Lian 7. Pn. Kamariah Bt Abd. Samad 8. Pn. Rodiah Bt Othman 9. Puan Mirzawati Bt Ab Khalid 10. Cik Nor Ziah Bt Mustafa 11. Pn Idayu Bt Wadud 12. Pn. Farhana Bt Saadud Din 13. Pn. Anirah Bt Saian 14. Pn Norain Bt Mohd Morni ( PLBS-jQaf ) 1.0 UCAPAN ALUAN GURU BESAR SK PENAJIS PN. HAJAH NARIPAH BT OTHMAN Guru besar memulakan bicara dengan ucapan salam dan terima kasih kepada semua guru yang hadir. Guru besar berharap mesyuarat kali ini dapat merancang program yang berkesan bagi melicinkan perlaksanaan program tersebut sepanjang sesi persekolahan 2013. Guru Besar amat berterima kasih kerana semua guru dapat bekerjasama 1

Transcript of Minit kuri kali pertama 2013

Page 1: Minit kuri kali pertama 2013

SEKOLAH KEBANGSAAN PENAJIS71300 REMBAU

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMASESI 2013

TARIKH : 26 DISEMBER 2012 HARI : RABUTEMPAT : BILIK MESYUARATMASA : 10.15 PAGI

KEHADIRAN :

1. Pn. Hajah Naripah Bt Othman2. Pn. Rosnita Bt Abdul Wahab3. En. Mohd Nori Bin Hamzah4. Pn. Siti Aidah Bt Mohamad5. Pn. Tan Meng Chin6. En. Hisham Bin Lian7. Pn. Kamariah Bt Abd. Samad8. Pn. Rodiah Bt Othman 9. Puan Mirzawati Bt Ab Khalid10. Cik Nor Ziah Bt Mustafa11. Pn Idayu Bt Wadud12. Pn. Farhana Bt Saadud Din13. Pn. Anirah Bt Saian14. Pn Norain Bt Mohd Morni ( PLBS-jQaf )

1.0 UCAPAN ALUAN GURU BESAR SK PENAJIS PN. HAJAH NARIPAH BT OTHMAN

Guru besar memulakan bicara dengan ucapan salam dan terima kasih kepada semua guru yang hadir. Guru besar berharap mesyuarat kali ini dapat merancang program yang berkesan bagi melicinkan perlaksanaan program tersebut sepanjang sesi persekolahan 2013. Guru Besar amat berterima kasih kerana semua guru dapat bekerjasama dengan GPK 1 iaitu Pn. Rosnita Bt Abd. Wahab. Beliau gembira kerana kerjasama yang baik sepanjang tahun 2012 telah berjaya menjadikan SK Penajis sekolah terbaik di Negeri Sembilan. Beliau mengharapkan kerjasama dan semangat berpasukan ini diteruskan malah jadikan ia lebih baik kerana etos sekolah ini ialah Kerjasama Berpasukan yang erat dan bersatu hati.

Tindakan : Makluman Semua Guru

1

Page 2: Minit kuri kali pertama 2013

2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHANAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

- Tiada -

3.0 PERKARA BERBANGKIT- Tiada -

4.0 PERLANTIKAN AJK KURIKULUM SESI 2013 Sila Rujuk Pengurusan Kurikulum Sekolah 2013 untuk jawatankuasa dan senarai

tugas. Adalah menjadi harapan supaya semua guru dapat menjalankan tugas dengan ikhlas pada sesi 2013 ini.

Tindakan: Makluman semua guru

5.0 PENGURUSAN KURIKULUM5.1 Setiap guru hendaklah menandatangani Buku Kehadiran sewaktu datang dan

pulang dari sekolah.5.2 Guru yang tidak hadir ke sekolah, hendaklah memaklumkan kepada guru

besar dan GPK lebih awal sebagai makluman.

Tindakan: Makluman semua guru

6.0 SESI PERSEKOLAH/ WAKTU BERKERJA P&P

Guru Besar memaklumkan jadual waktu persekolahan adalah seperti berikut:

a) Loceng pertama berbunyi pada pukul 7:20 pagib) Murid mula beratur di dataran sekolah serta bacaan doa pagi serta

bacaan asma`ul husna dimulakan sebelum PdP bermula pada pukul 7:40 pagi

c) 7:20 pagi – 7:40 pagi : Penyampaian maklumat serta Program Panitia :Isnin : Bahasa MelayuSelasa : SainsRabu : Bahasa InggerisKhamis : Matematik ( BIJAK SIFIR )

d) 7:40 pagi – 1:10 petang (semua tahap) e) 7:40 pagi – 1:40 petang (tahun 4 dan 5 kerana Tasmik)f) Waktu Rehat : 10:10 pagi – 10:40 pagi

2

Page 3: Minit kuri kali pertama 2013

6.1 Loceng pertama sesi persekolahan akan berbunyi pada 7:20 pagi, sementara loceng kedua bermula pada pukul 7:40 pagi. Perhimpunan pada setiap hari Isnin dan hari selanjutnya akan diadakan Laluan Iqra pada pukul 7:20 pagi sehingga 7:40 pagi.

6.2 Sepanjang sesi persekolahan, semua murid dikehendaki beratur di luar kelas untuk membaca sifir sebelum masuk ke kelas. Waktu rehat juga, semua murid dikehendaki beratur di luar kelas untuk membaca sifir sebelum masuk ke kelas.

Tindakan: Makluman semua guru7.0 PENGAGIHAN MATA PELAJARAN

7.1 Guru besar memaklumkan bahawa pengagihan subjek seperti berikut:(a) Jadual Waktu Kelas(b) Jadual Waktu Persendirian(c) Maklumat Kedudukan Kelas

7.2 Guru Kelas Tahun 2013(a) Tahun 1 - Puan Anirah Bt Saian(b) Tahun 2 - Pn. Kamariah Bt Abd. Samad (c) Tahun 3 - Pn Idayu Bt Wadud(d) Tahun 4 - En. Hisham Bin Lian (e) Tahun 5 - Pn. Mirzawati Bt Ab Khalid(f) Tahun 6 - Pn. Tan Meng Chin

Tindakan: Makluman semua guru

8.0 MESYUARAT PANATIA

8.1 GPK 1 menerangkan kepada semua panitia agar menjalankan mesyuarat3 kali setahun serta mengemaskinikan fail-fail yang berkenaan.

8.2 Semua minit mesyuarat perlu disiapkan 14 hari selepas mesyuarat dijalankan serta perlu diedarkan kepada semua guru sebagai rujukan.

8.3 GPK1 juga meminta agar semua guru panatia merancang program disertai dengan kertas kerja dan membuat laporan selepas program dijalankan.

8.4 GPK 1 juga meminta semua guru panatia mengemaskinikan dokumen-dokumen yang berkenaan dalam fail-fail panatia masing-masing.

8.5 Ketua Panitia perlulah mendapatkan semua maklumat yang terkini tentang sebarang perubahan atau penambahbaikan tentang panitia masing-masing.

8.6 Panita baru yang perlu diwujudkan ialah Panitia Pendidikan Moral kerana terdapat seorang murid bukan islam dalam Tahun 1 pada sesi persekolahan 2013.

Tindakan: Ketua Panatia3

Page 4: Minit kuri kali pertama 2013

9.0 KSSR / PBS / SPPBS

9.1 GPK1 memaklumkan semua guru yang menghadiri kursus penataran KSSRbagi tahun 3 pada 2012 agar membuat LDP terhadap mata pelajaran masing-masing mengikut standard yang ditentukan supaya semua maklumat yang diperolehi dapat dicairkan.

9.2 Laporan LDP tersebut perlulah difailkan serta diedarkan kepada semua guru sebagai rujukan.

9.3 Segala dokumen tentang instrument, evident, showcase, induk serta fail murid data-data yang berkenaan hendaklah dikemaskinikan dalam fail serta SPBBS hendaklah dikemaskinikan mengikut kesesuaian masa dan tidak menunggu di saat-saat akhir kerana bimbang akan berlaku kesesakan talian.

9.4 Semua maklumat yang terkini tentang PBS akan dimaklumkan dengan lebih lanjut di dalam mesyuarat JK PBS dan Peperiksaan Sekolah.

Tindakan: Guru PBS @ KSSR10.0 LINUS / PEMULIHAN / PROTIM

10.1 GPK1 memaklumkan bahawa tiada murid LINUS di SKP pada sesi persekolahan 2012 dan murid pemulihan iaitu Nor Nadia Bt Kamaruzzaman (Tahun 3) dan Muhammad Haikal Bin Rosmadi ( Tahun 4 ).

10.2 Bagi Nor Nadia, bimbingan pemulihan di dalam kelas diteruskan oleh guru pemulihan khas manakala bagi Muhammad Haiqal pula kelas PROTIM perlu dilakukan oleh guru BM dan guru MT bagi memastikan beliau dapat menambah penguasaan dalam menguasai 3M di peringkat yang lebih tinggi.

10.3 Semua penyelaras yang terlibat perlulah mengemaskini dokumen yang perlu di dalam fail serta memastikan semua maklumat adalah terkini.

10.4 Mesyuarat JK perlu dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan minit perlu disiapkan dalam tempoh 14 hari serta diedarkan kepaada semua guru sebagai makluman dan rujukan.

Tindakan: Guru LINUS/Pemulihan/Protim

11.0 MBMMBI

11.1 Guru besar menerangkan bahawa semua guru hendaklah bertanggungjawab melaksanakan MBMMBI semasa pengajaran dan pembelajaran dan disepanjang waktu persekolahan. Semua guru juga perlu faham dan peka bahawa Program MBMMBI yang dilakukan diharap dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dan menambah pemahaman dalam Bahasa Inggeris. Pendekatan soft landing dalam mengubah PdP dalam BahasaInggeris kepada Bahasa Melayu perlu dilakukan oleh guru dengan cara yang bijaksana agar murid tidak keliru.

4

Page 5: Minit kuri kali pertama 2013

11.2 Pihak sekolah dan guru yang terlibat dengan PdP dalam Bahasa Inggeris sebelumnya telah bersetuju sebulat suara bahawa PdP bagi sesi persekolahan 2013 akan menggunakan Bahasa Melayu dan terjemahan dwibahasa masih diteruskan bagi murid Tahun 6.

11.3 Bahan-bahan MBMMBI yang diterima perlu direkodkan serta penggunaannya juga perlu dicatatkan.

Tindakan: Makluman Semua Guru

12.0 PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

12.1 Peperiksaan akan dilakukan mengikut takwim. Namun jika terdapat sebarang perubahan, semua maklumat akan diberitau kelak. Sila rujuk Prosedur Peperiksaan Sekolah untuk mendapatkan maklumat yang lebi terperinci. Semua guru perlu mengisi data SAPS setiap kali selesai Ujian/Peperiksaan. Pastikan juga setiap data murid dianalisa untuk mengenalpasti peningkatan pencapaian murid. Selain itu, post mortem juga perlu dilakukan agar kekuatan dan kekurangan dapat diberi perhatian yang sewajarnya.

Tindakan : Makluman Semua Guru

13.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK/UPSR

13.1 Sila rujuk Carta Gantt yang dibekalkan untuk mengenalpasti program yang telah dirancang.

13.2 Program yang telah dirancang akan dilaksanakan berdasarkan kepada Takwim Sekolah. Sebarang perubahan akan dimaklumkan.

13.3 Semua program panitia akan dijalankan seperti sebelumnya. penambahbaikan adalah amat digalakkan agar dapat menambah minat murid.

13.4 Kelas Bimbingan Pagi diteruskan. Kelas Tambahan petang diteruskan. Kelas Tambahan Sabtu ditambah untuk murid Tahun 5 sebagai tambahan.

13.5 Program tambahan yang perlu dilakukan secara kerjasama dengan pihak lain seperti SKM, Majlis Guru Besar Daerah, PPD, Tabung Haji dan Berita Harian akan diteruskan sekiranya sekolah mendapat jemputan.

13.6 Guru dan penjaga bertanggungjawab dalam urusan penghantaran pergi dan balik setiap murid.

13.7 Semua laporan program juga perlu disiapkan dan diletakkan dalam fail kecemerlangan PKAS.

5

Page 6: Minit kuri kali pertama 2013

14.0 PENCERAPAN

14.1 Pencerapan PdP, Buku Tulis dan Fail-fail akan dilakukan mengikut jadual pencerapan yang diedarkan.

14.2 Jika berlaku sebarang perubahan, perlulah dicatatkan pada ruangan catatanyang disediakan.

14.3 Semua pencerapan yang dilakukan perlulah dicatatkan di dalam borang pencerapan yang disediakan serta di dalam fail PdP semua guru yang terlibat.

14.4 Guru Besar juga mengingatkan tentang pencerapan yang mungkin akan dilakukan olrh pihak JNJK kerana keputusan cemerlang dalam UPSR.

14.5 Selain itu, pencerapan dari PPD juga akan dilakukan mengikut jadual yang akan diedarkan oleh pihak PPD kepada semua sekolah.

Tindakan: Makluman Semua Guru15.0 HAL-HAL LAIN

15.1 Setiap guru boleh menyenaraikan buku-buku latihan yang dikehendaki semasa pengajaran dan pembelajaran untuk diperbincangkan semasa Mesyuarat Agung PIBG untuk membantu semua guru dalam pengajaran di dalam kelas.

Tindakan: Makluman Semua Guru

16.0 PENANGGUHAN

Guru Besar amat berharap agar perjalanan sekolah menjadi lebih baik walaupun keadaan fizikal sekolah ayang amat menyedihkan. Selain itu, keselamatan murid di dalam kabin perlu sentiasa diberi perhatian memandangkan pendawaian elektrik yang agak merbahaya terutamanya ketika hujan. Guru Besar juga mengucapkan terima kasih lagi sekali atas komitmen guru-guru yang sangat baik.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.15 tgh.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

(CIK NOR ZIAH BT MUSTAFA) (PN ROSNITA BT ABD. WAHAB)SU KURIKULUM GURU PENOLONG KANAN 1SK PENAJIS SK PENAJIS

Disahkan oleh;

(PN HAJAH NARIPAH BT OTHMAN)GURU BESAR, SK PENAJIS

6