Minit Kurikulum Kali Ke-5 2014

8
SEKOLAH MENENGAH AGAMA REMBAU 71300 REMBAU NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI KE-5 SESI 2014 Tarikh : 12 November 2014 Hari : Rabu Masa : 4.00 petang Tempat : Bilik Gerakan SMA Rembau Kehadiran : 1. En. Mohd Nasaruddin Bin Mohd Hassim (GPK 1) 2. Pn. Norazalina Binti Jaapar (GPK HEM) 3. En. Rashdan Bin Abd. Rahman (GPK Kokurikulum) 4. En. Mohd Shah Bin Ujang (K. B. Pendidikan Islam) 5. En. Amran Bin Daud (K. B. Kemanusiaan) 6. Pn. Nazirah Binti Ahmad 7. Pn. Rosmawar Binti Baharin 8. Pn. Juliana Binti Mohd Noor 9. Pn. Rohimah Binti Che Daud 10. Pn. Norol Hawa Binti Ishak 11. Pn. Siti Aminah Binti Ramli (Kaunselor) 12. Pn. Yanti Ju Laidy Binti Hussin 13. En. Anuwar Bin Mohamat 14. Pn. Nurulhuda Binti Ramdan 15. Cik Zarina Binti Muda 16. Pn. Siti Arija Binti Buang 17. Pn. Rahimah Binti Harun 18. Pn. Siti Hajar Binti Sulaiman 19. Pn. Norhidayah Binti Pazil Tidak hadir : 1. Pn. Hajjah Japiah Binti Jampok 2. En. Iskan Bin Damuri 3. En. Khairul Azua Bin Abu Zarin 4. Pn. Nazirah Binti Ahmad 5. Cik Khairun Naimah Binti Abdul Halim 1.0 Ucapan Aluan Pengerusi : 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran para guru ke Mesyuarat Kurikulum kali ke-5 sesi 2014. 1.2 Pengerusi mengharapkan dalam sesi mesyuarat pada kali ini semua ahli mesyuarat dapat menyumbangkan idea bagi meningkatkan prestasi sekolah. 1

description

Minit Kurikulum Kali Ke-5 2014

Transcript of Minit Kurikulum Kali Ke-5 2014

Page 1: Minit Kurikulum Kali Ke-5 2014

SEKOLAH MENENGAH AGAMA REMBAU71300 REMBAU

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI KE-5 SESI 2014

Tarikh : 12 November 2014 Hari : RabuMasa : 4.00 petangTempat : Bilik Gerakan SMA Rembau

Kehadiran : 1. En. Mohd Nasaruddin Bin Mohd Hassim (GPK 1)2. Pn. Norazalina Binti Jaapar (GPK HEM)3. En. Rashdan Bin Abd. Rahman (GPK Kokurikulum)4. En. Mohd Shah Bin Ujang (K. B. Pendidikan Islam)5. En. Amran Bin Daud (K. B. Kemanusiaan) 6. Pn. Nazirah Binti Ahmad7. Pn. Rosmawar Binti Baharin8. Pn. Juliana Binti Mohd Noor9. Pn. Rohimah Binti Che Daud10. Pn. Norol Hawa Binti Ishak11. Pn. Siti Aminah Binti Ramli (Kaunselor)12. Pn. Yanti Ju Laidy Binti Hussin13. En. Anuwar Bin Mohamat14. Pn. Nurulhuda Binti Ramdan15. Cik Zarina Binti Muda16. Pn. Siti Arija Binti Buang17. Pn. Rahimah Binti Harun18. Pn. Siti Hajar Binti Sulaiman19. Pn. Norhidayah Binti Pazil

Tidak hadir : 1. Pn. Hajjah Japiah Binti Jampok2. En. Iskan Bin Damuri3. En. Khairul Azua Bin Abu Zarin4. Pn. Nazirah Binti Ahmad5. Cik Khairun Naimah Binti Abdul Halim

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi :

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran para guru ke Mesyuarat Kurikulum kali ke-5 sesi 2014.

1.2 Pengerusi mengharapkan dalam sesi mesyuarat pada kali ini semua ahli mesyuarat dapat menyumbangkan idea bagi meningkatkan prestasi sekolah.

1

Page 2: Minit Kurikulum Kali Ke-5 2014

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Cik Zarina mencadangkan agar Minit Mesyuarat Kurikulum Kali ke-4 sesi 2014 diterima dan disahkan.

2.2 Cadangan disokong oleh Pn. Nurulhuda.

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa beliau telah menyediakan satu laporan berdasarkan post mortem percubaan SPM yang telah dilaksanakan seterusnya merangka sebuah pelan tindakan bagi tujuan penambahbaikan

3.2 Antara tindakan penambahbaikan yang telah dilaksanakan adalah menjemput guru cemerlang bagi beberapa subjek kritikal untuk memberikan suntikan tips dan kaedah bagi menguasai teknik menjawab soalan yang terakhir.

3.3 Selain itu, pelaksanaan jadual anjal juga memudahkan para guru membuat perbincangan bersama murid secara intensif dan efektif.

3.4 Di samping itu, setiap guru subjek juga telah membuat penambaikan terhadap ETR bagi subjek masing-masing seterusnya menambahbaik Gred Purata Sekolah bagi peperiksaan SPM.

4.0 Laporan Ketua Bidang

4.1 Ketua Bidang Kemanusiaan (Tn Haji Amran)4.1.1 Panitia Geografi telah mengadakan Minggu Alam Sekitar serta taklimat kerja

kursus instrumen pelbagai pentaksiran PT34.1.2 Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu, Prinsip Perakaunan dan Ekonomi Asas

telah bekerjasama mengadakan Bulan Teknik dan Vokasional4.1.3 Panitia Sivik bersama Kaunselor telah menganjurkan lawatan ke rumah

orang-orang tua yang terletak di Seremban 4.1.4 Panitia Sejarah telah menjayakan program bersifat akademik seperti Bengkel

Teknik Menjawab Soalan dan taklimat kerja kursus pelbagai instrumen PT3. Selain itu, bulan patriotik pula disambut dengan memasang bendera di sekeliling sekolah.

4.1.5 PanitiaPendidikan Jasmani dan Kesihatan pula telah menjayakan program bersifat akademik iaitu melaksanakan aktiviti SEGAK dan pelaporannya mengikut jadual dan panduan yang telah ditetapkan.

4.1.6 Kebanyakan panitia telah mengadakan mesyuarat sebanyak tiga dan empat kali setahun seterusnya melepasi KPI yang telah disasarkan mengikut perancangan.

Tindakan : Makluman4.2 Ketua Bidang Sains dan Matematik (Tn. Haji Mohd Isa)

4.2.1 Panitia Sains telah bekerjasama dengan Panitia Matematik dalam menjayakan Bulan Sains dan Matematik pada bulan Januari dan Seminar Teknik Menjawab Soalan SPM pada bulan Mei.

4.2.2 Panitia Matematik telah mengadakan Program Soalan Mee Segera di dalam kelas bertujuan untuk menguji kesediaan murid sebelum memulakan PDP.

Tindakan : Makluman

2

Page 3: Minit Kurikulum Kali Ke-5 2014

4.3 Ketua Bidang Pendidikan Islam (Ustaz Mohd Shah)4.3.1 memaklumkan bahawa kebanyakan aktiviti di bawah Bidang Pendidikan

Islam melibatkan kerjasama Panitia Pendidikan Islam, Panitia Bahasa Arab, Panitia Pendidikan Al-Quran dan Sunnah serta Panitia Pendidikan Syariah Islamiyyah.

4.3.2 Antara program yang telah dijalankan termasuklah :a) Mesyuarat panitia telah diadakan sebanyak tiga kalib) Program Dakwah c) Sambutan Bulan Kebesaran Islamd) Majlis Tilawah Al-Quran e) Bacaan Yaasin dan Solat Hajat bagi calon PT3 dan SPM.f) Puasa Sunat Jama’ie setiap Isnin dan Khamis sepanjang bulan Syawalg) Program Qurban Perdanah) Qiyamullail (dapat dilaksanakan sekali sahaja pada tahun ini)i) Program Sembelihan (Tingkatan 4)j) Kem Nuqaba’ k) Kem Motivasi Tingkatan 1,2 dan 3l) Bengkel Teknik Menjawab Soalan

4.3.3 Walaubaagaimanapun, terdapat sebuah program yang tidak dapat dijalankan iaitu Kursus Pengurusan Jenazah seterusnya akan dibawa ke tahun hadapan.

Tindakan : Makluman4.4 Bidang Bahasa

4.4.1 Panitia Bahasa Inggeris (Pn. Rosmawar) memaklumkan bahawa antara program yang telah dilaksanakan adalah :a) Mesyuarat panitia telah dilaksanakan sebanyak tiga kalib) Sistem set – Ujian diagnostik Tingkatan 1c) Vocabulary Built Upd) Kelas Tambahan PT3 semasa Perkampungan Ilmue) English Camp Tingkatan 3, 4 dan 5

4.4.2 Panitia Bahasa Melayu (Pn. Nurulhuda) memaklumkan bahawa antara program yang telah dilaksanakan adalah :a) Mesyuarat panitia telah dilaksanakan sebanyak tiga kalib) Karnival Bahasa Melayu sebagai penganjur diadakan pada bulan Macc) Program 1 Murid 1 Peribahasa bagi semua tingkatan setiap hari bermula

April hingga Septemberd) Buku Kosa Katae) Bengkel Teknik Menjawab Soalan SPM telah dilaksanakan sebanyak dua

kalif) Klinik Bahasa Melayu selepas Peperiksaan Percubaan SPMg) Program Percambahan Ilmu (Jun)

4.4.3 Namun begitu, Bulan Bahasa tidak dapat dilaksanakan atas sebab kekangan masa.

Tindakan : Makluman

3

Page 4: Minit Kurikulum Kali Ke-5 2014

5.0 Laporan Aktiviti Kecemerlangan Akademik Sesi 2014

Bil. Program Penyelaras Tindakan Laporan pelaksanaan1. Aku Janji

Penetapan target PMR/SPM

Pn. Siti Aminah

Guru subjek Dilaksanakan dengan jayanya

2. Kelas Berjaya Cemerlang

En. Mohd Shah

Guru subjek & Guru cemerlang

Dilaksanakan dengan jayanya dari Februari hingga September

3. Bengkel KBAT Pn. Siti Aminah

Penceramahjemputan

Tidak dapat dilaksanakan

4. Kem Bahasa Melayu

Pn. Siti Hajar Guru subjek Tingkatan 3 dan 5

Dilaksanakan pada bulan April peringkat panitia untuk Tingkatan 3 dan 5

5. Kem Bahasa Arab

Pn. Nazirah Panitia Bahasa Arab bersama penceramah jemputan Ustaz Zulkarnain B. Itam dari Maahad Ahmadi Gemencheh

Dilaksanakan dengan jayanya pada bulan Ogos untuk Tingkatan 1, 2 dan 3 (Siri 1) serta Tingkatan 4 dan 5 (Siri 2)

6. Kem Bahasa Inggeris

En. Iskan Panitia Bahasa Inggeris bersama penceramah jemputan En. Nasaruddin B. Rahmat dari SMK Dato’ Bendahara

Dilaksanakan dengan jayanya pada bulan Ogos untuk Tingkatan 3, 4 dan 5

7. Perkampungan Ilmu

Pn. Norazalina Guru subjek & Penceramah jemputan

Dilaksanakan dengan jayanya pada bulan JunBengkel Teknik Menjawab Soalan SPM (Tingkatan 5) dan Kelas Tambahan PT3 untuk Tingkatan 3

8. Permata Gemilang (Elit)

PK1 Guru subjek Dilaksanakan sepanjang tahun semasa PDP untuk murid elit dengan membekalkan latih tubi khas

9. Program Minimum ‘C’

En. Rashdan Guru subjek Dilaksanakan sepanjang tahun semasa PDP khas untuk murid sederhana dan lemah dengan membekalkan latih tubi khas

10. Klinik Mata Pelajaran

En. Iskan Guru subjek Dilaksanakan sepanjang tahun semasa PDP atau luar PDP khas untuk murid lemah dengan pendekatan secara intensif

11. Bank Soalan SU Peperiksaan

Guru subjek Dilaksanakan setiap kali soalan ujian dan peperiksaan serta latih tubi yang ditadbir oleh para guru

4

Page 5: Minit Kurikulum Kali Ke-5 2014

12. Latih tubi topikal

PK1 Guru subjek Dilaksanakan sepanjang tahun semasa PDP setiap kali sesebuah topik itu telah habis diajar

13. Bacaan Yaasin & Solat Hajat PT3 dan SPM

Ustaz Mohd Shah

Semua guru Dilaksanakan dengan jayanya pada bulan Oktober

14. Program Guru Muda

Tn. Haji Mohd Isa

Guru subjek Dilaksanakan semasa PDP sepanjang tahun oleh murid elit yang dilantik oleh guru bagi membantu murid yang lemah

15. Kaunseling Berfokus

Pn. Siti Aminah

Guru subjek Dilaksanakan bermula Februari hingga Oktober terhadap murid yang bermasalah dari segi sikap dan kemahiran belajar

Tindakan : Makluman

6.0 Laporan Keputusan Akhir Tahun 2014 oleh Setiausaha Peperiksaan

6.1 Pn. Rohimah membentangkan analisa keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2014 bagi Tingkatan 1, 2 dan 4.

6.1.1 Analisa Perbandingan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1 2013 dan 2014

GPS 2013 GPS 2014 Kesimpulan2.83 3.28 Mengalami penurunan seterusnya memerlukan

tindakan penambahbaikan

6.1.2 Analisa Perbandingan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2 2013 dan 2014

GPS 2013 GPS 2014 Kesimpulan2.26 3.03 Mengalami penurunan seterusnya memerlukan

tindakan penambahbaikan

6.1.3 Analisa Perbandingan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 2013 dan 2014

GPS 2013 GPS 2014 Kesimpulan5.67 5.02 Mengalami peningkatan

Tindakan : Semua guru

5

Page 6: Minit Kurikulum Kali Ke-5 2014

6.2 Faktor penurunan keputusan Tingkatan 16.2.1 Pn. Norazalina memaklumkan bahawa antara faktor penurunan adalah

disebabkan oleh murid tidak dapat menguasai teknik menjawab soalan kerana soalan adalah mengikut format PT3 yang baru diperkenalkan pada bulan Ogos yang lalu dan pendapatnya disokong oleh Pn. Rahimah.

6.36.4 Pn. Rohimah membentangkan rumusan peperiksaan yang telah dilaksanakan sepanjang

tahun 2014. 6.4.1 Ujian dan Peperiksaan Dalaman 2014

Bil Perkara Tarikh

1 Ujian 1 3 – 7 Mac 2014

2 Peperiksaan Pertengahan Tahun 2 – 16 Mei 2014

3 Ujian 2 11 – 14 Ogos 2014

4 Peperiksaan Akhir Tahun 13 – 24 Oktober 2014

6.4.2 Peperiksaan Awam 2014

Bil. Perkara Tarikh

1 Peperiksaan Percubaan PT3 25 Ogos - 11 Sept 2014

2 Peperiksaan Percubaan SPM 25 -28 Ogos 2014

3 Peperiksaan PT3 (Sebenar) 13 – 16 Oktober 2014

4 Peperiksaan SPM (Sebenar) 3 -27 November 2014

5 Ujian Lisan Mendengar BM 12 Ogos 2014

6 Ujian Lisan Mendengar BI 13 Ogos 2014

7 Ujian Lisan Bertutur BM 18 – 19 Ogos 2014

8 Ujian Lisan Bertutur BI 20 – 22 Ogos 2014

9 Ujian Psikometrik 24 September 2014

10 Ujian Saringan PISA Fasa 2 28 April 2014

6

Page 7: Minit Kurikulum Kali Ke-5 2014

11 Ujian Saringan PISA Fasa 3 8 September 2014

Tindakan : Semua guru7.0

1.0 Penutup

1.1 Pengerusi mengharapkan semua guru saling bekerjasama dan berusaha bersungguh- sungguh dalam memberi didikan yang terbaik kepada anak-anak murid SMA Rembau serta berdoa agar segala perancangan dapat dijalankan dengan sempurna.

1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas komitmen para guru dalam memberikan perhatian serta sumbangan buah fikiran di dalam mesyuarat.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.10 petang dengan bacaan tasbih kafarah dan Surah Al-Asr.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

________________________ ______________________________(NOROL HAWA BT. ISHAK) (MUHAMMAD ABDUH B. AZARAI)Setiausaha Kurikulum, Guru Penolong Kanan 1,Sek. Men. Agama Rembau. Sek. Men. Agama Rembau.

Disahkan oleh,

______________________________(HAJAH JAPIAH BINTI JAMPOK)Pengetua,Sek. Men. Agama Rembau.

7