minit linus kali kedua.docx

5
Sekolah Kebangsaan Taman Awana Jalan Langgar, 05460 Alor Setar, Kedah Darul Aman. MINIT MESYUARAT LINUS KALI KEDUA SESI 2013 Tarikh : 19 Jun 2013 Hari : Rabu Masa : 1.15 tengahari Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Taman Awana Kehadiran : 1. Pn. Yusnita Bt Yahya 2. Pn. Rusmawati Bt Md. Din 3. Pn. Sharifah Bt Kamis 4. Pn. Nora Bt Yusoff 5. Pn. Ummi Kalthum Bt Zainal Ariffin 6. Cik Zainab Bt Abdullah 7. En. Mohd Hafiz B. Abd Razak Turut Hadir : 1. En. Ahmad Sabri B. Long ( Guru Penolong Kanan 1) 1 : PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran Encik Ahmad Sabri B. Long, Guru Penolong Kanan Kurikulum dan

Transcript of minit linus kali kedua.docx

Sekolah Kebangsaan Taman AwanaJalan Langgar, 05460 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

MINIT MESYUARAT LINUSKALI KEDUASESI 2013Tarikh: 19 Jun 2013Hari: Rabu Masa: 1.15 tengahariTempat: Bilik Mesyuarat, SK Taman AwanaKehadiran:1. Pn. Yusnita Bt Yahya2. Pn. Rusmawati Bt Md. Din3. Pn. Sharifah Bt Kamis4. Pn. Nora Bt Yusoff5. Pn. Ummi Kalthum Bt Zainal Ariffin6. Cik Zainab Bt Abdullah7. En. Mohd Hafiz B. Abd RazakTurut Hadir:1. En. Ahmad Sabri B. Long ( Guru Penolong Kanan 1)

1 :PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran Encik Ahmad Sabri B. Long, Guru Penolong Kanan Kurikulum dan ahli Jawatankuasa LINUS sesi 2013 kerana sudi menghadirkan diri ke Mesyuarat LINUS kali kedua. 1.2 Menjelaskan tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan mengenai pelaksanaan Linus 2.0. Makluman : AJK LINUS

2 :UCAPAN WAKIL PENTADBIR 2.1 En. Ahmad Sabri selaku Guru Penolong Kanan 1 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru kerana dapat menghadirkan diri ke mesyuarat kali kedua ini. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah oleh semua guru.2.2 Beliau mengalu-alukan kedatangan semua guru yang hadir ke mesyuarat pada kali ini.Makluman : AJK LINUS3 :MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT 3.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat Jawatankuasa Linus Kali pertama 2013.3.2 En. Mohd Hafiz B. Abd Razak mencadangkan agar minit mesyuarat Linus kali pertama disahkan dan Cik Zainab Bt Abdullah menyokong.4 :PERKARA BERBANGKIT4.1 Berkaitan perkara 6.2 Puan Sharifah memaklumkan Program Anak Angkat / Program Mentor Mentee masih tidak dapat dilaksanakan kerana murid-murid terlibat dengan kelas tasmik dan kelas KAFA.Makluman : AJK LINUS5 :PENERANGAN MENGENAI LINUS 2.05.1 Pengerusi memberitahu bahawa KPM telah membuat pembaharuan dalam Program Linus dengan menamakan Linus 2.0.5.2 Beliau juga menyatakan tatacara pelaksanaan dan takrifan tahap penguasaan murid Linus 2.0 mulai tahun 2013 adalah seperti berikut :5.2.1 Semua murid perlu menduduki dua saringan setiap tahun dari tahun 1 hingga tahun 3 mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan.5.2.2 Saringan pertama diadakan pada bulan April dan saringan kedua pada bulan September.5.2.3 Murid akan dikategorikan kepada menguasai dan tidak menguasai. Mereka tidak lagi dilabelkan sebagai murid Arus Perdana, Linus dan Linus Tegar.5.2.4 Murid yang ditakrifkan sebagai murid yang melepasi konstruk 12 pada setiap saringan yang dijalankan bagi Literasi Bahasa Melayu, Literasi Bahasa Inggeris dan Numerasi.5.3 Pengerusi juga memberitahu bahawa saringan Baseline Literasi Bahasa Inggeris akan diadakan pada bulan Mei 2013.5.4 Beliau juga menyatakan Penyelaras Linus Bahasa Inggeris akan dilantik dan diberi penerangan selanjutnya mengenai saringan Baseline.Makluman : AJK LINUS6 : LAPORAN UJIAN SARINGAN6.1 Pn. Yusnita memaklumkan bahawa terdapat 17 orang murid dari Tahun 1 yang tidak menguasai Linus Literasi dan 4 orang yang tidak menguasai Numerasi.6.2 Cik Zainab pula memaklumkan terdapat 11 orang murid dari Tahun 2 yang tidak menguasai Linus Literasi dan 8 orang yang tidak menguasai Numerasi. 6.3 Murid- murid tahun 3 yang masih belum menguasai Linus Literasi adalah seramai 2 orang dan hanya seorang yang belum menguasai Numerasi.Makluman : AJK LINUS7 : HAL-HAL LAIN7.1 Guru Linus perlu mengemaskini fail peribadi murid Linus.7.2 Semua maklumat Linus perlu dibentangkan semasa mesyuarat kurikulum, panitia Bahasa Melayu dan Panitia Matematik. Makluman : AJK LINUS dan Pihak Pentadbir

8 :UCAPAN PENANGGUHAN8.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.................................... ...................................(PN. RUSMAWATI BT MD. DIN) (EN. AHMAD SABRI B. LONG)Pen. Setiausaha LINUSGuru Penolong Kanan 1SK Taman Awana.SK Taman Awana