minit mesy

7
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU PEKAKA 09300 KUALA KETIL KEDAH DARUL AMAN E-Mail: [email protected], MINIT MESYUARAT UNIT PENGURUSAN PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN 2011 TARIKH : 9 Februari 2011 MASA : 12.45 Tgh TEMPAT : Bilik Mesyuarat KEHADIRAN 1. PN. NORHANA BT. MUSA SU Peperiksaan 2. PN. SITI ZAMRAH BT. AHMAD SU Pep. UPSR/PLBS BM(UPSR) 3. PN. A. PARIMALA DEVI BI/PLBS BI(UPSR) 4. PN. ROZITA BT. SAMIUN SN/PEKA(UPSR) 5. PN. HJH SAADIAH BT. ROMLI PAFA 6. PN. NORAEWIN BT. AHMAD BM 7. PN. VASANDY A/P BANDILOO BI 8. PN. NOOR FADZILAH BT. ABD.RAZAK SN 9. PN. AZIZAH BT. GHAZALI PAI 10. PN. FAUDZIAH BT. SULAIMAN M3 11. TN. MD. FAIRUZ B.TN. ABDULLAH Pendidikan Khas TURUT HADIR 1. EN. YUSOF BIN MOHAMAD TAIB PK1 I ALUAN PENGERUSI 1. Encik Yusof Bin Mohamad Taib (PK1) selaku pengerusi mesyuarat mengalu-alukan dan berterima kasih kepada semua ahli yang dapat hadir pada mesyuarat unit peperiksaan dan penilaian kali pertama bagi sesi 2011 ini. Mesyuarat kali pertama ini lebih fokuskan kepada takwim PKBS. II PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT YANG LALU 2. Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu. Pn. Noor Fadzilah Bt. Abdul Razak mencadangkan agar minit mesyuarat diterima dan disokong oleh Pn. Faudziah Bt Sulaiman. III PERKARA BERBANGKIT 3. Agenda(III) perkara 10. Pengerusi meminta laporan perjalanan Program Mentor-mantee bagi sesi 2010.Pn. Siti Zamrah Bt. Tel : 04- 4430535 Fax: 04-

description

contoh minit mesyuarat

Transcript of minit mesy

Page 1: minit mesy

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU PEKAKA

09300 KUALA KETIL

KEDAH DARUL AMAN

E-Mail: [email protected],

MINIT MESYUARAT UNIT PENGURUSAN PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN 2011

TARIKH : 9 Februari 2011

MASA : 12.45 Tgh

TEMPAT : Bilik Mesyuarat

KEHADIRAN

1. PN. NORHANA BT. MUSA SU Peperiksaan

2. PN. SITI ZAMRAH BT. AHMAD SU Pep. UPSR/PLBS BM(UPSR)

3. PN. A. PARIMALA DEVI BI/PLBS BI(UPSR)

4. PN. ROZITA BT. SAMIUN SN/PEKA(UPSR)

5. PN. HJH SAADIAH BT. ROMLI PAFA

6. PN. NORAEWIN BT. AHMAD BM

7. PN. VASANDY A/P BANDILOO BI

8. PN. NOOR FADZILAH BT. ABD.RAZAK SN

9. PN. AZIZAH BT. GHAZALI PAI

10. PN. FAUDZIAH BT. SULAIMAN M3

11. TN. MD. FAIRUZ B.TN. ABDULLAH Pendidikan Khas

TURUT HADIR

1. EN. YUSOF BIN MOHAMAD TAIB PK1

I ALUAN PENGERUSI

1. Encik Yusof Bin Mohamad Taib (PK1) selaku pengerusi mesyuarat mengalu-alukan dan

berterima kasih kepada semua ahli yang dapat hadir pada mesyuarat unit peperiksaan dan

penilaian kali pertama bagi sesi 2011 ini. Mesyuarat kali pertama ini lebih fokuskan kepada

takwim PKBS.

II PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT YANG LALU

2. Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu. Pn. Noor Fadzilah Bt. Abdul Razak

mencadangkan agar minit mesyuarat diterima dan disokong oleh

Pn. Faudziah Bt Sulaiman.

III PERKARA BERBANGKIT

3. Agenda(III) perkara 10. Pengerusi meminta laporan perjalanan Program Mentor-mantee

bagi sesi 2010.Pn. Siti Zamrah Bt. Ahmad selaku Setiausaha Peningkatan UPSR

memaklumkan pada peringkat awal program ini beberapa orang murid dibahagikan kepada

beberapa orang guru,namun perjalanan peringkat awal agak perlahan dan kemudian

Tel : 04-4430535 Fax: 04-4430553

Page 2: minit mesy

diubahsuai dan digantikan dengan sekilas wacana yang melibatkan semua pentadbir(GB

dan Penolong Kanan). Sekilas wacana dijalankan pada setiap waktu pagi Isnin hingga

Rabu sebelum kelas bermula selama 10-15 minit.Objektifnya masih sama iaitu supaya

guru-guru sentiasa berdamping dengan murid-murid Tahun 6.

(Tindakan : Makluman)

4. Agenda(IV). Laporan PLBS(BM & BI),PEKA DAN PAFA.

Pengerusi mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua ketua panitia yang terlibat

kerana dapat menyiapkan pentaksiran PLBS,PEKA dan PAFA dengan baik.

(Tindakan : Makluman)

5. Agenda(V) dan (VI).Laporan PAM dan PROTIM

Bagi laporan PAM Tahun 3 Pn. Norhana Musa memaklumkan seramai 13 orang murid

tidak melepasi tahap ujian.Bagi laporan PROTIM (BM-Thn 6) Pn. Siti Zamrah Ahmad

memaklumkan seramai 2 orang murid tidak melepasi tahap membaca dan 4 orang murid

bagi tahap menulis. PROTIM (Matematik-Thn 6) Pn. Faudziah Sulaiman memaklumkan

semua murid menguasai kemahiran yang diuji.

(Tindakan : Makluman)

IV PELANTIKAN J/KUASA PBS 2011

6. Pengerusi mengumumkan pelantikan J/Kuasa PBS peringkat sekolah sesi 2011.

Ahli Jawatankuasa dibahagikan kepada 3 iaitu:

6.1 Ahli J/Kuasa (UPSR )

Pn. Siti Zamrah Bt Ahmad BM

Pn.A. Parimala Devi BI

Pn. Rozita Bt Samiun SN

Pn.Hjh Saadiah Bt Romli PAI

6.2 Ketua Pentaksir (KSSR)

Pn. Noraewin Bt Ahmad BM

Pn. Vasandy A/P Bandiloo BI

Pn. Rozita Bt. Samiun SN

Pn. Hjh Saadiah Bt. Romli PAI

Pn. Faudziah Bt. Sulaiman MATH

6.3 Pentaksir KSSR

Pn. Sarimah Bt. Musa BM

Pn. Norlia Bt. Shafie BM

Pn. Umi Baizura Bt. Dahari BI

Pn. Noor Fadzilah Bt. Abdul Razak SN

Pn. Mushirwati Bt. Kamis MATH

Pn. Azizah Bt. Ghazali PAI

7. Sehubungan dengan pelantikan tersebut,surat pelantikan akan diserahkan kemudian.

Page 3: minit mesy

(Tindakan : AJK PBS)

V TAKWIM PEPERIKSAAN

8. Terdapat sedikit pindaan terhadap jadual peperiksaan iaitu PKBS 1 yang dijadualkan pada

akhir Bulan Februari dipinda ke Bulan Mac. Berikut adalah jadual peperiksaan yang

ditetapkan dalam mesyuarat dan tarikh menghantar analisa markah:

Peperiksaan Tarikh

PKBS 1 7 Mac hingga 9 Mac

Analisa Markah Sebelum / Pada 24 Mac

Pertengahan Tahun 25 Mei hingga 27 Mei

Analisa Markah Sebelum / Pada 16 Jun

PKBS 2 / UPSR Percubaan 25 Julai hingga 27 Julai

Analisa Markah Sebelum / Pada 11 Ogos

Akhir Tahun( jadual UPTL) 17 Okt hingga 19 Okt

Analisa Markah Sebelum / Pada 30 Oktober

9. Peperiksaan ini hanya melibatkan murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6 sahaja.Murid-

murid Tahun1 berdasarkan KSSR. Pengerusi meminta ketua panitia mengambil tindakan

dengan menguar-uarkan pada ahli masing-masing.

10. Setiausaha memaklumkan analisa markah bagi PKBS 1 dan PKBS 2 masih menggunakan

format SAP Johor.Guru-guru hanya perlu mengisi markah dalam SAP dan tidak perlu cetak

keputusan. SU peperiksaan akan menyalin data dalam disket dan mencetak semua analisa

markah setiap kelas.

(Tindakan :AJK & Ketua Panitia)

VI PENYEDIAAN SOALAN

11. Bagi PKBS 1 dan PKBS 2

Dalam mesyuarat ini telah diputuskan bahawa matapelajaran yang diuji melibatkan

matapelajaran teras ( BM,BI,Matematik, Sains dan Agama/Moral) dan matapelajaran

elektif ( Sivik & KT sahaja ) tidak termasuk Kemahiran Hidup,Pendidikan

Jasmani,Pendidikan Seni dan Muzik.

(Tindakan : Ketua Panitia)

12. Soalan PKBS 1

Semua soalan asal (master copy ) mesti sampai ke pejabat untuk dicetak sebelum atau

pada 27 Februari 2011.

Soalan mestilah menggunakan font Arial dengan saiz perkataan 12 dan gambar

sekiranya ada hendaklah dipastikan terang dan jelas.

Guru-guru yang hendak menggunakan kertas jawapan objektif / kertas jawapan

karangan mesti memaklumkan kepada Setiausaha Peperiksaan dan nyatakan jumlah

yang diperlukan.

Page 4: minit mesy

13. Muka surat depan soalan peperiksaan mestilah ditandatangani oleh:

Penyedia soalan : Kiri

Penyemak soalan (Ketua Panitia) : Tengah

Pengesahan (GB/PK1) : Kanan

(Tindakan : Ketua Panitia )

VII PROGRAM KEMENTERIAN/JPN/PPD

14. PLBS/PEKA/PAFA/PROTIM/PAM

Pengerusi meminta AJK PBS(UPSR) yang dilantik memastikan perjalanan

PLBS,PEKA dan PAFA lancar.

PROTIM diserahkan di bawah tanggungjawab En. Abdul Latif B. Aminurrahman

PAM diserahkan di bawah tanggungjawab Pn. Mushirwati Bt. Kamis

(Tindakan : AJK PBS,PROTIM,PAM)

VIII PENTAKSIRAN KSSR

15. Pengerusi memaklumkan fail bagi murid-murid buat masa ini hanya dibekalkan bagi

matapelajaran teras sahaja.Format untuk muka depan fail boleh diperolehi daripada beliau.

(Tindakan:Ketua Panitia)

VIIII HAL-HAL LAIN

16. Ketua Panitia B.Melayu,Pn. Noraewin Bt. Ahmad mencadangkan menggunakan kembali

buku PLBS kerana lebih mudah dibawa ke tahun-tahun yang berikutnya.Pengerusi

bersetuju dan ini akan dimulakan di Tahun 2 hingga Tahun 5 bagi matapelajaran Bahasa

Melayu sahaja.Panitia Bahasa Inggeris masih tetap terus menggunakan borang dan

dimasukkan dalam fail murid.

( Tindakan : Ketua Panitia B.melayu)

17. AJK Unit Penilaian dan Peperiksaan memohon kerjasama pihak pentadbir memastikan

waris dikalangan guru yang mempunyai anak di SKBP ini supaya lebih telus dan bersikap

amanah ketika peperiksaan dijalankan bagi menjamin keesahan soalan.

(Tindakan : Pentadbir )

18. Bagi menjamin keesahan soalan ini juga, AJK turut mencadangkan kertas-kertas soalan

yang siap dicetak dikepilkan(klip) di bilik khas(bilik mesyuarat) dan tidak ditempat lain.

(Tindakan : AJK)

19. Cadangan dari Pn. Siti Zamrah, supaya dibekalkan CD kepada Ketua Panitia untuk burn

Huraian Sukatan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan disimpan oleh Panitia.

Page 5: minit mesy

(Tindakan : SU Peperiksaan)

20. SU peperiksaan meminta disediakan disket untuk menyalin semua data peperiksaan dari

setiap guru kelas.

(Tindakan : AJK )

21. Pn. Rozita Bt Samiun bertanyakan tentang plastik pembalut yang beliau minta masih

belum diperolehi.Plastik tersebut beliau ingin gunakan untuk membalut ABM yang telah

beliau sediakan di Bilik Sains.

(Tindakan : Pengerusi)

22. Pengerusi memaklumkan beliau akan cuba mengambil tindakan selanjutnya atas setiap

perkara yang telah diputuskan dalam mesyuarat kali ini dan cadangan-cadangan ahli-ahli

mesyuarat. Beliau juga meminta semua AJK Unit Peperiksaan & Penilaian mengambil

tindakan yang perlu atas perkara-perkara yang telah dibincangkan dalam mesyuarat ini.

(Tindakan : AJK)

Mesyuarat kali pertama Unit Peperiksaan dan Penilaian ditangguhkan pada pukul 2.15 tgh.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh: Diperakui Oleh:

………………………… ………………………………. …………………………………

(NORHANA BT MUSA) (EN.YUSOF B.MOHAMAD TAIB) (EN.AHMAD AZMI B. YAHAYA)

S/Usaha Unit Pengurusan GPK 1 ( Pentadbiran ) Guru Besar

Peperiksaan & Penilaian SK Batu Pekaka

Page 6: minit mesy