Minit mesy kukurikulum tahun 2016

7
PK 07/3 SK LKTP PEMANIS 2, SEGAMAT MINIT MESYUARAT GURU-GURU BIL 4 (2016) Tarikh : 29 September 2016 (Rabu) Masa : 1:00 petang Tempat : Bilik Mesyuarat, SKPD Pengerusi : Pn.Hajah Azizah binti Abu Bakar (GURU BESAR) Kehadiran (20 orang): 1. Pn.Hajah Azizah binti Abu Bakar (GURU BESAR) 2. En.Musa bin Atan (PK KURIKULUM 1) 3. En. Md.Adam bin Rohani (PK KOKURIKULUM) 4. Pn. Haziati binti Hamdan (PK Hal Ehwal Murid) 5. Pn. Noormaiza binti Abdul Malek 6. Cik Jamaliah binti Hishar@Azhar 7. Pn. Au Hoi Chew 8. Pn. Nursyahirah binti Ibrahim 9. Pn. Siti Azura binti Mohd Ayob 10. Pn. Aziaton binti Ibrahim 11. Pn. Aina Amirah binti Ahmad Keflee 12. Pn.Normi binti Bonari 13. Pn. Siti Mariam binti Zakaria 14. Pn. Morniza binti Ayersitam 15. Pn. Mazniza Binti Musa 16. En. Nazri bin Nasir 17. En. Amir Aiman bin Ruzlani 18. En. Mohd Khairi bin Mohd Hanafi 19. En. Zulkifli bin Ismail 20. En. Rosli bin Sahat Turut hadir : Tiada Tidak hadir : 1. Puan Zakiah binti Ab Halim ( Tidak hadir bersebab) 2. Puan Siti Salwa Binti Mail (Taklimat sukan di SMK Seri Kenangan) 3. En. Mohd Norfaisal bin Baharun (Tidak hadir bersebab) 4. En. Mohd Farid bin Mohamad ( Cuti Sakit) 1 PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke mesyuarat. 1.2 Pengerusi menyampaikan laporan pemantauan dari Pegawai JPNJ pada 19 Oktober yang lalu: 1

Transcript of Minit mesy kukurikulum tahun 2016

Page 1: Minit mesy kukurikulum tahun 2016

PK 07/3SK LKTP PEMANIS 2, SEGAMAT

MINIT MESYUARAT GURU-GURU BIL 4 (2016)

Tarikh : 29 September 2016 (Rabu)Masa : 1:00 petangTempat : Bilik Mesyuarat, SKPDPengerusi : Pn.Hajah Azizah binti Abu Bakar (GURU BESAR)Kehadiran (20 orang):

1. Pn.Hajah Azizah binti Abu Bakar (GURU BESAR)2. En.Musa bin Atan (PK KURIKULUM 1)3. En. Md.Adam bin Rohani (PK KOKURIKULUM)4. Pn. Haziati binti Hamdan (PK Hal Ehwal Murid)5. Pn. Noormaiza binti Abdul Malek6. Cik Jamaliah binti Hishar@Azhar7. Pn. Au Hoi Chew8. Pn. Nursyahirah binti Ibrahim9. Pn. Siti Azura binti Mohd Ayob10. Pn. Aziaton binti Ibrahim11. Pn. Aina Amirah binti Ahmad Keflee12. Pn.Normi binti Bonari13. Pn. Siti Mariam binti Zakaria14. Pn. Morniza binti Ayersitam15. Pn. Mazniza Binti Musa16. En. Nazri bin Nasir17. En. Amir Aiman bin Ruzlani18. En. Mohd Khairi bin Mohd Hanafi19. En. Zulkifli bin Ismail20. En. Rosli bin Sahat

Turut hadir : Tiada

Tidak hadir :

1. Puan Zakiah binti Ab Halim ( Tidak hadir bersebab)2. Puan Siti Salwa Binti Mail (Taklimat sukan di SMK Seri Kenangan)3. En. Mohd Norfaisal bin Baharun (Tidak hadir bersebab)4. En. Mohd Farid bin Mohamad ( Cuti Sakit)

1

Page 2: Minit mesy kukurikulum tahun 2016

1 PERUTUSAN PENGERUSI1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru

yang hadir ke mesyuarat.1.2 Pengerusi menyampaikan laporan pemantauan dari Pegawai JPNJ

pada 19 Oktober yang lalu:

1.2.1 Melalui laporan pegawai berkenaan , laporan fail panitia-panitia dan laporan-laporan program adalah lengkap. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang membantu dalam menyiapkan kesemua fail dan segala laporan.

1.2.2 Guru diminta agar menyediakan borang maklum balas setiap kali selepas menyediakan minit mesyuarat. Borang maklum balas tersebut akan dibaca oleh setiausaha apabila mesyuarat seterusnya.

1.2.3 Headcount yang telah disiapkan tidak mempunyai sebarang masalah dan baik.

1.2.4 Segala program yang hendak dibuat mestilah mensasarkan kepada suatu objektif yang spesifik sahaja..

1.2.5 Keadaan bengkel dan bilik-bilik khas terutamanya bilik kemahiran hidup adalah dalam keadaan tidak memuaskan dari segi keceriaan dan keselamatan. Di samping itu juga markah keseluruhan yang diberi adalah jika 3 bermakna baik, namun markah yang diberi kebanyakkannya adalah 1 bermakna lemah dari segi keselamatan. Pegawai JPNJ mengulas supaya bilik-bilik khas dibaik pulih dari segi keceriaan dan keselamatan terutamanya.

1.2.6 Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada Puan Syahirah kerana pentaksiran sekolah bagi tahun 6 telah disiapkan dan nama sekolah tidak tersenarai sebagai sekolah yang akan dipantau memandangkan segala pentaksiran melibatkan tahun 6 telah disiapkan.

1.2.7 Segala Amalan Terbaik Sekolah mestilah dimasukkan ke dalam fail.

1.2.8 Cadangan dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor ialah bermula tahun depan iaitu tahun 2017, semua panitia yang menjalankan segala program adalah tidak hanya berfokus di bawah ko-akademik tetapi juga kepada ko-kurikulum. Selain itu, program seperti program motivasi dan solat hajat adalah di bawah program HEM. Sebarang program yang hendak

2

Page 3: Minit mesy kukurikulum tahun 2016

dilaksanakan mestilah melibatkan kerjasama ketiga-tiga unit iaitu unit kurikulum, kokurikulum dan HEM.

1.2.9 Puan Salina Binti Hussain, Pengurus Sektor Pengurusan Akademik meminta agar semua guru mengambil tahu segala program-program di sekolah seperti LINUS,MBMMBI, PAJSK dan sebagainya. Guru juga mestilah mempunyai pengetahuan dan mengetahui makna kepada singkatan perkataan-perkataan tersebut termasuklah EMK, DSKP, NKRA dan sebagainya.

1.3 Pengerusi memaklumkan bermula tahun depan tahun 2017, lagu ‘Muafakat Johor’ wajib dinyanyikan semasa perhimpunan rasmi hari Ahad selepas lagu Bangsa Johor dinyanyikan.

1.4 Pengerusi mengingatkan supaya guru-guru menyemak Buku Rekod Perkhidmatan masing-masing di Pejabat Pendidikan Daerah.

Tindakan: makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Dicadangkan oleh: Cik Jamaliah binti Hishar@Azhar

Disokong oleh : Pn. Nursyahirah binti Ibrahim

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Puan Haziati memberitahu bahawa Buku Rekod Kawalan Murid adalah ditahap pencapaian lemah kerana ada segelintir guru-guru tidak menanda dan mengisi keberadaan guru di dalam kelas. Beliau juga meminta guru-guru bertugas mingguan supaya mengisi Buku Laporan Guru Bertugas.

Tindakan: semua guru

3.2 Cik Jamaliah meminta supaya guru-guru yang ke PPD atau keluar dari sekolah pada waktu persekolahan kerana urusan rasmi,bengkel,kursus,taklimat, CRK dan cuti sakit untuk memaklumkan kepada beliau keberadaan guru tersebut.

Tindakan: semua guru

3

Page 4: Minit mesy kukurikulum tahun 2016

3.3 Puan Azura memberitahu tentang kebanyakkan ibu bapa yang tidak mengisi ruang imunisasi di Buku Rekod Kesihatan Murid. Beliau mencadangkan supaya murid-murid membawa bersama-sama buku imunisasi dan buku rekod kesihatan murid.

Tindakan: makluman

4 UCAPAN GURU PENOLONG KANAN 1

4.1 En. Musa megucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis dan semua guru yang hadir ke mesyuarat.

4.2 En.Musa meminta agar sepertimana daripada laporan pemantauan pegawai JPNJ pada 19 Oktober yang lalu, beliau meminta agar segala program yang hendak dilaksanakan melibatkan semua guru.

Tindakan: makluman

4.3 Beliau juga memaklumkan bahawa bilik kemahiran hidup tidak memenuhi kriteria 5S iaitu susun,simpan,senggara,stok dan selamat.

Tindakan: Penyelaras Bilik KH

4.4 En.Musa juga meminta agar semua guru memberitahu keberadaan guru pada waktu persekolahan sekiranya guru tiada di sekolah di Whatsup Group Official. Beliau juga meminta supaya semua murid berpakaian formal sepanjang minggu peperiksaan.

Tindakan: Semua guru

4.5 En.Musa juga memberitahu tentang keadaan belakang makmal komputer di mana boleh terjadinya tempat pembiakan nyamuk serta ular. Beliau juga menyatakan keadaan bahaya di mana ada lubang besar di belakang makmal komputer tersebut. Pengerusi meminta supaya setiausaha PIBG, Puan Aziaton mengambil tindakan untuk memaklumkan kepada PIBG untuk mengambus semula tanah di belakang makmal komputer.

Tindakan: S/U PIBG

5 UCAPAN GURU PENOLONG KANAN HEM

5.1 Pn.Haziati mengucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis dan semua guru yang hadir ke mesyuarat.

4

Page 5: Minit mesy kukurikulum tahun 2016

5.2 Beliau meminta supaya semua guru kelas mengemaskini maklumat terkini murid-murid di APDM kerana KPM akan menentukan murid yang layak menerima bantuan bagi tahun 2017 melalui maklumat daripada APDM.

Tindakan: Semua guru kelas

5.3 Beliau juga memaklumkan laman web SSDM untuk guru kunjungi iaitu https://ssdm.moe.gov.my dengan ID Login: JBA7038 dan kata laluan adalah DISJBA7038.

Tindakan: makluman

5.4 Beliau juga memaklumkan bahawa Ujian Aptitud murid tahun 3 telah di semak oleh Pn.Mazniza.

Tindakan: makluman

6 UCAPAN GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

6.1 En.Md Adam mengucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis dan semua guru yang hadir ke mesyuarat.

6.2 Beliau membacakan laporan pemantauan JPNJ pada 19 Oktober yang lalu iaitu unit kokurikulum mestilah memperkasakan ko-akademik dengan bersama-sama membincangkan program-program bagi tahun 2017.

Tindakan: semua guru

6.3 Beliau memaklumkan bahawa buku laporan PAJSK dan markah telah disiapkan dan markah dikira berdasarkan CGPA di mana markah ini akan dibawa ke sekolah menengah.

Tindakan: makluman

6.4 Beliau kemudiannya memberi keterangan tentang tentatif Majlis Anugerah Kecemerlangan dan senarai tugas (rujuk buku program Majlis Anugerah Kecemerlangan 2016). Beliau juga memaklumkan bahawa penyelaras majlis tersebut yang dilantik ialah En.Zulkifli.

Tindakan: semua guru

5

Page 6: Minit mesy kukurikulum tahun 2016

7 HAL – HAL LAIN

7.1 Pn.Au memaklumkan bahawa Jadual Pentaksiran Akhir Tahun adalah bermula dengan subjek Dunia Seni Visual dan Bahasa Melayu. Beliau juga memaklumkan pada hari khamis akan diadakan budaya al-quran seperti biasa kerana murid-murid tahap 1 tiada peperiksaan manakala murid-murid tahap dua, peperiksaan bermula pada pukul 8.20 a.m.

Tindakan: makluman

7.2 Puan Nursyahirah memaklumkan tentang perubahan baju rumah sukan bagi tahun 2017. Beliau juga meminta guru kelas tahun 5 untuk mengemaskini dan mengesahkan segala makluman murid di APDM.

Tindakan: makluman

7.3 Puan Aina meminta supaya guru-guru kelas tahun 2,3 dan 4 memberi senarai nama-nama murid yang layak menjadi pengawas pusat sumber bagi tahun 2017.

Tindakan: Semua Guru Kelas Tahun 2,3 dan 4

7.4 Puan Morniza memaklumkan bahawa beliau akan mengedarkan senarai nama murid-murid yang belum menjelaskan yuran PIBG kepada guru kelas.

Tindakan: Semua Guru Kelas

7.5 Puan Mazniza memaklumkan bahawa terdapat 5 lagi kekosongan untuk murid-murid yang ingin mendaftar ke prapersekolahan bagi tahun 2017.

Tindakan: makluman

7.6 En.Zulkifli meminta sumbangan kipas di bilik j-qaf kerana kipas siling tidak berfungsi.

Tindakan: s/u PIBG

7.7 En.Musa meminta semua guru menyiapkan untuk memasukkan markah SAPS dengan segera sebelum berlangsungnya Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan. Beliau juga meminta untuk mengemaskini PAJSK dan SEGAK.

Tindakan:semua guru

7.8 Pengerusi memaklumkan audit akademik bermula tahun 2013-2015 adalah bertambah baik. Beliau juga meminta guru menyediakan skema jawapan bagi ujian pentaksiran akhir tahun.

Tindakan: semua guru m/pelajaran6

Page 7: Minit mesy kukurikulum tahun 2016

7.9 Puan Au memberitahu semua guru Bahasa Inggeris bagi tahap 1 memberi markah yang sama bagi kertas 1 dan 2 di SAPS memandangkan markah di SAPS adalah untuk 2 kertas iaitu kertas 1 dan 2 manakala kertas pentaksiran yang ada hanyalah kertas 1.

Tindakan: Guru Bahasa Inggeris

8.0 Pengerusi memaklumkan bahawa YDP Anuar telah memberi peruntukkan sebanyak RM15,000 kepada sekolah. Beliau juga memaklumkan hampir ke semua program yang dirancang bagi tahun 2016 berjaya dilaksanakan. Beliau juga meminta diadakan murid-murid naik kelas untuk tahun 2017 pada minggu akhir persekolahan dan sekiranya guru ingin mengadakan jamuan boleh diadakan pada minggu tersebut.

Tindakan: makluman

8.1 Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat bagi tahun 2017 bermula pada tarikh-tarikh berikut:26/12/2016: mesyuarat guru dan kurikulum27/12/2016: mesyuarat HEM dan Kokurikulum28/12/2016: pendaftaran prapersekolah 2017 dan pembelian buku29/12/2016: pendaftaran tahun 1 bagi tahun 2017 pembelian buku30/12/2016: mesyuarat panitia-panitia

Tindakan : Semua guru

PENUTUP

a. Ucapan terima kasih kepada semua guru kerana sudi hadir.b. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3:45 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

........................................................... ...................................................(Guru bertugas mingguan) (Pn. Azizah Binti Abu Bakar)SK LKTP Pemanis 2. , Guru Besar,

SK LKTP Pemanis 2.

7