Minit Mesy Kurikulum Induk SKS Kali Pertama 2015

14
“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” Ruj. Tuan : Ruj. Kami : Bil. (1) dlm SKS 01/01/15 Tarikh : 30 Disember 2014 Kepada : Semua Guru Tuan / Puan, MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH KALI PERTAMA / 2015 Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Induk Kurikulum kali pertama akan diadakan seperti ketetapan berikut : Tarikh : 30 Disember 2014 Masa : 8.30 pagi Tempat : Bilik Seri Cemerlang SKS 2. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut: 2.1 Ucapan Pengerusi 2.2 Membentangkan Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu 2.3 Perkara Berbangkit 2.4 Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) 2.5 Dasar Kurikulum Sekolah 2.6 Pencapaian UPSR 2014 2.7 Perancangan Strategik Kurikulum 2.8 Anggaran Perbelanjaan 2.9 Hal- hal lain 2.10 Penutup 3. Kehadiran tuan / puan ke mesyuarat ini amat diharapkan. Kerjasama dan perhatian yang tuan / puan berikan di dahului ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, __________________________________ ( WAN JAMNAH BINTI AHMAD BAKRI ) Guru Besar, SK Silibin, Ipoh. SEKOLAH KEBANGSAAN SILIBIN ( ABA2060 ) PERSIARAN JELAPANG 13, TAMAN SILIBIN, 30100 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN : 05 – 5264416 Faks : 05 –

description

Kurikulum

Transcript of Minit Mesy Kurikulum Induk SKS Kali Pertama 2015

1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Ruj. Tuan :

Ruj. Kami : Bil. (1) dlm SKS 01/01/15

Tarikh : 30 Disember 2014Kepada :

Semua GuruTuan / Puan,

MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH KALI PERTAMA / 2015Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Induk Kurikulum kali pertama akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh

: 30 Disember 2014

Masa

:8.30 pagi

Tempat:Bilik Seri Cemerlang SKS2. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:

2.1Ucapan Pengerusi

2.2Membentangkan Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu

2.3Perkara Berbangkit

2.4Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM )

2.5Dasar Kurikulum Sekolah

2.6Pencapaian UPSR 2014

2.7 Perancangan Strategik Kurikulum

2.8 Anggaran Perbelanjaan

2.9Hal- hal lain

2.10Penutup

3.Kehadiran tuan / puan ke mesyuarat ini amat diharapkan. Kerjasama dan perhatian yang tuan / puan berikan di dahului ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

__________________________________( WAN JAMNAH BINTI AHMAD BAKRI )

Guru Besar,

SK Silibin, Ipoh.

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM KALI PERTAMA 2015SEKOLAH KEBANGSAAN SILIBINHari

: Selasa

Tarikh

:30 Disember 2014

Masa

: 8.30 pagi

Tempat: Bilik Seri Cemerlang SKS

Kehadiran:

1.Pn. Wan Jamnah bt Hj. Ahmad Bakri

Guru Besar 2.En. Ab Rasid b Mohamed Hasan

PK Pentadbiran ( Pengerusi )3.Pn. Mas Rurah bt Ahmad Kadin

PK HEM

4.Pn. Maznah bt Mohd Salleh

PK Kokurikulum

5.Pn. Kamisha Begum bt Samsuddin

Setiausaha Kurikulum

6.Pn. Shuhaina bt Sarobi

7.Cik Norkhamariah bt Ramli

8.Pn. Majidah bt Mohd Salleh @ Hashim9.Pn. Khalimatun bt Tahir10.Pn. Zaihasra bt Abdul Halim11.Pn. Siti Rohayu bt Md Hassan12.Pn. Badiah bt Mohamed13.Pn. Marial Sujatha a/p Ratnam Selvam14.Pn. Azlinda bt Mohd Hosaini15.Pn. Haslinda bt Ismail16.Pn. Rosmidayati bt Yahaya17.Pn. Noraliza bt Jaafar18.Pn. Noor Azrina bt Tahrim19.Pn. Anadiah bt Mohamad20.Pn. Noraini bt Ahmad21.Pn. Jayanthi a/p Nadarajah22.Pn. Hjh. Harlina bt Arshad23.Pn. Vigneswari a/p Narayanan24.Tn. Hj. Mohd Fadil b Hashim25.Pn. Norasiatun Rohaida bt Mohd Postotdin Afandi26.Pn. Haslina bt Ishak27.Datin Hjh Wan Zabidah bt Mior Yunus28.En. Francis a/l Gnaprakasam29.Pn. Norfazilah bt Abu Bakar30.Pn. Jamilah bt Ahmad31.Pn. Latifah bt Muhammad Jaafar32.Pn. Sundari a/p Marimutho33.En. Norazizi bt Jamaluddin34.Pn. Adilah bt Shuhim35.Pn. Siti Hasnida Salwa bt Mohd Shariff36.Pn. Zanariyah bt Zan37.Pn. Nurul Mastura bt Mohd Din38.En. Hafizi b Mohamed

39.En. Lizat b Yob @ Ali

40.Pn. Shahriziana bt Omar

Tidak Hadir :1.Pn. Tina Henry Fernando

( Bersebab )

2.En. Mohd Afizan b Abdullah

( Bersebab ) 3.Pn. Amalina bt Md Ghazali

( Bersebab )Pengerusi Mesyuarat:En. Ab Rasid bin Mohamed Hasan

( PK Pentadbiran )

Agenda Mesyuarat1. Ucapan Pengerusi

1.1Pengerusi mengucapkan selamat datang dan berterima kasih atas kehadiran guru-guru kerana menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kali Pertama bagi sesi persekolahan tahun 2015.

1.2Beliau amat mengharapkan semua guru dapat memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang 2015 agar visi dan misi sekolah dapat dicapai. 1.3Pengerusi juga memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) telah mengumumkan penangguhan sesi persekolahan di seluruh negara berikutan banjir yang melanda. Oleh yang demikian, sesi persekolahan yang dijadualkan pada 5 Januari 2015 akan ditangguhkan ke 12 Januari 2015. Tindakan : Makluman1.4Persediaan Sesi Persekolahan 20151.4.1Guru-guru diminta membuat persediaan untuk sesi persekolahan yang akan bermula pada 12 Januari 2015. Pengerusi mengharapkan pengajaran dan pembelajaran ( PdP ) akan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan pada hari pertama persekolahan.

1.4.2Setiap guru mata pelajaran diminta memberi maklumat dan penerangan kepada murid berkaitan pelaksanaan PdP, peraturan sekolah, adab belajar dan sebagainya. 1.4.3Guru kelas perlu menguruskan bilik darjah dengan baik bagi menggalakkan pembelajaran dan pastikan kerusi dan meja mencukupi mengikut bilangan murid dan dalam keadaan baik serta selamat digunakan oleh murid sebelum sesi persekolahan bermula.1.3.3Guru juga diminta menyediakan rancangan pelajaran harian hari pertama dalam buku persediaan mengajar. Tindakan : Semua guru2.Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat

2.1En. Norazizi b Jamaluddin telah mencadangkan agar minit mesyuarat diterima dan disahkan. Pn. Noraliza bt Jaafar telah menyokong cadangan tersebut.3.Perkara Berbangkit

- tiada

4.Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM )4.1MBMMBI Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris4.1.1 Di bawah dasar MBMMBI, mata pelajaran Matematik dan Sains bagi Tahun 1 hingga Tahun 6 (2015) telah pun diajar dalam Bahasa Malaysia.

4.1.2Selaras dengan pemansuhan PPSMI yang dibuat secara soft landing, peranan Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris amat penting dalam melaksanakan MBMMBI. Jawatankuasa peringkat sekolah telah dibentuk seperti dalam buku takwim dan pengurusan sekolah.

4.1.3Guru-guru matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris perlu memahami kaedah pelaksanaan seperti yang telah dimaklumkan dalam kursus-kursus yang dihadiri.

Tindakan : Semua guru BM dan BI

4.2KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah4.2.1Semua guru, terutama guru Tahun 1 hingga Tahun 5 mesti memahami KSSR, kaedah pelaksanaan KSSR dan dapat menterjemahkan kurikulum tersebut dalam PdP melalui penulisan Buku Persediaan Mengajar yang lengkap seperti yang telah ditaklimat dan disampaikan dalam kursus yang dihadiri. Bagi guru mata pelajaran yang belum terlibat secara langsung dengan dasar ini perlu menyiapkan diri masing-masing apabila sampai masanya kelak.

Tindakan : Makluman

5.Dasar Kurikulum Sekolah

5.1Pengerusi membentangkan dasar-dasar kurikulum sekolah seperti visi, misi dan moto sekolah.

5.1.1Semua guru diminta mengetahui dan menghayati visi, misi dan moto sekolah. Semua guru boleh merujuk buku takwim dan pengurusan yang dibekalkan bagi mengetahui semua maklumat berkaitan dengan sekolah. Beliau amat berharap semua guru mematuhi dan melaksanakan semua dasar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dalam usaha merealisasikan visi sekolah.5.1.2Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan :

a)Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.

b) Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.

c) Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Kementerian

Pendidikan Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran

Daerah.

5.1.3Program-program berbentuk akademik hendaklah sentiasa diutamakan dalam program-program sekolah.

Tindakan : Semua guru5.2 Mesyuarat5.2.1Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum dan panitia hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya 4 kali setahun dan setiap mesyuarat perlu ada minit yang akan diletakkan ke dalam Fail Pengurusan di pejabat dan satu salinan untuk simpanan setiausaha. 5.2.2Mesyuarat panitia mesti dipengerusikan oleh ketua panitia dan ahli-ahli adalah terdiri daripada semua guru yang mengajar termasuk pihak pentadbir dan wajib hadir dalam mesyuarat.

Tindakan : Ketua Panitia5.2.3Pengerusi mengingatkan kepada semua ketua panitia supaya menjadikan Buku Panduan Piawaian Kualiti Akademik sebagai rujukan semasa mesyuarat panitia ataupun mengurus panitia.

Tindakan : Ketua Panitia

5.3Pengurusan Panitia Mata Pelajaran5.3.1 Semua mesyuarat panitia mesti dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat kurikulum.

Tindakan : Ketua & Setiausaha Panitia5.3.2Mesyuarat Panitia mesti dihadiri oleh wakil pentadbir. Berikut agihan tugas pentadbir ikut mata pelajaran.BILMATA PELAJARANJAWATAN PENTADBIR

1.Bahasa MelayuPK HEM

2.Bahasa InggerisPK Pentadbiran

3.SainsPK Kokurikulum

4.MatematikGuru Besar

5.Lain-lain Mata pelajaranMana-mana pentadbir

Tindakan : Ketua & Setiausaha Panitia

5.3.3Setiausaha Panitia perlu menyerahkan salinan minit mesyuarat kepada Setiausaha Kurikulum untuk disampaikan kepada Guru Besar dalam tempoh seminggu selepas mesyuarat dijalankan.

Tindakan : Setiausaha Panitia

5.4Sistem Fail5.4.1Semua fail diurus oleh setiausaha panitia dibantu oleh ketua panitia. Satu salinan akan diserahkan kepada Bahagian Pentadbiran Sekolah. Nombor Rujukan untuk Fail dan surat menyurat perlu dirujuk di pejabat.5.4.2Pengerusi memaklumkan bahawa setiausaha panitia boleh meminta bantuan pembantu tadbir untuk menyediakan surat menyurat. Tindakan : Setiausaha Panitia

5.5Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pengajaran Harian5.5.1Setiap panitia mesti menggunakan sukatan pelajaran yang terkini.5.5.2Satu salinan sukatan pelajaran terkini mesti disimpan dalam fail panitia.Tindakan : Ketua & Setiausaha Panitia5.5.3Semua guru mesti bersedia dengan Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap sebelum masuk ke kelas. Rancangan Pengajaran Harian adalah dokumen yang paling penting bagi setiap guru.5.5.4Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) perlu disiapkan sebelum hari pertama persekolahan. Ia perlu disemak terlebih dahulu oleh Ketua Panitia sebelum disahkan oleh guru besar.4.5.5Rancangan Pelajaran Harian (RPH) perlu disediakan sehari sebelum PdP dijalankan. Penulisan rancangan mengajar harian perlulah mengikut format yang telah ditetapkan dalam mesyuarat panitia.4.5.6Impak ditulis selepas PdP dengan memasukkan maklumat seperti bilangan murid yang dapat mencapai hasil pembelajaran pada hari berkenaan dan juga nyatakan tindakan susulan / aktiviti yang dicadangkan kepada murid yang tidak mencapai hasil pembelajaran. 4.5.7Buku persediaan mengajar perlu dilengkapkan dengan semua maklumat yang diperlukan mengikut butiran yang ada dalam buku tersebut. Guru besar akan membuat pemeriksaan keseluruhan buku ini pada hujung bulan Januari ini. Semua guru diminta melengkapkan buku tersebut untuk disemak oleh guru besar.

Tindakan : Semua guru5.6Guru ganti5.6.1Guru yang tidak dapat hadir ke sekolah mesti memaklumkan kepada guru besar atau PK Pentadbiran untuk tindakan menyediakan jadual ganti.

Tindakan : Semua guru

5.7 Perkembangan Staf5.7.1Semua Ketua Panitia boleh mencadangkan jenis kursus yang sesuai mengikut panitia masing-masing.Tindakan : Ketua Panitia

5.7.2Bahan-bahan ilmiah bagi guru-guru yang menghadiri berkursus mesti diserahkan kepada PK Pentadbiran atau Guru Besar dalam bentuk soft copy atau hard copy .

Tindakan : Semua guru5.8Pengajaran dan Pembelajaran ( PdP )

5.8.1Semua buku SPBT adalah wajib digunakan manakala buku kerja boleh digunakan di dalam kelas ataupun sebagai kerja rumah serta hendaklah sentiasa disemak.5.8.2 Bilik-bilik khas perlu digunakan untuk PdP dengan mengikut jadual yang telah disediakan dan perlu dipastikan guru ada bersama murid semasa kelas tersebut digunakan. Rekod penggunaan bilik-bilik ini perlu dipantau dan dimaklumkan dalam mesyuarat jawatankuasa.Tindakan : Penyelaras Bilik Khas5.8.3 Subjek Tambahan yang ada di dalam PdP adalah Bahasa Tamil dan Bahasa Arab. Murid yang terlibat adalah murid tahun 1 hingga tahun 5. Murid bukan Islam juga boleh mempelajari Bahasa Arab.Tindakan : Makluman

5.9Bahan Bantu Mengajar ( BBM ) / Peralatan ICT

5.9.1 Peralatan ICT perlu digunakan sepenuhnya dan mesti ada rekod peminjaman dan pemulangan.5.9.2 Pinjaman laptop mesti mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Pinjaman mesti mendapat kebenaran pihak pentadbir.Tindakan : Makluman5.10Penilaian Dan Peperiksaan5.10.1Ujian adalah diselaraskan mengikut aliran iaitu 4 kali setahun seperti ujian bulanan (Ujian 1 dan Ujian 2), PKSR 1 dan PKSR 2 serta percubaan UPSR (khas untuk murid tahun 6).5.10.2Setiausaha peperiksaan diminta menyediakan takwim peperiksaan untuk makluman dan tindakan semua guru.Tindakan : Setiausaha peperiksaan5.10.3Ujian yang berbentuk sumatif akan ditetapkan oleh jawatankuasa penilaian dan peperiksaan sekolah. Bentuk soalan adalah mengikut format dan mempunyai skema jawapan.

5.10.4Kerja kursus bagi mata pelajaran Kajian Tempatan (KT), Kemahiran Hidup (KH), Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) dan Sejarah perlulah dipantau dan guru perlulah membimbing murid terutama dalam proses penyediaan folio.Tindakan : Ketua Panitia KT, KH, PSK dan Sejarah5.10.5PEKA, PAFA dan WAJA perlu dilaksanakan dan diteruskan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Tindakan : Ketua Panitia Sains, Matematik dan Pendidikan Islam5.11Pencerapan dan Pemeriksaan5.11.1 Pencerapan guru akan dijalankan sebanyak 2 kali setahun secara klinikal, manakala pemeriksaan buku latihan murid juga sebanyak 2 kali setahun.

5.11.2 Jadual pencerapan guru dan pemeriksaan buku latihan murid akan ditampal di bilik guru untuk makluman dan tindakan.

Tindakan : Pentadbir dan Ketua Panitia6.Pencapaian UPSR 2014

6.1Pengerusi mengucapkan terima kasih atas usaha semua guru terutamanya guru-guru tahun 6 atas kejayaan dalam keputusan UPSR 2014 yang lalu. Beliau menyatakan bahawa terdapat peningkatan dalam keputusan UPSR 2014 dengan peratus lulus sebanyak 86.3% dan GPS 1.94. Semua mata pelajaran menunjukkan peningkatan dari segi peratus kuantiti dan kualiti. Berdasarkan keputusan tersebut pengerusi telah menyeru agar semua guru meningkatkan usaha lagi agar prestasi dalam UPSR 2015 akan lebih cemerlang.

Tindakan : Semua guru

6.2 Analisa pencapaian UPSR 2014 dan perbandingan dengan UPSR 2013 adalah seperti yang berikut :MATA PELAJARAN20142013PENINGKATAN /

PENURUNANPERBEZAAN

Bahasa Melayu Pemahaman97.593.8Meningkat3.7

Bahasa Melayu Penulisan92.585.6Meningkat6.9

Bahasa Inggeris91.383.5Meningkat7.8

Matematik93.883.5Meningkat10.3

Sains91.381.4Meningkat9.9

Kelulusan86.373.3Meningkat13.1

GPS1.942.14Meningkat0.2

Bil. 5A1118Menurun7

Jumlah Murid Tahun 6 ( 2014 ) - 80 orang

Tindakan : Makluman

6.3 Pengerusi memaklumkan kedudukan sekolah dalam ranking daerah iaitu kedudukan 14 daripada 60 buah sekolah kebangsaan di Daerah Kinta Utara.7.Perancangan Strategik Kurikulum

7.1Pengerusi mengingatkan agar perancangan strategik dalam panitia dan setiap aliran mestilah dibuat berdasarkan format yang telah ditetapkan.

Tindakan : Semua KP dan Ketua Aliran

8. Anggaran perbelanjaan 20158.1Semua panitia mata pelajaran diminta membuat perancangan perbelanjaan tahunan berdasarkan peruntukan 2014 kerana pihak sekolah akan menerima peruntukan bagi tahun 2014 tidak lama lagi. Semua panitia boleh merujuk anggaran perbelanjaan lepas daripada kerani bagi tujuan tersebut.

8.2Prosedur pembelian dari peruntukkan kewangan panitia : Melalui Nota minta, Borang Pesanan, Invois, Baucar Bayaran, Cek Bayaran, Stok / Inventori. 8.4Semua ketua panitia diminta membuat anggaran perbelanjaan panitia bagi tahun 2015 untuk diserahkan kepada Pengerusi.

Tindakan: Semua Ketua Panitia9.Hal-hal lain

9.1Pengerusi meminta semua guru bersedia dengan Rancangan Pengajaran Harian untuk hari pertama persekolahan di mana kualiti pengajaran guru perlu ada pada tahap yang memuaskan.9.2Pelawat dari PPD, JPN atau Nazir dijangka akan melawat sekolah pada minggu pertama persekolahan. Antara perkara yang mungkin akan dipantau adalah pengurusan kelas, keadaan bilik-bilik khas dan tandas.Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi.Disediakan oleh:

Disemak oleh:

___________________________

_________________________

( Kamisha Begum bt Samsuddin )

( En. Ab Rasid b Mohamad Hasan )

Setiausaha Kurikulum,

Penolong Kanan Pentadbiran

SK Silibin, Ipoh.

SK Silibin, Ipoh.Tarikh: 05 Januari 2015 SEKOLAH KEBANGSAAN SILIBIN ( ABA2060 )

PERSIARAN JELAPANG 13, TAMAN SILIBIN,

30100 IPOH,

PERAK DARUL RIDZUAN

( : 05 5264416

Faks : 05 5264416