Minit Mesy Math 1

6
MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK 1/ 2015 SMK WANGSA MELAWATI, JALAN GENTING KLANG, 53300 KUALA LUMPUR Tarikh : 5 Januari 2015 (Isnin) Masa : 1.00 tengah hari Tempat : Bilik Gerakan Pengerusi : Puan Rohana Binti Ahmad Bashah Kehadiran : 10 orang Nama yang hadir: 1. Pn. Lillinoor binti Abdullah 2. Pn. Rohana binti Ahmad Bashah 3. Cik Norzee binti Asri 4. Pn. Norainie binti Mazlan 5. Pn. Nur Adilah binti Ibrahim 6. Cik Normasuhana binti Mat Ali 7. Pn. Zaleha binti Jamanudin 8. Pn. Nor Amani binti Ramlee 9. Pn. Nora Hermiyunie binti Mohd Nawi 10. Pn. Nor Hasmah binti Omar Nama yang tidak hadir: Tiada 1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI 1.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru Matematik kerana sudi hadir dalam Mesyuarat Panitia Matematik kali pertama bagi tahun 2015. 1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa keputusan PT3 bagi tahun 2014 kurang memberangsangkan. 2. PERKARA BERBANGKIT 3.1. Tiada Tindakan: Semua guru 1

description

minit

Transcript of Minit Mesy Math 1

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK 3/2013

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK 1/ 2015SMK WANGSA MELAWATI, JALAN GENTING KLANG, 53300 KUALA LUMPUR

Tarikh

: 5 Januari 2015 (Isnin)

Masa

: 1.00 tengah hari

Tempat: Bilik Gerakan

Pengerusi: Puan Rohana Binti Ahmad Bashah

Kehadiran: 10 orang

Nama yang hadir:

1. Pn. Lillinoor binti Abdullah

2. Pn. Rohana binti Ahmad Bashah3. Cik Norzee binti Asri

4. Pn. Norainie binti Mazlan

5. Pn. Nur Adilah binti Ibrahim

6. Cik Normasuhana binti Mat Ali

7. Pn. Zaleha binti Jamanudin8. Pn. Nor Amani binti Ramlee

9. Pn. Nora Hermiyunie binti Mohd Nawi

10. Pn. Nor Hasmah binti Omar

Nama yang tidak hadir:Tiada

1.KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1.Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru Matematik kerana sudi hadir dalam Mesyuarat Panitia Matematik kali pertama bagi tahun 2015.

1.2Pengerusi memaklumkan bahawa keputusan PT3 bagi tahun 2014 kurang memberangsangkan.2.PERKARA BERBANGKIT

3.1. Tiada Tindakan: Semua guru

3.POST MORTEM PT3 20143.1.Keputusan PT3 2014 bagi subjek Matematik kurang memberangsangkan. Seramai 11 orang mendapat gred A dan B, 24 orang mendapat gred C dan D, 30 orang mendapat gred E dan seramai 110 orang mendapat gred F. 3.2Pencapaian PT3 kurang memberangsangkan berikutan kekurangan masa bagi guru dan murid untuk menguasai format PT3 yang baru. Sehubungan dengan itu, diharapkan pada tahun 2015, pencapaian murid akan meningkat berbanding tahun sebelumnya. 4.PENGURUSAN KURIKULUM 20154.1.Buku Rekod Mengajar

4.1.1. Semua bahagian dalam buku rekod mengajar mesti dilengkapkan iaitu bahagian maklumat diri, jadual waktu, sukatan dan huraian sukatan pelajaran, rancangan pengajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian.

4.1.2. Buku rekod mengajar perlu dihantar kepada Ketua Bidang pada setiap hari Jumaat setiap minggu untuk semakan.

4.1.3. Rancangan pengajaran tahunan akan dibuat oleh Pn. Nor Amani binti Ramlee (Tingkatan 1), Cik Normasuhana binti Mat Ali (Tingkatan 2), Pn. Norainie binti Mazlan (Tingkatan 3), Pn. Rohana binti Ahmad Bashah (Tingkatan 4) dan Pn. Nur Adilah binti Ibrahim (Tingkatan 5).

4.1.4.Penalti RM500 boleh dikenakan kepada guru yang didapati tidak melengkapkan buku rekod mengajar.

4.1.5.Penghantaran pertama buku rekod mengajar kepada Pengetua pada 30 Januari 2015.

Tindakan: Semua Guru

4.2. Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)4.2.1.Penggunaan 1 buku nota dan 1 buku latihan bagi semua tingkatan.

4.2.2.Penggunaan 1 buku kerja bagi semua tingkatan:

Tingkatan 1 dan 2: Belum dibuat tempahan

Tingkatan 3: Belum dibuat tempahan

Tingkatan 4: Nilam Publications

Tingkatan 5:Nilam Publications

Kelas 5S1, 5S2, 5T dan 5A (Tambahan 1 buah buku Modul SPM):Nilam Publications

4.2.3.Semua guru Matematik diminta agar menyediakan cop nama (disemak oleh:nama guru)

4.2.4.Semua guru perlu menghantar 10 buku latihan murid bagi setiap kelas yang diajar, untuk disemak oleh Ketua Panitia terlebih dahulu sebelum dihantar kepada Ketua Bidang dan 5 buah buku akan dihantar kepada Pentadbir untuk semakan.

4.2.5.Semakan buku latihan murid akan dibuat 2 kali setahun.

Tindakan: Semua Guru

4.3.Pencerapan dan Pemantauan4.3.1.Pencerapan dan pemantauan guru akan bermula pada bulan Februari.4.3.2.Pencerapan akan dilakukan oleh Ketua Panitia, Ketua Bidang atau PK 1. Pengetua juga boleh melakukan pencerapan pada bila-bila masa mengikut keperluan.

4.3.3.Guru perlu bersedia dengan bahan VLE-Frog apabila dicerap dan data pencerapan perlu dihantar ke PP Keramat setiap semester.4.3.4.Guru perlu peka dengan jadual yang telah ditetapkan bagi pencerapan dan pemantauan supaya guru sentiasa bersedia.Tindakan: Semua Guru

4.4.Penggubal Soalan Ujian/ Peperiksaan4.4.1Semua guru mesti peka dengan jadual penggubalan soalan ujian/

peperiksaan yang telah diberi.

PEPERIKSAANTINGKATANKERTAS 1KERTAS 2

Ujian Pengesanan11-Zaleha

2-Normasuhana

4Nur AdilahNur Adilah

Pertengahan Tahun1-Nor Amani

2-Zaleha

3NorzeeNorzee

4NorainieNorzee

5RohanaNur Adilah

Ujian Pengesanan 21-Nor Hasmah

2-Zaleha

4NorainieNorainie

Percubaan 5RohanaNur Adilah

Akhir Tahun1-Zaleha

2-Normasuhana

3NorainieNorainie

4Rohana Nur Adilah

4.5. Minggu Karnival Matematik dan Sains akan dilaksanakan pada bulan Mac 2015.4.6.Peruntukan 2014 tidak seperti yang diumumkan pada awal tahun. Peruntukan telah ditarik balik pada sekitar bulan Julai 2014.

4.6.1Panitia hanya sempat membelanjakan sebahagian kecil sahaja, iaitu bayaran fotostat bahan latih tubi. 5.PENUTUP

5.1.Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru. Semoga guru lebih dedikasi dan dapat berkerja dalam satu pasukan demi kecemerlangan akademik anak didik semua.

Mesyuarat ditangguhkan pada 2.00 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

...............................

................................

(CIK NORMASUHANA BT MAT ALI) (PN. ROHANA BINTI AHMAD BASHAH)

Setiausaha,

Ketua Panitia Matematik

Panitia Matematik 2015

SMK Wangsa Melawati. SENARAI TINDAKAN MESYUARAT PANITIA MATEMATIK 1/ 2015BIL.PERKARATINDAKAN

1.Perkara 4.1 tentang buku rekod mengajar (BRM)

Guru telah melengkapkan semua bahagian dalam BRM dan dihantar kepada pengetua untuk semakan.

2.Perkara 4.1.3 tentang Rancangan pengajaran tahunan

Guru telah menyediakan rancangan pengajaran tahunan untuk ditampal dalam buku rekod mengajar

3. Perkara 4.2.3 tentang cop namaGuru telah menyediakan cop nama untuk semakan buku murid.

3.Perkara 4.4.1 tentang penggubal soalan ujian/ peperiksaan

Semua guru telah diberi jadual penggubalan soalan.

2