Minit Mesyarat Tangguh Sukan Tepus

14

Click here to load reader

description

minit

Transcript of Minit Mesyarat Tangguh Sukan Tepus

Page 1: Minit Mesyarat Tangguh Sukan Tepus

MINIT MESYUARAT PENANGGUHAN DAN PENETAPAN TARIKH BAHARU HARI SUKAN TAHUNAN BIL 2/2016

SK TEPUS

Tarikh : 24 March 2016Tempat : Bilik Mesyuarat SK Tepus Masa : 1.30 petang

KEHADIRAN:

1 Encik Sazaali bin Jalael (YDP PIBG)2 Encik Zaidi bin Ujud3 Encik Khiril Hafiz bin Mohamad Alib4 Puan Zarina binti Mohamad Zahari5 Encik Mohamad Nahzan bin Ahmad Zakuan6 Puan Marliana binti Baharudin7 Encik Reduan bin Ramli8 Puan Norizza binti Jaafar9 Puan Nurlia binti Shaari10 Puan Nabila Asyikin binti Mohamad Salim11 Puan zaidatul Iffah binti Jamaludin12 Puan Maizura binti Abd. Rani13 Puan Hamimah binti Abdul Rahman14 Puan Nor Hayati binti Ramlly15 Puan Rofidah Hanim binti Haji Abdullah16 Encik Ahmad Zaidi17 Encik Mohd Nazeri

1.0 Ucapan Pengerusi YDP PIBG1.1 En. Sazaali bin Jalael selaku pengerusi mesyuarat mengalu-alukan kehadiran

semua guru dan ibubapa ke Mesyuarat Penangguhan Hari Sukan..

1.2 YDP PIBG memaklumkan bahawa acara Sukan Tahunan Sekolah kali ke 35 akan ditangguhkan pada tarikh yang lain atas faktor cuaca, El Nino.

1.3 YDP PIBG meminta kerjasama guru dan ibubapa untuk memilih tarikh yang baharu untuk melaksanakan acara sukan tahunan

Tindakan : Makluman

Page 2: Minit Mesyarat Tangguh Sukan Tepus

2.0 Ucapan Guru Besar2.1 Meminta kesemua guru dan ibubapa yang hadir untuk menyedekahkan Al-

Fatihah kepada arwah Puan Zaqleha binti Mohd Yazid.2.2 Menerangkan sebab dan akibat penangguhan Sukan Tahunan kali ke 35 dan

mengharapkan kerjasama secara optima dalam kalangan ibubapa dan guru untuk memeriahkan acara berkenan kelak.

Tindakan : Guru/Ibubapa

3.0 Ucapan Guru Kanan Kokurikulum (En. Mohamad Nahzan)

3.1 GK Kokurikulum membuka peluang kepada sesiapa yang mempunyai sebarang tarikh untuk dikemukan.

3.2 Encik Muhamad Khiril Hafiz mencadangkan dua tarikh iaitu pada 10 April 2016 atau 17 April 2016.

3.3 Puan Nabila Asyikin memaklumkan bahawa tarikh 17 April 2016 kurang sesuai kerana pada 16 April 2016 beberapa orang guru dan murid SK Tepus terlibat dengan Karnival Bahasa peringkat daerah. Perkara ini akan mempengaruhi kepadatan masa dan tenaga kerja yang terlibat. Disokong oleh Puan Zaidatul Iffah.

3.4 Pemilihan tarikh ialah pada 10 April 2016, jam 8 pagi atas faktor kelapangan waktu ibubapa untuk hadir,cuaca dan tempoh yang mencukupi untuk melakukan persiapan. Disokong oleh Puan Nor Hayati dan semua yang hadir.

Tindakan: Guru/Ibubapa

4.0 Hal –hal lain- Puan Norizza selaku bendahari memaklumkan bahawa kutipan derma sukan

terkini ialah RM 92.00. Masih mengharapkan sumbangan dalam kalangan ibubapa supaya kutipan ini dapat menampung kos perbelanjaan sukan seperi khemah dan hadiah.

- YDP PIBG memaklumkan bahawa pihaknya telah menghantar surat memohon sumbangan kepada YB Nizar dan masih menunggu jawapan dari pihak Yang Berhormat.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15 petang.

Dicatat oleh, Disemak oleh,

……………………….. ……………………….

(Nabila Asyikin Mohamad Salim) (Zaidi bin Ujud)

Setiausaha PIBG SK Tepus Guru Besar SK Tepus

Page 3: Minit Mesyarat Tangguh Sukan Tepus

SEK. KEB CHANGKAT BANJAR32800 PARIT,

PERAK DARUL RIDZUAN

PERJANJIAN PENYEWAAN DAN

PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH

05 JANUARI 2015 – 30 NOVEMBER 2015

PERJANJIAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH

Page 4: Minit Mesyarat Tangguh Sukan Tepus

PERJANJIAN ini dibuat pada 5 Januari 2015 hingga 30 November 2015 antara

Kerajaan Malaysia, yang bagi maksud Perjanjian ini diwakili oleh Sekolah Kebangsaan Changkat Banjar 32800 Parit, Perak [kemudian dari ini disebut “Kerajaan”], bagi pihak

pertama dengan Kantin : Puan Siti Khadijah binti Darham, Nombor K/P:630606-08-6002 yang mempunyai alamat Kampung Changkat Banjar, 32800 Parit, Perak [kemudian dari ini disebut “Pengusaha Kantin”] sebagai pihak yang satu lagi.

BAHAWASANYA:A. Kerajaan bersetuju untuk memberikan hak eksklusif kepada pengusaha Kantin

untuk berniaga bahan-bahan makanan dan minuman mengikut senarai yang

ditetapkan oleh Kerajaan di premis yang disediakan oleh Sekolah Kebangsaan

Changkat Banjar, 32800 Parit, Perak; dan

B. Pengusaha Kantin bersetuju untuk menerima hak eksklusif itu dan

mengusahakan kantin sekolah tersebut atas syarat-syarat yang ditetapkan dalam

Perjanjian ini.

ADALAH DENGAN INI kedua-dua pihak bersetuju seperti berikut:

1. TakrifDalam Perjanjian ini perkataan perkataan berikut membawa maksud yang

ditetapkan baginya, melainkan jika konteksnya memerlukan maksud lain.

“Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia,yang termasuklah Ketua

Setiausaha Kementerian Pelajaran, Pengarah Bahagian

Sekolah Kementerian Pelajaran, Pengarah Pelajaran Negeri

Perak, Guru Besar dan pegawai-pegawai yang diberi kuasa

sewajarnya;

“Sekolah” ertinya Sekolah Kebangsaan Changkat Banjar yang

termasuk Guru Besar dan pegawai yang diberi kuasa

sewajarnya;

Page 5: Minit Mesyarat Tangguh Sukan Tepus

“Pengusaha Kantin” ertinya yang termasuklah wakil yang diberi

kuasa,waris,penerima serah hak dan pekerja-pekerjanya di

mana berkenaan;

“Kantin” ertinya premis yang disediakan oleh sekolah untuk

digunakan sebagai kantin

2. Persetujuan Pengusaha KantinPengusaha Kantin bersetuju mengusahakan Kantin di premis yang ditetapkan

oleh Sekolah dan kedua-dua pihak bersetuju bahawa Pengusaha Kantin

bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengusahakan Kantin berdasarkan

syarat-syarat yang ditetapkan oleh Perjanjian ini.

3. Tempoh Perjanjian 3.1 Perjanjian ini adalah bagi suatu tempoh selama dua belas [12] bulan mulai dari

05 Januari [kemudian dari ini disebut “Tarikh Kuatkuasa Perjanjian”] sehingga

30 November 2014 [kemudian dari ini disebut “Tarikh Tamat Perjanjian”]

3.2 Perjanjian ini boleh dilanjutkan untuk tempoh dua belas [12] bulan lagi bermula

selepas tamat tempoh yang tersebut Fasal 3.1 dengan persetujuan kedua-dua

pihak dan perlanjutan tempoh ini hendaklah dibuat secara bertulis menurut

format yang ditetapkan di lampiran A. Pelanjutan tempoh ini hendaklah

berdasarkan terma dan syarat yang sama melainkan peruntukan 3.2 ini.

4. Wakil KerajaanBagi maksud pelaksanaan Perjanjian ini, Kerajaan adalah diwakili oleh Guru

Besar Sekolah yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan apa-apa arahan

kepada Pengusaha kantin selaras dengan peruntukan perjanjian ini.

Page 6: Minit Mesyarat Tangguh Sukan Tepus

5. Sewa Kantin

5.1 Dalam tempoh perjanjian ini berkuat kuasa, Penguasaha Kantin hendaklah

membayar kepada Kerajaan sewa Kantin berjumlah Ringgit Malaysia tiga sahaja [RM 3.00] setiap hari persekolahan [kemudian dari ini disebut “Sewa

Kantin”]

5.2 Pengusaha kantin hendaklah membayar Sewa kantin kepada Kerajaan, melalui

Guru Besar Sekolah, pada akhir persekolahan setiap hari.

5.3 Sewa kantin pada bulan disember adalah dikecualikan.

6. Penyediaan dan Penjualan Makanan dan Minuman

6.1 Pengusaha Kantin hendaklah memastikan penjualan makanan dan minuman di

kantin adalah pada harga yang berpatutan sebagaimana yang dipersetujui oleh

Kerajaan.

6.2 Pengusaha kantin hendaklah mematuhi garis panduan dan arahan yang

terkandung dalam Buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah yang dikeluarkan

oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dari semasa ke semasa.

7. Penjagaan Kantin7.1 Pengusaha Kantin hendaklah memastikan perabot-perabot dan peralatan yang

dipasang atau disediakan oleh sekolah untuk kegunaan kantin sentiasa dijaga

dan bersedia dalam keadaan baik.

7.2 Pengusaha Kantin bertanggungjawab untuk membaiki apa-apa kerosakan

kepada perabot dan peralatan Kantin atau membayar ganti rugi kepada Sekolah

bagi apa-apa kerosakan yang tidak boleh dibaiki apabila diminta berbuat

demikian dan sebelum Tarikh Tamat Perjanjian.

8. Waktu Perkhidmatan

Pengusaha Kantin hendaklah memastikan Kantin dibuka setiap hari

persekolahan dan pada hari-hari yang ditetapkan oleh Sekolah dari pagi hingga

1.00 petang.

Page 7: Minit Mesyarat Tangguh Sukan Tepus

9. Pekerja Pengusaha Kantin9.1 Pengusaha Kantin bertanggungjawab ke atas setiap pekerja dan kakitangan

yang mengurus dan mengendalikan kantin dan hendaklah memastikan mereka

disahkan oleh pegawai sebagai sihat dan tidak berpenyakit selain tidak

mempunyai apa-apa rekod jenayah yang menyebabkan mereka tidak sesuai

untuk bekerja di sekolah.

9.2 Kerajaan melalui Guru Besar berhak mengarahkan Pengusaha Kantin dan

apabila diarahkan sedemikian, Pengusaha kantin hendaklah menukar mana-

mana pekerja atau kakitangan yang, berdasarkan pemerhatian pihak sekolah,

didapati melanggar mana-mana peraturan dan arahan berhubung dengan

pengurusan dan pengendalian Kantin sebagaimana yang ditetapkan oleh

Perjanjian ini, atau didapati mempunyai masalah kesihatan yang berat atau

kelakuan tidak sopan atau tidak bermoral atau mengganggu murid-murid dan

kakitangan Sekolah.

10.Tanggung Rugi

Pengusaha Kantin bersetuju dengan kerajaan bahawa:

a] Pengusaha kantin akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam

mengusahakan kantin dan melepaskan kerajaan sepenuhnya sebagaimana yang

dibenarkan oleh undang-undang, dan apa-apa tuntutan dan tanggungan

daripada apa-apa kemalangan atau kematian yang terbit daripada Pengusaha

Kantin oleh Pengusaha Kantin di bawah Perjanjian ini dan Kerajaan, kerugian,

kerosakan, kehilangan, atau kematian itu.

b] Pengusaha kantin hendaklah menanggung rugi Kerajaan daripada apa-

apa tuntutan prosiding, kerugian, kerosakan, kehilangan, ganti rugi, dan kos

yang ditanggung atau mungkin menjadi tanggungan Kerajaan berikut dari –

i. kecuaian dalam penggunaan atau salah guna, penyelewengan oleh

pengusaha kantin atau wakil, pekerja dan ejennya.

ii. apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian harta atau kecederaan

berikutan dari pelaksanaan perjanjian itu.

Page 8: Minit Mesyarat Tangguh Sukan Tepus

11.Penyerahan hak atau SewaanPengusaha Kantin tidak boleh, melainkan dengan persetujuan bertulis dari

kerajaan terlebih dahulu, menyerahhakkan perjanjian ini atau menyewakan

kantin atau mana-mana bahagian Kantin kepada mana-mana pihak ketiga.

12.Pemeriksaan oleh KerajaanGuru Besar, Pegawai Kementerian Pelajaran, Jabatan Kerjaraya dan mana-

mana jabatan kerajaan hendaklah dibenarkan memasuki mana-mana bahagian

kantin pada bila-bila masa yang sesuai untuk menjalankan pemeriksaan kantin

menurut bidang kuasa masing-masing.

13.Struktur Kantin13.1 Pengusaha Kantin dilarang mengubah atau meminda struktur kantin,

melainkan bagi memasang atau meletakkan perabot dan lain-lain peralatan yang

dipersetujui oleh pihak sekolah dan pengusaha kantin hendaklah

bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pemasangan itu dan menanggung

semua kos perbelanjaan yang berkaitan.

13.2 Pengusaha kantin hendaklah memastikan struktur asal kantin tidak rosak

atau menjadi rosak berikutan dari pemasangan perabot atau peralatan itu. Jika

berlaku sebarang keroskan, pengusaha kantin bertanggungjawab untuk

membaiki kerosakan berkenaan atau membayar ganti rugi kepada pihak

sekolah.

14.Penyelesaian Pertikaian14.1 Apa-apa pertikaian yang berbangkit daripada perjanjian ini antara kedua-

dua pihak hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian

yang terdiri daripada:

a] Pengarah Pelajaran Negeri sebagai Pengerusi

b] seorang wakil Kerajaan yang dilantik oleh Pengarah Pelajaran Negeri

dari kalangan pegawai-pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat

Pelajaran Daerah

Page 9: Minit Mesyarat Tangguh Sukan Tepus

c] seorang wakil yang dilantik oleh Pengusaha Kantin.

15.Penamatan Perjanjian

15.1 Kerajaan berhak menamatkan Perjanjian dengan mengemukakan notis

bertulis tiga puluh [30] hari tentang niatnya untuk menamatkan Perjanjian jika:

a] Pengusaha kantin melanggar mana-mana syarat Perjanjian

b] Perkhidmatan kantin yang diberikan tidak memuaskan

15.2 Jika Pengusaha kantin gagal untuk mengikuti syarat-syarat perjanjian yang

berkaitan atau meningkatkan perkhidmatan kantin ke suatu taraf yang memuaskan,

maka kerajaan boleh menamatkan perjanjian dengan mengemukakan notis

penamatan secara bertulis yang berkuatkuasa pada tarikh notis itu.

15.3 Kerajaan berhak menuntut apa-apa ganti rugi daripada pengusaha kantin

berikutan penamatan Perjanjian ini.

16.Peruntukan Am

16.1 Apa-apa notis, kelulusan, permohonan atau lain-lain komunikasi yang

perlu diberikan kepada suatu pihak oleh pihak yang satu lagi secara bertulis,

dalam bahasa kebangsaan, dan diserahkan kepada pihak yang berkenaan

dengan tangan, pos biasa atau pos daftar.

a] Bagi pihak kerajaan:

[nama sekolah dan alamat sekolah]

u.p: Guru Besar

b] Bagi pihak pengusaha kantin:

[nama dan alamat berdaftar Pengusaha kantin]

16.2 perjanjian ini hendaklah ditafsirkan menurut, dan dikawal oleh, undang-

undang Malaysia dan kedua-dua pihak bersetuju untuk bertakluk sepenuhnya

kepada bidang kuasa mahkamah Malaysia.

16.3 Pengusaha kantin hendaklah menanggung apa-apa kos duti setem yang

perlu dibayar berikutan dari perjanjian ini.

Page 10: Minit Mesyarat Tangguh Sukan Tepus

16.4 Pengusaha kantin hendaklah mematuhi undang-undang Malaysia yang

terpakai kepadanya dan apa-apa arahan atau peraturan yang dikeluarkan

kepadanya oleh pihak berkuasa yang dibuat di bawah undang-undang bertulis.

Pada menyaksikan persetujuan dan peruntukan tersebut di atas, kedua-dua pihak yang

diberi kuasa untuk tujuan ini menurunkan tandatangan masing-masing pada tarikh

mula-mula disebut di atas.

Ditandatangan oleh: Ditandatangan oleh:

Nama :EN. JAMAADDIN BIN KAMALUDDIN Nama: PN.KHADIJAH BT. DARHAM

No.K/P : 600110-08-6343 No.K/P :630606-08-6002Jawatan : Guru Besar Jawatan: Pengusaha Kantin

Sek. Keb. Changkat Banjar, 32800 Parit, Perak (bagi pihak Kerajaan Malaysia)

Dihadapan: Dihadapan:

EN. MOHD FADHLI B. SHAHIDAN PN. FARIDATUL AKMAR BT. MOHD ARIFFGuru Kanan Pentadbiran Guru Kanan Hal Ehwal MuridNombor K/P: 870209-09-5047 Nombor K/P: 750324-08-6714

Page 11: Minit Mesyarat Tangguh Sukan Tepus