minit mesyuarat 4

4
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PEREMPUAN ST GEORGE, JALAN MACALISTER, PULAU PINANG Mint Mesyuarat Panitia Sejarah Bil.4 Tahun 2014 Tarikh : 24hb Jun 2014 Masa : 2.00pm -3.30 pm Tempat : Bilik Kemanusiaan Kehadiran : 1. Pn Sarathamani A/P Pakiri 2. Cik Tang Lih Fang 3. Cik Wong Yen Ping 4. Pn Syamala Nair A/P G.Gopal 5. Pn Suguna A/P Balakrishnan 6. Cik Hasnah Mohamad 7. Cik NurFarishah Binti Sahari 8. Pn Khairunniza Bt Abdul Hamid 9. Pn. Suriati bt Mohd Hussain 10. Pn Noraini 11. Pn Norhidayu Bt Anuar Agenda 1. Kata-kata Aluan 1.1 Ucapan Pengetua -Pengetua mengalu-alukan kedatangan semua. Beliau menyatakan bahawa mesyuarat ini adalah mesyuarat yang melibatan Jawatankuasa Kurikulum dan semua guru yang mengajar subjek peperiksaan SPM kerana Audit Akademik SPM juga akan dibincangkan bersama. -Puan Pengetua memaklumkan bahawa keputusan SPM aan diambil kira sebagai penentu bagi melonjakkan sekolah ke Band 1 memandangkan PMR telah bertukar kepada PT3 yang akan dinilai di peringkat sekolah. Keputusan STPM hanya akan merangkumi peratusan yang kecil sahaja. -Puan Pengetua menyatakan bahawa keputusan peperiksaan Percubaan SPM agak kurang memberangsangkan dimana ada subjek yang mencecah gred purata lebih daripada 6.0. Jadi Puan Pengetua berharap agar segala masalah dapat

description

minit mesyuarat

Transcript of minit mesyuarat 4

Page 1: minit mesyuarat 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PEREMPUAN ST GEORGE,JALAN MACALISTER, PULAU PINANG

Mint Mesyuarat Panitia SejarahBil.4 Tahun 2014

Tarikh : 24hb Jun 2014Masa : 2.00pm -3.30 pmTempat : Bilik Kemanusiaan

Kehadiran :1. Pn Sarathamani A/P Pakiri2. Cik Tang Lih Fang3. Cik Wong Yen Ping4. Pn Syamala Nair A/P G.Gopal5. Pn Suguna A/P Balakrishnan6. Cik Hasnah Mohamad7. Cik NurFarishah Binti Sahari8. Pn Khairunniza Bt Abdul Hamid9. Pn. Suriati bt Mohd Hussain10. Pn Noraini11. Pn Norhidayu Bt Anuar

Agenda1. Kata-kata Aluan

1.1 Ucapan Pengetua-Pengetua mengalu-alukan kedatangan semua. Beliau menyatakan bahawa mesyuarat ini adalah mesyuarat yang melibatan Jawatankuasa Kurikulum dan semua guru yang mengajar subjek peperiksaan SPM kerana Audit Akademik SPM juga akan dibincangkan bersama.-Puan Pengetua memaklumkan bahawa keputusan SPM aan diambil kira sebagai penentu bagi melonjakkan sekolah ke Band 1 memandangkan PMR telah bertukar kepada PT3 yang akan dinilai di peringkat sekolah. Keputusan STPM hanya akan merangkumi peratusan yang kecil sahaja.-Puan Pengetua menyatakan bahawa keputusan peperiksaan Percubaan SPM agak kurang memberangsangkan dimana ada subjek yang mencecah gred purata lebih daripada 6.0. Jadi Puan Pengetua berharap agar segala masalah dapat diketengahkan dan boleh mendapat kerjasama daripada semua guru Tingkatan 5 yang mengajar peperiksaan. Harapan Puan Pengetua adalah agar semua masalah yang diketengahkan dapat dicari jalan penyelesaian dan dapat diambil tindakan untuk membanu pelajar dalam tempoh masa yang singkat.

1.2 Ucapan Ketua Panitia Sejarah :Pn Sarathamani mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia Sejarah yang sudi hadir ke mesyuarat panitia pada hari ini.

Page 2: minit mesyuarat 4

2. Pengesahan Minit Mesyuarat:Disahkan oleh Tang Lih FangDisokong oleh Wong Yen Ping

3. Perkara Berbangkit:3.1 Analisis Peperiksaan Akhir Tahun

-Secara keseluruhannya, keputusan analisis bagi pelajar Tingkatan 4 menunjukkan prestasi yang paling rendah antara keseluruhan tingkatan iaitu GPK 4.07.-Puan Saratha bertanya apa masalah yang dihadapi oleh pelajar tingkatan 4-Cik Wong Yen Ping memberi respond bahawa pelajar tingkatan 4 ini kebanyakannya tidak memahami kehendak soalan dan mereka kurang serius dalam peperiksaan.-Puan Saratha meminta guru tingkatan 4 supaya merujuk kepada pemeriksa kertas SPM seperti Pn Syamala dan Pn Khairunniza jika menghadapi sebarang masalah berhubung dengan format peperiksaan SPM.

3.2 Soalan KBAT- Puan Syamala meminta guru tingkatan 4 untuk tekankan kepada soalan KBAT kerana format soalan SPM 2014 banyak menekankan tentang KBAT. Jadi, Pn Syamala berharap agar soalan KBAT dapat ditekankan kepada pelajar seawall tingkatan 4.

3.3 Jadual Waktu 2015- Puan Saratha mengingatkan guru supaya menyerahkan jadual waktu masing-masing kepada ketua panitia pada awal tahun. Setiap kali berlaku pertukaran jadual juga guru perlu menyerahkan jadual waktu yang baru kepada ketua panitia.

3.4 Menghabiskan Sukatan Pelajaran-Puan Saratha mengingatkan guru supaya menghabiskan sukatan pelajaran.-Guru yang terlibat dengan urusan rasmi atau mempunyai apa-apa urusan peribadi perlu menggantikan kelas dengan masa lain atau menjual beli jadual waktu.

3.5 Headcount- Semua guru perlu membuat headcount pada awal tahun hadapan.-Guru-guru Sejarah boleh meminta tunjuk ajar dari Pn Saratha jika ada sebarang masalah berhubung dengan Headcount.

3.6 Program-program Panitia Sejarah 2015-Puan Saratha meminta cadangan daripada guru-guru Sejarah untuk memberi idea untuk program panitia bagi tahun 2015.-Antara cadangan yang dikemukakan adalah:1) Teknik menjawab Kertas 3 SPM yang menekankan pada KBAT2) Untuk pelajar lemah: Kelas Tambahan terancang3) Untuk pelajar sederhana: Peer Group, Mentor4) Untuk pelajar cemerlang: Miss Sejarah Award- diadakan setiap bulan. Pemenang akan diumumkan dalam perhimpunan rasmi sekolah.5) Puan Noraini mencadangkan agar program lonjakan diadakan pada awal tahun.6) Program anak emas

Page 3: minit mesyuarat 4

4.0 Hal-hal lain4.1 Puan Norhidayu akan diberikan kelas Tingkatan 44.2 Cik Tang Lih Fang akan diberikan kelas Tingkatan 3 sahaja.

5.0 PenutupMesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.45 petang. Ucapan terima kasih daripada Ketua Panitia.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

________________________ ________________________( Khairunniza Abdul Hamid) ( Pn Sarathamani A/P Pakiri)Setiausaha Ketua Panitia