Minit Mesyuarat Agong Pibg 2015

5
i. Perutusan Pengerusi 1. Pengerusi, En. Syauqi B. Zainon memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah. 2. Pengerusi merakamkan jutaan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa dan waris. 3. Pengerusi menguar-uarkan mengenai Kelab Sokongan Ibu Bapa (KSIB) dan meminta waris yang berminat mengisi boring yang telah disediakan. ii. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat 4. Pemangku Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Ustaz Muhammad Yusdi Bin Md Piah membentangkan minit pada halaman 17-28. 5. Pembetulan ralat tarikh di muka surat 17 dan 26 (no. 12) telah dibetulkan. 6. Pn. Aisyah Bt. Adli mencadangkan agar minit disahkan dan disokong oleh Pn. Fakhriah Bt. Abdullah. iii. Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan 7. Penolong Bendahari, Pn. Kartini Bt. Suhari membentangkan laporan kewangan bermula dari tarikh 1.3.2014 – 27.2.2015. 8. Pn. Azian mencadangkan laporan disahkan dan disokong oleh Pn. Fauziah Bt. Hussain. iv. Laporan Aktiviti 2012 – 2014 9. Ustaz Muhammad Yusdi Bin Md Piah membentangkan laporan aktiviti di muka surat 31-32. 10. Perkara 2 dan 3 di muka surat 31 masih belum dilaksanakan dan akan dibawa ke tahun 2015. 11. En. Syauqi memaklumkan bahawa bagi Perkara (2), disebabkan oleh faktor kewangan dan kekangan masa, maka aktiviti tersebut tidak dapat dilaksanakan. Beliau meminta ahli KSIB beri sokongan, kewangan dan lain-lain sumbangan. Bagi Perkara (3), En. Syauqi juga meminta KSIB dan waris yang lain beri maklum

Transcript of Minit Mesyuarat Agong Pibg 2015

Page 1: Minit Mesyuarat Agong Pibg 2015

i. Perutusan Pengerusi1. Pengerusi, En. Syauqi B. Zainon memulakan mesyuarat dengan

bacaan Al-Fatihah.2. Pengerusi merakamkan jutaan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa

dan waris.3. Pengerusi menguar-uarkan mengenai Kelab Sokongan Ibu Bapa

(KSIB) dan meminta waris yang berminat mengisi boring yang telah disediakan.

ii. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat4. Pemangku Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Ustaz

Muhammad Yusdi Bin Md Piah membentangkan minit pada halaman 17-28.

5. Pembetulan ralat tarikh di muka surat 17 dan 26 (no. 12) telah dibetulkan.

6. Pn. Aisyah Bt. Adli mencadangkan agar minit disahkan dan disokong oleh Pn. Fakhriah Bt. Abdullah.

iii. Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan7. Penolong Bendahari, Pn. Kartini Bt. Suhari membentangkan laporan

kewangan bermula dari tarikh 1.3.2014 – 27.2.2015.8. Pn. Azian mencadangkan laporan disahkan dan disokong oleh Pn.

Fauziah Bt. Hussain.

iv. Laporan Aktiviti 2012 – 20149. Ustaz Muhammad Yusdi Bin Md Piah membentangkan laporan aktiviti

di muka surat 31-32. 10. Perkara 2 dan 3 di muka surat 31 masih belum dilaksanakan dan akan

dibawa ke tahun 2015.11.En. Syauqi memaklumkan bahawa bagi Perkara (2), disebabkan oleh

faktor kewangan dan kekangan masa, maka aktiviti tersebut tidak dapat dilaksanakan. Beliau meminta ahli KSIB beri sokongan, kewangan dan lain-lain sumbangan. Bagi Perkara (3), En. Syauqi juga meminta KSIB dan waris yang lain beri maklum balas dan buah fikiran bagi meningkatkan kualiti prasarana dan lain-lain.

12. Ralat di muka surat 32 bagi perkara Aktiviti/Program. Pertambahan aktiviti ‘Sumbangan Pelajar Cemerlang 5A UPSR Tahun 2014’.

v. Pembentangan dan Perbahasan Usul13.Usul 1: Meminta pihak sekolah mengusahakan lampu isyarat, garisan

kuning dan papan kenyataan ‘Kanak-kanak melintas’ di hadapan sekolah.

Page 2: Minit Mesyuarat Agong Pibg 2015

14.En. Razi memberi maklum balas bahawa usul ini akan diusahakan. Beliau turut meminta agar waris tidak meletakkan kenderaan sehingga menggangu laluan utama.

15.En. Syauqi turut meminta waris yang mempunyai buah fikiran untuk tampil bantu. Beliau turut mencadangkan agar aktiviti meletak papan kenyataan ‘Kanak-kanak melintas’ dijadikan sebagai aktiviti KSIB.

16.Usul 2: Kenaikan yuran PIBG kepada RM20.00 sekeluarga bagi membayar gaji anggota RELA.

17.En. Syauqi meminta waris merujuk pembelanjaan lepas. Beliau menyatakan bahawa sekolah memerlukan sumbangan dan dana tambahan dari waris. Mohon maklum balas waris beri cadangan penambahan kenaikan yuran.

18.En. Razi mencadangkan yuran naik kepada RM20.00. En. Syukri turut mencadangkan kenaikan dalam anggaran RM20.00 hingga RM25.00. Pn. Salbiah cadang yuran dinaik kepada RM50.00. Pn. Noraini Bt. Abdullah pula mencadangkan supaya diadakan dana khas bagi ibu bapa yang mempunyai kemampuan lebih untuk memberi sumbangan dari aspek kewangan.

19.En. Syauqi menyatakan bahawa tabung dana khas diedarkan pada setiap kali perjumpaan.

20.Pn. Zaliza Bt. Othman mencadangkan agar cadangan ditutup. 21.Waris menyokong sebulat suara kenaikan yuran PIBG kepada

RM20.00 yang mana RM10.00 bagi tujuan penjagaan surau, RM20.00 bagi PIBG dan RM5.00 bagi lalu lintas. En. Syauqi menerima kenaikan tersebut.

22.Guru Besar turut membaca usul lain. Beliau menyatakan bahawa usul tersebut lebih berbentuk cadangan yang turut akan dipertimbangkan,

vi. Hal-hal lain23.Pn. Salbiah Bt. Hassan bertanya mengenai keterlangsungan

perjalanan Kelas Sinar Pagi (7.00 – 7.30 pagi).24.Guru Besar memaklumkan bahawa kelas masih lagi berjalan. Murid

akan mengambil edaran bahan latihan dan menyiapkannya terlebih dahulu sekiranya guru masih tidak sampai ke sekolah dan akan menyemaknya di kelas sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kelewatan guru yang mengendalikan kelas adalah tidak dapat dielakkan kerana ramai guru yang tinggal jauh dari sekolah.

25. Pn. Nor Azizah Bt. Kassim mencadangkan agar ditambah kelas yang menyertai program Sinar Pagi.

26.Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah tidak mampu untuk mengendalikan murid di dalam jumlah yang besar dalam sesebuah kumpulan. Namun, akan dipertimbangkan bagi menambah bilangan murid yang terlibat dan mewujudkan program bimbingan rakan sebaya.

27.En. Mohd Zul B. Yusof mencadangkan agar mengurangkan nisbah murid bagi seorang guru, serta turut mencadang agar diambil tindakan

Page 3: Minit Mesyuarat Agong Pibg 2015

pembersihan bagi longkang sekolah yang kotor bagi mengelak penularan nyamuk yang dikhuatiri akan menjangkiti murid-murid dan komuniti yang lain.

28.Guru Besar memaklumkan bahawa pengurangan nisbah murid dan guru hanya boleh dikurangkan setelah SK Taman Mahsuri dibuka kelak. Guru Besar turut memberi maklum balas mengenai keadaan longkang yang mana beliau mencadangkan agar KSIB merancang dan mengatur jadual cuci longkang atau mengadakan gotong-royong.

29.En. Mohd Nazri B. Hassan bertanya mengenai pendekatan yang dilakukan guru bagi kelas ke-3 dan seterusnya.

30.Guru Besar memaklumkan bahawa pihak pentadbiran turut mengadakan Kelas Bimbingan setiap hari Jumaat bermula dari pukul 8.00 – 12.30 tengahari), selain daripada Kelas Sinar Pagi. Bagi waris yang mengusulkan untuk melanjutkan kelas bimbangan pada hari Sabtu, adalah menjadi kekangan disebabkan oleh kekurangan guru. Mohon penglibatan dan kerjasama waris memastikan anak hadir ke kelas bimbingan pada hari Jumaat.

31.En. Mohd Azri B. Lah menyusulkan mengenai aspek keselamatan murid yang datang awal. Turut menyuarakan mengenai tindakan waris yang menutup jalan ketika menjemput anak pada waktu tengahari lantas menghalang laluan kenderaan lain.

32.En. Syauqi memaklumkan bahawa petugas lalu lintas sekolah mula bertugas seawal pukul 7.00 pagi. Bagi murid yang telah berada di dalam kawasan sekolah, keselamatan mereka adalah terjamin. En. Syauqi turut memberi maklum balas mengenai tindakan menutup jalan yang mana beliau telah mencadang agar diadakan kutipan tambahan sebanyak RM10.00 bagi menggaji RELA semasa menyuarat yang lalu, namun tiada komitmen dari waris. Oleh yang demikian, pohon waris tidak meletakkan kenderaan sehingga menghalang laluan waris lain dan menyukarkan murid untuk melintas dengan selamat. Mohon tindakan semua waris mulai 2.3.2015.

33.Pn. Salbiah Bt. Hassan memaklumkan mengenai penjualan makanan di luar pagar sekolah.

34.En. Syauqi memaklumkan para waris bahawa perkara ini telah dipanjangkan kepada MPKK. MPKK telah pun memantau perkara ini, namun pemantauan hanyalah boleh dilaksana sebulan sekali. Oleh itu, beliau menasihatkan agar waris boleh memantau pergerakan anak masing-masing dan mendidik mereka agar tidak membeli makanan tersebut.

35.Pn. Roslina Bt. Rasli (Penolong Kanan Pentadbiran) memaklumkan mengenai KSIB. Tiga orang waris telah menghantar nama kepada pentadbir. Beliau turut menyatakan jenis sumbangan yang boleh disalurkan yakni dari aspek pemberian dana, tenaga dan lain-lain. Beliau turut memaklumkan bahawa guru-guru memerlukan bantuan KSIB bagi meningkat kualiti pembelajaran. Beliau turut berharap agar

Page 4: Minit Mesyuarat Agong Pibg 2015

sesi 2015/2016 berjalan lebih lancer dan mendapat kerjasama ibu bapa dengan lebih aktif demi kemajuan anak bangsa.

36.En. Syauqi memberi maklum balas mengenai semakan buku latihan. Semakan telah pun dilakukan oleh pihak sekolah. Mohon waris pantau buku anak-anak dari aspek semakan di masa akan datang. Waris boleh hadir ke sekolah sekiranya ada perkara berbangkit.

37.En. Mencadangkan agar wang bantuan persekolahan RM100.00 dipotong terus sebaik sahaja diserahkan.

38.Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah tidak boleh terus memotong wang tersebut. Namun sekiranya ada waris yang sudi menjelaskan yuran pada hari berkenaan, pihak sekolah akan menerimanya.

39.En. Syauqi meminta ahli KSIB tunggu sebentar selepas mesyuarat bagi membincangkan mengenai agenda kelab.