Minit Mesyuarat Guru Pertama 2011

download Minit Mesyuarat Guru Pertama 2011

of 15

description

HKGGKK

Transcript of Minit Mesyuarat Guru Pertama 2011

MINIT MESYUARAT GURU KALI KEEMPAT

MINIT MESYUARAT GURU KALI PERTAMA

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PANDAN

(SKDP) BIL 1/2011

Tarikh

:20 Disember 2010

Hari

:Isnin

Masa

: 8.30 pagi

Tempat:Bilik Seri Pandan

Sek. Keb. Desa Pandan

Jln 4/76 Desa Pandan

55100 Kuala Lumpur.

Kehadiran :

1. Khalilah Bt Yahaya

Guru Besar

2. Hjh Rahmah Bt Idris

GPK Tadbir dan Kurikulum

3. Rashidah Hanim Bt Abd Hamid

GPK Hal Ehwal Murid

4. Boovanesuwari A/P Senathi RajahGPK Ko-kurikulum

5. Hasanah Bt Said

Ketua Panitia Bahasa Malaysia

6. Linha Bt Ahmad

Ketua Panitia Bahasa Inggeris

7. Siti Fauziah Bt Saibani

Ketua Panitia Matematik

8. Mohd Sabri Bin Abu Bakar

Ketua Panitia Pend. Agama Islam

9. Che Rohana Bt Mezah

Ketua Panitia Kajian Tempatan

10. Haliza Bt. Ramli

Ketua Panitia Kemahiran Hidup

11. Nor Azzarahton Bt Abd Karim Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual

12. Nor Hazianty Bt Abu Hassan Ketua Panitia Pendidikan Muzik

13. Nor Athmah Bt Mohd Bahar Ketua Panitia Pend.Sivik & Kewarganegaraan

14. Siti Arpah Bt Md Said SU Peperiksaan

15. Fariza Nurbaya Bt. Nordin Guru Kelas Tahun 1 Int

16. Mohd Azmil Bin Abdul Hamid

Guru Kelas Tahun 1Din

17. Azizah Bt. Mohd Nor

Guru Kelas Tahun 1 Best

18. Zabidah Bt Sulieman

Guru Kelas Tahun 1Kar

19. Maliana Bt. Basri

Guru Kelas Tahun 2 Int

20. Nor Azila Bt. Buyong

Guru Kelas Tahun 2 Din

21. Wan Robiyah Bt. Wan Mamat

Guru Kelas Tahun 2 Gem

22. Mohd Shukri Bin Yaacob

Guru Kelas Tahun 2 Ef

23. Rohani Bt. Olol

Guru Kelas Tahun 3 Din

24. Nur Faizah Bt. Sulaiman

Guru Kelas Tahun 3 Gem

25. Norhada Bt. Hamidon

Guru Kelas Tahun 3 Ef

26. Norazlina Bt. Omar

Guru Kelas Tahun 3 Bes

27. Roslina Bt. Ismail Guru Kelas Tahun 3 Kar

28. Rozlinda Bt. Azme

Guru Kelas Tahun 4 Int

29. Norul Ain Bt. Mohd Yusuf

Guru Kelas Tahun 4 Din

30. Roslina Bt. Mamat

Guru Kelas Tahun 4 Gem

31. Azimah Bt. Majid

Guru Kelas Tahun 4 Ef

32. Azleena Bt. Ahmad

Guru Kelas Tahun 5 Din

33. Hasniza Bt. Muda

Guru Kelas Tahun 5 Gem

34. Hamizan Bt. Rati

Guru Kelas Tahun 5 Ef

35. Nik Amnah Bt. Nik Man

Guru Kelas Tahun 6 Gem

36. Naterah Binti Talib

Guru Beredar

37. En. Dickson Busit

Guru Beredar

38. Uma Rajaretham A/P MT RajaretnamGuru Beredar

39. Siti Aminah Bt. Md Zin

Guru Beredar

40. Siti Zubaidah Bt. Hussain

Guru Beredar

41. Juliana Bt. Abdullah Sani

Guru Beredar

42. Sarienandi Puteri Bt. Mohd Rozi

Guru Beredar

43. Azman Bin Mohamad

Guru Beredar

44. Rauhiyah Bt Che Md Nor

Guru Beredar

45.Aslinda Bt. Abdul Razak

Guru Beredar

46. Nurul Huda Bt. Muhammad Guru Kaunseling

47. Norhaida Bt. Hashim Guru Kaunseling

48. Malik Bin Mohamad

Guru Agama

49. Noorzana Bt. Awang

Guru j-QAF

50. Mohd Humaizi Bin Abd Aziz Guru j-QAF

51 Mohd Tarmizi Bin Yaacob Guru j-QAF

52. Noor Faridah Bt. Mohd Isa

Guru j-QAF

53 Rosfazilah Bt. Mat Zain

Guru j-QAF

54. Ahmad Adnan Bin Mat Rejab Guru ICT

55. Rostina Bt. Rolon

Guru Data

56. Nor Haini Bt. Mohamad Zain

Guru PRA

57. Siti Noor Hidayahti Bt. Hj. RohaniGuru PSS

58. Noraida Bt. Abd. Rahman

Guru Pemulihan

59. Pn. Zamilah

Guru Baru

60. Pn. Norhayati

Guru PRA

Tidak Hadir Bersebab:

1. Siti Khadijah Bt. Mohammad

Guru Beredar

2. Nazrun Bin Mohd Daud

Guru j-QAF

3. Mahiza Bt. Che Sab

Ketua Panitia Sains

4. Norazilah Bt. Suid

Guru Kelas Tahun 1Gem

BilPERKARA

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1Pn. Khalilah Binti Yahaya selaku Pengerusi Majlis memberi ucapan salam kepada guru-guru Penolong Kanan dan semua guru yang hadir pada mesyuarat guru pertama 2011 ini.

1.2 Pengerusi mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua guru serta Pn. Siti Fauziah dan berharap semua guru telah dapat berehat dengan secukupnya semasa cuti persekolahan.

1.3 Pengerusi juga memperkenalkan guru baru iaitu Pn. Norhayati ( Opsyen Pra Sekolah ).

1.4 Pengerusi turut mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah akur dan datang bertugas semasa cuti persekolahan.

1.5 Pengerusi maklumkan tahun 2010 banyak program baru dalam KPM merangkumi program MBM MBI, NKRA Pendidikan, program 1 Murid 1 Sukan, LINUS, KSPK ( Kurikulum Standard Pra Sekolah ) dan KSSR ( Kurikulum Standard Sekolah Rendah ).

1.6 Pengerusi menyatakan pada tahun 2011 merupakan tahun permulaan pelaksanaan KSSR. Oleh yang demikian, Pengerusi amat berharap guru-guru Tahun 1 yang telah terpilih akan dapat melaksanakan tugas ini dengan sebaik mungkin.

1.7 Pengerusi juga maklumkan dalam satu perjumpaan dengan Dato Norizan Bapoo Hashim, Timbalan Pengarah Pelajaran Malaysia baru-baru ini, beliau telah ingatkan pihak sekolah bahawa perubahan ini amat memerlukan pengorbanan guruguru. Contohnya masa BI telah bertambah daripada 8 waktu menjadi 10 waktu seminggu.

1.8 Pengerusi turut maklumkan, pada sesi persekolahan 2011 nanti sekolah akan mempunyai 3 buah kelas Pra Sekolah. Sekolah juga akan menerima 2 orang lagi guru baru untuk Pra Sekolah serta 2 orang lagi PPM ( Pembantu Pengurusan Murid ).

1.9 Pengerusi turut maklumkan touch point hari pertama persekolahan 2011 ialah 1Murid 1Kerusi 1Meja 1Set Buku Teks.

Tindakan : Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Minit mesyuarat guru kali keempat 2010 dicadang untuk disahkan oleh Pn. Fariza Nurbaya Bt. Nordin dan disokong oleh Cik Siti Arpah Bt Md Said.

Tindakan : Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1Perkara 4.2.1 Mesyuarat Panitia Pertama 2011

Pengerusi berharap dalam mesyuarat panitia pertama 2011 nanti semua guru dapat diingatkan semula tentang istilah yang berkaitan dengan headcount seperti ETR, dan OT1.

3.2 Perkara 4.2. 2 LINUS

Pengerusi menyatakan data LINUS telah dapat dikurangkan pada pertengahan tahun 2010. Pada tahun 2012 sepatutnya semua murid celik 3M 100%. 3.3 Perkara 4.2.6 Kaunseling

Pengerusi berharap guru kaunseling dapat membantu GPK HEM untuk membuat perancangan program berkaitan bagi sesi persekolahan 2011.

3.4 Perkara 4.2.7 ICT

Pengerusi maklumkan Pn. Norul Ain telah dilantik sebagai Penyelaras Bilik Makmal Cyber manakala En. Ahmad Adnan sebagai Penyelaras Bestari.

3.5 Perkara 4.3.4 Buku Pendaftaran

Pengerusi berharap guru-guru Tahun 1 dapat akur pada taklimat tentang Buku Pendaftaran. Beliau melihat ada maklumat dalam buku ini telah diisi oleh GPK HEM sendiri walhal sepatutnya guru-guru Tahun 1 kelas berkenaan yang perlu mengisi semua maklumat berkenaan.

3.6 Perkara 4.4 Ko-Kurikulum

Pada tahun 2011 akan berlaku gelombang besar dalam program ko-kurikulum terutamanya berkaitan program 1 Murid 1 Sukan.

Tindakan : Makluman

4.0 AGENDA MESYUARAT

4.1PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

4.1.1Buku Panduan Am Pengurusan 2011

Pengerusi ingatkan guru-guru sentiasa akur pada maklumat-maklumat yang ada dalam Buku Panduan Am Pengurusan 2011. Semua guru diminta melakukan semua tugasan yang diamanahkan masing-masing seperti yang tercatat dalam Buku Panduan Am Pengurusan 2011 ini. Oleh itu, guru-guru perlu sentiasa peka dengan tugasan masing-masing ini dengan sentiasa merujuk buku tersebut.4.1.2 Surat Akujanji

Semua guru baru perlu membaca dan memahami isi kandungan dalam surat akujanji di hadapan Guru Besar.

4.1.3 Tindakan Perancangan 2011

Pada tahun 2011 bilangan masa BI bertambah daripada 8 menjadi 10 waktu seminggu.

Berdasarkan SPI Bil. 6/2010 iaitu Pelaksanaan 1 Murid 1 Sukan yang akan mula dijalankan pada sesi persekolahan 2011. Pihak sekolah akan menyediakan jadual lengkap berkaitan pelaksanaan 1 Murid 1 Sukan ini. Selepas ini akan ada lawatan daripada pegawai KPM ke sekolah-sekolah untuk meninjau pelaksanaan 1 Murid 1 Sukan ini. Pelaksanaan ini melibatkan murid Tahun 4 -Tahun 6.

Pihak sekolah juga telah diminta untuk memastikan semua peralatan sekolah terutamanya kerusi dan meja mencukupi untuk semua murid pada sesi persekolahan 2011 nanti. Pada hari pertama persekolahan juga tandas dan kantin mesti berada dalam keadaan yang amat baik.

Pihak sekolah juga diingatkan supaya mengambil berat tentang masalah buli di kalangan muridmurid sekolah.

Sesi perhimpunan pada hari pertama persekolahan nanti akan diadakan di tarmac dan akan bermula tepat pukul 7.30 pagi.

Tindakan : Makluman

4.2 KURIKULUM

4.2.1 Perluasan Pra Sekolah

Guruguru baru Pra Sekolah dan PPM akan dihantar oleh pihak KPM untuk menampung pertambahan kelas pra sekolah dari sebuah kelas menjadi 3 buah kelas pada tahun 2011.

4.2.2 UPSR

Guru-guru diingatkan tidak percaya kepada desas-desus pemansuhan UPSR. Guruguru Tahun 1, 2011 akan melaksanakan KSSR serentak dengan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS). Pelaksanaan UPSR 2016 ialah 40% PBS dan 60% berpusat diuruskan oleh Lembaga Peperiksaan. 4.2.3 Persiapan Hari Pertama Persekolahan

KPM mengarahkan pihak sekolah membuat persediaan rapi untuk hari pertama persekolahan. KPM telah mengarahkan semua sekolah menjalankan P&P seperti biasa pada hari pertama persekolahan. Sebelum hari pertama persekolahan guru-guru diminta menyediakan buku teks, kerusi dan meja.

Persediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah lengkap. P&P pada hari pertama dan masa pertama mesti berjalan mengikut jadual hendaklah ditulis seperti SPI Bil 3/1999. Murid-murid perlu diberikan latihan sebelum guru-guru mula mengutip yuran daripada ibu bapa sehingga pukul 10.00 pagi.

4.2.4 Kutipan Bayaran Tambahan

Bagi bayaran tambahan ada penambahan iaitu sebanyak RM 4.00 untuk kertas ujian. Bayaran tambahan yang diluluskan JPN pada tahun 2011 ialah RM 28.50 seorang.

4.2.5 Bilik Makmal Cyber

En. Adnan diminta menguruskan dan mengemaskan Bilik Makmal Cyber kerana pihak sekolah akan menerima komputer yang baru.

4.2.6 Guru Kelas 2011

Semua guru kelas 2011 yang telah dilantik boleh mula membuat persiapan kelas masing-masing. Pemilihan guru kelas dibuat dengan teliti. Guru-guru kelas adalah seperti ibu/ayah kepada murid-murid. Guru kelas sepatutnya sentiasa prihatin terhadap masalah/kekurangan murid dan sentiasa berusaha memotivasikan murid-murid.

4.2.7 Pelan Kelas 2011

Guru-guru diminta merujuki pelan kelas yang terkini dalam Buku Panduan Am Pengurusan dan Pentadbiran 2011 kerana ada berlaku beberapa perubahan kedudukan kelas. Kelas 2 Gemilang dan 2 Efektif telah dijadikan kelas pra sekolah buat sementara waktu sahaja iaitu untuk 2 bulan yang pertama. Murid-murid kelas 2 Gemilang akan berada di kelas 4 Intelek manakala mruid-murid kelas 2 Efektif akan berada di kelas 4 Dinamik. Murid-murid kelas 4 Intelek akan berada di Makmal Sains 1 manakala murid-murid 4 Dinamik akan berada di Makmal Sains 2.

4.2.8 Misi dan Visi Sekolah

Misi dan Visi sekolah telah berakhir pada tahun 2010. Oleh itu Misi dan Visi sekolah yang baru perlu difahami dan dihayati oleh semua warga sekolah. Misi dan Visi sekolah juga perlu diletakkan di dalam kelas dan tempat-tempat strategik di kawasan sekolah.

4.2.9 Tugasan Guru

Guru-guru perlu sentisa merujuk Buku Panduan Am Pengurusan dan Pentadbiran 2011 untuk melihat tugasan masing-masing. Pada tahun 2011 ada beberapa perlantikan baru berkaitan tugasan guru-guru. Panitia Sains akan diambil alih sementara waktu oleh Pn. Rauhiyah bagi menggantikan Pn. Mahiza yang cuti bersalin. Pn. Siti Khatijah akan menjadi setiausaha.

Bagi Panitia Agama Islam, Pn. Nik Amnah adalah setiausaha. Pn. Zamilah pula, telah dilantik menjadi setiausaha Panitia Kemahiran Hidup dan merangkap Penyelaras Bilik Kemahiran Hidup. En. Shukri pula, telah dilantik menjadi setiausaha Panitia Pendidikan Muzik.

4.2.10 Takwim 2011

Perubahan-perubahan semasa takwim 2011 akan dimaklumkan oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa kepada semua guru. Guru-guru juga diminta sentiasa merujuki takwim 2011 untuk memastikan segala perancangan dan program dapat dijalankan pada waktu yang telah ditetapkan.4.2.11 Ketua Panitia

Ketua Panitia diminta menyerahkan senarai semak 2010 pada minggu ini juga sebelum hari Jumaat. Ketua Panitia juga diminta melengkapkan semua maklumat berkaitan fail panitia, minit mesyuarat panitia 2010 dan minit mesyuarat JKS. Pelan taktikal dan pelan operasi boleh dihantar selepas Tahun Baru Cina.

4.2.12 Keceriaan Kelas

Semua kerusi dan meja di dalam kelas telah diletakkan dan dibersihkan oleh pekerja. Jadual waktu perlu dipamerkan di dalam kelas. Semau guru kelas perlu memastikan keadaan kelas bersih, ceria dan cukup kerusi /meja. Semua guru perlu menghantar satu salinan jadual waktu kelas dan jadual waktu persendirian terlebih dahulu kepada Pn. Rahmah.

Semua meja guru di dalam kelas perlu diletakkan dengan alas supaya kemas dan cantik. Papan kenyataan kelas perlu dilengkapkan dengan ruangan mata pelajaran. Kelas 6 Intelek akan mendapat kerusi dan meja plastik yang baru sebanyak 50 buah. Guru-guru Tahap 2 bolehlah mengambil kerusi dan meja lama kelas 6 Intelek.

4.2.13 Orientasi Pra Sekolah

Orientasi Pra Sekolah akan dijalankan pada hari Selasa 28 Disember 2010. Guru-guru yang terlibat dalam orientasi ini adalah seperti jadual di bawah:-

Bil.KelasGuru KelasGuru Pembantu

1.BijakPn. NurhainiPn. Nurul Huda

Pn. Siti Aminah

2.CerdikPn. ZamilahPn. Norul Ain

Cik Nur Faezah

3.PintarPn. NorhayatiCik Naterah

Pn. Khatijah

Pendaftaran murid-murid prasekolah ini akan dibuat di Dewan Sri Budiman. Seramai 75 orang murid akan mendaftar pada tahun ini.4.2.14 Buku PAFA

Guru-guru terlibat boleh mengambil Buku PAFA dan siapkan serta serahkan pada hari Jumaat.

4.2.15 Orientasi Guru Baru

Orientasi Guru Baru 2011 akan diadakan lebih awal termasuk guru-guru yang tidak sempat menjalani orientasi pada tahun 2010 perlu mengikuti orientasi ini.

Tindakan : Makluman

4.3 KO-KURIKULUM

4.3.1 Jawatankuasa Induk Koko

Pn. Sarienandi Putri telah dilantik sebagai setiausaha. En. Dickson pula dilantik sebagai setiausaha sukan.

Dua kelab baru telah ditubuhkan pada tahun 2011 iaitu Kelab Rukun Negara dan Kelab Pencegahan Dadah.

4.3.2 Sukan Tahunan Sekolah

Sukan Tahunan Sekolah pada tahun 2011 akan diadakan pada 25 Jun 2011.

4.3.3 Latihan Sukan dan Pertandingan

Guru-guru yang terlibat dengan kejohanan dan pertandingan boleh mula melatih murid-murid yang menjadi wakil sekolah dalam acara-acara tertentu bermula 13 Januari 2011.

Kejohanan MSWP akan berlangsung pada 28 Februari 2011. Kejohanan bola sepak dan hoki pula akan berlangsung pada 4 April 2011. Kejohanan bola jaring pula akan berlangsung pada 18 April 2011 nanti.

4.3.4 Kem Bestari Solat

Kem Bestari Solat yang pertama akan diadakan pada 2 Mac 2011 untuk pelajar Tahap 1 manakala pada 8 Mac 2011 untuk pelajar Tahap 2. Kem Bestari Solat akan diadakan sebanyak 4 kali.

Tindakan : Makluman

5.0HAL-HAL LAIN

5.1Buku Resit PIBG

Cik Roslina selaku setiausaha PIBG meminta guru kelas 2010 yang masih belum menghantar Buku Resit PIBG tahun 2010 supaya menyerahkannya pada minggu ini juga.

Tindakan : Guru kelas

5.2SMM

En. Sabri memaklumkan terdapat 4 lagi kelas yang belum menyerahkan borang SMM. Guru-guru kelas terbabit diminta menyerahkannya dengan kadar segera kerana proses streaming tidak dapat dibuat sepenuhnya sekiranya semua borang maklumat terbabit tidak diserahkan semuanya.

Tindakan : Guru kelas

5.3 Urusan dengan Ibu Bapa

Guru-guru diminta berurusan dengan ibu bapa secara sopan, profesional dan memberikan layanan yang baik dan mesra. Pengerusi juga berharap semua guru terutamanya guru kelas dapat menjalankan urusan dengan ibu bapa dengan baik.

Tindakan : Semua guru

5.4 Mesyuarat Panitia

Mesyuarat panitia pertama 2011 akan diadakan secara serentak bagi panitia teras dan bukan teras pada 21 Disember 2010. Semua RPT 2011 perlu disiapkan pada hari Jumaat sebelum sekolah dibuka.

Tindakan : Makluman 6. 0 UCAPAN PENANGGUHAN6.1Pergerusi berharap semua guru seronok kerana dapat kembali ke sekolah semula dengan menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.10 petang.

Disediakan oleh,

..

(Azman Bin Mohamad)

S/U Mesyuarat Guru SKDP

LAMPIRAN A

(SILA RUJUK JADUAL JAWATANKUASA)

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PANDAN

JALAN 4/76, DESA PANDAN, 55100 KUALA LUMPUR

JAWATANKUASA PENGELOLAAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI

KE DUABELAS, 2010

15 MEI 2010

Pengerusi

: Pn. Khalilah Bt. Yahaya (Guru Besar)

Naib Pengerusi: Pn. Boovanesuwari a/p Senathi Rajah (GPK Ko Kurikulum)

: Pn. Hjh Rahmah Bt. Idris (GPK Tadbiran dan Kurukulum)

: Pn. Rashidah Hanim Bt. Abd. Hamid (GPK Hal Ehwal Murid)

Setiausaha

: Pn. Cheng Tong Lean

Pen. Setiausaha: Cik Norazlina Bt. Omar

JAWATANKUASA KECILTUGAS-TUGAS

1. SAMBUTAN

Semua GPK

Pn. Haliza Bt. Ramli

Pn. Uma Rajaretham a/p MT Rajaretham

menyambut tetamu khas, tetamu jemputan dan ibu bapa.

mengedarkan buku program kepada tetamu khas.

2. JURUACARA

Cik Siti Arpah Bt. Md Said (K)

Pn. Siti Fauziah Bt. Saibani menyediakan skrip yang lengkap.

membuat segala pengumuman dari mula hingga tamat sukan.

membantu dalam penyampaian hadiah sebelum dan semasa hari sukan.

3. P.A . SISTEM/SIARAYA

En. Shukri B. Yaacob

Pengawai Jabatan Penerangan menyediakan alat pembesar suara untuk sukantara, raptai dan hari sukan.

menyediakan lagu perbarisan dan lagu selingan dan lagu Negaraku.

4. TEKNIK DAN KELENGKAPAN

En. Azman B. Mohammad (K)

En. Mohd Humaizi B. Abd Aziz

Quarter Master menyediakan semua alat sukan semasa latihan dan acara akhir serta pada hari sukan.

memastikan jam randik disediakan.

mengurus dan menyimpan semua alatan selepas emua acara sukan.

menentukan kerusi dan meja untuk semua bahagian.

menyusun dan menyimpan semua kelengkapan selepas acara sukan.

menyediakan rostrum dan podium.

5. UPACARA PEMBUKAAN DAN PENUTUPAN

En. Abd. Mallik B. Mohamad (K)

En. Abu Bakar

En. Zailani B. Jaafar

En. Nazrun B. Mohd Daud

En. Mohd Tarmizi B. Yaacob

mengendalikan raptai untuk perbarisan.

mengenalpasti pembaca ikrar.

menyediakan ikrar sukan serta bendera sekolah.

mengadakan raptai untuk penutup.

mendapatkan track suit untuk pembaca ikrar.

memastikan track suit serta bendera sekolah disimpan selepas sukan.

6. UPACARA PERASMIAN

Pn. Norul Ain Bt. Mohd Yusuf (K)

Cik Roslina Bt. Ismail

Cik Norhada Bt. Hamidon

menyediakan belon/gunting/talam/riben untuk perasmian.

Pastikan ada alas meja, air dan gelas untuk Datuk.

Menyediakan bunga mangar/kompang dan murid-murid untuk menyambut Datuk.

7. HADIAH DAN CENDERAMATA

Pn. Azzahraton Bt. Abd Karim (K)

Pn. Nur Faridah Bt. Mat Isa

Pn. Roslina Bt. Mamat

Cik Norazilah Bt. Suid

Memastikan hadiah telah ditempah.

Menyemak semua piala pusingan/hadiah dalam keadaan abik dan mencukupi.

Menyusun hadiah sebelum pukul 8.00 pagi.

Menyediakan meja, alas meja serta dulang yang sesuai.

Merujuk kepada guru besar untuk cenderamata.

8. JAMUAN JEMPUTAN/PEGAWAI

Pn. Haliza Bt. Ramli (K)

Pn. Norzana Bt. Awang

Quarter Master/ Pengakap

Merujuk kepada guru besar untuk menentukan bilangan dan menu.

Menyediakan minuman untuk tetamu dan pegawai sukan.

9.KAIN RENTANG

Pn. Zabedah Bt. Sulaieman (K)

Menyediakan kain rentang.

Menggantungkan kain rentang di pagar sekolah seminggu sebelum hari sukan.

Menghias pintu masuk ke padang.

10. PENGURUS PESERTA

En. Ahmad Adnan B. Mat Rejam (K)

Pn. Rauhiyah Bt. Che Md Noor

Cik Juliana Bt. Abdullah bt. Sani

Cik Naterah

Quarter Master

Menentukan tempat duduk peserta.

Menyediakan semua poeserta terlebih awal.

Membuat undian lorong.

Memberi taklimat kepada peserta mengenai peraturan pertandingan.

11. HAKIM PENAMAT/PENJAGA MASA

Pn. Uma Rajaretham a/p MT Rajaretham (K)

Pn. Che Rohana Bt.Mezah @ Hamzah

Pn. Linha Bt. Ahmad

Cik Azleena Bt. Ahmad

Pn. Roslinda Azme

Pn. Noraida Bt. Abd Rahman

Quarter Master/ Pengakap

AJK PIBG

Mengagihkan tugas untuk menjalankan tugas hakim/penjaga masa.

Menjalankan tugas semasa acara padang (akhir/salingan) dan semasa acara hari sukan.

Menyediakan tali penamat.

Pastikan ada hakim penamat untuk acara sukaneka.

Memastikan pemenang-pemenang dalam setiap acara.

12. HAKIM LORONG/PENOLONG PELEPAS

Cik Norazlina Bt. Omar (K)

Pn. Nor Athmah Bt. Mohd Bahar

En. Dickson Busit

Memastikan peserta berlari di lorong yang betul.

Menguruskan peserta pelari kedua dan keempat.

Membantu pelepas melepaskan peserta.

13. PENGELOLA PEMENANG

En. Mohd Sabri B. Abu Bakar (K)

Pn. Nazatulsema Bt. Shari

Pn. Rosfazilah

Cik Norazila Bt. Buyong

Mengumpul semua pemenang dari masa ke semasa untuk upacara penyampaian hadiah.

Memastikan pemenang bersedia lebih awal sebelum penyampaian hadiah.

14.PENCATAT KEPUTUSAN

Pn. Mahiza

Pn. Hamizan Menyediakan keputusan dalam bentuk (3 salinan) putih untuk juruacara, biru untuk perangkaan, dan merah jambu untuk hadiah.

15. PERANGKAAN

Cik Norhayati (K)

Cik Dina

Quarter Master

Mengisi semua keputusan dalam bentuk perangkaan.

Memilih peserta terbaik bagi setiap kategori.

Pamerkan keduidukan rumah sukan.

Memberitahu juruacara kedudukan markah terkini selepas 3 atau 4 acara.

Menentukan johan rumah sukan.

16. BUKU PROGRAM

Pn. Norfaizah (K)

Pn. Aslinda Bt. Razak

Pn. Wan Rauhiyah

Guru-guru Tahap 1

Menyediakan buku program.

Rujuk dengan setiausaha sukan untuk isi kandungan.

Mengenalpasti bilangan yang perlu.

Memastikan buku program siap 3 hari sebelum hari sukan dan serahkan kepada bahagian penjualan dan sambutan.

17. PERSEMBAHAN

Pn. Siti Zubaidah Bt. Hussain (K)

En. Shukri B. Yaacob

Pn. Siti Noor Hidayahti Bt. Hj Rohani

Pn. Nor Hazianty Bt. Hassan

Guru-guru Praktikum

Menyediakan dan menguruskan persembahan sebaik sahaja upacara pembukaan.

18. KECEMASAN DAN KESELAMATAN

Pn. Norhaida Bt. Hashim

Ahli PBSM Menyediakan peti kecemasan serta tempat rawatan.

Menempatkan ahli-ahli PBSM di tempat-tempat yang sesuai untuk tindakan serta merta.

19. JURUFOTO

Pn. Norol Ain Mengambil gambar semasa hari sukan.

Menyediakan album supaya AJK Dokumentasi dapat memilih gambar yang perlu.

20. PELEPAS

En. Stanley Danial

Melepaskan setiap peserta

21. HAKIM PERBARISAN/KHEMAH

Pn. Hamizan Bt. Rati Mengurus acara perbarisan dan khemah tercantik.

Menyediakan borang-borang penghakiman.

23. PERSIAPAN SEBELUM DAN SELEPAS SUKAN

Semua guru SKDP

(14 Mei 2010)

Memestikan bendera-bendera kecil digantung di sekitar balapan padang.

Memastikan segala persiapan alatan dan keperluan telah lengkap sebelum hari sukan.

Memastikan semua alatan disimpan selepas hari sukan.

24. MAKANAN TAHAP 1 DAN TAHAP 2

Penyelaras Tahun 1 hingga Tahun 6

Mengagihkan makanan dan minuman kepada semua kelas pra, tahun 1 hingga tahun 6, sehari sebelum hari sukan.

PAGE 9