Minit Mesyuarat Hem Kali Ke 2 2011

6
Hak cipta Terpelihara @ Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor SK PERUMAHAN TAMPOI 2 TAMAN CEMPAKA, 81200 JOHOR BAHRU, JOHOR MINIT MESYUARAT PENGURUSAN HEM KALI KE-2 Tarikh : 12 April 2011 Hari : Selasa Masa : 1.30 – 2.55 petang Tempat : Bilik Wawasan Gemilang, SKPT2 Kehadiran : Semua guru hadir 1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru. 2.0 PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT PENGURUSAN HEM YANG LALU 2.1 Disahkan oleh : Puan Norazmawati Bt Che Hamat 2.2 Disokong oleh : Cik Norhayati Bt Mazari 2.3 Minit mesyuarat selepas ini hendaklah mengikuti spesifikasi baru. 3.0 PERKARA BERBANGKIT 3.1 Tiada perkara berbangkit. 4.0 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID OLEH PUAN WAN NOOR MALINJA BT WAN CHIK 4.1 Bagi Unit Amal Dan Kebajikan, senarai nama murid KWAMP adalah mengikut Program e-Kasih. Guru hendaklah peka dengan status murid agar data SMM murid dapat dikemaskini. Tindakan : Unit Amal Dan Kebajikan 4.2 Berkenaan Unit RMT, setelah rundingan diadakan semua 27 orang murid yang dicadangkan layak menerima bantuan. Setakat ini maklumat tentang PSS belum lagi diperolehi.

description

Contoh Minit Mesyuarat Sekolah Rendah

Transcript of Minit Mesyuarat Hem Kali Ke 2 2011

SK PERUMAHAN TAMPOI 2TAMAN CEMPAKA, 81200 JOHOR BAHRU, JOHOR

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN HEM KALI KE-2Tarikh:12 April 2011Hari:SelasaMasa:1.30 2.55 petangTempat:Bilik Wawasan Gemilang, SKPT2Kehadiran:Semua guru hadir1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru.

2.0 PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT PENGURUSAN HEM YANG LALU2.1 Disahkan oleh : Puan Norazmawati Bt Che Hamat2.2 Disokong oleh : Cik Norhayati Bt Mazari2.3 Minit mesyuarat selepas ini hendaklah mengikuti spesifikasi baru.

3.0 PERKARA BERBANGKIT3.1 Tiada perkara berbangkit.

4.0 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID OLEH PUAN WAN NOOR MALINJA BT WAN CHIK4.1 Bagi Unit Amal Dan Kebajikan, senarai nama murid KWAMP adalah mengikut Program e-Kasih. Guru hendaklah peka dengan status murid agar data SMM murid dapat dikemaskini.Tindakan : Unit Amal Dan Kebajikan4.2 Berkenaan Unit RMT, setelah rundingan diadakan semua 27 orang murid yang dicadangkan layak menerima bantuan. Setakat ini maklumat tentang PSS belum lagi diperolehi.4.3 Bagi Unit Pendaftaran dan Transisi Tahun 1, setakat ini jumlah murid Tahun 1 adalah seramai 91 orang.4.4 Bagi Unit Penempatan Tingkatan 1, HEM mengucapkan terima kasih kepada En. Arief dan semua guru Tahun 6 kerana telah banyak membantu. Beliau turut melahirkan kesyukuran atas kemasukan seorang murid ke Sekolah Berasrama Penuh.4.5 Unit Bimbingan dan Kauseling diminta mengadakan program buat murid-murid.Tindakan : Unit Bimbingan dan Kaunseling

14.6 Bagi Unit Kantin Dan Kedai Buku Sekolah, semua ahli jawatankuasa dikehendaki memainkan peranan kerana pihak kantin akan meningkatkan mutu perkhidmatan mengikut permintaan guru.Tindakan : Unit Kantin Dan Kedai Buku Sekolah4.7 Bagi Unit Pencegahan Dadah, HEM mengucapkan tahniah kepada Cikgu Yasin dan semua ahli jawatankuasa kerana telah menjayakan Minggu Anti Dadah.4.8 Pelan Tindakan HEM 2011:4.8.1 Bagi Unit Amal Dan Kebajikan lebih difokuskan aspek KWAMP dan anak yatim.4.8.2 Ketua-ketua unit perlu melengkapkan Borang Sektor Pembangunan Kemanusiaan. Setakat ini Unit HEM belum pernah menerima teguran audit.4.8.3 Unit Disiplin diminta agar menyusun laporan program yang telah dijalankan.4.8.4 Bagi Unit 3K, Puan Nor Aznen boleh merujuk kepada Program Kebersihan Kelas. Latihan kebakaran yang dirancang pada bulan April mungkin tidak sempat untuk dilaksanakan. Mungkin dijalankan pada bulan Oktober atau November nanti. Kempen keselamatan masih belum dijalankan. Program Solivite, susu dan Vitagen adalah di bawah Kesihatan.4.8.5 Unit Bimbingan dan Kauseling diminta menyediakan data, takwim dan laporan aktiviti. Buku program hendaklah disertakan sekali.4.8.6 Unit SPBT diminta menyediakan laporan data sebagaimana yang telah dihantar ke pihak PPD.4.8.7 Semua ketua unit diminta menghantar laporan selewat-lewatnya 22 April 2011.Tindakan : Ketua-ketua Unit yang terlibat4.9 HEM meminta Puan Siti Kalsom mengadakan laporan bagi kutipan tsunami, kematian, KWAPM dan MAIJ.Tindakan : Ketua Unit Amal Dan Kebajikan4.10 Program gotong-royong yang bakal dijalankan pada 16 April 2011 merupakan kerjasama antara BAKAF dan Unit 3K.4.11 HEM berharap semua program-program yang telah dirancang hendaklah dilaksanakan.

5.0 UNIT KANTIN DAN KEDAI BUKU SEKOLAH OLEH PUAN ZAZA RAINOE BT ABD. RAHIM5.1 Setakat ini terdapat program-program yang telah dirancang belum sempat dilaksanakan.5.2 Antara program yang dirancang :5.2.1 Program Keceriaan Kantin dinding kantin dihiasi dengan bahan bantu mengajar, cermin dan pokok-pokok hiasan.5.2.2 Smart Canteen Programme memperkenalkan kepada murid cara menggunakan fasiliti kantin dengan betul seperti cara membasuh tangan, adab makan, meletakkan pinggan mangkuk yang digunakan serta penjimatan air.5.2.3 2Program Sayangi Kantin mengadakan pertandingan mengutip sampah, 1 Kelas 1 Tong Sampah.5.3 Beliau meminta kerjasama guru-guru terutama guru pengawas bagi mengarahkan pengawas bertugas di kantin.5.4 Ahli jawatankuasa diminta melaporkan hasil pemantauan kantin ke dalam Buku Laporan Kantin. Pemantauan meliputi dapur, stor, meja murid, makanan murid dan kemudahan guru di kantin.5.5 HEM berharap agar selepas ini diadakan mesyuarat dengan pihak kantin sekolah.5.6 Berkenaan keceriaan kantin, HEM meminta agar diadakan kertas kerja bagi memohon sumbangan untuk menjalankan program.5.7 HEM menyatakan Smart Canteen Programme merupakan program yang baik bagi mendidik murid cara menggunakan kantin dengan baik. Beliau berharap agar program ini dapat dijalankan.Tindakan : Unit Kantin dan Kedai Buku Sekolah

6.0 UNIT SPBT OLEH PUAN NORAZMAWATI BT CHE HAMAT6.1 Beliau meminta kerjasama guru untuk mengarahkan murid-murid untuk menyampul buku teks terutama buku teks Tahun 1.6.2 Belia juga meminta guru memberi senarai nama murid yang belum menerima buku teks. Ustaz Katiman mencadangkan agar senarai nama berkenaan ditampal di dalam kelas agar guru mata pelajaran dapat mengenalpasti murid-murid berkenaan.6.3 Cik Azimah mencadangkan agar buku teks difotostat bagi kegunaan murid-murid ini.6.4 Cik Norhayati mencadangkan agar murid kelas Melu meminjam dulu buku teks dari murid kelas Cempaka. Buku-buku yang dipinjam hendaklah dipegang oleh guru kelas agar tidak hilang.6.5 HEM meminta agar tindakan disiplin dikenakan ke atas murid yang tidak menjaga buku teks dengan baik. Beliau juga meminta agar guru mengingatkan murid untuk menyampul buku dan menulis nama serta menjaga buku dengan baik.6.6 Beliau meminta kerjasama Ustaz Katiman mengenai buku-buku SPBT yang ditinggalkan murid di dalam surau.6.7 Terdapat laporan bahawa ada murid Tahun 6 meninggalkan buku teks di bawah meja. Ahli jawatankuasa diminta mengadakan sport check dengan kerjasama guru-guru.Tindakan : Unit SPBT dan semua guru

7.0 UNIT 3K OLEH PUAN NOR AZNEN BT JAMIL7.1 Beliau mencadangkan agar program-program yang telah dijalankan pada tahun lalu diteruskan dan dinaiktaraf.7.2 HEM meminta agar meningkatkan taraf bilik kesihatan. Keluar masuk murid ke bilik tersebut hendaklah dipantau melalui buku penggunaan bilik kesihatan.Tindakan : Unit 3K

38.0 UNIT DISIPLIN DAN PENGAWAS OLEH EN. AHMAD SYUKRI BIN YAHYA8.1 HEM mengutarakan masalah ponteng murid yang kian berleluasa. Guru-guru dikehendaki memantau disiplin murid.8.2 Beliau meminta agar guru yang bertugas memantau cara pengawas bercakap dengan ibu bapa murid yang lambat datang ke sekolah pada waktu pagi.Tindakan : Guru Bertugas8.3 Beliau juga meminta agar pengawas menjalankan rondaan pada waktu rehat kerana terdapat murid yang beratur sebelum masuk ke kelas.8.4 En. Ahmad Syukri berharap guru-guru melakukan sport check rambut, kuku dan beg sekolah murid.

9.0 UNIT KAUNSELING OLEH CIK KUMARESWARY A/P TIYAGARAJAN9.1 Beliau bertanya tentang laluan murid Tahap 1 masuk ke kelas selepas rehat. En. Ahmad Syukri mencadangkan hanya tangga sebelah Pra Sekolah sahaja digunakan bagi murid 2 Melur, 2 Orkid dan murid Tahun 1.9.2 Laluan murid selepas rehat Tahap 1 bermula dengan tahun 2 Melur diikuti dengan 2 Orkid. Kemudian murid 1 Orkid, 1 Melur dan diakhiri dengan 1 Cempaka. Setelah itu murid 3 Orkid diikuti dengan 3 Melur, 3 Cempaka dan 2 Cempaka di Blok A. Beliau berharap agar semua guru dimaklumkan tentang perkara ini.9.3 Beliau meminta senarai murid yang lambat ke sekolah dari pengawas yang bertugas.9.4 Pada setiap kali perhimpunan, pengawas diminta masuk barisan setelah nyanyian lagu rasmi selesai.

10.0 HAL-HAL LAIN10.1 Puan Zaza Rainoe menyatakan terdapat murid Tahun 6 Dahlia lambat ke kelas dari bilik-bilik khas.10.2 HEM menyatakan terdapat murid-murid Tahun 6 yang lambat mengikuti solat Zuhur berjemaah.10.3 Unit Disiplin diminta menandatangani masalah ini agar murid dapat menguruskan waktu dengan baik.Tindakan : Unit Disiplin dan PengawasMesyuarat ditangguhkan pada jam 2.55 petang.

Disediakan oleh;Disemak dan disahkan oleh;....

4(PUAN SITI NAZIRAH BT ZULKIPLI)

Hak cipta Terpelihara @ Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor11 Mac 2011 Keluaran 02 1 Pindaan 00