Minit mesyuarat jawatankuasa hem sk kidurong

5
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID (HEM) SK KIDURONG 01/2014 TARIKH : 11 Januari 2014 TEMPAT : Makmal Komputer SK Kidurong MASA : 10.30 pagi KEHADIRAN : 1. Pn. Caroline Jelenie Chuat 21. Pn. Alexendrina Shirley 2. Pn. Betty Kumari binti Basir 22. Pn. Siau Sie Ling 3. Pn. Hashimah binti Wahab 23. Pn. Tina anak Sadi 4. Pn. Mordiana binti Mohamad 24. Pn. Christina anak Meling 5. Pn. Rahana binti Medang 25. Pn. Senorita Dunggau 6. Pn. Azimah @ Rajimah binti Badillah 26. Pn. Mehpuzah binti Salim 7. Pn. Sunita binti Zaidel 27.Cik Rohizah Rokiah 8. Pn. Sharifah Hajijah binti Wan Reduan 28. Cik Norul Fatihah binti Mohamad 9. Pn. Fatimah Azzahrah binti Abdul Manap 29. Cik Nor Jannah binti Haron 10. Cik Faridah binti Ramli 30. Cik Hasnah binti Badillah 11.Pn. Saripah Norlaila binti Wan Umar 31. Pn. Samina binti Sahmat 12. Cik Hasnul Huda binti Hj Yaacob 32. Pn. Hazamah binti Jamahari 13. Pn. Hamidah binti Wahab 33. Pn. Tuan Saadah binti Tuan Draman 14. Cik Aminah binti Ibrahim 34. En. Lee Seow Lek 15. En. Anuar bin Hashim 35. Cik Izyan Hazwani binti Azmi 16. En. Mohd Amin bin Alias . 36. Pn. Emma binti Tuah 17. Pn. Sharifah Junaidah binti Wan Suhaili 37. Pn. Diana Mihek 18. Pn. Lily Durong 39. En. Albraham Enggung 19. Cik Rozi Yaman 40. En. Steward Emai 20. Cik Khadijah binti Bothassan 41. Pn. Zaiyati binti Ghazali

Transcript of Minit mesyuarat jawatankuasa hem sk kidurong

Page 1: Minit mesyuarat jawatankuasa hem sk kidurong

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID (HEM)

SK KIDURONG 01/2014

TARIKH : 11 Januari 2014

TEMPAT : Makmal Komputer SK Kidurong

MASA : 10.30 pagi

KEHADIRAN :

1. Pn. Caroline Jelenie Chuat 21. Pn. Alexendrina Shirley

2. Pn. Betty Kumari binti Basir 22. Pn. Siau Sie Ling

3. Pn. Hashimah binti Wahab 23. Pn. Tina anak Sadi

4. Pn. Mordiana binti Mohamad 24. Pn. Christina anak Meling

5. Pn. Rahana binti Medang 25. Pn. Senorita Dunggau

6. Pn. Azimah @ Rajimah binti Badillah 26. Pn. Mehpuzah binti Salim

7. Pn. Sunita binti Zaidel 27.Cik Rohizah Rokiah

8. Pn. Sharifah Hajijah binti Wan Reduan 28. Cik Norul Fatihah binti Mohamad

9. Pn. Fatimah Azzahrah binti Abdul Manap 29. Cik Nor Jannah binti Haron

10. Cik Faridah binti Ramli 30. Cik Hasnah binti Badillah

11.Pn. Saripah Norlaila binti Wan Umar 31. Pn. Samina binti Sahmat

12. Cik Hasnul Huda binti Hj Yaacob 32. Pn. Hazamah binti Jamahari

13. Pn. Hamidah binti Wahab 33. Pn. Tuan Saadah binti Tuan Draman

14. Cik Aminah binti Ibrahim 34. En. Lee Seow Lek

15. En. Anuar bin Hashim 35. Cik Izyan Hazwani binti Azmi

16. En. Mohd Amin bin Alias . 36. Pn. Emma binti Tuah

17. Pn. Sharifah Junaidah binti Wan Suhaili 37. Pn. Diana Mihek

18. Pn. Lily Durong 39. En. Albraham Enggung

19. Cik Rozi Yaman 40. En. Steward Emai

20. Cik Khadijah binti Bothassan 41. Pn. Zaiyati binti Ghazali

Page 2: Minit mesyuarat jawatankuasa hem sk kidurong

42. Cik Norsyafizah binti Ibrahim 51. Pn. Bunai Muling

43. En. Mohd Ridzuan bin Abdullah 52. Pn. Farisyah binti Ekram

44. Pn. Hellena ak Ukol 53. Pn. Julia ak Atien

45. Pn. Sema Heng 54. Pn. Anna Jimy

46. Pn. Rosnani binti Masni 55. Pn. Manisah binti Mustapha

47. Pn. Nur Syamshaera binti Mustapar 56. Pn. Wendy ak Eppie

48. Pn. Gloria binti P.L Selimon@Latong 57. En. Mohd Azam binti Abd Razak

49. En. Lim Kian Siong 58. Pn. Habibi binti Basri

50. En. Nasharuddin bin Morsid

1.0 UCAPAN ALU-ALUAN

1.1- Puan Caroline Jelenie Chuat selaku Guru Besar Cemerlang SK Kidurong

mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua guru dan selamat menyambut

Maulidul Rasul kepada semua guru yang beragama Islam.

1.2- Guru Besar memaklumkan bahawa tiada lagi aktiviti gotong-royong pada awal

pagi seperti tahun lepas kerana pertambahan tukang sapu yang sedikit

sebanyak membantu dalam menjaga kebersihan kawasan sekolah.

1.3- Guru Besar turut meminta kepada semua guru kelas untuk mengambil gambar

Yang Di-Pertuan Agung dan Perdana Menteri untuk di letakkan di dalam kelas

masing-masing.

2.0 MUKADDIMAH HAL EHWAL MURID (HEM)

2.1- Puan Hashimah binti Wahab selaku pengerusi majlis mengalu-alukan

kedatangan guru-guru baru ke SK Kidurong, semoga dengan bertambahnya

bilangan guru ini akan dapat meningkatkan lagi kecemerlangan sekolah pada

masa hadapan, InsyaAllah.

2.2- Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru di atas

sokongan padu dan kerjasama yang telah ditunjukkan sepanjang tahun 2013.

2.3- Pengerusi turut menyatakan hasrat unit Hal Ehwal Murid (HEM) pada tahun ini

untuk melaksanakan pengurusan yang berkualiti apabila tercapainya objektif

seperti berikut:

Mendidik dan membentuk murid dengan akhlak yang baik

Mencapai mutu disiplin dengan salahlaku sifar

Page 3: Minit mesyuarat jawatankuasa hem sk kidurong

Melaksanakan sIstem pengurusan disiplin yang cekap selaras dengan

matlamat Falsafah Pendidikan Negara

3.0 ISU UNIT HAL EHWAL MURID (HEM)

3.1- Pengerusi memaklumkan isu-isu yang timbul ini adalah dapatan daripada

pemerhatian pada tahun 2013. Antaranya ialah pergerakan keluar masuk murid

yang kerap dan boleh mewujudkan suasana bising sekaligus menganggu proses

pembelajaran.

3.2- Penggunaan pas keluar masuk murid yang sering di lihat tidak di gunakan

dengan sepatutnya malah ada yang rosak dan langsung tidak boleh di gunakan.

3.3- Pengerusi meminta guru kelas untuk mengisi e-kehadiran secepat yang mungkin

setelah kelas bermula.

3.4- Maklumat yang terdapat di dalam buku kedatangan murid yang tidak lengkap

dan ketiadaan buku tersebut di rak dalam pejabat selepas pukul 9 pagi.

3.5- Penggunaan rekod D’merit yang tidak efisyen. Pengerusi memberitahu bagi

tahun 2014 ini akan di tambah baik penggunaan rekod supaya lebih mudah dan

senang untuk di isi.

4.0 AGIHAN TUGAS

4.1- Pengerusi membentangkan senarai ahli jawatankuasa hal ehwal murid (HEM)

bagi sesi 2014. Terdapat beberapa perubahan seperti Cik Aniza binti Nordin

yang telah dilantik sebagai setiausaha HEM yang baru. Ahli-ahli di bawah

jawatankuasa HEM adalah seperti berikut :

AJK Disiplin

AJK Buku Teks

AJK Keselamatan

AJK Biasiswa/Bantuan

AJK Kantin

AJK Bebas Denggi

AJK Pencegah Jenayah

AJK Pengurusan RMT/PSS/Vit 1M

AJK Data Emis/SSDM/SSM

AJK Pengawas

AJK Kaunselor

4.2- Tema bagi unit HEM pada tahun 2014 ialah semua guru kelas adalah guru

disiplin. Oleh itu, semua guru kelas telah dilantik sebagai ahli di dalam Lembaga

Disiplin sekolah.

Page 4: Minit mesyuarat jawatankuasa hem sk kidurong

4.3- Setiap guru kelas akan di bantu oleh pembantu guru kelas yang

akan di lantik dari kalangan guru-guru juga. Pembantu guru kelas yang di lantik

secara automatik akan menjadi guru disiplin kelas tersebut.

4.4- Pengerusi mengingatkan pada semua guru untuk mengisi borang kesalahan

disiplin bagi murid yang bermasalah. Borang tersebut akan di simpan dalam fail

disiplin sebagai rekod simpanan dan tindakan akan di lakukan oleh guru disiplin

yang bertugas pada hari tersebut.

4.5- Pengerusi mengumumkan pelantikan Puan Norlia binti Rosli sebagai penyelaras

sistem salahlaku disiplin murid (SSDM) dan akan di bantu oleh penyelaras dari

tahun 1 sehingga tahun 6.

4.6- Bagi AJK Keselamatan, terdapat beberapa perubahan seperti Ketua sesi petang

yang baru iaitu Encik Anwar Hashim dan setiausaha yang baru di lantik iaitu Cik

Faridah binti Ramli.

4.7- Pengerusi memaklumkan supaya guru polisi yang bertugas dapat menjaga

keselamatan murid untuk mengelak perkara yang tidak di ingini berlaku.

4.8- Selain daripada AJK Keselamatan, terdapat beberapa lagi ahli jawatankuasa yang

dibentuk dan boleh dirujuk dalam Lampiran 1

5.0 TAKWIM PERANCANGAN TAHUNAN JAWATANKUASA HEM

5.1- Mulai tahun ini, takwim rancangan tahunan bagi unit HEM akan disediakan

untuk makluman semua guru.

5.2- Pengerusi turut mengingatkan kepada guru yang terlibat sebagai penyedia

kertas kerja supaya membuat persedian awal bagi kelancaran majlis sambil di

bantu oleh guru-guru yang lain.

5.3- Takwim rancangan tahunan boleh dirujuk pada Lampiran 2.

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1- Pengerusi memaklumkan borang disiplin murid akan diedarkan dan perlu di isi

jika terdapat murid yang melakukan masalah kerana ia saling berkait dengan

data murid dalam system APDM dan SSM.

6.2- Borang maklumat murid akan di tambahbaik dengan memasukkan ruangan

bilangan anak yang belajar di sekolah yang sama.

6.3- Pengerusi turut memaklumkan tentang tabung kutipan Hari Pahlawan dan

bantuan mangsa banjir akan di wujudkan bagi membantu pihak-pihak yang

berkaitan.

Page 5: Minit mesyuarat jawatankuasa hem sk kidurong

6.4- Pengerusi kemudian mempersilakan guru bimbingan dan kaunseling, Puan

Sharifah Junaidah untuk meneruskan mesyuarat. Puan Sharifah Junaidah

memberitahu kepada semua guru kelas agar mengenal pasti murid yang

bermasalah untuk di beri bimbingan dan kaunseling yang sepatutnya.

6.5- Borang boleh didapati di bilik bimbingan dan kaunseling dan hanya boleh di

ambil pada waktu rehat sahaja. Borang kebenaran keluar kelas untuk sesi

kaunseling akan di beri untuk makluman guru yang sedang mengajar di dalam

kelas.

6.6- Beliau juga memaklumkan bahawa program sambutan hari jadi guru dan murid

akan di adakan ketika waktu perhimpunan mengikut bulan masing-masing.

6.7- Puan Betty Kumari sempat menyentuh tentang Buku Komunikasi yang akan

diedarkan kepada setiap murid. Buku tersebut adalah di bawah program sarana

ibu bapa. Tujuannya adalah untuk murid belajar bagaimana mengurus kerja

rumah yang di beri dengan menyenaraikan kerja rumah yang ada untuk di

siapkan.

6.8- Buku tersebut akan di semak oleh ibu bapa sekali gus dapat memantau

pencapaian anak mereka di sekolah. Program ini juga dapat mengeratkan lagi

hubungan antara ibu bapa dan guru.

6.9- Puan Betty turut memaklumkan tentang buku laporan MMI. Guru kelas boleh

menulis nama murid yang bermasalah dalam ruangan yang disediakan dan perlu

dihantar pada setiap hari Jumaat.

7.0-