Minit Mesyuarat Kali Pertama

9
MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA JAWATANKUASA PERANCANG STRATEGIK SEKOLAH TAHUN 2010 Tarikh : 7 Oktober 2009 Masa : 9.45 pagi Tempat : Bilik Gerakan Kehadiran : Pengerusi : En. Abdul Samad b. Hj. Abd. Rahman (Guru Besar) Naib Pengerusi : En. Nadzri b. Bustani (PK Pentadbiran) : Pn. Choo Sow Wan (PK Hal Ehwal Murid) Setiausaha : En. Arzmi b. Mohd Ghazali (PK Kokurikulum) Naib Setiausaha : En. Sajali b. Mohamad Hashim Pen. Naib Setiausaha: En. Mohd Saufi b. Salleh AJK : 1. Pn. Zubaidah bt. Mustaffa 2. Pn. Rohayu bt. Shabidin 3. Pn. Mimunah bt. Zakaria UCAPAN PENGERUSI – GURU BESAR - Memberi kuasa kepada jawatankuasa dalam memastikan perancangan berjalan dengan lancar. - Berharap tidak berlaku lagi situasi ‘ad-hock’. - Berharap tidak berlaku lagi sebarang kesilapan dalam perancangan.

Transcript of Minit Mesyuarat Kali Pertama

Page 1: Minit Mesyuarat Kali Pertama

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMAJAWATANKUASA PERANCANG STRATEGIK SEKOLAH TAHUN 2010

Tarikh : 7 Oktober 2009Masa : 9.45 pagiTempat : Bilik Gerakan

Kehadiran :

Pengerusi : En. Abdul Samad b. Hj. Abd. Rahman (Guru Besar)

Naib Pengerusi : En. Nadzri b. Bustani (PK Pentadbiran)

: Pn. Choo Sow Wan (PK Hal Ehwal Murid)

Setiausaha : En. Arzmi b. Mohd Ghazali (PK Kokurikulum)

Naib Setiausaha : En. Sajali b. Mohamad Hashim

Pen. Naib Setiausaha: En. Mohd Saufi b. Salleh

AJK : 1. Pn. Zubaidah bt. Mustaffa 2. Pn. Rohayu bt. Shabidin 3. Pn. Mimunah bt. Zakaria

UCAPAN PENGERUSI – GURU BESAR

- Memberi kuasa kepada jawatankuasa dalam memastikan perancangan berjalan dengan lancar.

- Berharap tidak berlaku lagi situasi ‘ad-hock’.- Berharap tidak berlaku lagi sebarang kesilapan dalam perancangan.- Pemilihan jawatankuasa adalah berdasarkan kepada faktor-faktor senioriti,

bebanan tugas dan juga bagi mewujudkan pelapis.- Jawatankuasa yang dilantik mungkin akan ada rombakan pada masa akan datang.- Memaklumkan agenda-agenda dan komponen-komponen yang perlu

dibincangkan.

Page 2: Minit Mesyuarat Kali Pertama

UCAPAN SETIAUSAHA – PK KOKURIKULUM

- Memaklumkan bahawa pemilihan jawatankuasa adalah keputusan yang dibuat selepas perbincangan oleh pihak pentadbir.

- Tugas jawatankuasa adalah memurnikan perancangan strategik sekolah mewakili semua guru.

- Keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa akan dibentangkan oleh Guru Besar dalam mesyuarat guru.

- Berharap sekolah akan menjadi lebih baik dalam semua aspek khususnya guru-guru, pelajar-pelajar dan juga ibu bapa.

- Berharap sekolah ini akan menjadi sebuah sekolah yang dibanggakan oleh guru-guru,pelajar-pelajar dan ibu bapa.

AGENDA 1 - PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

1.1 Peperiksaan Tahun 5 oleh Jabatan Pelajaran Negeri Perak ditetapkan pada 27.10.09.

1.2 Pelan A – Semua pelajar akan menjalani peperiksaan pada 27.10.09 jika sekolah menerima soalan daripada Majlis Guru Besar (MGB) sebelum 27.10.09.

1.3 Pelan B – Sekiranya soalan daripada Majlis Guru Besar tidak diterima sebelum 27.10.09.

1.4 Kedudukan murid dalam kelas berdasarkan jumlah markah semua subjek teras dan elektif.Sekiranya lebih daripada seorang murid mendapat jumlah markah yang sama maka murid yang mendapat jumlah markah yang tertinggi untuk subjek teras akan dikira mendapat kedudukan yang lebih baik.

AGENDA 2 - HARI ANUGERAH TAHUN 2009

2.1 Tarikh ditetapkan pada 12.11.09.2.2 Tidak ada cuti.2.3 Dijalankan pada waktu petang.

AGENDA 3 - KENAIKAN KELAS TAHUN 2010

3.1 Pelajar-pelajar akan naik kelas untuk tahun 2010 pada 16.11.09.

AGENDA 4 - PENEMPATAN KELAS TAHUN 2010

4.1 Guru Besar memaklumkan kedudukan kelas-kelas daripada prasekolah hingga tahun 6 untuk tahun 2010.

4.2 Tahap 1 akan bermula daripada pelajar-pelajar prasekolah.4.3 Tahap 1 akan diletakkan ditingkat bawah (blok kayu) supaya tidak berlaku

gangguan pada waktu rehat dan pelajar-pelajar ini juga tidak perlu menaiki tangga.

Page 3: Minit Mesyuarat Kali Pertama

4.4 Tahun 6 diletakkan ditingkat satu iaitu sama tingkat dengan pejabat bagi memudahkan pihak pentadbir memantau pelajar-pelajar tahun 6.

4.5 Di kelas tahun 1 mesti ada LCD, skrin, troli.Tindakan : En. Shaiful Nizam

AGENDA 5 - PENYERAHAN BUKU SPBT

5.1 Penyerahan buku teks dijalankan selepas peperiksaan.5.2 Buku teks akan diberi semula kepada pelajar-pelajar tahap 2 sahaja untuk tahun

2010 pada 17.11.09.

AGENDA 6 - MESYUARAT AKHIR TAHUN

6.1 Guru Besar mencadangkan tarikh mesyuarat akhir tahun pada 11.11.09.

AGENDA 7 - JAMUAN AKHIR TAHUN

7.1 Dijalankan pada minggu akhir persekolahan dan jamuan akan diadakan di luar.

AGENDA 8 - EDARAN SENARAI BUKU DAN YURAN

8.1 Senarai buku termasuk buku kerja diedarkan kepada pelajar-pelajar pada 16.11.09.Tindakan : En. Mustaffa Kamal

8.2 Guru subjek tahun 2009 perlu memilih buku kerja yang sesuai (jika perlu) untuk digunakan oleh pelajar-pelajar pada tahun 2010.Pilih buku kerja berdasarkan tahun semasa yang diajar.

AGENDA 9 - PENJUALAN BUKU

9.1 Guru Besar mencadangkan penjualan buku bermula pada 23.12.09.9.2 Tempat penjualan buku adalah di Bilik Tayangan.9.3 Paparkan papan tanda yang menunjukkan arah tempat jualan buku.

Tindakan : En. Mustaffa Kamal

AGENDA 10 - GURU KELAS TAHUN 2010

10.1 Guru Besar membacakan senarai guru kelas untuk tahun 2010 :1 Maju - Pn. Zubaidah1 Jaya - Pn. Nuraznida2 Maju - Pn. Mimunah2 Jaya - En. Mustaffa Kamal3 Maju - Pn. Roslaily3 Jaya - Pn. Norijah

Page 4: Minit Mesyuarat Kali Pertama

4 Maju - Cik Rafidah4 Jaya - En. Charles5 Maju - Cik Jagjer Kaur5 Jaya - En. Saifun Nizam6 Maju - Pn. Noorhazatul Azura6 Jaya - En. Saufi

AGENDA 11 - JADUAL WAKTU GURU TAHUN 2010

11.1 Guru Besar membacakan nama setiap guru dan subjek-subjek teras serta kelas yang akan diajar pada tahun 2010.

11.2 Guru Besar memaklumkan bahawa jawatan guru luar normal bukanlah satu jawatan yang eksekutif.Guru Besar mempunyai kuasa untuk menarik semula jawatan tersebut.

AGENDA 12 - JAWATANKUASA INDUK 2010

12.1 Membacakan senarai jawatankuasa induk tahun 2010 :1. Guru Data - En. Hamdan2. SU Kurikulum - En. Sajali3. SU Kecemerlangan UPSR - Pn. Noor Shafini4. SU PROTIM & Pemulihan - Pn. Junainah5. SU Program Selepas UPSR- Pn. Junainah6. SU Peperiksaan UPSR - Cik Rafidah7. SU Peperiksaan Dalaman - Pn. Noorhazatul Azura8. SU LADAP - En. Hamdan9. Penyelaras PPSMI - Pn. Noraznida10. SU Pusat Sumber Sekolah- Pn. Rohayu11. Penyelaras Makmal Komp- En. Shaiful Nizam12. SU TOV - En. Shaiful Nizam13. SU KIA2M - Pn. Zubaidah14. SU SBT - En. Saifun15. SU RIMUP - Pn. Mimunah16. SU SPBT - Pn. Noor Shafini17. SU RMT - En. Saufi18. SU KWAMP - Ustaz Noor Aznan19. SU Sukan - Pn. Mardiah20. SU Hari Anugerah - Pn. Mimunah21. SU Kajian Tindakan - Ustazah Muhaine Raihaan dan JQAF22. SU Hari Guru - Pn. Norijah23. SU Hari Merdeka - Cik Jagjer Kaur

Page 5: Minit Mesyuarat Kali Pertama

AGENDA 13 - PENDAFTARAN TAHUN 1 BAGI TAHUN 2010

13.1 Guru Besar mencadangkan pada 2.1.2010. 13.2 Hari Sabtu.13.3 Masa pada pukul 9.30 pagi.

AGENDA 14 - PENDAFTARAN PRASEKOLAH BAGI TAHUN 2010

14.1 Akan diadakan serentak dengan pendaftaran tahun 1.14.2 Guru-guru prasekolah dan pembantu murid wajib hadir.

AGENDA 15 - PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

15.1 Dijalankan selama 3 minggu.15.2 Bermula pada hari pertama persekolahan.AGENDA 16 - SUKAN 2010

16.1 Sukan akan diadakan lebih awal iaitu selewat-lewatnya 31.3.10.16.2 Guru Besar mencadangkan sukan diadakan pada hari Khamis minggu ke-3 bulan

Mac.

AGENDA 17 - CUTI PERISTIWA

17.1 Guru Besar memaklumkan cuti peristiwa yang akan digunakan adalah masing-masing 1 hari untuk Hari Raya Aidilfitri, Sukan Sekolah, Hari Anugerah dan Hari Raya Haji.

AGENDA 18 - PROGRAM KOKURIKULUM

18.1 Setiausaha kokurikulum ialah Pn. Roslaily.18.2 Setiausaha ko-permainan ialah En. Saufi jika menjadi tuan rumah pertandingan.18.3 Setiausaha ko-akademik ialah Pn. Roslaily jika menjadi tuan rumah pertandingan.18.4 Peruntukan untuk program kokurikulum (ko-permainan dan ko-akademik) ialah

sebanyak RM 4700.18.5 Peruntukan untuk badan beruniform dan permainan sebanyak RM 800.18.6 Peruntukan untuk sukan sekolah sebanyak RM 800.18.7 Program kokurikulum untuk persatuan perlu bermula pada bulan April dan mesti

berakhir pada bulan Mei (selama 2 bulan).18.8 2 minggu terakhir bulan Mei aktiviti akan diambil alih oleh Pusat Sumber

Sekolah.18.9 Guru Besar mengarahkan supaya pembelian hadiah perlu dilakukan diluar waktu

P&P.

Page 6: Minit Mesyuarat Kali Pertama

18.10 Aktiviti kokurikulum akan dijalankan selewat-lewatnya minggu ke-4 bulan Januari.

18.11 Sekolah akan terlibat dalam pertandingan-pertandingan ko-permainan:1. Badminton2. Bola jaring3. Bola sepak4. Olahraga5. Bola baling (jika menjadi tuan rumah)

18.12 Pasukan beruniform TKRS dan Puteri Islam akan menggunakan khidmat anggota polis bagi membantu aktiviti kawad.

18.13 Pelajar-pelajar tahun 3 bagi tahun 2010 layak untuk menerima bantuan uniform.

AGENDA 19 - SENARAI NAMA MURID TAHUN 2010

19.1 Pelajar-pelajar tahun 6 akan disusun mengikut prestasi. Bermaksud Tahun 6 Maju (murid memuaskan) dan 6 Jaya (murid kurang memuaskan).

19.2 Pelajar-pelajar tahun 1 hingga 5 akan disusun mengikut prestasi. Bermaksud Maju (murid memuaskan) dan Jaya (murid kurang memuaskan) dengan bilangan murid yang sama banyak setiap kelas.

AGENDA 20 - KETUA PANITIA TAHUN 2010

20.1 Guru Besar membacakan senarai ketua panitia :

1. Bahasa Melayu - En. Saifun Nizam2. Bahasa Inggeris - Cik Jagjer3. Matematik - Pn. Roslaily4. Sains - En. Sajali5. Kajian Tempatan - Cik Rafidah6. Sivik & Kewarganegaraan - En. Charles7. Kemahiran Hidup - En. Mustafa Kamal8. Pendidikan Jasmani - En. Saiful Nizam9. Pendidikan Seni - Pn. Norijah10. Pendidikan Muzik - kiv11. Agama Islam - Ustaz Noor Aznan12. J-QAF - Ustaz Rezal

Page 7: Minit Mesyuarat Kali Pertama

AGENDA 21 - HAL-HAL LAIN

21.1 Buku takwim akan diedarkan kepada setiap guru.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.05 tengah hari.

Disediakan oleh :

……………………………………..(EN. ARZMI B. MOHD GHAZALI)Setiausaha,Jawatankuasa Perancang Strategik Sekolah.