Minit Mesyuarat Kali Pertama

download Minit Mesyuarat Kali Pertama

of 6

description

kertas kerja

Transcript of Minit Mesyuarat Kali Pertama

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMAKURSUS BINA INSAN GURU FASA VIPPG AMBILAN FEBRUARI 2012 KOHOT 2BENGKEL GURU INOVATIFINSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS RAJANG,96509 BINTANGOR, SARAWAK

Tarikh: 07 Jun 2015Hari: KhamisMasa: 5.30 pm- 06.30pmTempat: Dewan Sri RajangKehadiran: 1) 26 orang

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi memberi salam serta mengucapkan terima kasih dan mengalu alukan kedatangan Cik Yeo Nga Piing serta semua ketua ajk.1.2 Pengerusi menerangkan tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk menetapkan tarikh, masa, hari dan tempat BIG IV ini hendak dilaksanakan. Ia perlulah boleh melibatkan dua pengkhususan kursus PPG ini.1.3 Pengerusi mencadangkan tarikh yang bersesuaian adalah pada 03 Julai 2015, jam 8.00 pagi, bersamaan hari Jumaat di SJK (C) KWANG CHIEN, SARIKEI untuk jamuan tengahari dan BILIK KELAS untuk bengkel dan ceramah diadakan.1.4 Kesemua ajk yang hadir telah bersetuju sebulat suara. 1.5 Pengerusi memperkenalkan barisan Ajk Induk dan Ketua Ajk Setiap Biro kepada Cik Yeo Nga Piing. Pengerusi seterusnya mempersilakan Cik Yeo Nga Piing untuk meneruskan mesyuarat.

2. Ucapan Pensyarah

2.1 Cik Yeo Nga Piing memberi salam dan mengucapkan tahniah di atas perlantikan semua ajk.2.2 Beliau telah mengutarakan beberapa cadangan kepada semua ajk terlibat antaranya ialah : 2.2.1 AJK Cenderahati diminta menyediakan cenderahati untuk penceramah dan perasmi BIG VI ini.2.2.2 AJK Sijil diminta menyediakan sjil penyertaan kepada semua peserta serta sijil penghargaan kepada penceramah.2.2.3 AJK Pendaftaran diminta memohon fail, kertas A4 dan pen dari LDP.2.2.4 AJK Persiapan Tempat diminta menempah dewan dan kelas untuk jamuan tengahari dan untuk ceramah dan bengkel.2.2.5 Penceramah akan diuruskan oleh Puan Ngu See Hoon (PPG PRA) dengan kerjasama rakan sekelas. 2.2.6 AJK Sambutan diminta menyediakan kad jemputan VIP dan VVIP. AJK Sambutan adalah terdiri dari Pengerusi dan Naib Pengerusi.2.2.7 Bagi sumber kewangan pula, RM15 akan dibayar oleh para Peserta.

3. Hal hal lain

3.1 Pengerusi mengingatkan agar semua ketua ajk setiap biro yang dilantik dapat memberikan kerjasama yang baik dan juga menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab.3.2 Cik Yeo Nga Piing meminta agar setiausaha mencatatkan nama semua ajk berserta nombor fax sekolah masing-masing untuk urusan penghantaran surat panggilan mesyuarat kali kedua nanti.3.3 Pengerusi meminta semua ketua ajk setiap biro yang dilantik dapat memainkan peranan serta memantau semua perkembangan kerja yang akan dilaksanakan. 3.4 Pengerusi juga amat berharap agar semua ajk dapat menghadirkan diri pada mesyuarat kali kedua nanti.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.30 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh : (KHAJIJAH BINTI SAAID)(ARLYNA AK SAMPAR)SetiausahaPengerusiProgram Bina Insan Guru Fasa VI Program Bina Insan Guru Fasa VI

MINIT MESYUARAT KALI KEDUAKURSUS BINA INSAN GURU FASA VIPPG AMBILAN FEBRUARI 2012 KOHOT 2BENGKEL GURU INOVATIFINSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS RAJANG,96509 BINTANGOR, SARAWAK

Tarikh: 19 Jun 2012Hari: SelasaMasa: 9.00 am- 12.30 pmTempat: Bilik Kuliah Anggerik Kehadiran: 1) 19 orang (AJK Induk dan Semua Ketua AJK ) 2) Cik Yeo Nga Piing (Pensyarah)

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi memberi salam serta mengucapkan terima kasih dan mengalu alukan kedatangan Cik Yeo Nga Piing serta semua ketua ajk.

2. Pengesahan minit mesyuarat lalu

2.1 Minit mesyuarat disahkan oleh Puan Emblah Bt Ukaili dan disokong oleh Puan Suria Bt Yusof.

3. Ucapan Pensyarah

3.1 Cik Yeo Nga Piing meminta supaya ketua ajk membentangkan perkembangan terkini tugasan biro masing-masing.3.2 Berikut ialah laporan daripada setiap biro yang berkenaan :

3.2.1 Laporan Bendahari - semua kutipan berjalan lancar dan jumlah di tangan ialah RM420.3.2.2 Laporan Persiapan Tempat Setelah berbincang , persetujuan dicapai iaitu tarikh BIG VI akan ditunda pada 03 Julai 2015 bersamaan dengan hari Jumaat.3.2.3 Laporan Makanan Pengesahan kehadiran kesemua peserta dan persetujuan bersama hanya air minuman sahaja yang akan dibeli memandangkan lawatan pada bulan puasa.3.2.4 Laporan Sijil AJK Sijil yang menyediakan.3.2.5 Laporan Buku Program Telah siap dan diberikan pada Cik Yeo Nga Piing untuk semakan. Hasilnya, terdapat beberapa pembetulan.Pembetulan segera telah pun dilakukan oleh Puan Fazilah Bt Razali selaku ketua buku program. 3.2.6 Laporan Sambutan Dimaklumkan bahawa Penolong Kanan sekolah terlibat yang akan menyambut tetamu undangan memandangkan PK1 adalah salah peserta program.3.2.7 Laporan Siaraya Slide show dari BIG I hingga BIG VI akan dipaparkan sambil diiringi dengan alunan muzik sentimental.Dua buah lagu telah disediakan iaitu lagu Negaraku dan lagu Ibu Pertiwiku.3.2.8 Laporan Cenderahati Penceramah dan perasmi akan diberi penghargaan berbentuk (plat) dan sijil sebagai tanda terima kasih dari semua pelajar PISMP-PJJ (PPG) yang terlibat.3.2.9 Secara keseluruhannya, semua ketua ajk berpuashati dengan kerjasama yang diberikan oleh kesemua ajk masing-masing bagi memastikan kelancaran program BIG VI ini.

4.0 Hal-hal lain 4.1 Pengerusi amat mengharapkan kelancaran perjalanan program BIG VI ini akan terlaksana dan menjadi kenyataan. 4.2 Cik Yeo Nga Piing mengingatkan bahawa kerjasama antara semua ajk yang dilantik adalah amat penting demi memastikan kelicinan perjalanan program BIG VI ini nanti. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.

Disediakan oleh : Disemak oleh : (KHAJIJAH BINTI SAAID)(ARLYNA AK SAMPAR)SetiausahaPengerusiProgram Bina Insan Guru Fasa VI Program Bina Insan Guru Fasa VI