MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua-Ketua...

19
1 MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / BAHAGIAN PERINGKAT JABATAN LAUT MALAYSIA BILANGAN 3 TAHUN 2012 Tarikh : 11 September 2012 (Khamis) Masa : 2.30 petang Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Aras 1, Blok D Ibu Pejabat Laut, Pelabuhan Klang Kehadiran: 1. Y.Bhg Dato’ Kapten Haji Ahmad bin Othman - Ketua Pengarah Laut (Pengerusi) 2. En. Roslee bin Mat Yusof - Pengarah Bhg Khidmat Pengurusan, IPL 3. Tn. Haji Rossid bin Musa - Pengarah Bhg Keselamatan Pelayaran, IPL 4. Kapt. Nazri Bin Abu Hassan - Pengarah Bhg Hal Ehwal Pelaut & Pelabuhan, IPL 5. En. Hazman Bin Hussein - Pengarah Bhg Kawalan Industri, IPL 6. Tn. Haji Abdul Aziz bin Muhamud - Pengarah JL Wilayah Utara 7. Tn. Hj Ahmad Khairuddin bin Ismail - Pengarah JL Wilayah Tengah 8. Kapten Jailani bin Jalal - Pengarah JL Wilayah Selatan 9. Tn. Hj. Wan Endok bin Wan Salleh - Pengarah JL Wilayah Timur 10. En. Rosnan Bin Fathlal - Pengarah Laut Wilayah Sabah 11. Tuan Haji Ramli bin Ahmad - Pengarah ILPPPL Turut Hadir 1. En. Mathias Charles Buas - Wakil Pengarah JL Wilayah Sarawak 2. En. Abdul Aziz bin Abdul Majid - Wakil Pengarah JL Wilayah Persekutuan Labuan

Transcript of MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua-Ketua...

Page 1: MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Bi… · 1 MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / BAHAGIAN PERINGKAT JABATAN

1

MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / BAHAGIAN

PERINGKAT JABATAN LAUT MALAYSIA BILANGAN 3 TAHUN 2012

Tarikh : 11 September 2012 (Khamis) Masa : 2.30 petang Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Aras 1, Blok D Ibu Pejabat Laut, Pelabuhan Klang Kehadiran: 1. Y.Bhg Dato’ Kapten Haji Ahmad bin Othman - Ketua Pengarah Laut (Pengerusi) 2. En. Roslee bin Mat Yusof - Pengarah Bhg Khidmat Pengurusan, IPL 3. Tn. Haji Rossid bin Musa - Pengarah Bhg Keselamatan Pelayaran, IPL

4. Kapt. Nazri Bin Abu Hassan - Pengarah Bhg Hal Ehwal Pelaut & Pelabuhan, IPL 5. En. Hazman Bin Hussein - Pengarah Bhg Kawalan Industri, IPL 6. Tn. Haji Abdul Aziz bin Muhamud - Pengarah JL Wilayah Utara 7. Tn. Hj Ahmad Khairuddin bin Ismail - Pengarah JL Wilayah Tengah 8. Kapten Jailani bin Jalal - Pengarah JL Wilayah Selatan 9. Tn. Hj. Wan Endok bin Wan Salleh - Pengarah JL Wilayah Timur 10. En. Rosnan Bin Fathlal - Pengarah Laut Wilayah Sabah 11. Tuan Haji Ramli bin Ahmad - Pengarah ILPPPL Turut Hadir 1. En. Mathias Charles Buas - Wakil Pengarah JL Wilayah Sarawak 2. En. Abdul Aziz bin Abdul Majid - Wakil Pengarah JL Wilayah Persekutuan Labuan

Page 2: MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Bi… · 1 MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / BAHAGIAN PERINGKAT JABATAN

2

3. Tn. Hj Khairudin bin Abbas - KPP, Unit Pengurusan Sumber Manusia, IPL

4. En. Ahmad Safwan bin Hazalan - Pegawai Undang-Undang L41 5. En. Ahmad Hussaini Zulkeply - Pegawai Tadbir Diplomatik M41 6. Pn Aimi Bt Md Pazil - Pegawai Laut A41

(Pencatat Minit) Tidak Hadir Dengan Maaf 1. Tuan Haji Baharin bin Dato’ Abdul Hamid - Timbalan Ketua Pengarah Laut 2. En. Benjamin Bernard Bijion - Pengarah JL Wilayah

Persekutuan Labuan 3. Tn. Hj Zahidin bin Dor - Pengarah JL Wilayah Sarawak

1. Perutusan Pengerusi

1.1 Y.Bhg. Dato’ Kapten Haji Ahmad bin Othman selaku Pengerusi memulakan

mesyuarat dengan ucapan salam, salam sejahtera dan terima kasih kepada

semua ahli mesyuarat yang hadir. Salam takziah juga di ucapkan kepada

mangsa kemalangan di Bintulu (Kakitangan Jabatan Laut Sarawak) semasa

menghadiri Perhimpunan sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran Yang

Dipertua Negeri Sarawak.

1.2 Selanjutnya, mesyuarat dimaklumkan dengan beberapa perkara yang perlu

diberikan tindakan oleh Jabatan iaitu:

1.2.1. Penguatkuasaan ISPS Di Wilayah Timur(Mersing/Tioman)

1.2.1.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa terdapat feri yang telah

tamat tempoh sijil namun didapati masih beroperasi.

Perkara ini mendedahkan bahawa terdapat pegawai yang

bersubahat dengan pemilik feri membenarkan feri

beroperasi dengan memberikan pelepasan walaupun sijil

telah tamat tempoh.

Page 3: MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Bi… · 1 MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / BAHAGIAN PERINGKAT JABATAN

3

1.2.1.2 Pengerusi turut memohon supaya Penasihat Undang-

Undang membuat dakwaan untuk mengenakan denda

kepada operator feri yang membawa lebihan penumpang

dan laporan perlu dibuat serta dikemukakan sekiranya

perkara tersebut berlaku. Tindakan undang-undang boleh

diambil melibatkan keselamatan dan nyawa penumpang.

Tindakan: Pengarah Wilayah Selatan/Timur dan Penasihat Undang

1.2.1.3 Pengarah Jabatan Laut Wilayah Timur memaklumkan

bahawa semasa penguatkuasaan dilakukan, terdapat

sebuah feri yang di tahan mempunyai sehingga lima belas

ketidak akuran dan mencadangkan Bahagian Kawalan

Industri perlu memberi perhatian pada perkara tersebut

terutamanya dari segi sijil, pemeriksaan peralatan

keselamatan dan sebagainya. Selain itu beliau juga

memaklumkan bahawa terdapat kekurangan pegawai

bertugas terutamanya semasa musim perayaan.

Makluman

1.2.2. Aduan di Pejabat Laut Sg. Udang

1.2.2.1. Mesyuarat dimaklumkan mengenai aduan tiada pegawai

atau kakitangan di Pejabat Laut Sungai Udang pada jam

8.00 pagi.

1.2.2.2. Mesyuarat seterusnya dimaklumkan bahawa satu lawatan

mengejut telah dibuat oleh KPP Unit Pengurusan Sumber

Manusia dan mengesahkan perkara tersebut. Semasa

lawatan tersebut, didapati kehadiran pegawai (waktu

kehadiran-WP2) pada jam 08.10 pagi namun tiada

pelanggan sehingga jam 08.45 pagi.

1.2.2.3. Mesyuarat kemudian mengambil maklum cadangan supaya

CCTV @ Sistem Biometrik dipasang bagi mengelakkan

Page 4: MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Bi… · 1 MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / BAHAGIAN PERINGKAT JABATAN

4

perkara ini berulang. Pengerusi seterusnya meminta

supaya Pengarah Wilayah Tengah mengambil tindakan

untuk memperbaiki perkara tersebut kerana perkara

tersebut telah sampai ke Peringkat Kementerian.

Tindakan: Pengarah Wilayah Tengah/ Bahagian Khidmat Pengurusan

2. Penetapan Agenda Mesyuarat

2.1. Mesyuarat mengambil maklum dan menerima cadangan agenda yang

disediakan.

Makluman

3. Pengesahan Minit Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan / Bahagian Jabatan Laut Malaysia Bil 2/2012 bertarikh 24 Mei 2012.

3.1. Minit Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan / Bahagian Jabatan Laut Malaysia Bil

2/2012 bertarikh 24 Mei 2012 disahkan tanpa pindaan.

Makluman

4. Perkara-perkara Berbangkit

4.1 Penguatkuasaan ISPS di Terminal Kargo Pelabuhan Tok Bali 4.1.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa Jabatan Laut Wilayah Timur telah

melaksanakan penguatkuasaan ISPS pada 02 Julai 2012 dan laporan

penilaian telah dikemukakan ke Unit ISPS, Bahagian Kawalan Industri

IPL pada 06 September 2012.

Makluman 4.2 Jeti Sungai Pinang

4.2.1 Mesyuarat telah dimaklumkan bahawa di dalam maklumbalas

memorandum Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar bertarikh 17

April 2012, jabatan tiada halangan terhadap cadangan Menteri

Sumber Asli & Alam Sekitar mengenai pajakan keseluruhan tanah

milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan tapak jeti Sg Pinang kepada

Page 5: MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Bi… · 1 MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / BAHAGIAN PERINGKAT JABATAN

5

LKIM untuk tujuan jeti pendaratan ikan dan perkhidmatan industri

sokongan perikanan.

4.2.2 Mesyuarat turut dimaklumkan bahawa pada 7 Mei 2012, Kementerian

Pengangkutan telah menghantar surat kepada Ketua Setiausaha

Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar yang menyatakan

antaranya

4.2.2.1 Perbincangan YB Menteri Pengangkutan dengan nelayan

Pulau Pangkor mendapati para nelayan tidak berpuas hati

dengan cadangan penggunaan jeti jabatan oleh LKIM.

4.2.2.2 Kementerian berpandangan bahawa LKIM wajar mengadakan

perbincangan lanjut dan menyeluruh dengan para nelayan

sebelum Memorandum ini diangkat untuk pertimbangan

jemaah menteri.

4.2.3 Mesyuarat seterusnya dimaklumkan bahawa tiada penambahbaikan

dirancang bagi jeti ini kerana ia tidak lagi digunakan.

Walaubagaimana pun, Unit Keselamatan Maritim telah selesai

menjalankan kerja ukur hidrografi di lokasi ini pada bulan Julai 2012.

Selain itu, jabatan telah memohon kerjasama JKR untuk menilai

keadaan lokasi ini untuk menyediakan anggaran kos dan jangkamasa

pembinaan cargo ramp bagi bahan binaan berat. Pihak JKR telah

memberi persetujuan pada 3 September 2012 dan akan melakukan

lawatan tapak pada pertengahan bulan September 2012.

Makluman

4.3 Outcome Based Budgeting (OBB)

4.3.1 Mesyuarat seterusnya dimaklumkan bahawa Bengkel Outcome

Based Budgeting (OBB) Jabatan Laut Malaysia yang di adakan pada

5-7 Jun 2012 di Cameron Highland, tindakan telah di ambil oleh

Page 6: MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Bi… · 1 MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / BAHAGIAN PERINGKAT JABATAN

6

pengarah-pengarah bahagian serta Jabatan Laut Wilayah Sabah dan

Jabatan Laut Wilayah Sarawak semasa bengkel tersebut dijalankan.

Makluman

4.4 Isu Tanah Yang Diberi Kepada JLW Sabah Di Bawah Rolling Plan 3, RMK 10

4.4.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa tiada maklumbalas diterima

daripada Jabatan Tanah dan Ukur Sabah ataupun Lembaga

Perbandaran Kudat berhubung dengan tapak tanah berkenaan.

Walaubagaimana pun, surat menyurat telah dimaklumkan

4.4.2 Mesyuarat turut dimaklumkan bahawa isu ini masih di peringkat

perbincangan kerana ianya melibatkan isu di peringkat perbandaran.

Isu telah dibawa ke mesyuarat dan akan dibincangkan dengan

peringkat Negeri.

Tindakan: Jabatan Laut Wilayah Sabah

4.5 Penggunaan Sistem AIS Pada Bot-Bot Ikan

4.5.1 Mesyuarat dimaklumkan mengenai hasil perbincangan dengan

Persatuan Nelayan Selangor dan Perak pada 18 Jun 2012 mendapati

ahli persatuan masih belum bersedia secara sukarela untuk

memasang AIS Class B. Mereka juga mencadangkan supaya

penerangan mengenai penggunaan Sistem AIS dipanjangkan kepada

persatuan nelayan di lain-lain kawasan.

4.5.2 Mesyuarat seterusnya dimaklumkan bahawa Jabatan Perikanan

memaklumkan bahawa jabatan itu mempunyai sistem pemantauan

Vessel untuk mengesan bot-bot nelayan class C..

4.5.3 Pengerusi kemudian memaklumkan bahawa penggunaan AIS adalah

bertujuan untuk mengelakkan dari berlakunya kemalangan, namun

ianya tidak dipersetujui oleh pihak nelayan kerana ia melibatkan kos

Page 7: MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Bi… · 1 MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / BAHAGIAN PERINGKAT JABATAN

7

yang tinggi. Maklumbalas perlu di berikan kepada MOT berhubung

status perlaksanaan penggunaan AIS tersebut. Perbincangan lanjut

perlu diadakan dengan Jabatan Perikanan di dalamDiplomatic

Conference berhubung perkara tersebut.

4.5.4 Mesyuarat seterusnya dimaklumkan bahawa, sekiranya pindaan

boleh dibuat, maka perlaksanaan penggunaan sistem AIS ini juga

dapat dilakukan ke atas bot-bot bunker.

4.5.5 Mesyuarat juga telah dimaklumkan bahawa pindaan berkenaan

keperluan SOLAS dan kapal penumpang telah dibuat dan di

pamerkan di dalam laman web jabatan namun tiada komen atau

maklumbalas diterima.

Tindakan: Bahagian Keselamatan Pelayaran dan Bahagian Kawalan Industri

4.6 Laman Web Jabatan Laut Malaysia

4.6.1 Mesyuarat telah mengambil maklum bahawa Unit Teknologi

Maklumat dan Kerajaan Elektronik IPL telah melantik seorang

penterjemah untuk menguruskan terjemahan portal ke dalam Bahasa

Inggeris dan dijangka akan selesai pada akhir bulan September 2012

Tindakan: Bahagian Khidmat Pengurusan

4.6.2 Mesyuarat seterusnya dimaklumkan bahawa terjemahan juga

dilakukan oleh satu pihak konsultan(syarikat) dengan meminta

sampel terjemahan.Semakan juga perlu dibuat oleh pihak jabatan di

atas perkara yang telah dimaklumkan.

4.6.2 Mesyuarat turut mengambil maklum bahawa laman web baru belum

dapat digunakan.

Makluman

Page 8: MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Bi… · 1 MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / BAHAGIAN PERINGKAT JABATAN

8

4.7 Pembentangan Kertas Kerja Penempatan Pegawai Di Bawah Program Penempatan Silang (Cross Fertilization)

4.7.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa tiada halangan dari syarikat

perkapalan untuk menerima pegawai-pegawai jabatan untuk

ditempatkan di atas kapal-kapal mereka. Mesyuarat turut

dimaklumkan mengenai cadangan supaya dicadangkan supaya

pegawai itu sendiri membuat permohonan kepada syarikat berkaitan

memandangkan Pihak Pengurusan mengkhususkan perlaksanaan

program penempatan silang ini kepada pegawai jabatan yang

memerlukan seatime bagi menmperolehi perakuan kekompetenan

dan seterusnya memohon kepada jabatan untuk menguruskan

penempatan mereka melalui program penempatan silang tersebut.

4.7.2 Pengerusi kemudian memaklumkan bahawa pihak ILPPPL perlu

menguruskan permohonan bagi penempatan silang tersebut dan

bukan individu itu sendiri yang membuat permohonan. Sekiranya

terdapat kekosongan di syarikat tersebut, barulah pemohon membuat

permohonan melalui jabatan.

4.7.3 Pengerusi seterusnya mencadangkan supaya pegawai yang tiada

seatime, juga boleh memohon untuk menyertai Program Penempatan

SIlang. Tindakan: ILPPPL

4.8 Maklumbalas Minit Mesyuarat Ketua Setiausaha Negara Dengan Ketua-

Ketua Agensi Persekutuan

4.8.1 Mesyuarat memaklumkan bahawa Maklumbalas Minit Mesyuarat

Ketua Setiausaha Negara Dengan Ketua-ketua/Agensi Persekutuan

telah dimasukkan ke dalam agenda 5. Makluman

Page 9: MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Bi… · 1 MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / BAHAGIAN PERINGKAT JABATAN

9

4.9 Permohonan Pertukaran Pegawai dan Kakitangan Bukan Gunasama Jabatan Laut.

4.9.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa Unit Pengurusan Sumber

Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan telah mengambil tindakan

melaksanakan urusan pertukaran berdasarkan keputusan mesyuarat

dan tarikh-tarikh pertukaran mengikut kesesuaian pegawai dan Ketua

Jabatan masing-masing

Makluman

4.9.2 Mesyuarat mengambil maklum mengenai seorang Pembantu Laut Gred

A17 yang berpindah dari Wilayah Utara ke Wilayah Timur dan

kemudian gagal melaporkan diri selepas memohon penangguhan

sehingga 1 Mei 2012. Mesyuarat seterusnya di maklumkan bahawa

pegawai telah mendapat penangguhan dari Wilayah Timur pada 30

Mei 2012 kerana menghadiri Kursus Awasan Deck di bawah 500 tan

kasar Persisir Pantai di ILPPPL pada 13 Februari 2012 sehingga 20

April 2012 dan perlu menyelesaikan beberapa urusan sebelum

berpindah.

Makluman

4.9.3 Mesyuarat juga ambil maklum tentang masalah yang menimpa

pegawai terbabit berkaitan dengan bebanan hutang yang tinggi.

Pengerusi kemudian menyarankan supaya Pengarah Wilayah Timur

tidak lagi memberi sokongan sekiranya pegawai tersebut ingin

membuat pinjaman tambahan dan mencadangkan supaya pegawai

tersebut dihantar untuk sesi kaunseling bagi mengatasi masalah yang

di hadapi.

Tindakan: Jabatan Laut Wilayah Timur

4.10 Pembentangan Kertas Kerja Permohonan Perjawatan Anggota Polis Bantuan Bagi Unit Polis Bantuan Jabatan Laut Malaysia

Page 10: MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Bi… · 1 MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / BAHAGIAN PERINGKAT JABATAN

10

4.10.1 Mesyuarat mengambil maklum mengenai status terkini kertas kerja

Perjawatan Polis Bantuan di mana pihak Polis Klang Selatan dan

pihak Polis Cawangan Selangor telah pun menyemak serta memberi

komen terhadap struktur perjawatan yang dicadangkan. Unit ISPS kini

sedang menunggu maklumbalas daripada pihak Ketua Polis Negara

di Bukit Aman untuk perbincangan lanjut.

Tindakan: Bahagian Kawalan Industri

4.11 Laporan Pemeriksaan Jawatan Kader Jabatan Laut

4.12.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa jabatan bercadang untuk

mengumpulkan penyandang-penyandang jawatan kader termasuk di

Jabatan Pelajaran Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia di

Semenanjung Malaysia (Fasa 1) untuk diberikan taklimat/penerangan

mengenai hal-hal perkhidmatan pada bulan Oktober 2012 di ILPPPL

dan bagi Fasa 2 (Sabah dan Sarawak) akan ditentukan selepas Fasa

1 dijalankan.

4.12.2 Mesyuarat turut dimaklumkan mengenai laporan naziran yang telah

dibuat oleh pihak Unit Pengurusan Sumber Manusia pada 9 Julai

2012 dan disertai pihak Pusat Ko-kurikulum Pangkor, Jabatan

Pelajaran Negeri Perak, pegawai dari Pejabat Laut Lumut serta

Pembantu Laut (kader).

Tindakan: ILPPPL/Bahagian Khidmat Pengurusan 4.13 Maklumbalas Minit Mesyuarat Ketua Setiausaha Negara Dan Ketua-

Ketua / Agensi Persekutuan Bil 1 Tahun 2012 (FGBPR)

4.13.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa Business Licensing Support

System (BLESS) sedang dibangunkan oleh ICU, Jabatan Perdana

Menteri dan dijangka akan siap pada penghujung bulan November.

Mesyuarat turut dimaklumkan bahawa bengkel URS (User

Requirement Study) anjuran pihak ICU, JPM telah diadakan pada

bulan Mac dan April 2012.

Page 11: MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Bi… · 1 MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / BAHAGIAN PERINGKAT JABATAN

11

Makluman

4.14 Penubuhan Cawangan Institut Latihan Pentadbiran dan Pengurusan Pengangkutan Laut (ILPPPL) Di Kuala Baram, Sarawak

4.14.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pengangkutan

telah memaklumkan bahawa kelulusan penubuhan cawangan ILPPPL

tidak diperlukan jika ianya tidak melibatkan permohonan perjawatan

dan kemudahan aset baru. Pihak ILPPPL pula bersedia untuk

menjalankan satu kursus kepada pegawai dan kakitangan Jabatan

Laut Sabah dan Sarawak pada tahun ini jika pemulihan Pusat

Kecemasan Kuala Baram telah selesai dan lengkap dilaksanakan

oleh Jabatan Laut Wilayah Sarawak.

4.14.2 Mesyuarat seterusnya dimaklumkan bahawa kerja-kerja pembersihan

telah dilaksanakan mengikut perancangan. Bekalan air

sememangnya tidak pernah dipotong. Permohonan bekalan elektrik

telah dikemukakan kepada pihak SESCO dan jabatan sedang

menunggu pihak SESCO memasang meter disetiap bangunan yang

ada di Pusat Kecemasan Kuala Baram.

Tindakan: Jabatan Laut Wilayah Sarawak 4.15 Perlaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti Melalui Sistem Green 5S

4.15.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa Jabatan Laut telah melancarkan

Perlaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti Melalui Pendekatan

Green 5S pada 9 Julai 2012. Seterusnya bengkel Green Belt 5S telah

diadakan pada 16-18 Julai 2012 bertempat di ILPPPL dan dikelolakan

oleh SIRIM.

4.15.2 Mesyuarat seterusnya dimaklumkan bahawa jabatan merancang

untuk mengadakan Kursus Audit Dalaman pada 19-21 Disember

2012 yang akan dikendalikan oleh SIRIM. Selain itu, satu lawatan

sambil belajar ke Lembaga Pelabuhan Kuantan akan diadakan pada

Page 12: MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Bi… · 1 MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / BAHAGIAN PERINGKAT JABATAN

12

27 September 2012 bagi berkongsi maklumat dan pengalaman

daripada agensi tersebut yang telah pun mendapat pensijilan 5S.

Makluman

4.16 Pengambilan Baru Pembantu Laut 4.16.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa Pengurusan Jabatan laut

Malaysia telah bersetuju untuk mengambil kira seatime bagi

kakitangan jabatan yang mengambil Sijil Kompetensi buat pertama

kali dikira daripada tempoh perkhidmatannya.

Makluman 5. Maklumbalas Minit Mesyuarat

5.1 Mesyuarat Ketua Setiausaha Negara Dan Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan Bil 2 Tahun 2012 Pada 20 Jun 2012

5.1.1. Mesyuarat mengambil maklum akan maklumbalas Minit Mesyuarat

Ketua Setiausaha Negara Dan Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi

Persekutuan Bil 2 Tahun 2012 yang telah dihantar.

Makluman

5.2 Mesyuarat Ketua Setiausaha Dengan Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Peringkat Kementerian Pengangkutan Bil 2 Tahun 2012

5.2.1 Mesyuarat mengambil maklum akan maklumbalas Minit Mesyuarat

Ketua Setiausaha Dengan Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi

Peringkat Kementerian Pengangkutan Malaysia yang telah dihantar. Makluman

Page 13: MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Bi… · 1 MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / BAHAGIAN PERINGKAT JABATAN

13

6. Permohonan Pertukaran Pegawai dan Kakitangan Bukan Gunasama Jabatan Laut 6.1. Mesyuarat telah menimbangkan permohonan pertukaran kakitangan bukan

gunasama Jabatan Laut. Keputusan mesyuarat berhubung dengan

permohonan pertukaran adalah seperti berikut.

BIL

NAMA

TEMPAT

BERTUGAS SEKARANG

TEMPAT

BERTUGAS DI POHON

KEPUTUSAN/ CATATAN

1. 2. 3. 4. 5.

En. Mohd Akhbal bin Kamaruddin Penolong Pegawai Laut Gred A29 En. Ridzuan bin Tajudin Penolong Pegawai Laut Gred A29 Encik Mohamad Shahrir bin Ali Penolong Pegawai Laut Gred A29 En. Ahmad Badri bin Alwi Penolong Pegawai Laut Gred A29 Encik Mohd Zamri bin Yaacob Penolong Pegawai Laut Gred A29

Jabatan Laut Sarawak Jabatan Laut Wilayah Selatan Jabatan Laut Wilayah Sarawak Jabatan Laut Wilayah Sarawak Jabatan Laut Wilayah Selatan

Jabatan Laut Wilayah Tengah/ Jabatan Laut Wilayah Timur/ mana-mana Jabatan Laut di Semenanjung Jabatan Laut Wilayah Utara / VTS Ibu Pejabat Laut Jabatan Laut Wilayah Timur/ Unit VTS, IPL Mana –mana Jabatan Laut (Semenanjung) Jabatan Laut Wilayah Timur

Tidak Diluluskan Tidak Diluluskan Tidak Diluluskan Tidak Diluluskan Tidak Diluluskan

Page 14: MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Bi… · 1 MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / BAHAGIAN PERINGKAT JABATAN

14

6 7. 8. 9. 10. 11 12 13

Encik Mohamad Suffian bin Yeop Sabri Penolong Pegawai Laut Gred A29 Encik Suhazli bin Husop Pembantu Laut Gred A17 Encik Mohamad Firdaus bin Sharifuddin Pembantu Laut Gred A17 En. Sakfiee bin Mat Said Pembantu Laut Gred A17 En. Taufik bin Azman Pembantu Laut Gred A17 En. Mohamad Zulfizan bin Wahid Pembantu Laut Gred A17 Encik Abdul Hamid bin Ahmad Pembantu Laut Gred A17 En. Zuhairi bin Salleh Pembantu Laut Gred A17

Jabatan Laut Wilayah Sarawak Jabatan Pelajaran Negeri Perak (Hulu Perak) Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (Belaga) Jabatan Perikanan Malaysia (Institut Perikanan Chendering Terengganu) Jabatan Laut Wilayah Persekutuan Labuan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (Kudat) Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (Kinabatangan) Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (Beluran)

Mana-mana Jabatan Laut (Semenanjung) Jabatan Laut Wilayah Utara (Kuala Perlis) Jabatan Laut Wilayah Sarawak (Sibu) Jabatan Laut Wilayah Timur (Kuala Besut) Jabatan Laut Wilayah Tengah Jabatan Laut Wilayah Persekutuan Labuan Jabatan Laut Wilayah Utara (Kuala Kedah) Jabatan Laut Wilayah Utara (Kuala Perlis)

Tidak Diluluskan Lulus tanpa tuntutan Lulus tanpa tuntutan Ditangguhkan Lulus dengan tuntutan Lulus dengan tuntutan Lulus tanpa tuntutan Tidak Diluluskan

Page 15: MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Bi… · 1 MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / BAHAGIAN PERINGKAT JABATAN

15

14 15 16

Encik Mohamad bin Mohamad Ibrahim Pembantu Laut Gred A17 En. Mohd Alias bin Ali Pembantu Laut Gred A17 En. Mohd Faizan bin Othman Pembantu Laut Gred A17

Jabatan Pelajaran Sarawak ( Daerah Belaga) Jabatan Laut Wilayah Selatan Jabatan Pelajaran Negeri Johor (Jawatan Kader)

Jabatan Pelajaran Sarawak (Daerah Daro) / Jabatan Laut Wilayah Sarawak (Sarikei) Jabatan Laut Wilayah Utara Jabatan Laut Wilayah Selatan (Mersing)

Lulus tanpa tuntutan Lulus tanpa tuntutan Ditangguhkan sehingga pengganti diberi oleh Pengarah JLWS

Tindakan: Bahagian Khidmat Pengurusan

7. Kursus-Kursus Dalam / Luar Negeri Bagi Pegawai / Kakitangan Jabatan Laut Semenanjung Malaysia 7.1 Mesyuarat dimaklumkan dengan statistik kehadiran pegawai dan kakitangan

Jabatan Laut Semenanjung Malaysia ke kursus/ latihan/ bengkel/ seminar/

persidangan sama ada di dalam atau luar negara sehingga bulan Ogos 2012.

Ianya selaras dengan arahan kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan

Bilangan 6 Tahun 2005 – Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam.

Makluman

8. Pekeliling-Pekeliling/Surat Pekeliling Perkhidmatan/ Surat Edaran Yang

Dikeluarkan Oleh Agensi Pusat 8.1. Mesyuarat mengambil maklum tentang pekeliling-pekeliling/surat

pekeliling/surat edaran yang dikeluarkan oleh Agensi Pusat iaitu Jabatan

Perkhidmatan Awam Malaysia. Pekeliling-pekeliling/surat pekeliling/surat

Page 16: MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Bi… · 1 MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / BAHAGIAN PERINGKAT JABATAN

16

edaran berkenaan boleh di muat turun dari Laman Web JPA. Pekeliling-

pekeliling/surat pekeliling/surat edaran adalah seperti berikut:

i. Pekeliling Perkhidmatan Bil 5 Tahun 2012 – Imbuhan

Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi Tahun 2012

ii. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 4 Tahun 2012 – Perlantikan Syarikat Bagi Kemudahan Perlindungan Insuran Kesihatan Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Berada Di Luar Negara Atas Urusan Persendirian.

iii. Surat Edaran JPA.SARAAN(S)63/1/1-1Klt.4(50) bertarikh

29.05.2012 – Penjelasan Mengenai Kelayakan Elaun Berikutan Perlaksanaan Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

iv. Surat Edaran JPA BK (S)134/8/57 Jld.5(15) bertarikh

26.06.2012 – Urusan Pertimbangan Kenaikan Pangkat Kumpulan Sokongan Perkhidmatan Guna Sama Persekutuan Yang Telah Memangku Sebelum 1 Januari

v. Surat Edaran JPA.BK(S)241/73/1-3(9) bertarikh 28.06.2012

– Sukatan Ujian Kemahiran Bagi Skim Perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat dan Setiausaha Pejabat

vi. Surat Edaran JPA.BK(S) 134/8/56 Jld.6 (11) bertarikh

06.07.2012 – Urusan Pemangkuan Penolong Pegawai Tadbir (PPT) Gred N32 Ke Gred N36 Perkhidmatan Gunasama Persekutuan (Sektor Dalam Negeri)

vii. Surat Edaran JPA.BK(S)201/5(57) bertarikh 30.07.2012 –

Penguatkuasaan Peraturan Berkaitan Pematuhan Waktu Bekerja Penjawat Awam.

Makluman

9. Hal-Hal Lain

9.1 Taklimat Hazardous and Noxious Substances (HNS) Action Plan 9.1.1 Mesyuarat mengambil maklum akan pembentangan kertas taklimat

Hazardous and Noxious Substances (HNS) Action Plan oleh wakil

daripada Unit Perlindungan Alam Sekitar Marin.

9.1.2 Mesyuarat seterusnya dimaklumkan bahawa HNS Action Plan yang

dibentangkan ini merupakan rangka dan satu keputusan perlu

Page 17: MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Bi… · 1 MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / BAHAGIAN PERINGKAT JABATAN

17

dilakukan sama ada untuk meratifikasi protokol HNS OPRC ini atau

tidak. Sekiranya jabatan teruskan untuk mengadakan HNS Action Plan

ini, satu kertas kabinet perlu dibuat bagi mendapatkan sokongan

bahawa Jabatan Laut akan menerajui HNS Action Plan, sekaligus

memasukkannya ke dalam Pekeliling MKN.

9.1.3 Mesyuarat kemudian dimaklumkan bahawa satu jawatankuasa

bertindak akan ditubuhkan dan akan dipengerusikan oleh Jabatan Laut.

Jabatan Alam Sekitar telah memberi makluman melalui surat pada

tahun 2011 di mana HNS Action Plan adalah di bawah tanggungjawab

Jabatan Laut. Satu perbincangan akan diadakan dengan Jabatan Alam

Sekitar pada minggu hadapan bagi membincangkan perkara ini

Tindakan:Bahagian Keselamatan Pelayaran

9.2 Isu Keperluan Reception Facilities dan Aktiviti Disloping

9.2.1 Mesyuarat dimaklumkan mengenai keperluan mengadakan reception

facilities. Ini berdasarkan kejadian tumpahan minyak dan aktiviti

pembuangan minyak secara haram yang dilakukan oleh kapal-kapal

di perairan Johor.

9.2.2 Mesyuarat turut dimaklumkan bahawa terdapat beberapa syarikat

yang berkemampuan melaksanakan aktiviti disloping namun mereka

tidak mendapat bantuan atau sokongan dalam melaksanakan aktiviti

tersebut serta terpaksa berdepan karenah birokrasi .

9.2.3 Mesyuarat mengambil maklum bahawa kelulusan reception facilities

dan waste disposal adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Alam

Sekitar. Buat masa ini hanya ada sebuah syarikat sahaja yang

mempunyai lesen waste disposal iaitu Syarikat Enviro.

9.2.4 Mesyurat turut mengambil maklum bahawa terdapat beberapa kapal

yang melakukan aktiviti mengutip slop. Walaubagaimana pun, aktiviti

mereka tidak diiktiraf kerana dianggap tidak sihat. Namun sekiranya

Page 18: MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Bi… · 1 MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / BAHAGIAN PERINGKAT JABATAN

18

jabatan mengiktiraf aktiviti mengutip slop tersebut, kejadian tumpahan

minyak akibat pembuangan minyak secara haram tidak akan berlaku.

9.2.5 Pengerusi kemudian memaklumkan supaya apa-apa aktiviti perlulah

mematuhi peraturan dan perundangan yang ditetapkan samada oleh

Jabatan Laut, Jabatan Alam Sekitar ataupun Pihak Berkuasa

Tempatan.

Makluman

9.3 Isu Perkhidmatan Feri

9.3.1 Mesyuarat dimaklumkan bagi perkara di atas, bagi mengawal mutu

perkhidmatan feri yang menggunakan jeti Jabatan Laut di cadangkan

Service Level Agreement diwujudkan bagi mengikat pihak feri dan

Jabatan Laut Malaysia. Ia diwujudkan bagi memastikan pihak

operator feri memberi perkhidmatan terbaik dan mematuhi perjanjian

perkhidmatan yang telah ditetapkan. Perkhidmatan syarikat boleh

terbatal sekiranya pihak syarikat melanggar peraturan atau gagal

mematuhi perkara-perkara yang ditetapkan jabatan.

9.3.2 Pengerusi mencadangkan supaya perkara dibincang dengan

Penasihat Undang-Undang dan ia dibuat mengikut undang-undang

serta dibukukan dengan lengkap. Persedian perlu dilakukan dan

perbincangan perlu dijalankan di atas perkara tersebut.

Tindakan:Penasihat Undang-Undang & Bahagian HEPP

11, Penutup

11.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 Petang dengan ucapan salam dan

terima kasih dari Pengerusi.

Page 19: MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / …marine21.marine.gov.my/appl/MKJ/Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Bi… · 1 MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN / BAHAGIAN PERINGKAT JABATAN

19

MINIT MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN/BAHAGIAN

PERINGKAT JABATAN LAUT MALAYSIA BIL 3/2012

PADA 11 SEPTEMBER 2012

Disediakan Oleh,

………………………………………. (AIMI BT MD. PAZIL) Pegawai Laut Gred A41, Bahagian Kawalan Industri Jabatan Laut Malaysia. (Pencatat Minit) Disemak, ........................................................... (HAJI KHAIRUDIN BIN ABBAS) Ketua Penolong Pengarah (UPSM), Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Laut Malaysia. (Urusetia) Diluluskan, ..................................................................... (DATO’ KAPTEN HAJI AHMAD BIN OTHMAN) Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia. (Pengerusi)