MINIT MESYUARAT KURIKULUM kali kedua 2013 TERBARU.doc

11
MINIT MESYUARAT KURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN MALAU KALI KEDUA TAHUN 2013 TARIKH : 22.04.2013 MASA : 1.45 petang TEMPAT : Makmal Komputer Hadir : 1. En. Ab Rahim Bin Sutan Guru Besar 2. Tn. Hj. Mamat Hashim Penolong Kanan Pentadbiran 3. Pn. Siti Maayah Bt Nayan @ Ahmad Penolong Kanan HEM 4. Pn. Zuridah Bt Wahab Penolong Kanan Kokurikulum 5. En. Md Azni Md Rejab 6. Pn. Eshah Bt Wan Awang 7. En. Bun Sem a/l Ariam 8. Cik Noriza Mohamad Tajuddin 9. Pn. Rosnah Bt Saad 10. En. Mohd Safuan Bin Sufian Shori 11. Pn.Nor Zalina Bt Ismail 12. En. Azman Azmi @ Aziz 13. Pn. Hasnah Bt Halip 14. En. Mohd Asuwan B. Shafie 15. Cik Zahratun Nur Bt Che Ya 16. Pn. Siti Salmah Bt Hassim 17. Pn. Kavitha a/p Ratnam 18. En. Irfan Hafiz Bin Che Mamat Tidak Hadir Bersebab : Pn. Nor Aini Bt Ali Cuti Bersalin En. Ghazali Bin Shaari Kenaikan Pangkat dan

Transcript of MINIT MESYUARAT KURIKULUM kali kedua 2013 TERBARU.doc

Page 1: MINIT  MESYUARAT KURIKULUM kali  kedua 2013 TERBARU.doc

MINIT MESYUARAT KURIKULUMSEKOLAH KEBANGSAAN MALAU

KALI KEDUA TAHUN 2013

TARIKH : 22.04.2013 MASA : 1.45 petang

TEMPAT : Makmal Komputer

Hadir :

1. En. Ab Rahim Bin Sutan Guru Besar 2. Tn. Hj. Mamat Hashim Penolong Kanan Pentadbiran 3. Pn. Siti Maayah Bt Nayan @ Ahmad Penolong Kanan HEM 4. Pn. Zuridah Bt Wahab Penolong Kanan Kokurikulum5. En. Md Azni Md Rejab 6. Pn. Eshah Bt Wan Awang7. En. Bun Sem a/l Ariam 8. Cik Noriza Mohamad Tajuddin9. Pn. Rosnah Bt Saad 10. En. Mohd Safuan Bin Sufian Shori11. Pn.Nor Zalina Bt Ismail 12. En. Azman Azmi @ Aziz13. Pn. Hasnah Bt Halip14. En. Mohd Asuwan B. Shafie15. Cik Zahratun Nur Bt Che Ya16. Pn. Siti Salmah Bt Hassim17. Pn. Kavitha a/p Ratnam18. En. Irfan Hafiz Bin Che Mamat

Tidak Hadir Bersebab :

Pn. Nor Aini Bt Ali Cuti BersalinEn. Ghazali Bin Shaari Kenaikan Pangkat dan Bertugas di PPD

Hadir Bersama :

Tiada

Urusetia :

1. Cik Noriza Mohamad Tajuddin Setiausaha Kurikulum

Page 2: MINIT  MESYUARAT KURIKULUM kali  kedua 2013 TERBARU.doc

i. PERUTUSAN PENGERUSI

1. 1.1 Guru Besar iaitu En.AB Rahim selaku pengerusi mesyuarat memulakan mesyuarat dengan mengalu – alukan kedatangan semua guru ke mesyuarat.Pengerusi amat berharap agar mesyuarat dapat berjalan dengan lancar.

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa guru yang bergaji kurang daripada RM 3000 akan diberi bantuan notebook.

1.3 Hari Sabtu bertarikh 27.4.2013 merupakan hari persekolahan ganti dengan menggunakan jadual hari Khamis.Aktiviti merentas desa 1M 1S akan diadakan pada waktu petang atau pada hari Rabu.

1.4 Maklumat PROTIM yang diperlukan oleh PPD perlu dihantar pada 23.4.2013.melalui emel.

1.5 Ustazah J-Qaf Nor Aini Bt Ali telah selamat melahirkan bayi lelaki.Oleh itu, guru ganti diperlukan untuk mengisi kekosongan guru J-Qaf agar pembelajaran murid tidak terganggu disebabkan hal tersebut.

1.6 Pengerusi mengharapkan semua warga sekolah mengamalkan Budaya Sekolah Penyayang.Ini bertujuan memastikan murid sentiasa ingin hadir ke sekolah dengan perasaan seronok.

1.7 Aktiviti gotong – royong perlu dijalankan agar sekolah sentiasa kelihatan lebih bersih dan ceria.

ii. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU :

2. Cadangan Pengesahan Minit :

2.1 En. Mohd Asuwan Bin Mohd Shafie mencadangkan minit mesyuarat kurikulum kali pertama ,bertarikh 26.12. 2012 disahkan dan disokong oleh Pn. Rosnah Saad.

2.3 Majlis mengesahkan Minit Mesyuarat Kurikulum Kali 1 2013 diterima.

Tindakan : Setiausaha

Page 3: MINIT  MESYUARAT KURIKULUM kali  kedua 2013 TERBARU.doc

iii. PERKARA BERBANGKIT :

3. 3.1 Pn. Rosnah memaklumkan bahawa sudut LINUS ada disediakan.

3.2 Headcount Tahun 4 akan disiapkan.

v. POST MORTEM UJIAN BULAN MAC

5. 5.1 Tuan Pengerusi memaklumkan keputusan Ujian Bulan Mac bagi Tahun 4,5 dan 6.Tahun 1,2 dan 3 tiada ujian dijalankan.

Rujuk lampiran

5.2 Analisis item mesti dibuat oleh guru mata pelajaran untuk mengenal pasti aspek kelemahan murid.

5.3 Post mortem ujian secara keseluruhan bagi Tahun 4,5 dan 6.Untuk maklumat lebih terperinci mengikut tahun,boleh merujuk Buku Analisa Ujian dalam fail panitia masing – masing.

Kekuatan :

1 Kelas tambahan dijalankan mengikut perancangan bagi Tahun 6.2 Latih tubi mencukupi.3 Banyak bahan atau soalan diperolehi daripada pelbagai sumber seperti

soalan-soalan latihan serta murid telah dan sedang didedahkan dengan teknik menjawab soalan.

4 Peranan pusat sumber yang menyediakan pelbagai bahan rujukan.5 Mempunyai guru-guru yang berkomitmen dan berpengalaman.6 Mendapat sokongan padu daripada pihak pentadbiran sekolah.

Kelemahan :

1 Terdapat murid yang tidak hadir ke kelas tambahan.2 Masih ada murid tidak menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru.3 Murid kurang mendampingi guru untuk menyelesaikan masalah

pembelajaran.5 Murid-murid tidak menguasai dengan sepenuhnya teknik-teknik menjawab

soalan.6 Kekurangan bahan rujukan di rumah.7 Galakan atau motivasi daripada keluarga amat berkurangan.8 Tidak ada kesedaran dan persaingan dalam pelajaran.

Page 4: MINIT  MESYUARAT KURIKULUM kali  kedua 2013 TERBARU.doc

Cara Mengatasi :

1 Sediakan hadiah galakan untuk menggalakan murid-murid bersaing dalam

pelajaran. 2 Mulakan program Gerak Gempur lebih awal. 3 Menambahbaikan program mentor-mentee . 4 Mengadakan ceramah teknik menjawab soalan UPSR. 5 Mengadakan program motivasi waris dan murid. 6 Memperbanyakkan latih tubi dalam subjek UPSR. 7 Mengadakan kelas-kelas bimbingan. 8 Murid-murid yang lemah mendapat bimbingan daripada guru pemulihan. 9 Pihak pentadbir perlu memberi perhatian yang lebih terhadap murid yang

ponteng atau mengambil tindakan yang tegas. 10. Untuk murid GALUS,murid akan dibekalkan dengan modul karangan

mudah.Ini akan membantu mereka menjalani aktiviti menulis karangan yang mudah dan ringkas.

Makluman : Semua guru

vi. KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH ( KSSR )/SPPBS

6. 6.1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah dijalankan dengan baik oleh semua guru. Kurikulum terbaru yang melibatkan Tahun 1,2 dan 3 ini telah pun dijalankan dengan jayanya di sekolah ini. Segala kemudahan yang berkaitan dengan Dokumen Standard dan Standard Prestasi telah mencukupi untuk semua guru.Semua hasil pentaksiran dicatatkan secara bertulis di dalam buku ringkasan dan Manual Pentaksiran Sekolah sebelum maklumat diisi secara atas talian.( on- line ).Semua guru yang terlibat dengan SPPBS diingatkan supaya menjalankan pentaksiran yang pelbagai bentuk untuk mendapatkan hasil pentaksiran yang baik. Sekiranya murid tidak dapat menguasai kemahiran bertulis , guru boleh menjalankan aktiviti lisan bagi membolehkan murid tersebut lebih memahami dan seterusnya dapat menjawab soalan tersebut. Segala butiran mengenai pentaksiran lisan dan bertulis hendaklah dicatatkan di dalam manual pentaksiran.

Makluman : Semua guru

Page 5: MINIT  MESYUARAT KURIKULUM kali  kedua 2013 TERBARU.doc

vii. PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS )/ LINUS

7. 7.1 Log in melalui SUP.Malah,Guru Besar perlu memantau PBS.Setakat ini,pengurusan PBS berjalan dengan lancar.

7.2 Guru mata pelajaran mesti mengikut sukatan mata pelajaran bagi menyampaikan isi kandungan dan membuat penilaian terhadap murid.( SPPBS )

7.3 Ujian LINUS lisan telah pun di jalankan bermula pada 10 Mac hingga 19 April dan disambung dengan ujian bertulis pada 21 April hingga 30 April minggu berikutnya. Maklumat dan data yang lengkap perlu dihantar pada 6 Mei hingga 17 Mei 2013.

Bagi murid Tahun 1, hanya 7 orang yang masih belum menguasai

kemahiran sepenuhnya, tetapi kebanyakan murid LINUS ini telah menguasai kemahiran di konstruk 4. Ini menunjukkan

mereka telah pun menguasai kemahiran-kemahiran asas di dalam dokumen standard.Bagi murid Tahun 2. Terdapat 5 orang murid lagi yang masih belum menguasai kemahiran sepenuhnya. Namun begitu, kemahiran yang dikuasai mereka semakin meningkat.

Untuk murid Tahun 3, semuanya telah melepasi konstruk 12 dan ini menjadikan Tahun 3 sifar LINUS. Kejayaan ini amat

membanggakan sekolah. ( Maklumat lengkap dilampirkan )

Tindakan : Semua guru mata pelajaran berkaitan

viii. HEADCOUNT

8. 8.1 Semua guru mata pelajaran telah menyiapkan headcount.Malah, folder telah disediakan mengikut panitia masing – masing.Headcount Tahun 4 akan disiapkan nanti.

ix. MAKLUMAT DARIPADA PK HEM

9. 9.1 PK HEM telah memaklumkan tentang beberapa perkara :

Mesyuarat perlu dijalankan seperti mesyuarat dakwah dalam bulan Mac dan mesyuarat pelancongan dalam bulan April. Malah,para guru harus sentiasa merujuk kepada takwim sekolah agar perjalanan aktiviti sekolah berjalan dengan lancar.

Page 6: MINIT  MESYUARAT KURIKULUM kali  kedua 2013 TERBARU.doc

x. MAKLUMAT DARIPADA PK KOKURIKULUM

10. 10.1 Buku Keberadaan Guru dalam kelas perlu diambil dan dihantar ke pelabat semasa tamat waktu persekolahan.Para guru harus sentiasa mengisi kedatangan guru ketika berada dalam kelas semasa p & p dijalankan.

10.2 Aktiviti perkhemahan akan dijalankan pada minggu akhir persekolahan iaitu pada 23 hingga 25 Mei 2013.Para guru diharap dapat memberi komitmen dalam memastikan program tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya.

10.3 Sukan Tahunan akan dijalankan pada 3 Julai 2013.Oleh itu,acara – acara dalam kejohanan tersebut adalah seperti dalam lampiran yang telah diedarkan kepada guru.Diharapkan agar semua guru mengambil tindakan sewajarnya berkaitan dengan perkara tersebut.

10.4 Hari Mesra Waris akan diadakan pada 30 April 2013. Para murid boleh pulang bersama ibu bapa atau waris setelah menandatangani Rekod Profil masing – masing.Program tersebut bermula pada pukul 11.45 pagi.

10.5 Sambutan Hari Guru akan diadakan pada 19 Mei 2013.Tema Hari Guru pada tahun ini ialah Guru Malaysia: 1 Aspirasi 1 Agenda.Mesyuarat berkaitan program tersebut akan ditetapkan nanti.

xi. HAL – HAL LAIN

11. 11.1 Beberapa tindakan perlu dijalankan seperti :

a.59 buah sekolah akan dilawati oleh SISC+ ( School Improvement Specialist Coach ).Sekolah akan mula dilawati mulai minggu hadapan. Antara pegawai SISC+ yang akan hadir ke SK Malau ialah :Pn. Rusila – BI

En. Anuar Ahmad – MatematikCik Nor Azila - BMPn. NorAzwa - Sains

11.2 VLE ( Virtual Learning Environment ) 1 Bestari Net

Sekolah perlu melantik seorang penyelaras untuk Bestari Net.Jika ada masalah ,boleh hubungi PKG.Sekiranya masalah berkaitan

Page 7: MINIT  MESYUARAT KURIKULUM kali  kedua 2013 TERBARU.doc

dengan internet,mesti hantar emel kepada YTL.

Makluman : Semua guru

xii. PENUTUP DAN UCAPAN PENANGGUHAN

12. 12.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ahli yang dapat hadir dalam mesyuarat hingga selesai.

12.2 Pengerusi menangguhkan mesyuarat ini pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………….. …………………………….(NORIZA MOHAMAD TAJUDDIN ) (CHE MAMAT B.HASHIM )Setiausaha Kurikulum Penolong Kanan 1 SK Malau SK Malau

Tarikh : ……………………… Tarikh : …………………..

Disahkan oleh :

……………………………… (AB RAHIM BIN SUTAN )