MINIT MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) · PDF file1.2.2 Pengerusi Pekerja berharap MBJ...
Transcript of MINIT MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) · PDF file1.2.2 Pengerusi Pekerja berharap MBJ...
MINIT MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ)
JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN
BILANGAN 1 TAHUN 2012
Tarikh : 22.3.2012 Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama JPPM Pengerusi : Encik Fong Khei Por A.M.K
Ketua Pengarah JPPM Kehadiran : Seperti Di Lampiran A
1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Perutusan Pengerusi Pegawai
1.1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli MBJ
yang hadir pada mesyuarat kali ini.
1.1.2 Pengerusi meminta semua warga Jabatan untuk sama-sama
bekerja untuk meneruskan kecemerlangan Jabatan dan
membawa JPPM ke landasan yang lebih tinggi sehingga
mendapat pengiktirafan sewajarnya dalam masyarakat.
1.1.3 Pengerusi mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah
kepada pegawai-pegawai yang dinaikkan pangkat iaitu Encik
Asri bin Abdul Wahab (Gred S54), Encik Nasir bin Hj. Kassim
(Gred S52), Pn. Nohasila Binti Habib (Gred S48) dan Encik Md.
Marzuki bin Ismail (Gred S48).
1.1.4 Pengerusi turut memaklumkan di samping pemberian Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun ini, sijil-sijil
penghargaan akan diberi kepada pegawai dan kakitangan
berprestasi tinggi.
1.1.5 Pengerusi berharap pejabat Selangor dan Wilayah Persekutuan
akan mengekalkan prestasi pengendalian dan penyelesaian kes
yang tinggi. Sekiranya kedua-dua pejabat ini tidak menunjukkan
prestasi yang diharapkan, ia akan menjejaskan prestasi
keseluruhan JPPM.
1.2 Perutusan Pengerusi Pekerja
1.2.1 Pengerusi Pekerja mengucapkan tahniah kepada Tuan
Pengerusi yang dinaikkan pangkat ke JUSA C (Memangku)
seterusnya dilantik menjadi Ketua Pengarah Perhubungan
Perusahaan. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada
pegawai-pegawai lain yang turut menerima kenaikan pangkat.
1.2.2 Pengerusi Pekerja berharap MBJ ini dapat menjadi satu forum
perbincangan dan bertukar-tukar fikiran dalam menyelesaikan
masalah di antara pihak pengurusan dan pihak pekerja. Beliau
turut berharap supaya isu-isu sensitif dapat dibincangkan secara
lebih berhemah.
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Minit Mesyuarat bilangan 3 tahun 2011 dicadangkan untuk disahkan
oleh Encik Nasir bin Hj. Kassim (dengan pindaan jika ada) dan
disokong oleh Encik Zun bin Rawi.
3. PINDAAN MINIT MESYUARAT BIL. 4/2011
3.1 Minit mesyuarat perenggan 4.3.1 dipindah ke:
4.2 Bekalan Komputer/Interet/Telefon/Aset Jabatan.
4. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 4.1 Mempertingkatkan Komunikasi dan Perkongsian Maklumat
Mengenai Isu-Isu Perhubungan Perusahaan 4.1.1 Mesyuarat dimaklumkan Info JPPM untuk sesi Jun-Dis 2011
dijangka akan diterbitkan pada April 2012.
Tindakan: Bah. Keharmonian Perusahaan & Penyelidikan
4.1.2 Mesyuarat bersetuju supaya jawatankuasa kecil perhubungan
dan hal ehwal pegawai & kakitangan diwujudkan dan
dianggotai oleh En. Zun bin Rawi, En. Jeffrey Douglas dan En. Mohd Ramdan bin Muhamad Rais. Jawatankuasa ini akan
melaporkan rangka kerja dan aktiviti yang dirancang pada
mesyuarat akan datang.
Tindakan: En. Zun, En. Jeffrey dan En. Mohd Ramdan
4.2 Bekalan Komputer / Internet / Telefon / Aset Jabatan
4.2.1 Mengenai cadangan penambahan talian telefon untuk pejabat
negeri, Bahagian Khidmat Pengurusan memaklumkan kesemua
9 buah negeri berkenaan telah mendapat talian telefon
tambahan.
Tindakan: Makluman
4.2.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa hanya pegawai dan
kakitangan JPPM sahaja yang boleh menghantar dan menerima
email melalui email group JPPM.
Tindakan: Makluman
4.2.3 Mesyuarat turut dimaklumkan pembekalan rak besi telah dibuat
sebagaimana ditempah.
Tindakan: Makluman
4.3 Perjawatan
4.3.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia KSM akan mengadakan kursus induksi bagi pegawai pada bulan April ini. Bagi kakitangan sokongan
kumpulan I, kursus telah diadakan pada bulan Mac. Mesyuarat
bersetuju supaya Bahagian Khidmat Pengurusan membuat
semakan pegawai dan kakitangan yang belum mengikuti kursus
induksi supaya tindakan lanjut boleh diambil dengan Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia KSM.
Tindakan: Bahagian Khidmat Pengurusan
4.3.2 Mesyuarat bersetuju supaya cadangan pengambilan pemandu
sambilan / kontrak dibincangkan dengan KSM.
Tindakan: Makluman
4.3.3 Mesyuarat turut dimaklumkan bahawa pemandu JPP Wilayah
Persekutuan pada masa ini perlu menjalani dialisis sebanyak 3
kali seminggu dan tidak dapat menjalankan tugas sepenuhnya.
Bahagian Khidmat Pengurusan diminta untuk meneliti perkara
ini dan mengambil tindakan sewajarnya.
Tindakan: Bahagian Khidmat Pengurusan
4.3.4 Mesyuarat dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Pengarah
bahawa Mesyuarat Laluan Kerjaya Pegawai Skim
Perhubungan Perusahaan KSM telah diadakan bagi
menambahbaik perkhidmatan skim ini. Kertas kerja berkaitan
juga telah disedia dan dikemukakan kepada pihak KSM.
Tindakan: Makluman
5. HAL-HAL LAIN 5.1 Kursus / Latihan
5.1.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa kursus Team Building bagi
kakitangan akan dilaksanakan pada bulan Mei, manakala
untuk pegawai pula pada bulan Julai.
Tindakan: Makluman
5.1.2 Mesyuarat dimaklumkan kursus kewangan akan diadakan pada April ini.
Tindakan: Makluman
5.1.3 Mesyuarat juga bersetuju supaya cadangan tambahan jawatan Pembantu Tadbir W17 akan dimasukkan dalam
kertas penyusunan semula Jabatan.
Tindakan: Makluman
5.2 Perkhidmatan Kaunter Jabatan
5.2.1 Mesyuarat bersetuju supaya satu sistem diwujudkan untuk
mempastikan perkhidmatan kaunter dapat dilaksanakan secara efektif melalui kerjasama antara pegawai bertugas dan
petugas kaunter
Tindakan: Bahagian Khidmat Pengurusan
5.3 Kebersihan dan Keceriaan Pejabat
5.3.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa masalah kerosakan di tandas
lelaki telah dapat diatasi.
Tindakan: Makluman
5.3.2 Bahagian Khidmat Pengurusan diminta untuk mengemas dan
mengalihkan semua barang yang terdapat di ruang rehat
pegawai dalam tempoh satu bulan
Tindakan: Bahagian Khidmat Pengurusan
5.3.3 Pengerusi meminta supaya pejabat-pejabat negeri yang
memerlukan perpindahan atau ubahsuai pejabat supaya
mengemukakan kertas kerja berkenaan dengan kadar segera
kepada Bahagian Khidmat Pengurusan.
Tindakan: Semua Pengarah Negeri
5.4 Disiplin 5.4.1 Mesyuarat bersetuju supaya satu taklimat eksekutif mengenai
etika berpakaian dan berketrampilan diri diadakan pada tahun
ini.
Tindakan: Bahagian Khidmat Pengurusan
5.4.2 Pengerusi mencadangkan supaya sekiranya berlaku masalah
disiplin termasuk yang berkaitan dengan tugas hakiki, perkara
tersebut diselesaikan secara dalaman terlebih dahulu.
Sekiranya masalah berkenaan serius, makluman perlu
dikemukakan kepada pihak Ibu Pejabat yang akan mengambil
tindakan sewajarnya seperti mendapatkan bantuan kaunselor
sebelum tindakan disiplin diambil jika tiada perubahan.
Pengerusi juga meminta pekeliling berkaitan disiplin diedarkan kepada semua pegawai dan kakitangan.
Tindakan: Bahagian Khidmat Pengurusan
5.5 Aktiviti Kebajikan dan Sosial
5.5.1 Mesyuarat bersetuju supaya pegawai dan kakitangan yang
berminat untuk menyertai perarakan Maulidur Rasul supaya
mengemukakan nama terus kepada Bahagian Khidmat
Pengurusan memandangkan surat jemputan dari Jakim
biasanya diterima pada saat-saat akhir.
Tindakan: Makluman