Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali Pertama 2015

6
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA 2015 Tarikh: 12.01.2015 Hari: Isnin Masa: 12.40 tengah hari Tempat: Bilik Guru Kehadiran: 1. Cik Anita Chin Pengerusi 2. Pn. Salmah Binti Mohamad Marsal Setiausaha 3. En. Tonny Wong 4. Cik Ling Siew Chen Agenda 1: UCAPAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru Bahasa Melayu kerana dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat ini. 1.2 Pengerusi menjelaskan bahawa mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan panatia Bahasa Melayu. Agenda 2: PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 2.1 Minit menyuarat yang lalu dicadangkan untuk disahkan oleh En Tonny Wong dan pengesahan disokong oleh Cik Anita Chin. Agenda 3: PERKARA BERBANGKIT 3.1 Tiada Agenda 4: HEAD COUNT DAN PROGRAM KECEMERLANGAN 2015 4.1. Pengerusi menyatakan keputusan UPSR 2014 adalah antara keputusan yang kurang memuaskan yang pernah dicatatkan,dimana Pemahaman mencapai kelulusan 55.6% dengan GPS 2.72 dan Penulisan

description

Contoh minit mesyuarat .

Transcript of Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali Pertama 2015

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA 2015

Tarikh: 12.01.2015Hari: IsninMasa: 12.40 tengah hariTempat: Bilik Guru

Kehadiran:1. Cik Anita ChinPengerusi2.Pn. Salmah Binti Mohamad MarsalSetiausaha3.En. Tonny Wong4.Cik Ling Siew Chen

Agenda 1: UCAPAN PENGERUSI1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru Bahasa Melayu kerana dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat ini.1.2 Pengerusi menjelaskan bahawa mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan panatia Bahasa Melayu.

Agenda 2: PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU2.1 Minit menyuarat yang lalu dicadangkan untuk disahkan oleh En Tonny Wong dan pengesahan disokong oleh Cik Anita Chin.

Agenda 3: PERKARA BERBANGKIT3.1 TiadaAgenda 4: HEAD COUNT DAN PROGRAM KECEMERLANGAN 20154.1. Pengerusi menyatakan keputusan UPSR 2014 adalah antara keputusan yang kurang memuaskan yang pernah dicatatkan,dimana Pemahaman mencapai kelulusan 55.6% dengan GPS 2.72 dan Penulisan pula 50.8% dengan GPS 3.28. Pengerusi menaruh harapan supaya keputusan ini dapat dibaiki dan ditingkatkan pada tahun ini.4.2. Bagi tahun 2015 TOV ialah Pemahaman ialah 86.4%, manakala Penulisan 36.4%. Pn. Salmah mencadangkan sasaran UPSR 2015 bagi kertas peperiksaan adalah Pemahaman 90%, dan Penulisan pula 40%. Cadangan ini disokong oleh En Tonny Wong dan sebulat suara.4.3 Pengerusi menjelaskan program-program kecemerlangan bagi tahun 2015 ialah: a. Program Anak Angkat b. Program Mentor-Mentee c. Kem Motivasi UPSR 2015 d. Kelas Tambahan Tahun 6 e. Maksimumkan Sudut Panitia Bahasa Melayu di dalam kelas Tindakan: Semua Guru BMAgenda 5: SUKATAN PELAJARAN5.1 Pengerusi menjelaskan bahawa guru-guru perlu menyediakan sukatan pelajaran, Huraian sukatan atau DSKP, atau rancangan tahunan. Bagi tahun 1-5 hendaklah mengikut sukatan pelajaran KSSR manakala bagi tahun enam masih menggunakan sistem lama. Contoh Rancangan Pelajaran Harian diedarkan kepada guru khasnya bagi tahun 1-5.Tindakan: Semua Guru BMAgenda 6: KSSR6.1 Pengerusi menjelaskan KSSR menitikberatkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, aspek seni bahasa dan tatabahasa. Semua kemahiran ini akan dicatatkan dalam borang offline mengikut band 1 hingga band 6. Juga,usah fokus kepada kemahiran menulis,tetapi merangkumi semua kemahiran yang ada dalam sistem KSSR. Oleh itu setiap hari harus dibuat satu kemahiran dan boleh juga digabungjalinkan. Selain itu dalam KSSR juga perlu diwujudkan kumpulan dalam kelas supaya aktiviti kumpulan semasa PdP akan menyebabkan pembelajaran lebih menarik minat pelajar contohnya aktiviti didik hibur.Tindakan: Semua Guru BMAgenda 7: ITHINK dan KBAT7.1 Pengerusi berharap Ithink dan KBAT diutamakan dalam PdP yang dijalankan sebagaimana yang telah dijelaskan dalam LDP dan kursus-kursus anjuran jabatan. Dalam program Ithink, peta pemikiran dilukis oleh pelajar untuk mencambahkan minda, dan peta pemikiran ini tidak perlu ditanda,hanya untuk dipantau,bahawa pelajar telah menggunakan carta tersebut untuk pembelajaran mereka.Tindakan: Semua Guru BMAgenda 8: BUKU AKTIVITI8.1Buku aktiviti bagi Tahap 1adalah seperti yang diberi oleh pihak kementerian manakala bagi Tahap 2, buku yang dipilih adalah Pep memandangan ia benar-benar selaras dengan silibus KSSR dan latihan- latihan yang diberi juga berkualiti.Tindakan: Semua Guru BMAgenda 9: SUDUT PANITIA9.1 Pengerusi berharap guru-guru Bahasa Melayu dapat menampal dan menghias sudut Bahasa Melayu di kelas yang diajar dengan bahan-bahan terbaru. Sementara bagi papan kenyataan bagi laluan gajah menyusur adalah tanggungjawab ketua panitia.Tindakan: Semua Guru BMAgenda 10:KELAS PEMULIHAN10.1 Cik Anita berharap jika ada terdapat pelajar yang menghadapi masalah membaca dan menulis, harap dihantar ke kelas pemulihan.Tindakan: Semua Guru BMAgenda 11:LINUS11.1 Cik Ling Siew Chen menyatakan analisis untuk Tahun 1 2014 Literasi Bahasa Melayu Saringan 1 kelulusan 40.90%,dan Saringan 2 80%. Bagi Tahun 2, Saringan 1 85.40%, dan Saringan 2 100%. Bagi Literasi Bahasa Melayu tahun 3, peratus menguasai Saringan 1 sebanyak 94%, dan untuk Saringan 2 telah mencapai sasaran 100%. Bagi tahun 2015 beliau berharap peratus menguasai juga mencapai sasaran 100%. Ini bermakna TOV pelajar tahun 3 2015 adalah sebanyak 93.90% . Tindakan: Cik Ling Siew Chen dan Guru BM Tahun 1-3

Agenda 12: BUKU PERSEDIAN MENGAJAR12.1 Pn. Salmah mengingatkan bahawa penulisan RPH dalam buku persediaan mengajar hendaklah bertepatan dengan buku teks dan mengikut standard yang ditetapkan sama ada dalam KBSR bagi Tahun 6 manakala KSSR bagi Tahun 1 hingga Tahun 5. Setiap item yang terdapat dalam RPH KSSR tidak boleh digugurkan.12.2 Pada ruangan refleksi, setiap guru mesti menulis ayat yang berberntuk eksplisit bukannya secara umum.Tindakan: Semua Guru BMAgenda 13: Pencerapan Hasil Kerja Murid13.1 Pengerusi meminta semua guru membuat pencerapan terhadap latihan murid bagi memastikan mereka membuat latihan yang disediakan.13.2 Pn. Salmah mengingatkan kepada guru supaya menyemak latihan yang dibuat dengan teliti dan dibubuh tarikh penyemakan dibuat.Tindakan: Semua Guru BM

Agenda 14: Hal-hal lain14.1 Pertandingan Syarahan dan Bercerita Bahasa Malaysia 2015 akan diadakan pada 6 Julai 2015. Kedua-dua pertandingan akan terdapat slot bercerita dan syarahan spontan dalam masa 3 minit. Teks cerita dan syarahan hendaklah diberikan kepada murid dalam tempoh 2 bulan sebelum pertandingan.

14.2 Kertas Ujian yang dihasilkan oleh guru dalam Ujian Formatif 1 dan 2 hendaklah standard tanpa sebarang cacat celanya. Kertas soalan yang siap hendaklah dikemukakan kepada Ketua Panitia untuk tapisan kesahihan soalan dan seterusnya akan diserahkan kepada PK1 untuk disahkan kebolehpercayaan soalan yang dikemukakan.14.3 Program Bacaan Pagi diadakan bagi memberi peluang kepada murid membaca bahan bacaan yang disediakan oleh guru mata pelajaran. Bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, murid perlu membaca buku teks.

Agenda 15: Ucapan Penangguhan15.1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru kerana menyumbang idea untuk meningkatkan prestasi dan menggerakkan panitia Bahasa Melayu15.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

.................................................. ........................... .(PN.SALMAH BT.MOHAMAD MARSAL) (CIK. ANITA CHIN) (PN.TENG HEI MEE)