Minit Mesyuarat Panitia Ekonomi Rumah Tangga Kali Pertama Tahun 2014 Daerah Jelebu Jempol

download Minit Mesyuarat Panitia Ekonomi Rumah Tangga Kali Pertama Tahun 2014 Daerah Jelebu Jempol

of 6

description

minit

Transcript of Minit Mesyuarat Panitia Ekonomi Rumah Tangga Kali Pertama Tahun 2014 Daerah Jelebu Jempol

MINIT MESYUARAT PANITIA EKONOMI RUMAH TANGGA KALI PERTAMA TAHUN 2014 DAERAH JELEBU JEMPOLTARIKH:8 APRIL 2014

HARI

:SELASA

MASA

:2.30 PETANG

TEMPAT:BILIK GERAKAN SMK LUI BARAT

Kehadiran :

1. Pn Saripah Bt Mohd Nor

:(Pengetua SMK Lui Barat)

2. En Yussaini Bin Noran

:(KB Teknik & Vokasional SMK Lui

Barat)

3. Cik Nurul Aini Bt Mad Apandi:(S/U Panitia ERT Daerah Jelebu Jempol)4. Pn Asma Shahida Bt. Ahmad

:SMK Palong 11

5. Pn. Nooradila Bt Mohd Ali

:SMK Batu Kikir

6. Pn Rozita Bt Othman

:SMK Teriang Hilir

7. Pn Norma Bt Md Jusa

:SMK Pasoh 2 (Felda)

8. Pn Siti Salina Bt Sanusi

:SMK Seri Jempol

9. Pn. Rahimah Bt Mohd Arsat

:SMK Serting Hilir Kompleks

AGENDA MESYUARAT

1.0ALUAN PENGERUSI

1.1Pengerusi mengalu-alukan kedatangan kepada wakil guru ERT

ke SMK Lui Barat yang menjadi Tuan Rumah Panitia Ekonomi Rumah

Tangga (ERT) Daerah Jempol dan Jelebu. Penghargaan juga ke atas

semua guru yang hadir ke Meysuarat Panitia ERT Sekolah Menengah

Daerah Jempol dan Jelebu Kali Pertama Tahun 2014.

1.2Pengerusi juga berharap agar mesyuarat ini mampu mencari resolusi

untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran ERT dalam

Peperiksaan SPM terutama dalam daerah Jempol dan Jelebu.

2.0PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1Cadang:Puan Siti salina Bt Sanusi (SMK Seri Jempol)

Sokong:Puan Norma Bt Jusa (SMK Pasoh 2)

3.0PERKARA BERBANGKIT

3.1Lawatan ke Imperia College of Hospitality tidak dapat dilaksanakan

atas sebab-sebab tertentu.

Tindakan : Makluman semua guru4.0POST-MORTEM SPM MATA PELAJARAN ERT 2013

4.1Pengerusi mengucapkan tahniah atas kenaikan mendadak keseluruhan

Peperiksaan SPM bagi mata pelajaran ERT tahun 2013.Oleh itu,

pengerusi memohon agar wakil daripada setiap sekolah tersebut

berkongsi rahsia kejayaan atas kenaikan GPMP mata pelajaran ERT

tersebut.

4.2Keputusan mata pelajaran ERT (SPM) Tahun 2013 dirujuk pada

LAMPIRAN

Respon Pn Rozita Bt Othman (SMK Teriang Hilir)

-Penekanan dalam soalan Kertas 2 iaitu mengira nilai tenaga, murid

mesti dapat jawab dengan betul dan tepat iaitu sebanyak 11 markah

untuk pengiraan dan 4 markah untuk soalan struktur.

-Manakala Bahagian C, soalan lebih cenderung kepada Bab Pencernaan

dan Penyerapan. Oleh itu, murid perlu hafal setiap proses yang berlaku

dalam pencernaan dan penyerapan. Untuk Kertas 1, murid perlu

membuat latih tubi agar murid ingat dan biasa dengan format SPM

Respon Pn Nooradila Bt Mohd Ali (SMK Batu Kikir)

-Kualiti murid pada tahun 2013 adalah baik dan terkawal. Hal ini secara

tidak langsung memudahkan proses PDP berlangsung tanpa

mengalami isu yang besar.

Respon Pn Norma Bt Jusa (SMK Pasoh 2)

-Ketidakhadiran murid ke sekolah mendatangkan banyak masalah iaitu

murid akan sukar memahami apa-apa yang diajarkan oleh guru kerana

mereka ketinggalan silibus.

-Guru mengumpul soalan 5 tahun ke belakang dan soalan percubaan

negeri sebagai latih tubi. Bertanya kepada guru penanda soalan dan

meminta bahan daripada guru berpengalaman sebagai rujukan. Guru

juga boleh menggunakan modul MTEK dalam PDP.

Respon Pn Rahimah Bt Mohd Arsat (SMK Serting Hilir Kompleks)

-Kumpulan murid yang mengambil mata pelajaran ERT tahun 2013

adalah sederhana. Hal ini memudahkan guru untuk membentuk murid

untuk mencapai target masing-masing.

Respon Pn Siti Salina Bt Sanusi (SMK Seri Jempol)

-Masalah ketidakhadiran ke sekolah mempengaruhi prestasi murid

kerana murid yang mendapat gred E adalah murid yang kerap tidak

hadir ke sekolah walupun sudah dihantar ke sesi kaunseling.

-Muird yang mendapat gred A adalah murid yang mampu untuk buat

soalan ERT dengan cemerlang. Oleh itu, latih tubi secara berterusan

sangat membantu prestasi murid.

-Selain tu, teknik hafalan untuk isi-isi penting turut membantu murid

untuk mengingat.

Respon Pn Asma Shahida Bt Ahmad (SMK Palong 11)

-Kelas tambahan yang diadakan oleh pihak sekolah membantu

meningkatkan prestasi murid.

Respon Cik Nurul Aini Bt Mad Apandi (SMK Lui Barat)

-Masalah ketidakhadiran murid ke sekolah menyumbang kepada dua

orang murid yang gagal. Sikap murid yang ambil lewa dengan latihan

yang diberikan oleh guru menyukarkan pemahaman murid terhadap

sesuatu topik. Tambahan pula, guru baru pertama kali mengajar mata

pelajaran ERT SPM.5.0PROGRAM TAHUNAN PANITIA ERT DAERAH JEMPOL DAN JELEBU 2014

5.1En Yussaini B Noran (KB Teknik & Vokasional SMK Lui Barat)

membentangkan Program Tahunan Panitia ERT Daerah Jempol dan

Jelebu Tahun 2014 seperti berikut :BILPROGRAMSASARANTARIKH PELAKSANAANKOS / SUMBER

1Bengkel Teknik Menanda mata pelajaran ERT (SPM)-Wakil 2 orang guru bagi setiap sekolah- 14 orang guru MeiPeruntukan PIBG

2Aktiviti Bersama Kolej Komuniti Jelebu- Kursus Jangka pendek Penghasilan Pizza dan Cream of Mushroom Soup

- Kursus Blueberry Cheese CakeWakil 4 orang murid dan seorang guru bagi setiap sekolah28 orang murid

7 orang guruJunPeruntukan PIBG

3Bengkel teknik Menjawab Soalan 56 orang murid

7 orang guruAwal OgosPeruntukan PIBG

Makluman dan Tindakan : Semua guru

6.0HAL-HAL LAIN

6.1Pn Asma Shahida Bt Ahmad dari SMK Palong 11 mencadangkan agar

Bengkel Teknik Menjawab Soalan ERT dilaksanakan lebih awal agar

murid dapat aplikasikan sebelum Peperiksaan Percubaan SPM. Tindakan : S/U Daerah6.2Pn Rozita Bt Othman dari SMK Teriang Hilir mengusulkan agar Kem Bengkel Teknik Menjawab diadakan untuk memberi lebih ramai penyertaan murid dan pengalaman baharu kepada murid.

Tindakan : S/U Daerah

7.0PENUTUP

7.1Pengrusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan perkongsian

pandangan oleh guru ERT sepanjang mesyuarat berlangsung. Beliau

berharap agar prestasi mata pelajaran ERT Daerah Jempol dan Jelebu

dapat ditingkatkan seiring dengan mata pelajaran yang lain.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.......................................... ..............................................

(NURUL AINI BT MAD APANDI) (PN SARIPAH BT MOHD NOR)

S/Usaha Panitia ERT, Pengetua

Daerah Jempol dan Jelebu SMK Lui Barat

Negeri Sembilan Darul Khusus Negeri Sembilan Darul Khusus

2