Minit Mesyuarat Panitia Kajian Tempatan Bil 1

4
MINIT MESYUARAT PANITIA KAJIAN TEMPATAN BIL 1/2014 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RAKAN Masa : 1.00 petang Tempat : Bilik Sains Tarikh : 27 Januari 2014 Kehadiran : Pn. Mazniah Bt. Mandin Ketua Panitia En. Hairul Anuar B. Ismail Setiausaha Pn. Faizah Bt. Ibrahim Guru KT Tahun 6 Pn. Barirah Bt. Mohamad Guru KT Tahun 5 Pn. Rajaletchumi A/P Nadarajan Guru KT Tahun 5 En. Mohd Hafiz B. Harun Guru KT Tahun 5 Pn. Rosdiana Bt. Idris Guru KT Tahun 5 Agenda Mesyuarat 1. Ucapan Pengerusi 2. Penulisan Rancangan Mengajar 3. Program Panitia Kajian Tempatan 2014 4. Pesanan Dalaman Peralatan/Bahan Kajian Tempatan 5. Hal-hal lain 1. Ucapan Pengerusi

description

Mesyuarat

Transcript of Minit Mesyuarat Panitia Kajian Tempatan Bil 1

MINIT MESYUARAT PANITIA KAJIAN TEMPATAN BIL 1/2014

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RAKAN

Masa : 1.00 petang

Tempat : Bilik Sains

Tarikh : 27 Januari 2014

Kehadiran : Pn. Mazniah Bt. Mandin Ketua Panitia

En. Hairul Anuar B. Ismail Setiausaha

Pn. Faizah Bt. Ibrahim Guru KT Tahun 6

Pn. Barirah Bt. Mohamad Guru KT Tahun 5

Pn. Rajaletchumi A/P Nadarajan Guru KT Tahun 5

En. Mohd Hafiz B. Harun Guru KT Tahun 5

Pn. Rosdiana Bt. Idris Guru KT Tahun 5

Agenda Mesyuarat

1. Ucapan Pengerusi

2. Penulisan Rancangan Mengajar

3. Program Panitia Kajian Tempatan 2014

4. Pesanan Dalaman Peralatan/Bahan Kajian Tempatan

5. Hal-hal lain

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pn. Mazniah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang telah menghadirkan diri ke mesyuarat pada kali ini. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan membaca surah Al-Fatihah.

1.2 Ketua Panitia memaklumkan bagi mata pelajaran Kajian Tempatan 2014 hanya diajar untuk tahun 5 dan 6.

Tindakan : Makluman AJK

2. Penulisan Rancangan Mengajar

2.1 Ketua Panitia menerangkan bahawa penulisan rancangan mengajar yang betul amat penting terutamanya jika sekolah dilawati oleh pegawai dari JPN atau PPD.

2.2 Ketua Panitia menunjukkan dan mengedarkan contoh rancangan mengajar yang diberikan oleh JPN sebagai panduan. Aktiviti dan teknik pengajaran boleh diubahsuai mengikut kesesuaian murid dan sekolah.

Tindakan : AJK

3. Program Panitia Kajian Tempatan 2014

3.1 Ketua Panitia membentangkan perancangan program dan aktiviti Kajian Tempatan bagi tahun 2014.

i. Lawatan Sambil Belajar – Bulan Mac

ii. Minggu Ko-Akademik ( Pertandingan Buku skrap ) – Bulan April

iii. Sambutan Bulan Kemerdekaan – Bulan Ogos

iv. Penutupan Bulan Kemerdekaan – Bulan September

Jika ada perubahan atau penambahan program. AJK boleh memberi cadangan setiap kali mesyuarat Panitia diadakan.

Tindakan : AJK

4. Pesanan Dalaman Peralatan/Bahan KT

4.1 Ketua Panitia meminta setiap guru KT menyenaraikan peralatan/bahanyang diperlukan dalam P&P atau aktiviti Kajian Tempatan.

Tindakan : AJK

4.2 Ketua Panitia akan memeriksa stok berdasarkan senarai peralatan/bahan yang diperlukan. Sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau kehabisan, maka pesanan baru akan dibuat.

Tindakan : Ketua Panitia

5. Hal-hal lain

5.1 Puan Faizah bertanya tentang tempat mendapatkan BBM Kajian Tempatan. Ketua Panatia menerangkan yang ianya disimpan di dalam Bilik BBM di Pusat Sumber atau boleh diperoleh dari beliau.

5.2 Ketua Panitia menangguhkan mesyuarat pada pukul 2.00 petang.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

…………………………….. ………………………………...

( EN. HAIRUL ANUAR B. ISMAIL )

Setiausaha

Panitia Kajian Tempatan SKTR

2014