Minit Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup Kali 1 2014

download Minit Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup Kali 1 2014

of 6

Transcript of Minit Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup Kali 1 2014

Minit Mesyuarat Kali-1 Panitia Kemahiran Hidup SK Jijan 2014

SEKOLAH KEBANGSAAN JIJAN71800 NILAI N.SEMBILAN D.KHUSUS

Tel: 06-7914191Fax: 06-7917591______________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP SK JIJANBIL 1 TAHUN 2014

TARIKH:13 JANUARI 2014 ( ISNIN)

MASA:2.00 PETANG

TEMPAT:BILIK MESYUARAT SK JIJAN

1.KEHADIRAN

1.Pn. Wan Ilyani Yusrina bt Wan MustamaPengerusi

2.Pn. Faridah bt Salleh GPK Kurikulum

3.En. Azhar binti Punandir

2.UCAPAN PENGERUSI

2.1Mengalu-alukan kehadiran semua ahli panitia Kemairan Hidup ke mesyuarat kali pertama bagi tahun 2014.2.2Mengucapkan tahniah atas segala komitmen yang diberikan sepanjang tahun 2013.2.3Berharap agar semua guru Kemahiran Hidup SK Jijan meningkatkan usaha agar kejayaan yang dicapai pada tahun 2013 dapat diteruskan pada tahun ini.

3. UCAPAN GPK KURIKULUM 3.1Mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua kerana hadir pada mesyuarat kali -1 bagi tahun 2014.3.2Berharap agar semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih berkesan terutama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

4.PERANCANGAN AKTIVITI 2014

4.1Senarai guru mengajar Kemahiran Hidup dan RBT 20144.1.1Penyediaan buku rekod, Huraian Sukatan, Sukatan Pelajaran, Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi dan Rancangan Tahunan perlu dilengkapkan oleh semua guru yang mengajar Kemahiran Hidup dan Reka Bentuk dan Teknologi bagi tahun 2014 ini.4.1.2Berikut ialah senarai guru yang mengajar bagi tahun 2014.i. RBT 4 Delima : Pn. Wan Ilyani Yusrina binti Wan Mustamaii. RBT 4 Zamrud : Pn. Wan Ilyani Yusrina binti Wan Mustamaiii. KH 5 Delima : Pn. Wan Ilyani Yusrina binti Wan Mustamaiv. KH 5 Zamrud : En. Azhar bin Punandirv. KH 6 Delima : En. Azhar bin Punandir vi. KH 6 Zamrud : En. Azhar bin PunandirTindakan : Makluman semua guru4.2Buku Rekod Mengajar dan Rancangan Pengajaran Tahunan 2014.4.2.1Semua guru perlu memastikan dokumen-dokumen tersebut lengkap dan disertakan bersama-sama Buku Rekod Mengajar:i. Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi(KSSR)ii. Sukatan Pelajaran (KBSR)iii. Huraian Sukatan Pelajaran (KBSR)iv. Rancangan Pengajaran Tahunan 4.2.2Semua guru perlu menyediakan Rancangan Pengajaran tahunan bagi setiap kelas yang diajar.4.2.3Rancangan Pengajaran Tahunan yang disediakan perlu ditandatangani dan dicop oleh Guru Besar.4.2.4Buku rekod yang sudah lengkap dengan Rancangan Pengajaran Tahunan perlu dikemaskini dan disahkan oleh Guru Besar.4.2.5Semua guru perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Harian mengikut format yang telah dimaklumkan sebelum ini.Tindakan : Makluman semua guru

4.3Senarai aktiviti yang akan dijalankan bagi tahun 2014.4.3.1Semua ahli mesyuarat bersetuju untuk meneruskan program dan aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun 2013. Rujuk lampiran. 4.3.2Hasil kerja murid bagi matapelajaran Reka Bentuk dan Teknologi dan Kemahiran Hiudp akan dipamerkan di Bengkel Kemahiran Hidup. 4.3.3Sudut Kemahiran Hidup di bengkel perlu dikemaskini dengan maklumat maklumat yang bersesuaian.4.3.4 Pada tahun ini akan diadakan pencerapan sekurang-kurangnya 2 kali setahun oleh Guru Besar, Guru Penolong Kanan atau Ketua Panitia. Jadual pencerapan akan diedarkan kemudian.4.3.5 Pn. Yusrina mengingatkan semua guru agar menjalankan aktiviti berkumpulan di dalam kelas sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kerja berkumpulan ini boleh disesuaikan dengan silibus yang berkaitan. Tindakan : Makluman semua guru5.HEADCOUNT 20145.1Semua guru Kemahiran Hidup perlu bersama-sama berbincang untuk menyediakan Pelunjuran bagi tahun 2014. 5.2Pn. Yusrina telah mengedarkan format yang terbaru seperti mana yang telah ditaklimatkan GPK1 semasa mesyuarat Kurikulum 2013 yang lalu.

5.3Antara perkara yang perlu di ambil kira ialah:i. KRAii. Matlamat Strategik iii. Objektif iv. KPI 5.4Semua guru kelas KH perlu menyediakan TOV dan sasaran bagi kelas masing-masing memandangkan peperiksaan akhir semester 1 dan semester 2 akan melibatkan matapelajaran Kemahiran Hidup.5.5Semua markah murid akan dimasukkan ke dalam portal Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) mengikut kelas. 5.6Semua guru dikehendaki memastikan markah murid diisi sebelum tarikh tutup pengisian data.Tindakan : Makluman semua guru6.KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH6.1Tahun ini merupakan tahun pertama pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi tahun empat.6.2Bermula tahun ini, murid tahun 4 akan mengikuti KSSR bagi semua matapelajaran termasuk Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).6.3Pn. Yusrina telah mengikuti kursus KSSR Matematik tahun 4 di PKG Nilai pada Oktober 2013 dan telah menjalankan In-House Training kepada semua guru RBT SK Jijan pada 24hb Disember yang lepas.

6.4 Berikut dokumen KSSR yang perlu ada bagi setiap guru Reka Bentuk dan Teknologi KSSR.i. Dokumen Standard Kurikulumdan Prestasi Matematik.ii. Pemetaan MReka Bentuk dan Teknologi KSSRiii. Rancangan Pengajaran Tahunaniv. Rancangan Pengajaran Harianv. Modul Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 46.5Dalam mesyuarat Kurikulum kali-1 2014 telah memutuskan bahawa akan dijalankan dua penilaian sumatif bagi murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 dan pada Mei dan Oktober (Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun).6.6Walaupun begitu, peperiksaan ini adalah bersifat dalaman dan bukan untuk direkodkan dan dianalisis pada peringkat pusat.6.7Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).6.7.1PBS akan dijalankan kepada murid tahun 4.6.7.2PBS ini akan dijalankan sepanjang tahun. 6.7.3 Guru yang mengajar RBT akan menjalankan pentaksiran kepada murid di dalam kelas selepas P&P di jalankan mengikut yang telah ditetapkan dalam Dokumen Standard Prestasi.6.7.4Instrumen-instrumen yang disediakan oleh guru mesti mematuhi Dokumen Standard Prestasi yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.6.7.5Instrumen yang digunakan untuk mentafsir murid boleh digunakan dalam bentuk lisan, bertulis dan pemerhatian dalam kelas.6.7.6Bagi murid tahun 4 mereka akan menggunakan Buku Lembaran Kerja yang telah dibeli sebagai instrumen PBS mereka.

Tindakan : Guru tahun 4

7.HAL-HAL LAIN

7.1Puan Yusrina memaklumkan semua guru KH bahawa pengiraan stok akan dilakukan dari semasa ke semasa. 7.2Segala pinjaman dan pemulangan alatan tangan hendaklah direkod di dalam buku keluar masuk alatan.

7.3Puan Yusrina mengingatkan kepada semua guru Kemahiran Hidup bagi setiap kelas agar mendapatkan nama murid yang masih belum mendapat buku teks dan buku kerja. 7.4Perkara ini perlu dirujuk kepada Guru SPBT dan juga boleh dibeli di Kedai Buku Sekolah.7.5Semua guru perlu membantu menceriakan Bengkel Kemahiran Hidup dengan memaparkan hasil kerja murid di ruangan yang disediakan.7.6Semua guru Kemahiran Hidup diminta melengkapkan Borang Maklumat Guru dan memaparkan senarai nama murid di Papan Kenyataan Bengkel Kemahiran Hidup.7.7Semua guru Kemahiran Hidup perlu menjalankan PdP di dalam bengkel. 7.8Guru-guru perlu memastikan murid-murid mematuhi segala peraturan keselamatan bengkel yang ditetapkan.7.9Semua guru KH perlu menyediakan soalan peperiksaaan mengikut takwim yang telah disediakan.Tindakan :Makluman semua guru8.PENUTUP

8.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru keranan menghadiri mensyuarat pada hari ini.8.2 Pengerusi mengharapkan komitmen yang padu dan berterusan daripada semua guru Kemahiran Hidup. 8.3 Segala usaha guru-guru dalam memastikan kecemerlangan Panitia Kemahiran Hidup SK Jijan terus cemerlang amat dihargai. 8.4 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.05 petang.

Disediakanoleh:

.(WAN ILYANI YUSRINA BT )(PN. FARIDAH BINTI SALLEH)

WAN MUSTAMA6