MINIT MESYUARAT Panitia Pandidikan Islam Kali 1 2015

4
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SK CHANGKAT BANJAR 32800 PARIT, PERAK KALI KE-1/2015 Tarikh : 1 Rabiul Akhir 1436 H / 22 Januari 2015 Masa : 1.05 PM – 2.05 PM Tempat : Bilik Gerakan SKCB KEHADIRAN : Hadir 1. EN. JAMAADDIN BIN KAMALUDDIN (GURU BESAR) 2. PN. HJH INTAN SUHAIDA BINTI MOHD SUNGIP 3. USTAZ RAMZUL HAZIF BIN RAMLI (KETUA PANITIA) 4. USTAZ AHMAD KENALI BIN SAPIAI (SETIAUSAHA) 1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi selaku Ketua Panitia memulakan mesyuarat dengaan bacaan Al-Fatihah. 1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli mesyuarat. 2.0 Ucapan Penasihat 2.1 Guru Besar selaku penasihat mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan dapat memberikan kerjasama yang baik. 2.2 Beliau mengharapkan kerjasama dari semua guru dan ahli jawatankuasa dalam melaksanakan program-program panitia sepanjang tahun. 3.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang lalu 3.1 Setiausaha Panitia Pendidikan Islam membentangkan minit mesyuarat Panitia Pendidikan Islam bil. 3/2014

description

pani

Transcript of MINIT MESYUARAT Panitia Pandidikan Islam Kali 1 2015

Page 1: MINIT MESYUARAT Panitia Pandidikan Islam Kali 1 2015

MINIT MESYUARATPANITIA PENDIDIKAN ISLAM

SK CHANGKAT BANJAR32800 PARIT, PERAK KALI KE-1/2015

Tarikh : 1 Rabiul Akhir 1436 H / 22 Januari 2015Masa : 1.05 PM – 2.05 PMTempat : Bilik Gerakan SKCB

KEHADIRAN :

Hadir

1. EN. JAMAADDIN BIN KAMALUDDIN (GURU BESAR)2. PN. HJH INTAN SUHAIDA BINTI MOHD SUNGIP3. USTAZ RAMZUL HAZIF BIN RAMLI (KETUA PANITIA)4. USTAZ AHMAD KENALI BIN SAPIAI (SETIAUSAHA)

1.0 Ucapan Pengerusi1.1 Pengerusi selaku Ketua Panitia memulakan mesyuarat dengaan bacaan Al-Fatihah.1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli

mesyuarat.

2.0 Ucapan Penasihat2.1 Guru Besar selaku penasihat mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir

dan dapat memberikan kerjasama yang baik.2.2 Beliau mengharapkan kerjasama dari semua guru dan ahli jawatankuasa dalam

melaksanakan program-program panitia sepanjang tahun.

3.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang lalu3.1 Setiausaha Panitia Pendidikan Islam membentangkan minit mesyuarat Panitia

Pendidikan Islam bil. 3/20143.2 Mesyuarat sebulat suara menerima dan mengesahkan minit mesyuarat Panitia

Pendidikan Islam bil. 3/2014

4.0 Perkara Berbangkit4.1 Tiada perkara berbangkit.

Page 2: MINIT MESYUARAT Panitia Pandidikan Islam Kali 1 2015

5.0 Perbelanjaan Panitia5.1 Ketua Panitia membentangkan laporan kewangan panitia sepanjang tahun 2014(Rujuk

Lampiran).5.2 Mesyuarat sebulat suara menerima laporan tersebut.5.3 Ketua Panitia memaklumkan duit PCG untuk tahun 2015 belum dimasukkan lagi.

Sebarang aktiviti panitia sebelum duit dimasukkan akan menggunakan duit tabung PIBG dan akan digantikan kemudian.

6.0 Ananalisis Peperiksaan Sijil Pendidikan Islam Tahun 6 2014 dan Sasaran Pencapaian Peperiksaan Sijil Pendidikan Islam Tahun 6 2015Mesyuarat menerima maklum daripada guru mata pelajaran pendidikan islam tahun 6 berhubung peperiksaan sijil pendidikan islam tahun 6 seperti yang berikut :6.1 Laporan Analisis Peperiksaan Sijil Pendidikan Islam Tahun 20146.1.1 Ustaz Ramzul selaku guru pendidikan islam tahun 6 membentang analisis peperiksaan tersebut (Rujuk Lampiran)

6.2 Sasaran Pencapaian peperiksaan sijil pendidikan islam tahun 6 20156.2.1 Mesyuarat memutuskan bahawa sasaran Sijil Pendidikan Islam tahun 6 2015 boleh dicapai kecuali bagi murid yang baru berpindah masuk dari SK Iskandar Shah ke SKCB kerana ketinggalan dalam pembelajaran.

7.0 Aktiviti Tahunan

7.1 Ketua Panitia membentangkan Takwim aktiviti tahunan Panitia bagi tahun 2015(rujuklampiran)

7.2 Ketua Panitia bertanya ahli mesyuarat sekiranya ada tambahan aktiviti untuk dimasukkan dalam Takwim.

7.3 Di akhir sesi waktu pembelajaran Pendidikan Islam dicadangkan agar bacaan Tahiyat Akhir diajarkan kepada murid-murid. Tindakan : Semua Guru Pend.Islam

7.4 Mesyuarat mencadangkan bacaan Rukun Qauli solat dilaksanakan semula sepertiyang pernah dilaksanakan pada tahun 2010

7.5 Mesyuarat sebulat suara menerima cadangan tersebut dan memutuskan akan melaksanakan selewat-lewatnya awal bulan Februari. Tindakan : Ustaz Ahmad Kenali

8.0 Hal-Hal Lain

8.1 Ketua Panitia meminta semua guru Pendidikan Islam mengemaskini fail untuk Tahun 2015.

8.2 Ketua Panitia juga meminta semua guru Pendidikan Islam membuat TOV dan ETR untuk

Page 3: MINIT MESYUARAT Panitia Pandidikan Islam Kali 1 2015

Tahun 2015 bagi matapelajaran yang diajar dan dilekatkan di dalam buku persediaanmengajar.

8.3 Untuk pembahagian fail,Ketua Panitia menetapkan Ustaz Ramzul selaku ketua Panitia Akan menyelenggara fail Induk Panitia manakala Ustaz Ahmad Kenali akan menyeleggara Fail Dakwah dan j-QAF.

9.0 Penutup

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.05 petang.